PAS DUN LABU

Directions

PAS DUN LABU "KEMBALI KEPADA PENYELESAIAN ISLAM"

09/06/2026
05/06/2026

YAM Tunku Dato' Seri Nadzaruddin ibni Almarhum Tuanku Ja'afar ditabal sebagai Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12.

Terima kasih YB
05/06/2026

Terima kasih YB

TERIMA KASIH WARGA DUN BAGAN PINANG

Alhamdulillah, setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh warga DUN Bagan Pinang atas kepercayaan, sokongan dan kerjasama yang telah diberikan sepanjang tempoh perkhidmatan saya sebagai wakil rakyat bermula 1 Ogos 2023 hingga 4 Jun 2026.

Segala amanah yang dipikul sepanjang tempoh ini merupakan satu penghormatan yang amat besar.

Saya merakamkan penghargaan kepada semua lapisan masyarakat, para s**arelawan, NGO, agensi kerajaan, pimpinan masyarakat serta seluruh warga Port Dickson yang sentiasa bersama dalam usaha membangunkan masyarakat yang lebih sejahtera.

Setiap teguran, pandangan dan sokongan yang diberikan akan sentiasa menjadi kenangan dan pedoman dalam meneruskan khidmat kepada agama, bangsa dan tanah air.

Jasa kalian sentiasa di hati.

Ikhlas daripada,
USTAZ HAJI ABDUL FATAH BIN HAJI ZAKARIA
Mantan ADUN Bagan Pinang
Yang DiPertua PAS Kawasan Port Dickson

"Port Dickson Sejahtera"

Terima kasih YB
05/06/2026

Terima kasih YB

Terima Kasih Rakyat DUN Paroi

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera buat seluruh warga DUN Paroi yang saya kasihi sekalian.

Dengan penuh rasa syukur ke hadrat Allah SWT, saya menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh rakyat DUN Paroi atas kepercayaan, sokongan, teguran serta doa yang diberikan sepanjang saya diberi amanah untuk berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Paroi bermula 1 Ogos 2023 hingga 4 Jun 2026.

Sesungguhnya, tempoh ini merupakan satu perjalanan yang amat bermakna dalam kehidupan saya. Saya berpeluang menyelami denyut nadi masyarakat, mendengar pelbagai kisah s**a dan duka, serta bersama-sama berusaha mencari jalan penyelesaian kepada pelbagai cabaran yang dihadapi rakyat.

Jika sepanjang tempoh perkhidmatan ini terdapat kekurangan, kelemahan, keterlanjuran kata atau tindakan yang tidak memenuhi harapan semua pihak, saya dengan rendah hati memohon kemaafan. Saya hanyalah insan biasa yang sentiasa berusaha melakukan yang terbaik demi amanah yang dipikul.

Kepada para pengundi, pimpinan masyarakat, s**arelawan, petugas, NGO, penjawat awam, sahabat seperjuangan dan seluruh warga Paroi, terima kasih kerana sentiasa menjadi kekuatan dan inspirasi dalam setiap langkah perjuangan ini. Setiap senyuman, setiap teguran dan setiap doa yang diberikan menjadi pembakar semangat untuk terus berkhidmat.

Walaupun satu fasa telah berakhir, namun kasih sayang dan tanggungjawab saya kepada rakyat DUN Paroi tidak pernah berakhir. Insya-Allah, saya akan terus komited membantu rakyat, menyantuni masyarakat serta menyumbang tenaga dan fikiran demi kesejahteraan warga Paroi yang saya cintai.

Semoga Allah SWT mengurniakan keberkatan, keamanan dan kemakmuran kepada seluruh rakyat Negeri Sembilan, khususnya warga DUN Paroi. Semoga anak-anak kita terus berjaya, keluarga-keluarga sentiasa dalam rahmat-Nya dan masyarakat kita terus hidup dalam suasana harmoni serta saling membantu antara satu sama lain.

Sesungguhnya, jawatan boleh datang dan pergi, tetapi hubungan ukhuwwah, kasih sayang serta kenangan bersama rakyat akan tetap terpahat dalam hati sampai bila-bila.

Paroi bukan sekadar sebuah kawasan yang saya wakili, tetapi telah menjadi sebahagian daripada kehidupan dan keluarga besar saya. Setiap lorong, setiap kampung, setiap taman perumahan dan setiap wajah yang pernah saya temui menyimpan seribu satu kenangan yang tidak akan saya lupakan. Saya datang sebagai seorang wakil rakyat, tetapi saya pulang dengan membawa kasih sayang dan persaudaraan daripada seluruh warga Paroi yang akan saya kenang sepanjang hayat.

Akhir kalam, izinkan saya menutup ucapan ini dengan serangkap pantun:

Kalau ada sumur di ladang,
Boleh kita menumpang mandi;
Kalau ada umur yang panjang,
Insya-Allah kita berjumpa lagi.

Bunga melur di tepi halaman,
Harum mewangi sepanjang hari;
Jasa rakyat jadi kenangan,
Rakyat Dun Paroi sentiasa dihati.

Terima kasih, Rakyat DUN Paroi.

Ikhlas daripada,
Hj Kamarol Ridzuan
ADUN Paroi
(1 Ogos 2023 – 4 Jun 2026)

Terima Kasih YB
05/06/2026

Terima Kasih YB

Assalamualaikum Wbt dan Salam sejahtera kepada seluruh rakyat Serting yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah, pada detik ini, angin perpisahan membawa saya ke helaian baru yang semakin mencabar. Saya, Mohd Fairuz Isa, dengan rasa rendah hati, ingin memohon ribuan kemaafan jika ada salah dan silap sepanjang perkhidmatan saya sabagai ADUN Serting juga untuk perjalanan ukhuwwah yang telah kita bina bersama di Serting yang kita cintai ini.

Terima kasih kepada sahabat, rakan yang dikasihi, dan tidak lupa, warga Serting yang mengisi setiap sudut dengan penuh rasa kemesraan.

Setiap langkah yang kita ambil membentuk jalur perjalanan kita, dan saya bersyukur kerana dapat menyusuri jalan ini bersama wajah-wajah luar biasa di sekeliling saya sepanjang bergelar Yang Berhormat. Tugas saya bukan hanya tertumpu pada kebajikan rakyat, tetapi menanam benih impian dan inspirasi. Terima kasih, kerana membiarkan saya menjadi sebahagian daripada perjalanan pembelajaran ini.

Hari ini bukan hanya tentang perpisahan, tetapi juga satu detik menyaksikan kebangkitan pelbagai kebaikan dan potensi yang muncul daripada setiap warga di Dun Serting ini. Teruslah berusaha, dan ingatlah, ukhuwwah yang diperoleh adalah perisai yang abadi.

Terima kasih kerana memberi saya peluang menjadi sebahagian daripada kehidupan dan pembelajaran sepanjang perkhidmatan saya sebagai ADUN Serting. In Sha Allah, ingatan akan tetap mengalir di alam kehidupan ini.

Sebelum saya mengakhiri kalam ini, izinkan saya berkata, ini bukanlah pengakhiran, tetapi pembukaan dimensi baru dalam pelayaran ilmu dan pengalaman.

Terima kasih sekali lagi, kepada setiap individu yang menjadikan detik ini bermakna. Semoga ikatan hati ini kekal, walaupun beribu batu jauhnya nanti. Ingatlah, kita bukan hanya berkongsi dari sudut harta, tetapi jiwa penuh kasih sayang.

Salam ukhuwwah dari saya,

Ustaz Fairuz Isa
Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan
Yang DiPertua PAS Kawasan Jempol.

04/06/2026

DUN Negeri Sembilan bubar berkuatkuasa 5/6/2026

04/06/2026

KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA

3 JUN 2026 | 18 ZULHIJJAH 1447H

PEMUDA PAS MENGHORMATI PENDIRIAN MAJLIS SYURA ULAMA PAS BERKAITAN MASA DEPAN PERIKATAN NASIONAL

Pemuda PAS Malaysia menghormati keputusan Majlis Syura Ulama (MSU) PAS yang menyerahkan sepenuhnya mandat kepada Jawatankuasa Kerja PAS Pusat untuk menilai perkembangan semasa serta mengambil tindakan yang bersesuaian berkaitan dengan masa depan dan hala tuju Perikatan Nasional (PN).

Pemuda PAS Malaysia turut menyambut seruan MSU agar seluruh anggota parti terus berpegang teguh kepada adab berjemaah, memperkukuh kesatuan saf serta meletakkan kepentingan Islam, ummah dan negara sebagai keutamaan mengatasi segala kepentingan lain.

Pemuda PAS Malaysia menzahirkan rasa bimbang dengan perkembangan polemik serta konflik dalaman BERSATU yang dilihat telah memberi kesan kepada kekuatan, kestabilan, serta keyakinan rakyat terhadap PN.

Hal ini kerana jika isu-isu dalaman sedemikian terus dibiarkan membengkak, kelak ia akan menganggu persiapan dan gerak kerja jentera anak muda khususnya Jentera Pemuda PN menjelang PRU-16 yang bakal menjelma.

Justeru, Pemuda PAS Malaysia menyokong sepenuhnya pendirian dan keputusan Majlis Syura Ulama PAS yang menegaskan komitmen parti untuk terus istiqamah mempertahankan prinsip perjuangan Islam, mendukung agenda penyatuan ummah serta mengutamakan kepentingan rakyat dan negara melebihi kepentingan mana-mana individu atau kelompok.

Tambahan lagi, Pemuda PAS Malaysia juga menegaskan komitmen untuk terus memberikan sokongan penuh terhadap setiap keputusan politik yang diputuskan oleh pucuk pimpinan PAS selagi mana ia berpaksikan pertimbangan syarak, maslahah ummah serta keperluan memperkukuh keyakinan rakyat terhadap sebuah kepimpinan yang berprinsip, berintegriti dan berwibawa.

YB Mohd Hafez bin Sabri
Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manjoi

Address

Kampong Labu Hilir

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PAS DUN LABU posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share