08/08/2026
Mardi Corp dan Yayasan Pembangunan Keluarga ( YPK ) Terengganu.
Hari ini saya menerima lawatan dari Kelab Ibu Tunggal DUN Telemong ke Kilang Pati milik Mardi Corp di Maeps, Serdang.
Para ibu dan kakak ini dapat belajar teknologi produk herba dan berkongsi peluang perniagaan dalam industri minyak βessential oilβ yang boleh diteroka oleh mereka.
Prinsip perniagaan di Mardi Corp sentiasa komited dengan menumpukan jaringan peranan GLC kepada ekonomi rakyat yang boleh ditingkatkan bersama khususnya melayu Bumiputera.
Di bawah jenama Seri Cindai, ekosistem perniagaan tani dapat ditingkatkan kepada rakyat marhain dengan program ladang kontrak tanaman herba seperti serai wangi, OEM produk minyak aromaterapi atau boleh menjadi rakan pengedar produk bermutu keluaran MARDI.
Terima kasih kepada pihak YPK, Terengganu kerana sudi datang melawat ke tempat kami.
Sayang saya pada negeri tanah tumpah darah sendiri tiada pernah kurang.
Zamir Ghazali,
MD Mardi Corporation.