Dato Nolee Radzi

Call Directions Contact the organization

Dato Nolee Radzi Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Dato Nolee Radzi, Kampar.

Kepada seluruh rakyat Melaka, berikut adalah tarikh-tarikh penting yang perlu diberi perhatian:🗓️ 31 Oktober 2026 (Sabtu...
07/10/2026

Kepada seluruh rakyat Melaka, berikut adalah tarikh-tarikh penting yang perlu diberi perhatian:

🗓️ 31 Oktober 2026 (Sabtu)
Penamaan Calon

🗳️ 10 November 2026 (Selasa)
Hari Undi Awal

🗳️ 14 November 2026 (Sabtu)
Hari Mengundi

Semoga urusan pilihan raya berjalan dengan lancar, aman dan teratur.

Semak maklumat rasmi, kenali tanggungjawab kita dan tunaikan tanggungjawab sebagai rakyat. 🇲🇾

05/10/2026

Kenyataan Media
Dato’ Nolee Ashilin
4 Oktober 2026

❤️ SELAMAT HARI JANTUNG SEDUNIAWalaupun kelmarin kita memperingati Hari Jantung Sedunia, penjagaan jantung bukan hanya u...
01/10/2026

❤️ SELAMAT HARI JANTUNG SEDUNIA

Walaupun kelmarin kita memperingati Hari Jantung Sedunia, penjagaan jantung bukan hanya untuk sehari.

Jantung perlu dijaga setiap hari — dengan mengamalkan gaya hidup sihat, aktif bergerak, menjaga pemakanan dan melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala.

Jangan tunggu sehingga terlambat.
Jaga jantung, jaga kehidupan. ❤️

Semoga kita semua terus diberikan kesihatan yang baik dan dapat menikmati kehidupan bersama insan tersayang.

Daripada saya, Dato’ Nolee Ashilin 🌷

30/09/2026

🇲🇾 MALAYSIAKU MERDEKA — SEMANGAT KITA, BERSAMA

Alhamdulillah, Program Malaysiaku Merdeka berlangsung meriah dalam semangat kekeluargaan dan cinta akan tanah air.

Terima kasih kepada semua yang hadir serta menjayakan program ini. Semangat Merdeka terus disemarakkan melalui usaha bersama membina Malaysia yang lebih baik.

Malaysia Kita, Tanggungjawab Kita.

Ikhlas daripada
Dato’ Nolee Ashilin
Pemangku Ketua Srikandi Malaysia

Innalillahi wa inna ilaihi raji’un.Hari ini kita kehilangan seorang wanita yang begitu dekat di hati rakyat Malaysia.All...
28/09/2026

Innalillahi wa inna ilaihi raji’un.

Hari ini kita kehilangan seorang wanita yang begitu dekat di hati rakyat Malaysia.

Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali bukan sekadar dikenali sebagai mantan Wanita Pertama negara. Beliau seorang doktor, seorang ibu, seorang isteri dan seorang wanita yang sepanjang hidupnya membawa dirinya dengan penuh kelembutan, kesederhanaan dan maruah.

Bertahun-tahun kita melihat Tun Siti Hasmah berdiri di sisi Tun Dr Mahathir Mohamad melalui pelbagai fasa perjalanan negara. Dalam segala keadaan, beliau tetap menjadi dirinya sendiri. Tenang, bersahaja, tidak banyak bicara, tetapi kehadirannya sentiasa terasa.

Itulah yang begitu istimewa tentang Tun.

Beliau tidak perlu meninggikan suara untuk dihormati. Tidak perlu menonjol untuk disayangi. Senyumannya, kelembutannya dan caranya melayani orang lain sudah cukup membuatkan rakyat merasa dekat dengannya.

Bagi ramai rakyat Malaysia, Tun Siti Hasmah menggambarkan kekuatan seorang wanita dalam bentuk yang paling indah. Seorang wanita boleh menjadi lembut tetapi tetap kuat. Boleh setia mendampingi keluarga tanpa kehilangan jati dirinya sendiri. Boleh berada di sisi Tun Dr Mahathir, tetapi tetap meninggalkan legasinya sendiri.

Ada insan yang kita ingat kerana jawatannya. Ada yang kita ingat kerana pencapaiannya. Tetapi Tun Siti Hasmah akan kita ingat kerana budinya dan rasa kasih yang beliau tinggalkan dalam hati rakyat.

Salam takziah yang sedalam-dalamnya kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, seluruh keluarga dan semua yang menyayangi Allahyarhamah.

Semoga Allah SWT mengampuni segala khilaf Allahyarhamah, menerima segala amal kebajikannya dan melapangkan kuburnya.

Semoga Allahyarhamah Tun ditempatkan bersama mereka yang beriman dan beramal soleh.

Al-Fatihah.

28/09/2026

26 September 2026

KES BULI TERUS BERULANG — SIAPAKAH YANG BERTANGGUNGJAWAB MENGHENTIKANNYA?

Kes buli dalam kalangan pelajar terus menjadi kebimbangan. Setiap kali berlaku kejadian, persoalan yang sama timbul: sampai bila perkara seperti ini harus berulang?

Ibu bapa menghantar anak ke sekolah dalam keadaan sihat dan sempurna, dengan satu kepercayaan — bahawa sekolah adalah tempat yang selamat untuk anak-anak menuntut ilmu.

Tiada ibu atau bapa yang sanggup membayangkan anak yang dihantar ke sekolah akhirnya tidak pulang ke pangkuan keluarga dalam keadaan bernyawa.

Sebagai seorang ibu yang turut menghantar anak ke sekolah, saya menggesa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memperkukuh usaha mewujudkan Kempen Sekolah Selamat secara menyeluruh dan berterusan di setiap sekolah.

Kempen ini perlu disertai dengan tindakan nyata — pemantauan lebih ketat, saluran aduan yang benar-benar selamat untuk murid, tindakan segera terhadap setiap laporan, pendidikan pencegahan buli serta penglibatan aktif pihak sekolah, guru, ibu bapa dan murid.

Pada masa yang sama, ibu bapa, penjaga dan murid perlu mengetahui bahawa KPM menyediakan Saluran Khusus Aduan Buli bagi kes buli yang berlaku dalam kalangan murid di sekolah KPM:

SALURAN KHUSUS ADUAN BULI KPM
☎️ Telefon Pejabat: 03-8884 9325
📱 Telefon / WhatsApp: 014-800 9325
💻 Sistem Aduan: SISPAA KPM / Portal Aduan Buli KPM

Jangan takut untuk melaporkan. Jangan biarkan mangsa menghadapi masalah ini sendirian. Setiap aduan perlu dipandang serius dan disiasat dengan segera.

Sekolah mesti menjadi tempat anak-anak berasa selamat untuk belajar, bukan tempat yang ditakuti oleh mereka atau ibu bapa.

Jangan tunggu sehingga berlaku kehilangan nyawa sebelum kita bertindak.

Keselamatan anak-anak adalah tanggungjawab bersama.

Siti Farah binti Abu Hassan
Ketua Penerangan Srikandi Malaysia

https://aduanbuli.moe.gov.my/

23/09/2026

❤️ ZIARAH KASIH BUKIT GANTANG ❤️

Meluangkan masa menziarahi seorang Srikandi di Simpang Halt yang kurang sihat.

Walaupun hanya kunjungan yang sederhana, semoga kehadiran kami dapat memberi sedikit semangat, mengubat rasa dan mengingatkan bahawa beliau tidak pernah bersendirian.

Semoga diberikan kesembuhan, dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan kesihatan yang baik. 🤲🏻

Sakit kita ziarahi, susah kita bantu, bahagia kita raikan.





20/09/2026
19/09/2026

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

Pagi ini kita dikejutkan dengan satu tragedi yang sangat menyedihkan di Ipoh. Beberapa orang anak muda telah kehilangan nyawa dalam nahas jalan raya, dan beberapa lagi sedang menerima rawatan.

Lebih menyentuh hati kami, salah seorang yang pergi merupakan sepupu kepada Ketua Srikandi Muda Malaysia.

Saya mewakili seluruh kepimpinan dan keluarga besar Srikandi BERSATU Malaysia merakamkan salam takziah yang sedalam-dalamnya kepada beliau dan keluarga, serta kepada semua keluarga yang kehilangan insan tersayang dalam tragedi ini.

Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa mereka, merahmati roh mereka dan menempatkan mereka dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Buat mereka yang sedang menerima rawatan, kami turut mendoakan semoga diberikan kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan.

Salam takziah buat semua keluarga yang diuji.
Al-Fatihah. 🤲🏻

Address

Kampar

Telephone

+6054672844

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dato Nolee Radzi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Dato Nolee Radzi:

Shortcuts

Share