15/05/2026
14 MEI 2026 | Khamis - LAWATAN TURUN PADANG: TINJAUAN KERJA PEMULIHAN KEBOCORAN MASJID WILAYAH PERSEKUTUAN
Pihak pengurusan Masjid Wilayah Persekutuan telah menerima kunjungan hormat daripada YBhg. Dato' Seri Azman bin Ibrahim, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya (KKR) bagi meninjau sendiri perkembangan kerja-kerja pemulihan susulan isu kebocoran di ruang solat utama baru-baru ini.
Berikut adalah ringkasan tinjauan dan tindakan yang sedang diambil:
β
Tindakan Segera JKR: Pihak JKR WPKL telah bertindak pantas menjalankan pemeriksaan teknikal sebaik laporan diterima. Langkah keselamatan awal termasuk pemasangan penghadang sementara telah dilakukan.
π Punca Kebocoran: Hasil semakan mendapati sistem saliran kubah (RWDP) terganggu akibat halangan serpihan jubin pada saluran air ketika cuaca ekstrem.
π οΈ Status Semasa: Kerja pembersihan dan pembaikan saluran air telah dilaksanakan. Ruang solat utama kini telah DIBUKA SEMULA sepenuhnya untuk kegunaan jemaah.
π
Jangkaan Siap: Kerja-kerja pembaikan menyeluruh oleh pihak teknikal JKR sedang giat dijalankan dan dijangka siap sepenuhnya pada 11 Jun 2026.
Pihak KKR dan JKR memberikan komitmen tinggi dalam memastikan aspek keselamatan dan keselesaan jemaah sentiasa diutamakan melalui penyelenggaraan aset awam yang proaktif.
Terima kasih atas keprihatinan YBhg. Dato' Seri KSU KKR dan pasukan JKR dalam memastikan institusi masjid kita kekal terpelihara.
15/05/2026
PROGRAM GALAKAN PUASA SUNAT & IFTAR JAMAβIE BULAN ZULHIJJAH
Rebutlah kelebihan 10 hari terawal dibulan Zulhijjah dengan memperbanyakkan amalan puasa sunat.
Pihak masjid mengajak semua untuk sama-sama berpuasa sunat dan sedikit jamuan berbuka puasa juga disediakan.
π
18 hingga 26 Mei 2026
π 1 hingga 9 Zulhijjah 1447H
Ayuh bersama mengimarahkan masjid dan meraih ganjaran pahala di bulan yang penuh keberkatan ini. π€²
12/05/2026
LAWATAN YBM AGAMA KE MASJID WILAYAH PERSEKUTUAN
Kuala Lumpur, 12 Mei β Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Dr. Zulkifli Hasan telah mengadakan lawatan mengejut ke Masjid Wilayah Persekutuan pada tengah hari tadi bagi meninjau sendiri perkembangan kerja-kerja pembaikan dan penaiktarafan yang sedang dilaksanakan.
Lawatan berkenaan diadakan dalam sela masa tugasan rasmi beliau bagi memastikan setiap projek yang dijalankan berada pada tahap memuaskan serta menepati jadual yang telah ditetapkan.
Dalam lawatan tersebut, YBM Agama turut memanjat ke ruang atas bumbung masjid bagi melihat secara dekat keadaan semasa dan kemajuan kerja-kerja yang sedang dilaksanakan oleh pihak kontraktor.
Menurut beliau, aspek pemantauan perlu dilaksanakan secara tegas dan serius bagi memastikan setiap kerja pembaikan serta penaiktarafan memenuhi spesifikasi yang telah ditetapkan selain dapat disiapkan mengikut tempoh yang ditentukan.
βSetiap projek yang dilaksanakan perlu dipastikan berjalan dengan baik, menepati piawaian serta memberi manfaat terbaik kepada para jemaah dan pengunjung masjid,β ujar beliau.
Lawatan tersebut mencerminkan komitmen berterusan pihak kerajaan dalam memastikan Masjid Wilayah Persekutuan sentiasa berada dalam keadaan terbaik sebagai institusi ibadah, dakwah dan pusat penyatuan ummah.
08/05/2026
Tazkirah Jumaat : 8 Mei 2026/ 20 Zulkaedah 1447H
Semua dijemput hadir.
07/05/2026
Quranic Madani: Night Reset β Bersatu Dalam Saf
π Bukit Bintang, Kuala Lumpur
π 8 Mei 2026 (Jumaat)
β° 8:00 PM β 11:00 PM
Ayuh hadir bersama mengimarahkan malam dengan solat berjemaah, bacaan Surah Al-Mulk dan tazkirah penuh pengisian.
Semua Muslimin dan Muslimat dijemput hadir. Jangan lupa bawa sejadah dan hati yang tenang. π€
07/05/2026
π KULIAH MAGHRIB PERDANA: KITAB BIDAYATUL HIDAYAH
Muslimin dan muslimat dijemput hadir bagi mengimarahkan sesi pengajian ilmu yang akan disampaikan oleh:
π Al-Fadhil Ustaz Zul Ramli M. Razali
Butiran kuliah adalah seperti berikut:
π Tarikh: 13 Mei 2026 (Rabu)
β° Masa: Selepas Solat Maghrib
π Tempat: Dewan Solat Utama, Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
π Kitab: Bidayatul Hidayah
Marilah kita bersama-sama mengambil peluang ini untuk mendalami isi kandungan kitab yang sarat dengan panduan adab dan ketaatan ini sebagai bekalan memperbaiki diri.
Semua dijemput hadir! Sebarkan makluman ini kepada ahli keluarga dan rakan-rakan. Semoga menjadi asbab kebaikan buat kita semua. β¨π
30/04/2026
[KENYATAAN MEDIA]
Bantahan Terhadap Penganjuran Program Rain Rave Water Music Festival