Pusat Khidmat Wakil Rakyat Dun Kubang Rotan

Call Directions

Pusat Khidmat Wakil Rakyat Dun Kubang Rotan DATO' HAJI MOHD SALLEH SAIDIN
ADUN KUBANG ROTAN
EXCO PELANCONGAN, KEBUDAYAAN DAN KEUSAHAWANAN

ZIARAH PRIHATINSatu lawatan ziarah prihatin telah diadakan bagi meninjau keadaan semasa serta mengenal pasti keperluan P...
21/10/2026

ZIARAH PRIHATIN

Satu lawatan ziarah prihatin telah diadakan bagi meninjau keadaan semasa serta mengenal pasti keperluan Puan Norma Othman, penduduk Perumahan Awam yang telah mengalami strok sehingga menyebabkan sebelah badan sejak tujuh tahun lalu.

Lawatan ini diwakili oleh Encik Ridzuan Ramli, Pegawai Khas Kawasan, dan Encik Ahmad Tajuddin, Pegawai Perhubungan (PKWR), bagi pihak YB Dato’ Haji Mohd Salleh Saidin.

Semoga Puan Norma terus diberikan kekuatan dan dipermudahkan segala urusan dalam menjalani kehidupan seharian.

ZIARAH KEMATIANSalam takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Md Isa Bin Hassan, 72, dari Kg. Teluk Ch...
21/10/2026

ZIARAH KEMATIAN

Salam takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Md Isa Bin Hassan, 72, dari Kg. Teluk Chengai Dalam dan Allahyarhamah Raba’i Binti Awang, 75, dari Perumahan Awam yang telah kembali ke rahmatullah.

Jenazah Allahyarham Md Isa akan dikebumikan pada jam 11.00 pagi di Tanah Perkuburan Kg. Masjid Lama, manakala jenazah Allahyarhamah Raba’i akan dikebumikan pada jam 11.00 pagi di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah, Tiga Kariah (Lorong Mayat).

Ziarah dan ucapan takziah telah disampaikan oleh Encik Ridzuan Ramli, Pegawai Khas Kawasan, serta Encik Ahmad Tajuddin, Pegawai Perhubungan (PKWR), yang mewakili YB Dato’ Haji Mohd Salleh Saidin.

Semoga roh Allahyarham dan Allahyarhamah dicucuri rahmat serta ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Semoga seluruh ahli keluarga yang ditinggalkan dikurniakan ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi ujian ini.

Al-Fatihah.

ZIARAH KEMATIANAllahyarhamah Hasnah Binti Yahaya, 66 tahun, dari Kg. Kubang Rotan, telah meninggal dunia pada jam 3.20 p...
20/10/2026

ZIARAH KEMATIAN

Allahyarhamah Hasnah Binti Yahaya, 66 tahun, dari Kg. Kubang Rotan, telah meninggal dunia pada jam 3.20 petang di Hospital Sultanah Bahiyah. Allahyarhamah yang menghidap penyakit buah pinggang telah selamat dikebumikan sebelum solat Isyak di Tanah Perkuburan Masjid Nurul Ikhsan, Kubang Rotan.

Salam takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarga Allahyarhamah. Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Encik Ahmad Tajuddin, Pegawai Perhubungan (PKWR), hadir mewakili YB Dato’ Haji Mohd Salleh Saidin bagi menyampaikan salam takziah kepada ahli keluarga Allahyarhamah.

Al-Fatihah.

19/10/2026

Selamat Menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan

Duli Yang Teramat Mulia Che Puan Muda Zaheeda Binti Mohamad Ariff, Raja Puan Muda Kedah pada 19 Oktober 2026M bersamaan 8 Jamadiawal 1448H

Semoga Allah SWT lanjutkan usia Tuanku dan dikurniakan kesihatan berpanjangan.

18/10/2026

YB Dato’ Haji Mohd Salleh Saidin menziarahi keluarga mendiang Ooi Goit Poh, 74 tahun, di Kampung Hilir Kubang Rotan. Mendiang telah meninggal dunia pada 15 Oktober 2026 akibat sakit tua.

YB Dato’ turut menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mendiang. Semoga keluarga mendiang diberikan kekuatan dan ketabahan.

ZIARAH KEMATIAN Dukacita dimaklumkan bahawa Hajjah Zainab Binti Abdullah telah kembali ke rahmatullah pada 17 Oktober 20...
18/10/2026

ZIARAH KEMATIAN

Dukacita dimaklumkan bahawa Hajjah Zainab Binti Abdullah telah kembali ke rahmatullah pada 17 Oktober 2026, jam 8.30 malam di kediaman beliau di Batu 6, Kampung Padang. Allahyarhamah difahamkan menghidap penyakit kencing manis.

Jenazah Allahyarhamah dijadualkan dikebumikan pada jam 11.00 pagi ini di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah, Tiga Kariah (Lorong Mayat).

Encik Ridzuan Ramli, Pegawai Khas Kawasan, mewakili YB Dato’ Haji Mohd Salleh Saidin hadir merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarhamah.

Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Al-Fatihah.

Jom sertai Padang Garam Fun Run 5KM pada 21 November 2026 bertempat di Port Padang Garam, Kuala Kedah!
18/10/2026

Jom sertai Padang Garam Fun Run 5KM pada 21 November 2026 bertempat di Port Padang Garam, Kuala Kedah!

16/10/2026

YB Dato’ Haji Mohd Salleh Saidin meneruskan Ziarah Prihatin dengan menyampaikan sumbangan kerusi roda kepada adik Khadijah Safina Zulhaire di Taman Kota Nelayan serta katil hospital kepada Encik Yusoop Ahmad di Kg. Kubang Rotan.

YB Dato’ turut menghadiri bengkel penyediaan Kuih Karas di Kg. Kubang Bongor, mencuba sendiri pembuatan kuih tradisional serta beramah mesra bersama komuniti setempat.

Prihatin, mendekati rakyat dan berkhidmat untuk masyarakat.

16/10/2026

YB Dato’ Haji Mohd Salleh Saidin merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarhamah Siti Mariani Binti Abu Bakar, 46, dari Kampung Kuar Jawa, Alor Janggus, yang telah kembali ke rahmatullah pada jam 4.02 pagi di Hospital Sultanah Bahiyah.

Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Semoga seluruh ahli keluarga dikurniakan ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi kehilangan ini.

Al-Fatihah.

TINDAKAN SUSULAN BANTUAN KERUSI RODA KEPADA GOLONGAN YANG MEMERLUKANTindakan susulan bantuan kerusi roda telah dilaksana...
15/10/2026

TINDAKAN SUSULAN BANTUAN KERUSI RODA KEPADA GOLONGAN YANG MEMERLUKAN

Tindakan susulan bantuan kerusi roda telah dilaksanakan dengan menziarahi empat orang penduduk yang memerlukan bantuan bagi memudahkan pergerakan dan urusan harian mereka.

Antara penerima yang disantuni ialah Encik Ismail Hassan di Lorong Mayat yang mengalami masalah kesihatan akibat jangkitan kuman serta pergerakan terbatas selepas kaki beliau dipotong hampir 10 tahun lalu. Turut disantuni ialah Puan Fatima Bibi Mohamed Noor di Kg. Balai Belakang Sekolah yang mengalami patah kaki akibat terjatuh sejak dua tahun lalu, Encik Hashim Man di Kg. Tok Pasai yang menghidap penyakit buah pinggang dan gout tahap 4, serta Encik Ahmad Mustaffa di Kg. Kubang Siam yang mengalami kelumpuhan akibat kemalangan motosikal.

Kesemua penerima menerima bantuan kerusi roda bagi membantu memudahkan pergerakan serta meringankan beban mereka dan keluarga.

Hadir mewakili YB Dato’ Haji Mohd Salleh Saidin ialah Encik Ridzuan Ramli, Pegawai Khas Kawasan, bersama Encik Ahmad Tajuddin, Pegawai Perhubungan (PKWR).

Semoga bantuan ini dapat memberikan manfaat dan keselesaan kepada para penerima.

Address

NO 1, TINGKAT 1, KOMPLEKS PERNIAGAAN DELTAT, Jalan KUBANG ROTAN, KUALA SUNGAI, Alor Setar
Kampong Kubang Rotan
06250

Telephone

+6047307525

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Khidmat Wakil Rakyat Dun Kubang Rotan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share