Derma Organ Hospital Sultan Idris Shah , Serdang

Derma Organ Hospital Sultan Idris Shah , Serdang

Share

Page ini diwujudkan oleh Unit Perolehan Organ Hospital (UPOH). Hubungi kami untuk maklumat lanjut.

21/05/2026

✨ ADAKAH BOLEH ORANG ISLAM MENDERMAKAN ORGAN KEPADA ORANG BUKAN ISLAM? ✨

Islam menggalakkan umatnya berbuat baik dan membantu sesiapa sahaja tanpa mengira bangsa atau agama. ❤️

Firman Allah SWT dalam Surah Al-Mumtahanah ayat 8:
“Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang berlaku adil.”

Derma organ bukan sekadar menyelamatkan nyawa, malah menjadi:
🤝 Amal kebajikan
🫀 Sumber harapan
🌱 Amal jariah berterusan

Satu penderma mampu memberi peluang kehidupan kepada ramai pesakit yang memerlukan.

20/05/2026

🩸JOM DERMA DARAH!🩸
📢 Sertai Kempen Derma Darah yang akan diadakan seperti berikut:

📅 21 Mei 2026 (Khamis)
🕘 9.00 pagi – 3.00 petang
📍 Lobi Utama, HSIS

Sempena dengan program derma darah yang akan diadakan ini , Unit Perolehan Organ Hospital (UPOH), akan sama-sama berada di lokasi untuk menyampaikan informasi berkaitan dengan pendermaan organ di Malaysia. Jom Ikrar Derma Organ!

✨ Setitis darah anda mampu menyelamatkan nyawa insan yang memerlukan.
💪 Ayuh hadir dan jadi wira penyelamat!

“Satu pendermaan, sejuta harapan.” ❤️

16/05/2026

WEBINAR DELEGASI JURURAWAT MALAYSIA MEI 2/2026

DERMA ORGAN : Hadiah Kehidupan dan Harapan Baharu

Link Group WhatsApp : https://tinyurl.com/dermaorgandjm

Tarikh: 16 Mei 2026 (Sabtu)
Masa: 9.00 pagi – 12.00 tengahari
Platform: YouTube / Facebook Live Streaming

Mata myCPD Kategori A3 - 4 mata CPD

Speaker 1 ( 9.00 pagi – 10.30 pagi )
KKM Jom Ikrar
SN Tesylia A/P Vijaya Kumar
Jururawat U5
Unit Pengurusan Perolehan Organ dan Tisu (UPOT)
Pusat Transplan Kebangsaan.

Speaker 2 ( 10.30 pagi – 12.00 tengahari )
Apakah Peranan Kita?
MN Mohammad Farid Bin Salleh
Jururawat Terlatih U6 (TBK 1)
Unit Pengurusan Perolehan Organ dan Tisu (UPOT)
Pusat Transplan Kebangsaan.

Setiap insan berpeluang menjadi sinar harapan buat mereka yang sedang menanti peluang kedua untuk hidup. Sertai webinar DJM ini untuk mendalami kepentingan derma organ sebagai satu hadiah kehidupan yang mampu menyelamatkan nyawa, di samping memahami peranan kita dalam menyebarkan kesedaran, kasih sayang dan nilai kemanusiaan. Bersama-sama kita menyemai harapan dan membina masyarakat yang lebih prihatin demi masa depan yang lebih bermakna.

Link Group WhatsApp : https://tinyurl.com/dermaorgandjm

Konsep webinar adalah terbuka untuk semua penyertaan. Tiada yuran penyertaan. Sijil penyertaan disediakan dengan caj RM25.00 per sijil jika diperlukan , dan akan dijana dalam masa 7 hari waktu bekerja dari tarikh webinar. Link pensijilan akan diberikan semasa webinar dan selepas webinar melalui group WhatsApp.



Photos from Jabatan Kesihatan Negeri Selangor's post 11/05/2026

Anugerah Kehidupan… Jasamu Dikenang

03/05/2026

Kalau Belum Bersedia Menderma, Jangan Halang Orang Berbuat Baik

Satu Organ Boleh Selamatkan Nyawa. Satu Komen Boleh Padam Harapan.

https://www.dermaorgan.gov.my/pandangan-agama/

Selepas kita kongsikan kisah pengorbanan mulia penderma organ, ramai yang tersentuh.

Ramai yang kata mereka mahu ikrar. Ramai yang mula faham bahawa selepas kita pergi, ada bahagian daripada tubuh kita yang masih boleh menjadi sebab orang lain terus hidup.

Tetapi sedihnya, setiap kali ada gelombang kebaikan, akan muncul p**a gelombang kedua.

“haram.”
“Jangan buat.”

Lebih menyedihkan, ada orang yang hampir mahu berikrar terus jadi ragu-ragu hanya kerana satu kenyataan yang dibuat tanpa rujukan yang sahih.

Persoalan tentang pendermaan organ ini bukan perkara yang dibincang sambil lewa. Ia sudah dikaji oleh jawatankuasa, pakar perubatan dan pihak agama yang bertauliah.

Asas pendermaan organ dibincangkan berdasarkan prinsip syariah seperti memelihara nyawa, menghilangkan kemudaratan dan tujuan rawatan yang murni. 

Pemindahan organ bukan dibuat untuk menghina jenazah.
Bukan dibuat sesuka hati.
Bukan dilakukan tanpa adab.
Ia dilakukan dengan cermat, teliti dan penuh penghormatan, dengan tujuan menyelamatkan nyawa manusia lain. 


Kalau kita sendiri belum bersedia untuk menjadi penderma, itu pilihan masing-masing.

Tetapi jangan sampai kita mempengaruhi orang lain untuk membatalkan niat baik mereka hanya kerana kita membaca satu komen, satu video, atau satu “fatwa” tidak rasmi di media sosial.

Kadang-kadang satu organ yang didermakan boleh menyelamatkan satu nyawa.

Kadang-kadang satu ayat yang kita tulis p**a boleh mematikan harapan seseorang yang sedang menunggu peluang kedua untuk hidup.

Sebelum berkata “haram”, rujuklah sumber yang sahih.

Sebelum menakutkan orang lain, ingatlah mungkin ada ibu, ayah, anak, suami atau isteri seseorang yang sedang menunggu organ untuk terus bernapas.

Kebaikan jangan dipadam dengan sangkaan.




Photos from Sinar Harian's post 26/04/2026
26/04/2026

ADAKAH PEMINDAHAN ORGAN MENYEKSA MAYAT?

Persoalan ini sering timbul dalam kalangan masyarakat. Hakikatnya, dari sudut hukum Islam, pemindahan organ bukan bertujuan menyeksa jenazah, tetapi merupakan satu ikhtiar terakhir untuk menyelamatkan nyawa insan lain.

✨ Niat yang murni & baik
Pendermaan organ dilakukan bukan dengan niat jahat, tetapi sebagai usaha membantu pesakit yang sangat memerlukan.

🩺 Memelihara nyawa (Maqasid Syariah)
Ia selari dengan objektif syariah dalam menjaga nyawa manusia, dan hanya dilakukan apabila tiada alternatif lain.

🤲 Penghormatan kepada penderma
Prosedur dijalankan dengan penuh teliti dan hormat, serta tidak melambatkan pengurusan jenazah.

📖 Dalil (Surah Al-Baqarah: 173)
“...sesiapa terpaksa (kerana darurat), maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

💚 Kesimp**annya, pendermaan organ adalah satu amalan mulia yang boleh menjadi asbab menyelamatkan nyawa dan memberi harapan baharu kepada pesakit lain.


Want your business to be the top-listed Government Service in Kajang?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


Hospital Sultan Idris Shah
Kajang
43000