Pejabat Kesihatan Daerah Kampar

Directions

Pejabat Kesihatan Daerah Kampar Page rasmi Pejabat Kesihatan Daerah Kampar yang memaparkan aktiviti dan program di daerah Kampar

JEREBU DI LUAR, JANGAN TAMBAH ASAP DI DALAM RUMAH! 🏠🚭Pejabat Kesihatan Daerah Kampar menyeru orang ramai agar menjadikan...
17/10/2026

JEREBU DI LUAR, JANGAN TAMBAH ASAP DI DALAM RUMAH! 🏠🚭

Pejabat Kesihatan Daerah Kampar menyeru orang ramai agar menjadikan rumah sebagai persekitaran yang bersih, selamat dan bebas daripada asap rokok, terutamanya ketika keadaan jerebu.

🚭 Jangan merokok di dalam rumah. Asap rokok boleh mencemarkan udara dalaman dan mendedahkan ahli keluarga kepada bahan kimia berbahaya.

πŸ‘Ά Lindungi anak-anak daripada kesan asap rokok yang boleh menjejaskan kesihatan dan sistem pernafasan mereka.

πŸ‘΅ Utamakan kesihatan warga emas yang lebih berisiko mengalami komplikasi akibat pencemaran udara.

❀️ Jaga ahli keluarga yang menghidap penyakit kronik dengan memastikan persekitaran rumah bebas daripada asap rokok.

Ingat, rumah sepatutnya menjadi tempat perlindungan daripada udara tercemar, bukannya tempat yang menambah risiko kepada kesihatan keluarga.

Ayuh, bersama-sama kita wujudkan rumah bebas asap rokok demi kesihatan dan kesejahteraan insan tersayang!

πŸ“Œ Pastikan udara di dalam rumah lebih bersih dan selamat untuk semua.






🌿 PROGRAM PLOGGING 1 HOUR MALAYSIA CLEAN UP (1HMCUP) & SENAMSIHAT SEMPENA HARI SUKAN NEGERA16 Oktober 2026 | Dataran Sun...
16/10/2026

🌿 PROGRAM PLOGGING 1 HOUR MALAYSIA CLEAN UP (1HMCUP) & SENAMSIHAT SEMPENA HARI SUKAN NEGERA

16 Oktober 2026 | Dataran Sungai Dipang, Sahom

Pejabat Kesihatan Daerah Kampar telah melaksanakan aktiviti Plogging 1 Hour Malaysia Clean Up (1HMCUP) dan Senamsihat di Dataran Sungai Dipang, Sahom pada 16 Oktober 2026.

Program ini bertujuan memastikan persekitaran sungai sentiasa bersih dan selamat, di samping mencegah pembiakan nyamuk Aedes melalui aktiviti pembersihan kawasan serta menggalakkan amalan gaya hidup sihat melalui aktiviti fizikal.

🎯 Objektif Program:
βœ… Memupuk kesedaran dan tanggungjawab bersama dalam menjaga kebersihan persekitaran sungai.
βœ… Menghapuskan tempat berpotensi pembiakan nyamuk Aedes bagi mencegah penularan denggi.
βœ… Menggalakkan aktiviti fizikal dan membudayakan gaya hidup sihat dalam kalangan anggota.

Persekitaran Bersih, Komuniti Sihat, Denggi Dicegah! πŸ’š

Aktiviti luar boleh ditangguhkan, namun kesihatan tiada gantinya.Apabila bacaan IPU melebihi 100, aktiviti luar dan acar...
16/10/2026

Aktiviti luar boleh ditangguhkan, namun kesihatan tiada gantinya.

Apabila bacaan IPU melebihi 100, aktiviti luar dan acara keramaian seperti maraton, larian, sukan, konsert, karnival serta program komuniti wajar ditangguhkan.

Penganjur disarankan supaya:

πŸ“± Menyemak bacaan IPU sebelum dan semasa acara.
πŸ“’ Memaklumkan penangguhan kepada peserta lebih awal.
🏠 Memindahkan aktiviti ke dalam bangunan yang sesuai, jika boleh.
❀️ Mengutamakan keselamatan peserta, petugas dan orang ramai.

Jangan paksa acara diteruskan. Utamakan kesihatan dan keselamatan semua.

🦠 KENALI INFLUENZA A: CEGAH DAN LINDUNGI DIRIInfluenza A merupakan jangkitan virus pernafasan yang boleh menyerang semua...
14/10/2026

🦠 KENALI INFLUENZA A: CEGAH DAN LINDUNGI DIRI

Influenza A merupakan jangkitan virus pernafasan yang boleh menyerang semua peringkat umur dan mudah merebak, khususnya melalui titisan pernafasan serta sentuhan dengan permukaan yang tercemar.

Antara tanda dan gejala yang biasa termasuk demam, batuk, sakit tekak, hidung berair atau tersumbat, sakit kepala dan badan serta keletihan.

πŸ’‘ Langkah pencegahan yang boleh diamalkan:
βœ… Kerap mencuci tangan dengan sabun atau menggunakan pensanitasi tangan.
βœ… Amalkan etika batuk dan bersin.
βœ… Pakai pelitup muka jika bergejala atau berada di tempat sesak.
βœ… Elakkan berkongsi barangan peribadi.
βœ… Rehat di rumah sekiranya tidak sihat.
βœ… Amalkan pemakanan seimbang, minum air secukupnya dan dapatkan tidur yang mencukupi.

Sekiranya mengalami gejala yang teruk atau keadaan semakin membimbangkan, dapatkan pemeriksaan dan rawatan di fasiliti kesihatan berdekatan.

πŸ’™ Cegah Influenza A, Lindungi Diri, Keluarga dan Komuniti.

πŸ“Œ Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

🚭 NAMPAK KESALAHAN MEROKOK ATAU V**E? LAPORKAN MELALUI MyLapor!Kesihatan awam ialah tanggungjawab kita bersama. Anda bol...
14/10/2026

🚭 NAMPAK KESALAHAN MEROKOK ATAU V**E? LAPORKAN MELALUI MyLapor!

Kesihatan awam ialah tanggungjawab kita bersama. Anda boleh memainkan peranan dengan melaporkan kesalahan berkaitan merokok dan v**e melalui MyLapor.

πŸ“² Mudah sahaja!
1️⃣ Imbas kod QR MyLapor atau akses MyLapor melalui MySejahtera
2️⃣ Pilih kategori aduan.
3️⃣ Isi maklumat aduan dengan lengkap.
4️⃣ Hantar aduan anda.

Setiap aduan yang dikemukakan dapat membantu pihak berkuasa melaksanakan tindakan penguatkuasaan mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa, termasuk Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 [Akta 852].

πŸ’™ Marilah bersama-sama kita mewujudkan persekitaran yang lebih sihat, selamat dan bebas daripada asap rokok serta v**e demi kesejahteraan semua.

Perak Sihat, Bebas Asap Rokok dan V**e!

**e

Kredit : JKN Perak

13/10/2026

πŸ’š PERKHIDMATAN KESIHATAN MESRA REMAJA
KLINIK KESIHATAN MALIM NAWAR πŸ’š

🌟 Remaja Sihat, Masa Depan Hebat! 🌟

Zaman remaja merupakan fasa penting dalam kehidupan. Penjagaan kesihatan yang baik membantu remaja membesar dengan sihat, yakin dan sejahtera. πŸ’ͺ✨

Tahukah anda? Klinik Kesihatan Malim Nawar menyediakan Perkhidmatan Kesihatan Mesra Remaja bagi membantu remaja mendapatkan maklumat, bimbingan dan penjagaan kesihatan yang bersesuaian dengan keperluan mereka.

🩺 Antara aspek yang diberi perhatian:
πŸ’š Penjagaan kesihatan fizikal
πŸ’š Kesihatan mental dan emosi
πŸ’š Pemakanan sihat dan gaya hidup aktif
πŸ’š Pendidikan kesihatan dan pencegahan risiko kesihatan
πŸ’š Bimbingan berkaitan isu-isu kesihatan remaja

Jangan malu, jangan takut untuk mendapatkan bantuan. Kesihatan anda adalah keutamaan kami! πŸ€—

πŸ“ Jom dapatkan perkhidmatan di Klinik Kesihatan Malim Nawar!

✨ Remaja Sihat, Remaja Berkualiti, Generasi Masa Depan.





🚭 LARANGAN MEROKOK DI PREMIS MAKANAN: HORMATI HAK ORANG LAINPejabat Kesihatan Daerah Kampar ingin mengingatkan orang ram...
13/10/2026

🚭 LARANGAN MEROKOK DI PREMIS MAKANAN: HORMATI HAK ORANG LAIN

Pejabat Kesihatan Daerah Kampar ingin mengingatkan orang ramai agar sentiasa mematuhi larangan merokok di premis makanan demi menjaga kesihatan dan kesejahteraan bersama.

Asap rokok bukan sahaja menjejaskan kesihatan perokok, malah turut membahayakan orang di sekeliling, khususnya kanak-kanak, warga emas dan individu yang mempunyai masalah kesihatan.

Sehubungan itu, orang ramai diseru agar:

βœ… Mematuhi larangan merokok di semua premis makanan.
βœ… Menghormati hak orang lain untuk menikmati persekitaran yang bersih dan bebas daripada asap rokok.
βœ… Bersama-sama memupuk budaya hidup sihat dan bertanggungjawab demi kesejahteraan masyarakat.

Marilah kita berganding bahu mewujudkan persekitaran premis makanan yang lebih bersih, sihat dan selesa untuk semua.

Jangan merokok di premis makanan. Hormati hak orang lain untuk menikmati udara yang bersih.

πŸ“’ Pejabat Kesihatan Daerah Kampar
Bersama Membudayakan Hidup Sihat.





Jangan hanya percaya pada pandangan mata. Bacaan IPU boleh berubah dan meningkat pada bila-bila masa.πŸ“± Semak IPU sebelum...
12/10/2026

Jangan hanya percaya pada pandangan mata. Bacaan IPU boleh berubah dan meningkat pada bila-bila masa.

πŸ“± Semak IPU sebelum keluar.
🏠 Kurangkan masa di luar bangunan.
😷 Pakai N95 dengan betul jika perlu keluar.
βœ… Ikuti nasihat rasmi dari semasa ke semasa.

Semak bacaan IPU terkini melalui portal atau aplikasi rasmi Jabatan Alam Sekitar (JAS).


12/10/2026

🌟 KENALI KLINIK MESRA REMAJA, KLINIK KESIHATAN GOPENG! 🌟

πŸ’™ Ruang Mesra, Perkhidmatan Berkualiti, Masa Depan Lebih Bererti!

Remaja merupakan aset berharga negara dan bakal pemimpin masa hadapan. Justeru, kesihatan fizikal, mental dan sosial mereka perlu diberikan perhatian agar setiap remaja dapat membesar dengan sihat, yakin dan sejahtera. πŸ’•

✨ Jom kenali Klinik Mesra Remaja, Klinik Kesihatan Gopeng!

Kami menyediakan ruang yang mesra, selamat dan prihatin untuk remaja mendapatkan maklumat kesihatan, khidmat nasihat serta perkhidmatan kesihatan yang bersesuaian dengan keperluan mereka.

🩺 Antara perkhidmatan yang ditawarkan:
βœ… Pendidikan dan promosi kesihatan remaja
βœ… Saringan dan penilaian kesihatan
βœ… Kesihatan mental dan kesejahteraan emosi
βœ… Pemakanan sihat dan gaya hidup aktif
βœ… Kesihatan seksual dan reproduktif
βœ… Khidmat nasihat, intervensi dan rujukan mengikut keperluan

πŸ“… Hari: Setiap hari Selasa
⏰ Masa: 2.00 petang – 4.30 petang
πŸ“ Lokasi: Klinik Kesihatan Gopeng

πŸ’– Jangan malu untuk bertanya, jangan takut untuk mendapatkan bantuan. Kesihatan anda penting, suara anda didengari dan masa depan anda amat bermakna!

Klinik Mesra Remaja KK Gopeng β€” Bersama Remaja, Membina Generasi Sihat dan Berkualiti.





⚠️ 𝐀𝐖𝐀𝐒! π‘π€ππˆπ„π’ ππŽπ‹π„π‡ πŒπ„π‘π€π†π”π“ ππ˜π€π–π€ 🐢Rabies ialah penyakit sistem saraf yang disebabkan oleh jangkitan virus melalui gig...
11/10/2026

⚠️ 𝐀𝐖𝐀𝐒! π‘π€ππˆπ„π’ ππŽπ‹π„π‡ πŒπ„π‘π€π†π”π“ ππ˜π€π–π€ 🐢

Rabies ialah penyakit sistem saraf yang disebabkan oleh jangkitan virus melalui gigitan haiwan, terutamanya anjing yang dijangkiti.

Virus ini menyerang otak dan sistem saraf manusia sehingga menyebabkan gejala seperti perubahan tingkah laku, kekeliruan, ketakutan terhadap air dan akhirnya lumpuh. Tanpa rawatan awal, Rabies hampir pasti membawa maut.

πŸ’‰ DAPATKAN RAWATAN SEGERA JIKA DIGIGIT HAIWAN
Sekiranya digigit haiwan, segera cuci luka dengan sabun dan air yang banyak selama sekurang-kurangnya 15 minit.

Dapatkan rawatan di klinik kesihatan atau hospital berhampiran untuk suntikan vaksin anti-rabies mengikut arahan doktor.

Tindakan pantas amat penting kerana simptom Rabies biasanya hanya muncul selepas 20 hingga 60 hari gigitan berlaku.

πŸ• CEGAH PENULARAN RABIES
Pastikan anjing peliharaan diberi vaksin anti-rabies secara berkala. Elakkan memberi makan atau mendekati haiwan liar, dan pastikan bekas sampah sentiasa bertutup bagi mengelakkan kehadiran haiwan tersebut.

Address

Pejabat Kesihatan Daerah Kampar, Jalan Degong
Kampar
31900

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Kesihatan Daerah Kampar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share