Balai Polis Kalabakan

Directions

Balai Polis Kalabakan Laman Rasmi Balai Polis Kalabakan IPD Tawau

π‹π„π‹π€πŠπˆ πƒπˆπ“π€π‡π€π πƒπˆπ’π˜π€πŠπˆ π‚π”π‘πˆ 𝐖𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐁𝐔𝐍𝐆 πŒπ€π’π‰πˆπƒTAWAU, 19 Sept – Seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki terbabit dal...
21/09/2026

π‹π„π‹π€πŠπˆ πƒπˆπ“π€π‡π€π πƒπˆπ’π˜π€πŠπˆ π‚π”π‘πˆ 𝐖𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐁𝐔𝐍𝐆 πŒπ€π’π‰πˆπƒ

TAWAU, 19 Sept – Seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki terbabit dalam kes kecurian wang tabung Masjid di kawasan Ladang Kapilit, Batu 8, Kalabakan yang berlaku Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Rosdi bin Mat Jusoh berkata, suspek warga asing berusia 30-an itu ditahan kira-kira jam 10.45 pagi semalam oleh sepasukan polis dari Balai Polis Kalabakan dengan bantuan anggota Polis Bantuan Sabah Softwood Berhad di hadapan sebuah bengkel di kawasan Batu 8, Kalabakan.

Menurutnya, satu laporan polis dibuat kira-kira jam 9.00 pagi Khamis lalu oleh penguatkuasa ladang apabila berlaku kecurian tabung Masjid di Ladang Kapilit, Kalabakan.

Jelasnya, kejadian disedari mandor ladang yang juga jawatankuasa masjid membabitkan kehilangan wang tabung masjid berjumlah kira-kira RM350 selepas seorang individu dipercayai memasuki kawasan Masjid yang tidak berkunci.

Ujarnya, suspek ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Tambahnya, polis turut menasihatkan pengurusan masjid dan premis awam supaya memastikan keselamatan wang tabung serta kawasan premis sentiasa diberi perhatian bagi mengelakkan kejadian kecurian.






DIG DATO' SRI ABDUL AZIZ DILANTIK TIMBALAN KPN KE-30Seluruh warga kerja Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengucapkan setingg...
14/09/2026

DIG DATO' SRI ABDUL AZIZ DILANTIK TIMBALAN KPN KE-30

Seluruh warga kerja Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengucapkan setinggi-tinggi syabas dan tahniah kepada DIG Dato' Sri Abdul Aziz Abdul Majid atas pelantikan sebagai Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN) yang baharu.

Sepanjang tempoh perkhidmatan, beliau telah ditempatkan di pelbagai jabatan dalam PDRM. Antaranya adalah Jabatan Pengurusan, Cawangan Khas, Jabatan Siasatan Jenayah, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Jabatan Logistik dan Teknologi serta Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti.

Setinggi-tinggi tahniah sekali lagi dan selamat bertugas Dato' Sri Abdul Aziz Abdul Majid!






#14092026

14/08/2026

Ops Bersih Balai Polis Kalabakan Done! πŸ§ΉπŸš“ Bersatu demi kebersihan & keselesaan bersama.

𝐀𝐂𝐏 π‘πŽπ’πƒπˆ π“π„π‘π€π‰π”πˆ πˆππƒ 𝐓𝐀𝐖𝐀𝐔, π“π„πŠπ€πƒ π“π„π‘π”π’πŠπ€π πŠπ„π‚π„πŒπ„π‘π‹π€ππ†π€πTAWAU, 3 Ogos – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau mencatat d...
03/08/2026

𝐀𝐂𝐏 π‘πŽπ’πƒπˆ π“π„π‘π€π‰π”πˆ πˆππƒ 𝐓𝐀𝐖𝐀𝐔, π“π„πŠπ€πƒ π“π„π‘π”π’πŠπ€π πŠπ„π‚π„πŒπ„π‘π‹π€ππ†π€π

TAWAU, 3 Ogos – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau mencatat detik penting dalam sejarah pentadbirannya apabila ACP Rosdi bin Mat Jusoh secara rasmi mengambil alih jawatan sebagai Ketua Polis Daerah Tawau dalam Majlis Pemakaian Pangkat serta Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Tawau dan Pengerusi PERKEP IPD Tawau yang berlangsung di Dewan Serbaguna IPD Tawau, petang tadi.

Majlis tersebut disempurnakan oleh CP Datuk Jauteh bin Dikun, JP, Pesuruhjaya Polis Sabah, serta dihadiri barisan kepimpinan Polis Kontinjen Sabah, Ketua-Ketua Polis Daerah Zon Pantai Timur Sabah, Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis, Pegawai Awam, ahli-ahli PERKEP serta wakil media.

Majlis turut menyaksikan serah terima tugas Ketua Polis Daerah Tawau daripada Superintendan Wilynton Enchana Watt yang sebelum ini memangku jawatan berkenaan kepada ACP Rosdi bin Mat Jusoh sebagai Ketua Polis Daerah Tawau yang baharu.

Dalam masa sama, berlangsung Majlis Serah Terima Tugas Pengerusi PERKEP IPD Tawau apabila YBhg. Puan Cindy Joseph Boguli, Pemangku Pengerusi PERKEP IPD Tawau menyerahkan tugas kepada YBhg. Puan Rosdianah Binti Rashidin sebagai Pengerusi PERKEP IPD Tawau yang baharu.

Istiadat tersebut turut disaksikan oleh YBhg. Datin Nurhayatie Farhana Binti Abdullah, Pengerusi PERKEP Kontinjen Sabah, sebagai simbol kesinambungan kepimpinan PERKEP dalam memperkukuhkan aspek kebajikan warga PDRM dan keluarga di IPD Tawau.

Dalam ucapan penyerahan tugas, Superintendan Wilynton Enchana Watt merakamkan penghargaan kepada seluruh warga IPD Tawau atas kerjasama, sokongan dan komitmen yang diberikan sepanjang beliau menggalas amanah sebagai Pemangku Ketua Polis Daerah Tawau.

Beliau berkata, setiap kejayaan yang dicapai merupakan hasil kerja berpasukan, disiplin serta profesionalisme seluruh warga IPD Tawau.

"Saya amat berterima kasih kepada seluruh warga IPD Tawau yang sentiasa memberikan komitmen dan sokongan sepanjang saya menggalas amanah ini. Segala pencapaian yang diraih adalah hasil usaha bersama seluruh warga pasukan.

"Saya yakin di bawah kepimpinan ACP Rosdi, IPD Tawau akan terus melakar kecemerlangan dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat," katanya.

Sementara itu, ACP Rosdi dalam ucapan sulungnya sebagai Ketua Polis Daerah Tawau menzahirkan rasa syukur serta penghargaan atas kepercayaan kepimpinan Polis Sabah dalam memberikan amanah tersebut kepada beliau.

Menurutnya, jawatan yang dipikul merupakan amanah besar yang perlu dilaksanakan dengan penuh keikhlasan, tanggungjawab dan rasa syukur.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Allahyarham ACP Jasmin bin Hussin atas jasa dan sumbangan besar sepanjang menerajui IPD Tawau.

"Saya hadir ke IPD Tawau dengan penuh rasa hormat terhadap perjalanan yang telah dilalui oleh kepimpinan terdahulu. Legasi kecemerlangan yang dibina Allahyarham ACP Jasmin bin Hussin akan saya teruskan dengan memperkasakan IPD Tawau agar terus bergerak seiring aspirasi pucuk pimpinan Polis Diraja Malaysia," katanya.

Menurut beliau, kejayaan sesebuah organisasi bukan bergantung kepada seorang pemimpin semata-mata, sebaliknya terhasil daripada kekuatan pasukan yang berkongsi matlamat, saling mempercayai serta mengutamakan kepentingan organisasi.

Beliau turut menegaskan komitmennya untuk terus menyokong kepimpinan Pesuruhjaya Polis Sabah serta seluruh barisan kepimpinan Polis Diraja Malaysia dalam melaksanakan dasar dan amanah yang telah digariskan.

Mengakhiri ucapannya, ACP Rosdi berkata beliau lebih percaya kepada tindakan berbanding kata-kata.

"Saya hadir bukan untuk berjalan di hadapan seorang diri, tetapi berjalan bersama seluruh warga IPD Tawau. Dengan izin Allah SWT, saya akan melaksanakan amanah ini dengan penuh keikhlasan, integriti dan rasa tanggungjawab demi kepentingan pasukan serta masyarakat," katanya.

Dalam ucapan balas, Pesuruhjaya Polis Sabah turut merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih atas segala jasa, sumbangan serta pengorbanan Allahyarham ACP Jasmin bin Hussin sepanjang menerajui IPD Tawau.

Beliau menyifatkan Allahyarham sebagai seorang pegawai polis yang berdedikasi, berintegriti dan komited dalam memperkukuhkan keselamatan, meningkatkan penyampaian perkhidmatan kepolisan serta menjalinkan hubungan erat bersama masyarakat dan agensi strategik di daerah Tawau.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada ACP Rosdi atas pelantikan sebagai Ketua Polis Daerah Tawau yang baharu serta yakin beliau mampu meneruskan legasi kecemerlangan yang telah dibina sebelumnya.

Majlis tersebut menjadi simbol kesinambungan kepimpinan di IPD Tawau serta membuktikan komitmen berterusan PDRM dalam memastikan pentadbiran organisasi, penyampaian perkhidmatan kepolisan dan kebajikan warga pasukan terus diperkasakan demi menjamin keselamatan, keamanan serta kesejahteraan masyarakat di daerah Tawau.






πˆπππ€π‹πˆπ‹π‹π€π‡πˆ 𝐖𝐀 πˆπππ€ πˆπ‹π€πˆπ‡πˆ π‘π€π‰πˆ'𝐔𝐍Dengan penuh rasa dukacita dimaklumkan bahawa Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Bin...
16/06/2026

πˆπππ€π‹πˆπ‹π‹π€π‡πˆ 𝐖𝐀 πˆπππ€ πˆπ‹π€πˆπ‡πˆ π‘π€π‰πˆ'𝐔𝐍

Dengan penuh rasa dukacita dimaklumkan bahawa Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Bin Hussin, 53, telah kembali ke rahmatullah pada jam 2.04 pagi tadi di Hospital Tawau.

Marilah kita bersama-sama kita mendoakan agar Allah SWT mengampunkan segala dosa Allahyarham, melimpahkan rahmat ke atas rohnya serta menempatkannya dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Al-Fatihah.

SELAMAT HARI PEKERJA 2026β€œPekerja MADANI Kesuma Bangsa”Setiap titik peluh dan usaha para pekerja adalah nadi kepada kema...
01/05/2026

SELAMAT HARI PEKERJA 2026

β€œPekerja MADANI Kesuma Bangsa”

Setiap titik peluh dan usaha para pekerja adalah nadi kepada kemajuan negara. Tanpa komitmen dan dedikasi warga kerja, pembangunan serta kesejahteraan masyarakat tidak akan dapat dicapai.

Semoga Hari Pekerja ini menjadi penghargaan kepada semua yang terus berkhidmat dengan penuh integriti, amanah dan semangat demi keluarga, masyarakat serta negara tercinta.

Terima kasih kepada semua pekerja yang menjadi kekuatan kepada kemajuan bangsa dan negara.

π‘π„πŒπ€π‰π€ πŠπ€ππ“πŽπˆ π’πˆπŒππ€π π’π˜π€ππ” πƒπ€π‹π€πŒ πŠπŽπ“π€πŠ ππ„π’πˆKALABAKAN, 30 April – Seorang remaja lelaki ditahan polis selepas dipercayai ...
30/04/2026

π‘π„πŒπ€π‰π€ πŠπ€ππ“πŽπˆ π’πˆπŒππ€π π’π˜π€ππ” πƒπ€π‹π€πŒ πŠπŽπ“π€πŠ ππ„π’πˆ

KALABAKAN, 30 April – Seorang remaja lelaki ditahan polis selepas dipercayai memiliki dadah jenis syabu dalam satu operasi snapcheck di Jalan Pekan Kalabakan, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin bin Hussin berkata, dalam kejadian kira-kira jam 1.30 petang itu, sepasukan anggota dari Balai Polis Kalabakan menjalankan pemeriksaan rutin sebelum menahan sebuah motosikal jenis SM Sport 110 untuk diperiksa.

Menurutnya, ketika pemeriksaan dijalankan, suspek yang bekerja sebagai buruh bertindak mengeluarkan sebuah kotak besi berwarna perak dari poket seluarnya sebelum menyerahkannya kepada anggota polis.

β€œHasil pemeriksaan lanjut mendapati kotak tersebut mengandungi dua paket plastik lutsinar berisi hablur jernih yang disyaki dadah jenis syabu dengan anggaran berat kira-kira 0.56 gram,” katanya.

Beliau berkata, suspek warga tempatan berusia 18 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

β€œPolis akan terus mempergiat operasi pemantauan dan pemeriksaan dari semasa ke semasa bagi membanteras kegiatan penyalahgunaan dadah, khususnya di kawasan Kalabakan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya menjauhi kegiatan penyalahgunaan dadah kerana bukan sahaja menyalahi undang-undang, malah boleh merosakkan masa depan diri sendiri dan keluarga.







π‹π„π‹π€πŠπˆ πŒπ„ππ†π€πŒπ”πŠ πŠπ”π‘π”ππ† πˆπ’π“π„π‘πˆ 𝐃𝐀𝐍 π€ππ€πŠ, 𝐔𝐆𝐔𝐓 𝐁𝐔𝐍𝐔𝐇 πƒπˆπ“π€π‡π€πTAWAU, 26 April – Detik cemas tujuh jam berakhir dengan tangka...
26/04/2026

π‹π„π‹π€πŠπˆ πŒπ„ππ†π€πŒπ”πŠ πŠπ”π‘π”ππ† πˆπ’π“π„π‘πˆ 𝐃𝐀𝐍 π€ππ€πŠ, 𝐔𝐆𝐔𝐓 𝐁𝐔𝐍𝐔𝐇 πƒπˆπ“π€π‡π€π

TAWAU, 26 April – Detik cemas tujuh jam berakhir dengan tangkapan seorang lelaki tempatan yang mengamuk sambil mengurung isterinya bersama tiga anak serta mengugut untuk membunuh dalam kejadian di kawasan perumahan pekerja di sebuah ladang di Kalabakan, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin bin Hussin berkata, pihak polis menerima maklumat kira-kira jam 8.30 malam selepas suspek bertindak agresif di rumahnya.

β€œSuspek dipercayai berada dalam keadaan khayal akibat pengaruh dadah mengunci isteri dan tiga anaknya di dalam rumah serta mengugut sesiapa yang cuba masuk dan turut mengeluarkan kata ugutan akan bunuh mereka sambil membaling sabit ke arah individu yang cuba menenangkan keadaan,” katanya.

Sementara itu, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ), IPD Tawau yang diketuai oleh Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah, DSP Zulham Affendi bin Zulkifli bersama sepasukan anggota dari Balai Polis Kalabakan terus digerakkan ke lokasi kejadian.

Katanya, pemeriksaan di lokasi turut mendapati keadaan rumah yang gelap dan terdapat beberapa senjata berbahaya termasuk parang, sabit serta paip besi berada di rumah berkenaan.

β€œPolis turut mengambil masa kira-kira tujuh jam untuk memujuk suspek yang berada dalam keadaan agresif sebelum bertindak menyerbu masuk bagi menyelamatkan mangsa. Dalam operasi tersebut, pasukan polis turut menggunakan Taser Gun (senjata perenjat elektrik) bagi melumpuhkan suspek yang bertindak agresif sebelum berjaya ditahan,” jelasnya.

Beliau berkata, suspek berusia 39 tahun itu akhirnya ditahan kira-kira jam 10.30 pagi keesokan hari.

β€œTurut dirampas dua bilah sabit, sebilah parang, pemutar skru, besi β€˜loading’ serta empat batang paip besi.

β€œSiasatan lanjut mendapati suspek mempunyai rekod lampau di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 342 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan serta Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan dan Bahan Letupan.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya segera melaporkan kepada pihak polis sekiranya berdepan situasi ancaman, keganasan rumah tangga atau individu bertindak luar kawalan bagi membolehkan tindakan segera diambil.







Address

Balai Polis Kalabakan
Kalabakan

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Balai Polis Kalabakan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category