Roy Angau Gingkoi

Directions Contact the organization

Roy Angau Gingkoi Ahli Parlimen Malaysia P.203 Lubok Antu

21/10/2026
21/10/2026

Ahli Parlimen Lubok Antu menuntut penjelasan kriteria peruntukan pembangunan, memperjuangkan projek jalan, jembatan, serta menuntut pemerkasaan keselamatan dan kemudahan asas pintu sempadan ICQS Lubok Antu.

18/10/2026
17/10/2026

Sorotan Program Memperkasakan Tugas dan Peranan Ketua Kaum dan JKKK Rumah Panjang di Rumah Tuai Rumah Stanley Young, Bara, Lubok Antu pada 17/10/2026.

PROGRAM MEMPERKASAKAN TUGAS DAN PERANAN KETUA KAUM & JKKK RUMAH PANJANG17 OKTOBER 2026 | RUMAH TR. STANLEY YOUNG, BARA, ...
17/10/2026

PROGRAM MEMPERKASAKAN TUGAS DAN PERANAN KETUA KAUM & JKKK RUMAH PANJANG

17 OKTOBER 2026 | RUMAH TR. STANLEY YOUNG, BARA, LUBOK ANTU

YB Roy Angau Anak Dato’ Gingkoi telah hadir dan merasmikan Program Memperkasakan Tugas dan Peranan Ketua Kaum dan JKKK Rumah Panjang di Rumah Tuai Rumah Stanley Young, Bara, Lubok Antu.

Program ini bertujuan memperkukuh peranan Ketua Kaum dan JKKK sebagai penghubung antara masyarakat dengan pihak kerajaan, khususnya dalam menyampaikan isu, keperluan serta aspirasi penduduk setempat.

Dalam majlis tersebut, YB Roy turut mengumumkan peruntukan berikut:
RM30,000 kepada JKKK.
RM10,000 kepada Biro Wanita.
RM200,000 melalui RTP 2027 bagi pembinaan dewan baharu.

YB Roy merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada agensi-agensi kerajaan yang hadir, ketua-ketua masyarakat, Tuai Rumah Stanley Young, barisan Ketua Kaum, JKKK, Biro Wanita serta seluruh warga Bara atas sambutan, kerjasama dan komitmen yang diberikan dalam menjayakan program ini.

Semoga kerjasama erat antara pemimpin masyarakat, agensi kerajaan dan penduduk terus diperkukuh demi kesejahteraan serta pembangunan komuniti di Lubok Antu.

SABTU | 17 OKTOBER 2026MESYUARAT AGUNG TAHUNAN (AGM) PARTI RAKYAT SARAWAK (PRS) N.33 BAHAGIAN ENGKILILI TAHUN 2026Usai m...
17/10/2026

SABTU | 17 OKTOBER 2026

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN (AGM) PARTI RAKYAT SARAWAK (PRS) N.33 BAHAGIAN ENGKILILI TAHUN 2026

Usai merasmikan Kejohanan Sepak Takraw Terbuka 2026 Piala YB Tuan Roy Angau Gingkoi, YB Roy Angau Anak Dato’ Gingkoi meneruskan agenda beliau dengan mempengerusikan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Parti Rakyat Sarawak (PRS) N.33 Bahagian Engkilili Tahun 2026, selaku Pengerusi PRS N.33 Bahagian Engkilili.

Mesyuarat ini menjadi platform untuk membincangkan hala tuju parti, memperkukuh perpaduan dalam kalangan ahli serta menyelaras gerak kerja bagi memastikan organisasi parti terus bergerak dengan teratur.

Semoga semangat kerjasama dan kesepakatan dalam kalangan ahli PRS terus diperkukuh demi kepentingan rakyat serta pembangunan Sarawak.

KEJOHANAN SEPAK TAKRAW TERBUKA 2026PIALA YB TUAN ROY ANGAU GINGKOI17–18 OKTOBER 2026 | GELANGGANG SEPAK TAKRAW SMK ENGKI...
17/10/2026

KEJOHANAN SEPAK TAKRAW TERBUKA 2026
PIALA YB TUAN ROY ANGAU GINGKOI

17–18 OKTOBER 2026 | GELANGGANG SEPAK TAKRAW SMK ENGKILILI

Kejohanan Sepak Takraw Terbuka 2026 Piala YB Tuan Roy Angau Gingkoi sedang berlangsung di Gelanggang Sepak Takraw SMK Engkilili.

Kejohanan ini bukan sahaja menjadi platform untuk mempamerkan bakat dan kemahiran pemain, malah turut membuka peluang untuk mencungkil bakat-bakat muda dalam sukan sepak takraw agar dapat diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi.

Hadiah yang ditawarkan:
Johan: RM2,000 berserta piala dan medal.
Naib Johan: RM1,000 berserta piala dan medal.
Tempat Ketiga Bersama: RM500 (RM250 setiap pasukan) berserta medal.

Turut ditawarkan anugerah khas Pemain Paling Bernilai (MVP), Tekong Terbaik, Apit Kanan Terbaik dan Apit Kiri Terbaik.

Kepada semua pasukan yang bertanding, teruskan semangat juang, kekalkan disiplin dan tunjukkan aksi terbaik di gelanggang. Semoga kejohanan ini dapat melahirkan lebih ramai pemain muda berbakat serta menyemarakkan lagi sukan sepak takraw di Engkilili.

14/10/2026

Projek ngemansangka baru dua buah sekula di Lubok Antu diteruska

LUBOK ANTU, 14 Okt – Projek ngemansangka baru Sekula Primari (SK) Nanga Tibu ke beungkus RM2 juta deka dipejalaika ngena agih belanja pemansang Opis Menteri Pelajar Malaysia (KPM) ke bisi diatu.

Pia mega projek SK San Semanju ke beungkus RM3.5 juta diatu benung dalam renggat penyikap langkar ti disediaka Opis Kereja Raya (JKR) Sarawak.

Pemansang nya dipadahka dalam saut Menteri Pelajar ngagai tanya lisan ari Kaban Parlimen Lubok Antu, Roy Angau anak Gingkoi, ba Aum Ketiga, Penggal Kelima, Parlimen Kelima Belas, kena 13 Oktober 2026.

Ungkup SK Nanga Tibu, projek ke asal diperambu nengah inisiatif RM1 Bilion Daif Sarawak (Renggat 3) diputus dipejalaika ngena agih belanja pemansang KPM ke bisi diatu.

Projek ke beungkus RM2 juta tu mungkur pengawa nganti empat unit rumah pengajar.

Beduduk enggau nya, pengawa bejalaika iya nadai agi diengkah ari baruh inisiatif Daif Sarawak.

Berebak enggau nya, projek ngemansangka baru SK San Semanju ke beungkus RM3.5 juta nyengkaum pengawa ngaga buding ganti lelaki enggau indu ke ulih ngundan 30 iku orang, dua unit rumah pengajar enggau sebuah dewan makai ke ulih nampung 50 iku orang.

Nitihka timbal nya, Opis Kereja Raya Sarawak diatu benung nyendiaka langkar projek SK San Semanju.

Pemansang nya nerangka status ke diatu kededua projek ke dibantaika Roy dalam pengawa ngulihka penerang pasal pemutus bekaul enggau palan, skop, ungkus enggau timpuh bejalaika pengawa ngemansangka baru sekula nya. - RBI


Rindu | Titih | Kunsika

Address

Kampong Lubok Antu

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Roy Angau Gingkoi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Roy Angau Gingkoi:

Shortcuts

Share