06/10/2026
Assalamualaikum,Salam Malaysia Madani Dan Salam Melestarikan Budaya Membaca....
🌍AKTIVITI ONLINE🌍
INFO SEMASA:
🌔 FENOMENA JEREBU🌖
🗓️6 OKTOBER 2026🗓️
Apabila cuaca semakin panas, musim kering semakin mencabar dan risiko kebakaran meningkat, jerebu mungkin bukan lagi episod yang datang dan pergi tetapi bayangan baharu perubahan iklim.
Kita mungkin sudah terlalu biasa dengan jerebu. Bila langit kelabu, kita semak Indeks Pencemaran Udara (IPU). Bila bau asap mula menusuk, kita tutup tingkap. Bila bacaan meningkat, kita kurangkan aktiviti luar. Kemudian kita menunggu hujan.
Bagaimana jika jerebu yang sedang melanda Malaysia adalah sebahagian daripada gambaran yang lebih besar? Iklim yang semakin panas, cuaca yang semakin kering dan risiko kebakaran yang semakin sukar dijangka?
Persoalan itu menjadi semakin penting ketika Malaysia kini berdepan dengan episod jerebu semasa, dengan beberapa kawasan merekodkan bacaan API tidak sihat. Pada masa sama, pihak berkuasa meteorologi telah memberi amaran mengenai keadaan lebih panas dan kering yang dikaitkan dengan El Nino, dengan risiko kebakaran hutan, kebakaran tanah gambut dan jerebu yang dijangka meningkat.
Ini bukan sekadar cerita tentang asap. Ini cerita tentang iklim.
Jerebu memang mempunyai banyak punca, termasuk pembakaran terbuka dan kebakaran hutan serta tanah gambut, khususnya di rantau Asia Tenggara. Namun cuaca menentukan sejauh mana api boleh merebak dan berapa lama pencemaran boleh kekal.
Keadaan panas dan kering menyebabkan bahan bakar lebih mudah terbakar, manakala tanah gambut yang semakin kering menjadi lebih mudah terbakar dan boleh menyokong kebakaran yang berpanjangan.
Kajian terkini mengenai ekologi kebakaran tanah gambut di Malaysia turut menunjukkan bahawa risiko kebakaran meningkat dengan ketara apabila kelembapan gambut menurun dan paras air tanah jatuh.
Dalam keadaan tertentu, angin p**a boleh membawa pencemar merentasi sempadan. Maka, apabila cuaca menjadi lebih panas dan kering, satu percikan api berpotensi menjadi masalah yang jauh lebih besar.
MetMalaysia sebelum ini memberi amaran bahawa pengaruh El Nino boleh membawa keadaan lebih panas dan kering sehingga awal 2027, dengan pengurangan hujan meningkatkan risiko kekurangan air, kebakaran hutan dan tanah gambut serta episod jerebu.Malaysia juga kini berada dalam musim Monsun Barat Daya, yang secara semula jadi membawa keadaan lebih kering di rantau ini. Gabungan faktor inilah yang menjadikan episod jerebu semasa perlu dilihat dengan lebih serius.Bukan kerana jerebu itu perkara baharu tetapi kerana latar iklim yang mengiringinya sedang berubah.
Semoga perkongsian ini memberi maanfaat dan tips dalam menjaga kesihatan diri ketika musim jerebu
S