Malu Apa Bossku

Directions Contact the organization

Malu Apa Bossku Blog membincangkan isu-isu politik mutakhir tanah air

24/09/2026

Doctrin pengasingan kuasa & konsep Federalisme jadi kacau bilau bawah MADANI. Pusat boleh campur tangan urusan pentadbiran Negeri?

24/09/2026

Jika benar, YDPA & Raja boleh semena² memecat Menteri dan EXCO tanpa merujuk PM dan MB. Raja Berperlembagaan menjadi ancaman.

Swaminda: Adakah Baki Penggal Ini Sebenarnya Fasa Melengkapkan Agenda DAP?Pada pandangan saya, kenyataan Anthony Loke ba...
15/08/2026

Swaminda: Adakah Baki Penggal Ini Sebenarnya Fasa Melengkapkan Agenda DAP?

Pada pandangan saya, kenyataan Anthony Loke bahawa kerajaan perlu menggunakan baki antara satu hingga 15 bulan untuk melaksanakan sebanyak mungkin reformasi dan janji yang telah dipersetujui semasa Pilihan Raya Umum ke-15 bukanlah sesuatu yang boleh dilihat secara terpisah daripada realiti politik semasa.

Sebaliknya, kenyataan itu wajar dibaca sebagai satu pengakuan bahawa masa yang ada sebelum Pilihan Raya Umum ke-16 semakin singkat dan setiap bulan yang berbaki perlu dimanfaatkan untuk melaksanakan perkara yang menjadi keutamaan politik parti-parti dalam kerajaan, khususnya Pakatan Harapan (PH).

Di sinilah persoalan yang lebih besar perlu ditanya oleh rakyat.

Jika DAP sendiri menyedari bahawa keputusan pilihan raya akan datang berada di tangan pengundi, mengapa begitu penting untuk memastikan sebanyak mungkin reformasi dan perubahan dilaksanakan sebelum penggal berakhir?

Bagi saya, jawapannya cukup jelas dari sudut strategi politik.

Selepas PRU-16 nanti, apa sahaja keputusan rakyat perlu diterima dengan berlapang dada. Tetapi sebelum rakyat membuat keputusan itu, parti-parti yang berada dalam kerajaan masih mempunyai ruang untuk meninggalkan legasi dasar dan reformasi yang mereka bermati-matian perjuangkannya sebelum ini.

Maka, baki tempoh pemerintahan ini bukan lagi semata-mata soal mendapatkan sokongan untuk pilihan raya akan datang. Ia juga merupakan tempoh untuk memastikan agenda dan keutamaan reformasi yang diperjuangkan sepanjang berada dalam kerajaan dapat dilaksanakan sebanyak mungkin.

Dalam konteks ini, saya melihat perkembangan tersebut sebagai satu bentuk “window of opportunity” politik untuk DAP.

Jika benar seperti yang disebut Anthony Loke bahawa keputusan pilihan raya tidak lagi boleh dikawal dan parti perlu “melakukan apa yang sepatutnya dilakukan”, maka DAP juga kelihatan semakin bersedia menerima apa sahaja keputusan pengundi selepas PRU-16, walaupun ia pahit untuk ditelan.

Dengan kata lain, sekiranya selepas PRU-16 DAP tidak lagi berada dalam kerajaan, mereka masih boleh mengatakan bahawa sepanjang tempoh mereka berada dalam kerajaan, beberapa agenda reformasi yang mereka perjuangkan telah berjaya digerakkan dan dilaksanakan semasa berada dalam kerajaan.

Inilah yang pada pandangan saya perlu diperhatikan oleh rakyat.

Bukan semata-mata siapa yang akan menang PRU-16, tetapi apa yang sedang dilakukan oleh kerajaan dalam baki tempoh sebelum rakyat kembali diberikan mandat untuk menentukan hala tuju negara untuk lima tahun kehadapan.

Lebih menarik, Anthony Loke sendiri menyebut bahawa antara perkara yang mahu didorong ialah reformasi ekonomi serta reformasi institusi seperti pengasingan kuasa Peguam Negara dan Pendakwa Raya serta had tempoh jawatan Perdana Menteri kepada dua penggal serta penghapusan rasuah dan salah guna kuasa yang membarah dalam institusi pemerintahan.

Saya tidak mengatakan semua reformasi tersebut salah. Malah, reformasi yang baik dan memberi manfaat kepada rakyat sememangnya wajar dipertimbangkan dan diperjuangkan dengan setulus dan semurni hati.

Tetapi dalam sebuah demokrasi, rakyat juga berhak bertanya:

Apakah setiap perubahan itu benar-benar lahir daripada keperluan rakyat, atau sebahagiannya merupakan hasil daripada kompromi politik dan agenda parti-parti yang membentuk kerajaan pada msa kini?

Bagi saya, persoalan ini semakin relevan apabila kita sudah menghampiri penghujung penggal PRU ke-15.

DAP mungkin tidak perlu lagi terlalu memikirkan bagaimana setiap keputusan itu akan diterima oleh semua kelompok pengundi termasuklah penyokong dan ajudan DAP kerana keputusan akhir tetap berada di tangan rakyat pada PRU-16.

Apa yang lebih penting sekarang ialah memastikan rekod pemerintahan mereka meninggalkan kesan yang boleh dipertahankan kepada penyokong mereka sendiri.

Justeru, saya melihat kenyataan Anthony Loke bukan sekadar kenyataan seorang pemimpin parti mengenai reformasi.

Ia juga boleh ditafsirkan sebagai mesej politik bahawa:

“Masa yang ada semakin sedikit. Laksanakan apa yang masih boleh dilaksanakan sekarang. Selepas itu, serahkan keputusan kepada rakyat.”

Dan di sinilah rakyat perlu melihat dan memahaminya dengan lebih kritikal.

Jangan hanya melihat kepada siapa yang bercakap dan apa yang dijanjikan.

Lihat apa yang telah dilakukan, apa yang sedang dilaksanakan dan 'siapa yang paling mendapat manfaat' daripada perubahan tersebut.

Ia kerana pada akhirnya, PRU-16 bukan sekadar referendum terhadap seorang Perdana Menteri atau sesebuah parti.

Ia juga merupakan penilaian rakyat terhadap keseluruhan rekod kerajaan sepanjang tempoh mereka diberikan mandat untuk memerintah.

Bagi saya, inilah masa yang paling sesuai untuk rakyat menilai secara objektif: adakah kerajaan benar-benar sedang melaksanakan agenda reformasi untuk kepentingan rakyat, atau kita sedang menyaksikan fasa terakhir pelaksanaan agenda politik parti-parti yang membentuk kerajaan terutamanya DAP?

Jawapannya nanti akan ditentukan oleh rakyat.

Dan selepas PRU-16, apa sahaja keputusan yang dibuat oleh rakyat - itulah demokrasi yang wajib kita hormati.

https://m.malaysiakini.com/news/782183?fbclid=IwVERDUATsxZRwZG9mBWV4dG4DYWVtAjEwAHNydGMGYXBwX2lkDDM1MDY4NTUzMTcyOAABHt8QG7ZMCmbhk4ujNcANVsHV_L0ynokAkUSa74y-1MCyQ9H4Ch96etqrTXY2_aem_C4Bku2MlQkmgVWJq1xkuCg

“Keputusan mengenai penggal kedua atau pilihan raya akan datang bukan lagi dalam kawalan kita," kata Loke.

02/03/2026

Serupa tapi tak sama.

Happy CNY 2026 Koming.

Lesen operasi Lynas Malaysia Sdn Bhd di negara ini dilanjutkan selama 10 tahun, berkuat kuasa 3 Mac.Syarikat induk Lynas...
02/03/2026

Lesen operasi Lynas Malaysia Sdn Bhd di negara ini dilanjutkan selama 10 tahun, berkuat kuasa 3 Mac.

Syarikat induk Lynas yang berpangkalan di Australia memaklumkan pihaknya menerima surat daripada Jabatan Tenaga Atom, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia yang memaklumkan keputusan tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif Lynas Australia, Amanda Lacaze pada satu kenyataan merakamkan penghargaan kepada Putrajaya atas lanjutan tempoh yang panjang itu dan berkata ia memberi kepastian pelaburan lebih besar kepada syarikat, rakan rantaian bekalan serta pelanggan.

Berita penuh: https://www.malaysiakini.com/news/769267

Address

Kampong Dollah

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Malu Apa Bossku posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Malu Apa Bossku:

Shortcuts

Share