Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan

Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan, Government Organization, Tmn Bukit Mewah Fasa 9, Kajang.

30/05/2026

“Keindahan dalam kepelbagaian, kekuatan dalam perpaduan.”

Selamat Menyambut Hari Kaamatan kepada seluruh warga STRIDE dan rakyat Malaysia yang meraikannya.

Semoga sambutan yang penuh makna ini mengingatkan kita akan pentingnya kesyukuran atas rezeki yang dikurniakan, di samping terus memelihara warisan budaya, mengukuhkan perpaduan dan menyemai semangat kebersamaan dalam masyarakat.

Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan! 🌾✨

Ikhlas daripada Pengurusan Tertinggi & Seluruh Warga STRIDE.

30/05/2026

“Menyinari kehidupan dengan kebijaksanaan, belas ihsan dan kedamaian.”

Selamat Menyambut Hari Wesak kepada seluruh warga STRIDE dan rakyat Malaysia yang meraikannya.

Semoga sambutan yang penuh bermakna ini membawa ketenangan jiwa, memperkukuh nilai kasih sayang sesama insan serta menginspirasikan kita untuk terus berbuat kebaikan demi keharmonian dan kesejahteraan bersama.

Semoga cahaya kebijaksanaan sentiasa menerangi setiap langkah kehidupan. 🪷✨

Ikhlas daripada Pengurusan Tertinggi & Seluruh Warga STRIDE.

27/05/2026

Di sebalik setiap pengorbanan, tersimpan seribu makna tentang kasih, keikhlasan dan kekuatan hati. 🤍

Aidiladha mengajar kita bahawa setiap pengorbanan yang dilakukan dengan penuh ikhlas pasti membawa keberkatan yang tidak ternilai. Semoga semangat ini terus menyatukan kita dalam membina insan, organisasi dan masa depan yang lebih bermakna.

Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H ☺️

Ikhlas daripada Pengurusan Tertinggi & Seluruh Warga STRIDE 🌙✨

26/05/2026

✨ Salam Arafah 1447H ✨

Hari yang penuh keberkatan, hari terbaik untuk kita memperbanyakkan doa, istighfar dan muhasabah diri. 🤲🏻

“خيرُ الدعاءِ دعاءُ يومِ عرفة” “Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah.” — Riwayat al-Tirmizi (3509)

Semoga setiap doa yang dipanjatkan dipermudahkan dan diterima Allah SWT, serta membawa ketenangan, keberkatan dan rahmat buat kita semua. 🌙

Ikhlas daripada: Pengurusan Tertinggi dan seluruh warga STRIDE 💙

Photos from Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan's post 25/05/2026

MINDEF, 25 Mei 2026 – Ketua Pengarah STRIDE, YBrs. Tuan Nor Azlan bin Mohd Ramli telah mengadakan kunjungan hormat kepada Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD) hari ini.

Pertemuan tersebut membincangkan pelbagai perkara berkaitan pengukuhan kerjasama strategik dalam bidang sains dan teknologi pertahanan, di samping memperkukuh hubungan antara STRIDE dan Tentera Darat Malaysia.

Kunjungan hormat ini diharapkan dapat memperluas jaringan kerjasama serta menjadi platform perkongsian kepakaran dan pengalaman dalam memperkasa keupayaan pertahanan negara.



Photos from Khaled Nordin's post 23/05/2026
Photos from Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan's post 20/05/2026

KAJANG, 20 Mei 2026 – Ketua Pengarah STRIDE, YBrs. Tuan Nor Azlan bin Mohd Ramli telah menghadiri sesi taklimat berkenaan krisis bekalan global di Kompleks Induk STRIDE hari ini.

Taklimat tersebut membincangkan isu-isu semasa berkaitan cabaran rantaian bekalan global serta impaknya terhadap sektor pertahanan, termasuk langkah kesiapsiagaan dan strategi mitigasi dalam memastikan kelangsungan keupayaan operasi dan pembangunan teknologi pertahanan negara.

Taklimat ini diharapkan dapat meningkatkan tahap kesiapsiagaan serta memperkukuh perancangan strategik STRIDE dalam mendepani cabaran krisis bekalan global yang semakin kompleks.





Photos from Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan's post 19/05/2026

KAJANG, 19 Mei 2026 – Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan & Inovasi) STRIDE, YBrs. Tuan Wan Mustafa bin Wan Hanafi telah mempengerusikan sesi perbincangan bersama delegasi Markas Angkatan Bersama (MAB), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Kompleks Induk STRIDE hari ini.

Perbincangan ini bertujuan meningkatkan kerjasama strategik antara STRIDE dan Markas Angkatan Bersama (MAB), ATM khususnya dalam aspek penyelidikan, pembangunan teknologi pertahanan serta perkongsian kepakaran bagi memperkukuh keupayaan pertahanan negara.

Sesi perbincangan ini turut dihadiri oleh Lt Kol Zulkefli TUDM, PS1 J3, Mej Gen Wan Azwan Azwari bin Wan Ali TUDM, AKS J5, pengarah-pengarah serta pegawai kanan STRIDE dan Markas Angkatan Bersama (MAB), ATM.



Photos from Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan's post 18/05/2026

KAJANG, 18 Mei 2026 – Ketua Pengarah STRIDE, YBrs. Tuan Nor Azlan Mohd Ramli telah menghadiri sesi wawancara bersama Harian Metro di Kompleks Induk STRIDE hari ini.

Sesi wawancara tersebut menyentuh pelbagai perkara berkaitan peranan STRIDE dalam memperkasa bidang sains dan teknologi pertahanan negara, termasuk usaha penyelidikan, pembangunan inovasi serta kerjasama strategik yang dilaksanakan bersama pelbagai pihak.

Wawancara ini diharapkan dapat meningkatkan kefahaman masyarakat terhadap fungsi dan peranan STRIDE sebagai peneraju penyelidikan dan pembangunan teknologi pertahanan negara.



Want your business to be the top-listed Government Service in Kajang?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Tmn Bukit Mewah Fasa 9
Kajang
43000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00