08/05/2026
Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) serta Mesyuarat Pra Pembinaan bagi Projek Kerja-Kerja Naiktaraf, Membaikpulih serta Kerja-Kerja Berkaitan di 12 Kolej-Kolej Universiti Malaya (UM), Lembah Pantai, Kuala Lumpur telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama Pejabat ICU JPM Wilayah Persekutuan.
Majlis penyerahan SST kepada pihak kontraktor telah berlangsung dengan lancar dan teratur, sekali gus menandakan permulaan rasmi pelaksanaan projek tersebut. Projek ini diharapkan dapat dilaksanakan dan disiapkan mengikut jadual yang telah ditetapkan serta memenuhi skop kerja yang dirancang.
Pelaksanaan projek ini juga diharap dapat memberi manfaat kepada pihak pengurusan Universiti Malaya, khususnya dalam menyediakan kemudahan yang lebih selesa, kondusif dan selamat kepada para mahasiswa dan mahasiswi di kolej-kolej kediaman UM.
05/05/2026
Majlis penyerahan Surat Setuju Terima (SST) serta mesyuarat permulaan projek bagi kerja-kerja membaik pulih dan menaik taraf lantai di kawasan padang, termasuk kerja-kerja berkaitan, telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Yarl. Projek ini dilaksanakan dengan kelulusan di bawah peruntukan PMR bagi Parlimen Seputeh.
Majlis penyerahan SST kepada kontraktor telah berlangsung dengan lancar dan teratur, menandakan permulaan rasmi pelaksanaan projek ini. Diharapkan projek ini dapat disiapkan mengikut jadual yang ditetapkan serta memberi manfaat kepada pihak sekolah, khususnya dalam menyediakan kemudahan yang lebih selesa dan selamat kepada para pelajar dan warga sekolah.
22/04/2026
πππππππππ ππππππ ππππππππ πππππππππππ πππππππ πππππππππππ ππππππππ 1 πππππ 2026
ICU JPM Wilayah Persekutuan telah mengadakan Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Wilayah Persekutuan (MTPWP) Bilangan 1 Tahun 2026 pada 21 April 2026 (Selasa) di Bilik Mesyuarat Perdana, Menara Seri Wilayah, Jabatan Wilayah Persekutuan Putrajaya. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), YB Puan Hannah Yeoh Tseow Suan yang telah dilantik oleh YAB Perdana Menteri sebagai Pengerusi Majlis Tindakan Pembangunan Wilayah Persekutuan yang berkuatkuasa 12 Januari 2026. Pelantikan ini adalah mengikut keperluan Arahan No. 1 2023 Mekanisme Penyelarasan Pelaksanaan Pembangunan Negara dan pindaan-pindaan kepada Arahan berkenaan.
Mesyuarat ini menjadi pelantar bagi membincangkan isu-isu berkaitan pembangunan program / projek RMKe-13 dan sosio ekonomi khususnya di Wilayah Persekutuan. Pihak ICU JPM Wilayah Persekutuan sentiasa komited dalam pemantauan program / projek pembangunan di Wilayah Persekutuan bagi memastikan ia dapat dimanfaatkan kepada rakyat demi memacu pembangunan negara yang progresif dan dinamik selaras dengan aspirasi MADANI.
Ikuti laman sosial rasmi ICU JPM Wilayah Persekutuan
Facebook: ICU JPM WILAYAH PERSEKUTUAN
Instagram: ICUJPMWP
TikTok: icujpmwilayah
20/04/2026
20 April 2026 (Isnin) β Pasukan Penyelarasan PMX, ICU JPM Wilayah Persekutuan telah melaksanakan lawatan kebajikan dengan menyampaikan sumbangan kepada Encik Tan Chee Hoi bagi membantu meringankan kos sara hidup beliau.
Sumbangan ini merupakan inisiatif daripada YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagai cerminan keprihatinan Kerajaan MADANI terhadap kebajikan rakyat, khususnya golongan yang memerlukan.
Inisiatif ini telah diketuai oleh Tuan Megat Azlani bin Megat Ramli, Pengarah ICU JPM Wilayah Persekutuan, sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan Kerajaan dalam memastikan kebajikan rakyat sentiasa diberi keutamaan.
Adalah diharapkan agar sumbangan ini dapat membantu mengurangkan beban yang ditanggung oleh penerima, seterusnya memberi sokongan kepada beliau dalam meneruskan kehidupan harian dengan lebih sejahtera.
15/04/2026
Parlimen Batu β ICU JPM Wilayah Persekutuan telah menziarahi dan menyantuni keluarga Encik Muguran a/l Lengam, seorang Ketua Isi Rumah berpendapatan rendah yang sedang berdepan tekanan kewangan. Beliau mempunyai seorang anak kurang upaya (OKU) yang terlantar sepenuhnya dan memerlukan penjagaan serta rawatan berterusan. Ketiadaan peralatan sokongan yang sesuai, khususnya kerusi roda, turut menyukarkan pergerakan anak tersebut untuk mendapatkan rawatan di hospital.
Sumbangan ini diharapkan dapat membantu memudahkan urusan pergerakan bagi tujuan rawatan serta meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga tersebut.
15/04/2026
Parlimen Bandar Tun Razak β ICU JPM Wilayah Persekutuan telah meneruskan program dengan menziarahi dan menyantuni Puan Ratha a/p Ganesen, 46 tahun, seorang ahli isi rumah eKasih kategori miskin yang kini berada dalam keadaan kesihatan dan kewangan yang kritikal. Beliau menghidap kencing manis kronik, mengalami luka kaki yang belum sembuh serta masalah penglihatan, dan dijadualkan menjalani pembedahan di Hospital Kuala Lumpur. Suami beliau turut mengalami masalah kesihatan pada kedua-dua belah kaki yang menjejaskan keupayaan untuk bekerja. Keadaan ini menyebabkan keluarga tersebut kini bergantung kepada sumber pendapatan yang sangat terhad.
Sehubungan itu, sumbangan kebajikan telah disampaikan oleh YBrs. Tuan Megat Azlani bin Megat Ramli, Pengarah ICU JPM Wilayah Persekutuan sebagai tanda keprihatinan terhadap situasi yang dihadapi. Sumbangan ini diharapkan dapat membantu meringankan beban kewangan serta menampung keperluan asas keluarga, di samping memberi sokongan dalam menghadapi cabaran kesihatan yang dialami.