10/09/2026
🏆 𝗧𝗔𝗛𝗡𝗜𝗔𝗛 𝗔𝗡𝗨𝗚𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗞𝗘𝗦𝗘𝗟𝗨𝗥𝗨𝗛𝗔𝗡 𝗧𝗘𝗥𝗕𝗔𝗜𝗞!
Syabas dan tahniah diucapkan kepada 𝑀𝑢ℎ𝑎𝑚𝑚𝑎𝑑 𝑆𝑎𝑓𝑓𝑖𝑢𝑑𝑑𝑖𝑛 𝐵𝑖𝑛 𝑌𝑢𝑠𝑜𝑓, Langkawi, Kedah atas kejayaan meraih Anugerah Keseluruhan Terbaik Kursus Kawalan Sempadan Siri 2/2026! 🎉👏🏻
Pencapaian ini mencerminkan kesungguhan, disiplin dan komitmen yang ditunjukkan sepanjang mengikuti kursus yang berlangsung selama 8 hari, dari 3 hingga 10 September 2026.
Bukan sekadar menamatkan kursus, beliau berjaya menyerlah secara keseluruhan dan membuktikan bahawa setiap latihan, cabaran serta usaha yang dicurahkan membuahkan hasil. 💪🏻
Sekali lagi, tahniah Muhammad Saffiuddin! Teruskan kecemerlangan dan jadikan pencapaian ini sebagai langkah untuk melakar lebih banyak kejayaan selepas ini. 🫡🇲🇾🏆