Pejabat Pengurusan Organisasi UTHM

Directions

Pejabat Pengurusan Organisasi UTHM Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pejabat Pengurusan Organisasi UTHM, Government Official, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Kampong Parit Raja.

Bahagian yang bertanggungjawab ke atas governan Universiti, tadbir urus struktur pentadbiran organisasi, merangka dan memantau pelaksanaan dasar dan peraturan selaras Perlembagaan dan undang-undang yang berkuatkuasa.

11/09/2026

📢 BULETIN EKSA BIL. 1/2026

GOTONG-ROYONG EKSA PEJABAT PENGURUSAN ORGANISASI

Pada 21 Ogos 2026, Pejabat Pengurusan Organisasi telah berjaya melaksanakan Program Gotong-Royong EKSA Bil. 1/2026. Program ini telah dijayakan dengan komitmen penuh daripada 25 orang staf bagi memastikan persekitaran kerja sentiasa bersih, kemas, dan kondusif.

📌 ZON & LOKASI FOKUS: Aktiviti pembersihan dan penambahbaikan telah dijalankan mengikut pecahan zon berikut:

• 🏢 LUAR BANGUNAN, LOBI HADAPAN & BILIK JUBAH
• 💼 RUANG DALAM PEJABAT
• 📦 STOR KECIL, BILIK POS & BILIK ARKIB
• ☕ PANTRI & RUANG PELUPUSAN
• 🤝 BILIK MESYUARAT ARAS 3

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua warga kerja atas kerjasama serta semangat berpasukan yang ditunjukkan!

30/06/2026

Merafak sembah dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah serta ucap selamat kepada Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor yang juga Canselor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan pada 30 Jun 2026 bersamaan 14 Muharram 1448H.

Semoga Allah SWT merahmati usia Duli Yang Amat Mulia Tunku.

21 Jun 2026 | Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti (LPU) UTHM Bil. 2/2026 (Kali ke-113)Telah berlangsung Mesyuarat Lemb...
30/06/2026

21 Jun 2026 | Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti (LPU) UTHM Bil. 2/2026 (Kali ke-113)
Telah berlangsung Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti (LPU) UTHM Bil. 2/2026 (Kali ke-113) pada 21 Jun 2026 (Ahad) bertempat di Pulse Grande Hotel, Putrajaya.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Sri Ibrahim bin Ahmad, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti. Turut hadir ialah YBhg. Prof. Dr. Mas Fawzi bin Mohd Ali, Naib Canselor UTHM, Ahli-ahli Lembaga Pengarah Universiti serta barisan Pengurusan Tertinggi Universiti.

Selain membincangkan pelbagai agenda berkaitan tadbir urus, hala tuju strategik dan pembangunan universiti, mesyuarat turut diisi dengan sesi perkongsian khas oleh YBhg. Dato’ Ts. Dr. Haji Amirudin Abdul Wahab, FASc bertajuk "Industri Keselamatan Siber dan Potensi kepada Universiti."

Perkongsian tersebut memberi pendedahan mengenai perkembangan landskap keselamatan siber yang semakin kompleks serta peluang strategik yang boleh diterokai oleh universiti dalam aspek pendidikan, penyelidikan, inovasi, pembangunan bakat dan kerjasama bersama industri. Sesi ini turut membuka ruang kepada Ahli-ahli Lembaga Pengarah Universiti untuk bertukar pandangan mengenai peranan UTHM dalam memperkukuh ekosistem keselamatan siber negara sejajar dengan aspirasi pendigitalan dan transformasi pendidikan tinggi.

Mesyuarat ini mencerminkan komitmen berterusan Lembaga Pengarah Universiti dalam memperkukuh tadbir urus institusi serta memastikan UTHM terus responsif terhadap perkembangan teknologi dan keperluan masa hadapan.

PENGLIBATAN SUKARELAWAN SV UTHM DALAM USAHA KESEJAHTERAAN MASJIDProgram Gotong-Royong Masjid Sultan Ibrahim UTHM sempena...
22/06/2026

PENGLIBATAN SUKARELAWAN SV UTHM DALAM USAHA KESEJAHTERAAN MASJID

Program Gotong-Royong Masjid Sultan Ibrahim UTHM sempena Awal Muharam 1448H telah berjaya dilaksanakan pada 19 Jun 2026 (Jumaat) anjuran Pusat Islam UTHM dengan penyertaan 20 orang sukarelawan Southern Volunteers UTHM (SV UTHM).

Program ini diselaraskan oleh Pejabat Pengurusan Organisasi selaku penyelaras SV UTHM.

Sepanjang program, para sukarelawan telah melaksanakan kerja-kerja pembersihan di kawasan tandas, ruang wuduk, ruang solat utama dan dewan jamuan bagi memastikan kebersihan serta keselesaan rumah ibadah sentiasa terpelihara.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua sukarelawan atas komitmen yang telah diberikan. Semoga usaha ini terus menyemarakkan budaya kesukarelawanan dalam kalangan warga kampus.

22/05/2026
24/04/2026

🏠 MAKLUMAN: PELANCARAN SISTEM TEMPAHAN RUMAH TAMU UNIVERSITI SECARA ATAS TALIAN

Pejabat Pengurusan Organisasi (PPO) dengan sukacitanya memaklumkan bahawa Sistem Tempahan Rumah Tamu Universiti kini telah beroperasi sepenuhnya secara atas talian.

Pelaksanaan sistem ini bertujuan untuk memudahkan urusan permohonan tempahan, semakan ketersediaan bilik serta meningkatkan kecekapan pengurusan penginapan di bawah seliaan universiti.

YBhg. Prof./Tuan/Puan kini boleh membuat tempahan melalui pautan rasmi seperti berikut:

🌐 URL Sistem:
https://tempahanrumahtamuuthm.my.canva.site/

Tindakan Pemohon:

* Sila layari pautan yang dinyatakan.
* Lengkapkan butiran permohonan dengan maklumat yang tepat dan lengkap.
* Pastikan permohonan dibuat dalam tempoh lima (5) hari sebelum tarikh penginapan.

Buat masa ini, tiada caj dikenakan bagi sebarang urusan tempahan. Walau bagaimanapun, sebarang perubahan adalah tertakluk kepada penyelarasan semula pengurusan Rumah Tamu Universiti pada masa akan datang.

Pihak Universiti juga berhak untuk membatalkan mana-mana permohonan yang telah diluluskan sekiranya terdapat keperluan mendesak atau kepentingan rasmi Universiti yang lebih utama (priority).

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi En. Mohd Qusyairi bin Mohd Johar, Seksyen Perkhidmatan, Bahagian Pentadbiran dan Kewangan, PPO di talian 07-950 7261.

Sekian, terima kasih.

"Ke Arah Pendigitalan Pengurusan Universiti"

Pejabat Pengurusan Organisasi (PPO)

MEMPERKASA DIRI, MEMBINA MASA DEPAN22–23 April 2026 - Pejabat Pengurusan Organisasi (PPO) dengan kerjasama Pusat Kaunsel...
24/04/2026

MEMPERKASA DIRI, MEMBINA MASA DEPAN

22–23 April 2026 - Pejabat Pengurusan Organisasi (PPO) dengan kerjasama Pusat Kaunseling Universiti (PCU) telah menganjurkan Program Serlah Potensi, Perkasa Masa Depan bertempat di Bilik Kolaboratif, Pusat Pembelajaran Maya (CVL).

Program ini merupakan inisiatif berterusan universiti dalam memperkukuh kesejahteraan staf melalui pendekatan sokongan psikososial, pembangunan kendiri serta pengukuhan daya tahan emosi dalam kalangan warga kerja. Sepanjang pelaksanaan, para peserta telah mengikuti pelbagai aktiviti interaktif, sesi perkongsian dan pendedahan kepada teknik pengurusan diri yang praktikal serta relevan dengan keperluan semasa.

Program ini turut menampilkan penceramah jemputan, Encik Surenthiran Pillai (KB;PA), Pegawai Psikologi, Bahagian Pengurusan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam, yang telah menyampaikan sesi perkongsian berfokus kepada pengukuhan kekuatan diri dan hala tuju masa depan yang lebih positif, dengan penekanan terhadap pembangunan diri serta pemerkasaan potensi individu.

Pelaksanaan program ini mencerminkan komitmen UTHM dalam menyediakan persekitaran kerja yang kondusif, inklusif dan menyokong kesejahteraan menyeluruh staf. Diharapkan para peserta dapat memanfaatkan ilmu serta pengalaman yang diperoleh untuk terus memperkasa diri serta menyumbang kepada kecemerlangan organisasi.

MEMPERKUKUH KERJASAMA STRATEGIK KLINIK PANEL UTHM 202621 April 2026 - Bahagian Kesejahteraan Staf dan Perkhidmatan OKU, ...
21/04/2026

MEMPERKUKUH KERJASAMA STRATEGIK KLINIK PANEL UTHM 2026

21 April 2026 - Bahagian Kesejahteraan Staf dan Perkhidmatan OKU, Pejabat Pengurusan Organisasi telah berjaya menganjurkan Sesi Libat Urus Bersama Klinik Panel UTHM Tahun 2026 yang berlangsung di Auditorium Al-Jazari, Aras 3, Perpustakaan Tunku Tun Aminah dengan kehadiran seramai 120 wakil klinik panel, selain penyertaan secara atas talian.

Penganjuran ini berfungsi sebagai platform strategik dalam memperkukuh kerjasama antara universiti dan klinik panel, di samping menyelaras tadbir urus serta meningkatkan kefahaman terhadap keperluan pengurusan, termasuk aspek pematuhan dan proses kewangan. Perkongsian serta perbincangan yang berlangsung turut menyumbang kepada penambahbaikan prosedur sedia ada, pengukuhan saluran komunikasi, serta peningkatan kualiti penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada staf universiti.

Program dimulakan dengan ucapan aluan oleh Pengarah Pejabat Pengurusan Organisasi, Puan Haszrinaz binti Husain@Hashim, diikuti dengan sesi perbincangan dua hala yang dikendalikan oleh Ketua Bahagian Kesejahteraan Staf dan Perkhidmatan OKU. Turut hadir ialah Pengarah Pusat Kesihatan Universiti, Pegawai Perubatan, Pegawai Kewangan dari Pejabat Bendahari serta Pegawai Teknologi Maklumat dari Pusat Teknologi Maklumat selaku rakan strategik dalam pengurusan klinik panel UTHM.

Semoga penganjuran program ini terus memperkukuh jalinan kerjasama antara UTHM dan klinik panel demi kesejahteraan warga universiti.

Seringkali kejayaan dilagukan untuk satu nama.Namun tidak kali ini, ia didendangkan untuk semua yang bekerja dalam diam,...
04/03/2026

Seringkali kejayaan dilagukan untuk satu nama.
Namun tidak kali ini, ia didendangkan untuk semua yang bekerja dalam diam, tekun melaksana amanah tanpa menagih pujian.

Tahniah kepada Pejabat Pengurusan Organisasi UTHM atas pencapaian
⭐ 5 Bintang Good Governance Rating 2025 ⭐️.

Pencapaian ini bukan tentang siapa kita, tetapi hasil kebersamaan dan ketumbukan semua anggota yang bergerak seiring, dengan satu tujuan: memaknakan usaha dan memanusiakan perkhidmatan.

Teruskan istiqamah, PPO.
Perjalanan ini belum selesai, 2026 sudah menanti di hadapan kita.
Ayuh, kita melangkah bersama. 🤝✨

14/02/2026

Address

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Kampong Parit Raja
86400

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Pengurusan Organisasi UTHM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share