CIDB Malaysia

Call Directions Website Contact the organization

CIDB Malaysia Bina Sempurna

Akaun Facebook Rasmi CIDB MALAYSIA

Disclaimer : Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

22/10/2026

PEMAKLUMAN
PENGIKTIRAFAN PEKERJA BINAAN AM SEBAGAI PERSONEL BINAAN SEPARA MAHIR

Adalah dimaklumkan, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) akan melaksanakan pengiktirafan Personel Binaan Am (CGW0) kepada Personel Binaan Separa Mahir (PSM0) bermula bulan Oktober tahun 2026.

Pengiktirafan ini hanya melibatkan Personel Binaan Am (CGW0) yang memenuhi kesemua kriteria berikut:
i. Masih sah berdaftar (aktif) dengan pihak CIDB;
ii. Berdaftar di bawah kategori Pekerja Binaan Am (CGW0); dan
iii. Mempunyai pengalaman kerja melebihi tiga (3) tahun.

Personel Binaan yang diiktiraf sebagai Personel Binaan Separa Mahir (PSM0) tersebut dikehendaki mendapatkan Sijil Kompetensi Kemahiran Pembinaan (SKKP) bagi melayakkan diri didaftarkan sebagai Pekerja Binaan Mahir. Tempoh dibenarkan untuk melengkapkan dan mendapatkan SKKP adalah bermula dari tarikh pemakluman ini sehingga 31 Ogos 2027.

Personel Binaan tersebut mahupun majikan boleh menyemak status pendaftaran PSM0 serta maklumat-maklumat lain yang berkaitan dengan menekan butang CARIAN PERSONEL BINAAN melalui sistem CIMS di pautan rasmi: http://cims.cidb.gov.my
ADALAH DIINGATKAN, mana-mana Personel Binaan yang didapati menjalankan kerja-kerja binaan tahap mahir yang disenaraikan di Jadual 3 Akta 520 tanpa berdaftar sebagai Pekerja Binaan Mahir, akan dikenakan tindakan yang tegas dan maksimum selaras undang-undang yang berkuatkuasa.

Majlis Penutup Vendor Enablement Program (VEP PLUS)Tarikh: 21 Oktober 2026 (Rabu)Tempat: BIlik Exora, CIDB 520, The METK...
22/10/2026

Majlis Penutup Vendor Enablement Program (VEP PLUS)

Tarikh: 21 Oktober 2026 (Rabu)
Tempat: BIlik Exora, CIDB 520, The MET

Kehadiran VIP
CIDB: Ts Rohana Abd Manan (Pengurus Besar BPK)
MARA: En. Alfitri Abdul Rahman (Timb Pengarah 1, Bahagian Infrastruktur Komersial)
PLUS: Puan Adila Binti Mustapa (Ketua Kecemerlangan & Operasi Perolehan)

1) Prog VEP PLUS, yang dianjurkan melalui kerjasama CIDB bersama rakan strategik MARA Dan PLUS Malaysia Berhad telah berlangsung selama 2 bulan setengah dari 10 Ogos 2026 – 21 Oktober 2026. Seramai 20 orang peserta telah menamatkan kursus dengan jayanya.

2) Objektif utama program adalah untuk:

a. Menyediakan kumpulan kontraktor yang memenuhi keperluan industri, khususnya PLUS Malaysia Berhad,

b. Memperkasa kapasiti dan kompetensi kontraktor Bumiputera

c. Meningkatkan daya saing dan kebolehpasaran kontraktor.

d. Menyediakan latihan berstruktur yang melibatkan latihan kompetensi dan pengetahuan tentang pengurusan kerja-kerja yang berkaitan

e. Melengkapkan peserta dengan latihan dan pensijilan yang berkaitan

3) Program dilaksanakan secara latihan fizikal bermodular di:

a. Pusat Latihan Majlis Amanah Rakyat (MARA) bagi kursus keusahawanan

b. Pusat Latihan CIDB Holdings Sdn Bhd bagi kursus penyeliaan dan pengurusan projek pembinaan

c. Pusat Latihan PLUS bagi kursus teknikal dan bimbingan pendaftaran vendor

4) Program menerima maklumbalas yang baik dari peserta dan peserta juga mencadangkan penambahbaikan:

a. Diadakan lawatan teknikal di lapangan bagi memberi pendedahan berkenaan skop kerja sebenar di bawah PLUS.

b. Peserta VEP PLUS yang telah berjaya (batch terdahulu) dan telah naik ke gred lebih tinggi, boleh dijadikan mentor kepada peserta baru agar mereka dapat menyumbang idea dan meluaskan jaringan perniagaan dalam keusahawanan.

Program CIDB, MARA & PLUS ini diharapkan akan menjadi program berterusan bagi memberi manfaat kepada Kontraktor G1-G4 agar mampu bersaing dengan Kontraktor sediaada.



21/10/2026
20/10/2026
KENYATAAN TAWARAN PELAWAAN PERKHIDMATAN PERUNDINGNO PEROLEHAN : BTM/PER-01/2026(10030093)TAJUK : PERKHIDMATAN PERUNDING ...
20/10/2026

KENYATAAN TAWARAN PELAWAAN PERKHIDMATAN PERUNDING

NO PEROLEHAN : BTM/PER-01/2026(10030093)

TAJUK : PERKHIDMATAN PERUNDING BAGI KAJIAN SEMULA DAN PENGEMASKINIAN POLISI ICT, MANUAL PROSEDUR ICT SERTA PEMBANGUNAN KERANGKA KESELAMATAN SIBER DENGAN MENGAMBIL KIRA PENEMUAN AUDIT KESELAMATAN SIBER UNTUK LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA (CIDB) (PELAWAAN SEMULA)

TEMPOH PERKHIDMATAN : SEPULUH (10) BULAN

TARIKH IKLAN : 20 OKTOBER 2026 (SELASA)

TARIKH BELI DOKUMEN : 21 OKTOBER 2026 (RABU)
TARIKH TUTUP SEBUTHARGA : 04 NOVEMBER 2026 (RABU) SEBELUM JAM 12.00 TENGAHARI
TEMPAT JUAL DOKUMEN : UNIT PEROLEHAN, BAHAGIAN SUMBER MANUSIA, LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA (CIDB), TINGKAT 11, CIDB 520, THE MET CORPORATE TOWERS, NO. 20 JALAN DUTAMAS 2, 50480 KUALA LUMPUR

SYARAT AM/KELAYAKAN VENDOR:
1. Berdaftar sebagai vendor CIDB
2. Berdaftar dengan M*F dalam Kod Bidang:
340601 - Kajian Telekomunikasi; atau
340602 – Perancangan Strategik ICT (ISP – Information Systems Plan); atau
340603 - Kajian Pengurusan Infrastruktur ICT; atau
340604 – Kajian Pengurusan Keselamatan ICT; atau
340605 – Kajian Pengurusan Maklumat ICT.
3. Mempunyai Sijil Pematuhan Cukai - Tax Compliance Certificate (TCC)-berstatus β€˜PATUH’

PERINGATAN:
1. PEMILIK SYARIKAT / WAKIL SYARIKAT YANG SAH HENDAKLAH MENGEMUKAKAN DOKUMEN ASAL DAN SALINAN SIJIL KEMENTERIAN KEWANGAN (M*F) DAN SIJIL PEMATUHAN CUKAI (TCC) SEMASA MEMBELI DOKUMEN.
2. SILA BAWA COP SYARIKAT BERALAMAT PENUH SEMASA MEMBELI DOKUMEN.
3. DOKUMEN YANG DITERIMA SELEPAS TARIKH DAN MASA TUTUP TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN.
4. CIDB MALAYSIA TIDAK TERIKAT UNTUK MENERIMA TAWARAN TERENDAH ATAU SEBARANG TAWARAN SEKALIPUN.

Sekian Terima kasih.



🌿 SEMINAR PEMBINAAN MAMPAN SIRI 4/2026CIDB Malaysia menjemput para penggiat industri pembinaan, ahli akademik serta piha...
19/10/2026

🌿 SEMINAR PEMBINAAN MAMPAN SIRI 4/2026

CIDB Malaysia menjemput para penggiat industri pembinaan, ahli akademik serta pihak yang terlibat dalam Pembaharuan MyCREST & INFRASTAR untuk menyertai Seminar Pembinaan Mampan Siri 4/2026 bertajuk β€œESG and the Malaysian Construction Landscape”.

Seminar ini bertujuan memberi pendedahan mengenai peranan Environmental, Social and Governance (ESG) dalam industri pembinaan Malaysia serta kepentingannya dalam menyokong amalan pembinaan yang lebih mampan.

πŸ“… Tarikh: 12 November 2026
πŸ•˜ Masa: 9.00 pagi – 4.00 petang
πŸ’» Pelaksanaan: Secara Dalam Talian
πŸ’° Yuran: RM30 sahaja
πŸ… 15 Mata CCD
⏰ Tarikh Tutup Penyertaan: 11 November 2026

Penyertaan terbuka kepada:
β€’ Penggiat industri pembinaan
β€’ Pembaharuan MyCREST & INFRASTAR
β€’ Ahli akademik

πŸ”— Daftar sekarang:
https://evms.cidb.gov.my/event/M4yf983v9ms

Jangan lepaskan peluang untuk menambah ilmu dan memahami perkembangan ESG dalam landskap industri pembinaan Malaysia.

HEBAHAN IKLAN TENDER KERJA PIHAK BERKUASA PELAKSANAAN KORIDOR UTARA (NCIA) DINEGERI-NEGERI DI NCERPihak Berkuasa Pelaksa...
19/10/2026

HEBAHAN IKLAN TENDER KERJA PIHAK BERKUASA PELAKSANAAN KORIDOR UTARA (NCIA) DI
NEGERI-NEGERI DI NCER

Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) mengeluarkan tender kerja seperti di
lampiran. Sehubungan itu, dijemput pembida-pembida berkelayakan untuk menyertai tawaran
tender kerja tersebut.

Iklan tender tersebut juga dapat dirujuk di laman web kami di www.ncer.com.my.

18/10/2026

TINGKATKAN KOMPETENSI PEKERJA BINAAN ANDA!

Program Penilaian Kompetensi Kemahiran (PKK) Pekerja Binaan Asing oleh CIDB Malaysia kini dibuka untuk pendaftaran!

βœ… Penilaian kemahiran pekerja binaan asing
βœ… Meliputi pelbagai bidang kemahiran pembinaan
βœ… Memastikan pematuhan terhadap keperluan industri pembinaan

ELAK DIKENAKAN TINDAKAN DI BAWAH AKTA 520!

Daftar sekarang dengan mengimbas kod QR pada poster.

πŸ“ž 03-2095 9599
πŸ“± 018-376 9599
πŸ“§ [email protected]
🌐 www.clab.com.my

15/10/2026

DAIKIN VENDOR DEVELOPMENT PROGRAMME (DAIKIN VDP)

MAJLIS PENUTUP DAIKIN VENDOR DEVELOPMENT PROGRAMME (DAIKIN VDP)Memperkasa Kontraktor Tempatan Melalui Latihan Keusahawan...
15/10/2026

MAJLIS PENUTUP DAIKIN VENDOR DEVELOPMENT PROGRAMME (DAIKIN VDP)

Memperkasa Kontraktor Tempatan Melalui Latihan Keusahawanan dan Kemahiran Teknikal

Majlis Penutup Daikin Vendor Development Programme (DAIKIN VDP) telah berlangsung pada 12 Oktober 2026 bertempat di Daikin Academy, Sungai Buloh, Selangor. Program ini merupakan hasil kerjasama strategik antara CIDB Malaysia, MARA dan DAIKIN Malaysia dalam usaha membangunkan keupayaan kontraktor tempatan agar lebih kompeten, berdaya saing dan berpotensi menjadi penyedia perkhidmatan dalam industri penyaman udara.

Majlis ini dihadiri oleh Ts. Rohana Abg Manan, Pengurus Besar Bahagian Pembangunan Kontraktor (BPK), CIDB Malaysia; En. Alfitri Abdul Rahman, Timbalan Pengarah 1, Bahagian Infrastruktur Komersial, MARA; serta Mr. Lawrence, Pengarah Urusan DAIKIN Malaysia.

Berlangsung selama tiga bulan, bermula 11 Julai hingga 12 Oktober 2026, program ini telah berjaya melahirkan 20 orang peserta yang menamatkan latihan dengan jayanya menerusi pendekatan pembangunan kemahiran yang merangkumi aspek keusahawanan, teknikal dan pengurusan projek.

Menerusi tajaan MARA, peserta telah mengikuti Modul Keusahawanan serta latihan teknikal Air Conditioner Certified Technician (ACCT) yang memberikan pendedahan dalam aspek pemasangan, pembersihan, penyelenggaraan dan penyelesaian masalah (troubleshooting) sistem penyaman udara.

Sementara itu, CIDB Malaysia menaja Modul Penyeliaan dan Pengurusan Projek bagi meningkatkan keupayaan peserta dalam mengurus serta melaksanakan projek secara lebih sistematik dan profesional. Antara komponen latihan yang diberikan termasuklah Pengurusan Projek, Pengurusan Kos dan Kawalan Bajet, Pengurusan Kontrak dan Tender serta Pengenalan kepada Building Information Modelling (BIM).

Peserta turut mengikuti sesi bimbingan pendaftaran bersama DAIKIN dan berpeluang meneroka potensi untuk menjadi penyedia perkhidmatan (service provider) DAIKIN, sekali gus membuka ruang kepada peluang perniagaan dan kerjasama dalam rantaian industri.

Sebagai program sulung hasil kerjasama CIDB Malaysia, MARA dan DAIKIN Malaysia, inisiatif ini diharapkan dapat diteruskan secara berterusan bagi memperluas peluang pembangunan kontraktor, khususnya kontraktor G1 hingga G4. Usaha ini juga selari dengan aspirasi untuk memperkukuh kompetensi, meningkatkan akses kepada peluang pasaran dan membantu kontraktor tempatan bersaing secara lebih berkesan dalam industri pembinaan.

CIDB Malaysia komited untuk terus memperkasa kontraktor melalui pembangunan kompetensi, kerjasama strategik dan pembukaan peluang perniagaan ke arah industri pembinaan yang lebih mampan dan berdaya saing.

Address

CIDB Malaysia, Tingkat 11, CIDB 520, The MET Corporate Towers, No 20 Jalan Dutamas 2
Kampong Dollah
50480

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60355673300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when CIDB Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to CIDB Malaysia:

Shortcuts

Share