JPS WP Kuala Lumpur

Call Directions Website Contact the organization

JPS WP Kuala Lumpur Established in 1971 & rebranded in 1989, JPSKL is to manage all the works & problems related to water

Jabatan Pengairan Dan Saliran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur merupakan sebuah Jabatan di bawah Kementerian Alam Sekitar dan Air yang ditubuhkan pada 1971 dan telah rebranding pada tahun 1989. JPSKL telah diamanahkan untuk menjalankan pengurusan berkaitan sumber air di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, pegawai penyelenggara bagi 9 sungai utama di WPKL dan 15 kolam takungan banjir di WPKL. Sebarang aduan banjir, sila hubungi Bilik Gerakan Banjir JPS WPKL di talian - 0322028142 atau melalui SISPAA JPS https://water.spab.gov.my/eApps/system/index.do?showPage=privacy

20/09/2026
20/09/2026
π’π„π‹π€πŒπ€π“ π‡π€π‘πˆ πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ πŸπŸŽπŸπŸ” Ikhlas dari Pengarah dan Seluruh Warga JPS WP Kuala Lumpur
15/09/2026

π’π„π‹π€πŒπ€π“ π‡π€π‘πˆ πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ πŸπŸŽπŸπŸ”

Ikhlas dari Pengarah dan Seluruh Warga
JPS WP Kuala Lumpur






π’π„π‹π€πŒπ€π“ π‡π€π‘πˆ πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ πŸπŸŽπŸπŸ”

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Malaysia mengucapkan Selamat Hari Malaysia 2026 kepada seluruh rakyat Malaysia.

Hari Malaysia menjadi lambang perpaduan, kebersamaan dan semangat cinta akan negara yang menyatukan kita sebagai sebuah bangsa Malaysia. Dalam kepelbagaian, kita terus melangkah bersama dengan semangat muafakat dan tanggungjawab untuk membina sebuah negara yang aman, sejahtera dan mampan.

Marilah kita terus memperkukuh perpaduan, menghargai keharmonian serta bersama-sama menyumbang kepada pembangunan negara demi kesejahteraan generasi kini dan akan datang.

Bersatu hati, teguh melangkah, demi Malaysia yang lebih sejahtera.

Selamat Hari Malaysia 2026!





MAJLIS SAMBUTAN HARI INOVASI JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA TAHUN 2026 πŸ“… 10 September 2026πŸ“ Dewan Serbaguna, Ibu...
12/09/2026

MAJLIS SAMBUTAN HARI INOVASI JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA TAHUN 2026

πŸ“… 10 September 2026
πŸ“ Dewan Serbaguna, Ibu Pejabat JPS Malaysia, Cyberjaya, Selangor

Alhamdulillah, tahniah dan syabas! πŸ‘πŸŽ‰

Majlis Sambutan Hari Inovasi Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia Tahun 2026 telah berlangsung dengan penuh meriah dan bermakna sebagai wadah menghargai serta mengiktiraf usaha warga JPS dalam membudayakan inovasi dan kreativiti dalam penyampaian perkhidmatan.

Syabas diucapkan kepada warga JPS Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPS WPKL), Pusat Kawalan SMART dan Pejabat Lembangan Sungai Klang atas pencapaian dalam Anugerah Hari Inovasi JPS Malaysia Tahun 2026.

πŸ† JPS WPKL telah berjaya meraih dua (2) Anugerah Inovasi, iaitu:

πŸ₯ˆ 1. Naib Johan – Anugerah Peneraju Pembudayaan Inovasi
(Kategori Negeri)

πŸ… 2. Saguhati (Tempat Ke-4) – Anugerah Pertandingan Horizon Baharu Kumpulan Inovatif dan Kreatif (HBKIK), Kategori Mekanikal & Elektrikal – Mekatrik Wilayah
πŸ’‘ Tajuk Inovasi: Twisted Service Door Pole Street Lighting

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus berinovasi, mencetuskan idea-idea baharu serta meningkatkan kualiti dan keberkesanan dalam penyampaian perkhidmatan pada masa akan datang. πŸš€πŸ’‘





12/09/2026
09/09/2026

Kadang-kadang kita hanya mula fikir tentang banjir bila hujan dah turun berhari-hari. Sebenarnya, persediaan lebih baik dibuat lebih awal.

Sebelum musim hujan:
Semak risiko kawasan anda
Simpan dokumen penting di tempat tinggi
Kenal pasti laluan keluar
Pantau maklumat rasmi

Jangan tunggu air naik untuk mula bersedia.

09/09/2026

GEJALA KESIHATAN AKIBAT JEREBU 🌫️

Pendedahan berterusan kepada jerebu boleh menjejaskan kesihatan dan menyebabkan gejala seperti mata pedih dan berair, hidung berair, batuk, kegatalan pada kulit, sakit dada serta kesukaran bernafas.

Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa peka terhadap tahap kualiti udara, menghadkan aktiviti di luar dan mengambil langkah berjaga-jaga bagi melindungi diri serta keluarga daripada kesan jerebu.

Dapatkan rawatan segera sekiranya mengalami gejala yang serius.





SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SAW 1448H PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUANπŸ“… 5 SEPTEMBER 2026 | πŸ“ DEWAN MUKTAMAR JAWI KLβ€œMADANI Diha...
09/09/2026

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SAW 1448H PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN

πŸ“… 5 SEPTEMBER 2026 | πŸ“ DEWAN MUKTAMAR JAWI KL

β€œMADANI Dihayati, Ummah Diberkati.”

Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Wilayah Persekutuan 1448H/2026M anjuran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) ini telah diadakan pada 5 September 2026 (Sabtu) bersamaan 24 Rabiulawal 1448H bertempat di Dewan Muktamar JAWI, Kuala Lumpur.

Seramai 30 orang wakil dari JPS WPKL, Pejabat Lembangan Sg Klang (PLSK) dan Pusat Kawalan SMART telah mewakili Jabatan bagi perhimpunan Kontinjen (Kategori Badan Kerajaan) Maulidur Rasul SAW peringkat Wilayah Persekutuan pada kali ini. Tahniah buat kontinjen JPS WPKL kerana telah mendapat tempat ke5 dalam kategori Badan Kerajaan.

Ucaptama dan perasmian majlis disempurnakan oleh YB Senator Dr. Zulkifli bin Hasan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Turut hadir YB Senator Puan Marhamah binti Rosli, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Wilayah Persekutuan Tahun 1448H/2026M ini diharap dapat menjadi pencetus kepada pengukuhan kefahaman dan penghayatan sirah Nabi Muhammad SAW dalam kalangan masyarakat Islam.






πŸ‡²πŸ‡Ύβœ¨ MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! βœ¨πŸ‡²πŸ‡Ύπ’π„π‹π€πŒπ€π“ πŒπ„ππ˜π€πŒππ”π“ π‡π€π‘πˆ πŠπ„ππ€ππ†π’π€π€π πŸπŸŽπŸπŸ” Malaysia MADANI: Kesejahteraan DinikmatiIkhlas ...
31/08/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύβœ¨ MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! βœ¨πŸ‡²πŸ‡Ύ
π’π„π‹π€πŒπ€π“ πŒπ„ππ˜π€πŒππ”π“ π‡π€π‘πˆ πŠπ„ππ€ππ†π’π€π€π πŸπŸŽπŸπŸ”
Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati

Ikhlas daripada
Pengarah dan warga JPS WP Kuala Lumpur






π’π„π‹π€πŒπ€π“ πŒπ„ππ˜π€πŒππ”π“ π‡π€π‘πˆ πŠπ„ππ€ππ†π’π€π€π πŸπŸŽπŸπŸ”

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Malaysia mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-69 kepada seluruh rakyat Malaysia.

Semoga sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini terus menyemarakkan semangat patriotisme, memperkukuh perpaduan serta menyuburkan rasa cinta dan bangga terhadap negara.

Marilah kita bersama-sama menghargai nikmat kemerdekaan dengan terus berganding bahu membina sebuah Malaysia yang aman, makmur dan sejahtera demi generasi hari ini dan masa hadapan.

Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati





Address

Kampong Dollah

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+60326981711

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JPS WP Kuala Lumpur posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to JPS WP Kuala Lumpur:

Shortcuts

Share