PAS Selayang

Call Directions Contact the organization

PAS Selayang Ini adalah FB Rasmi PAS Kawasan Selayang yang dikendalikan oleh Lajnah Penerangan dengan kerjasama Dewan-Dewan Muslimat, Pemuda dan Urusan Ulamak PASSEL.

Mereka sangat takut dengan penyatuan Ummah PN&BN. Setiausaha Agung PN, Takiyuddin Hassan mengesahkan pihaknya telah mene...
24/09/2026

Mereka sangat takut dengan penyatuan Ummah PN&BN.

Setiausaha Agung PN, Takiyuddin Hassan mengesahkan pihaknya telah menerima notis tunjuk sebab dalam tempoh 30 hari bagi tujuan pembatalan pendaftaran gabungan itu daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS).

Menyifatkan tindakan itu sebagai "natijah daripada agenda berniat jahat", Takiyuddin berkata pihaknya akan mengambil langkah segera melalui proses undang-undang untuk menyelamatkan gabungan itu.

Kenyataan Media*PN TERIMA NOTIS DAN PERINTAH DARIPADA PENDAFTAR PERTUBUHAN (ROS)*Perikatan Nasional (PN) mengesahkan men...
24/09/2026

Kenyataan Media
*PN TERIMA NOTIS DAN PERINTAH DARIPADA PENDAFTAR PERTUBUHAN (ROS)*

Perikatan Nasional (PN) mengesahkan menerima notis di bawah subseksyen 13(2), Akta Pertubuhan 1966 bagi maksud Pendaftar Pertubuhan (ROS) hendak membatalkan pendaftaran PN selepas tempoh tunjuk sebab dari PN dalam tempoh 30 hari. Adalah disahkan cadangan pembatalan tersebut terkait dengan aduan daripada Parti BERSATU terhadap PN berhubung suatu mesyuarat bertarikh 16 Julai 2026.

PN juga susulan dari Notis di atas telah menerima suatu Perintah di bawah subseksyen 13(2A), Akta Pertubuhan 1966 yang memerintahkan penggantungan semua kegiatannya sehingga tarikh yang tidak ditentukan.

Kedua-dua notis dan perintah di atas diserahkan kepada PN secara berturut- turut pada 22 dan 23 September 2026, yang berkebetulan pada hari pengumuman dan kuat kuasa pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka bagi mengadakan Pilihan Raya Negeri Melaka dalam waktu terdekat.

PN mengambil maklum keputusan ROS di atas, namun tidak bersetuju dengan asas keputusan tersebut dan sedang mengambil langkah-langkah segera melalui proses undang-undang yang tersedia demi mempertahankan matlamat penubuhan dan agenda perjuangannya yang didokong oleh ahli-ahli dan penyokongnya. PN tidak menolak kemungkinan tindakan terhadap PN adalah natijah agenda berniat jahat (mala fide) dan tekanan politik yang memangsakan PN daripada pihak-pihak dari dalam dan luar PN.

Sehubungan dengan itu PN menyeru ahli-ahli dan penyokongnya agar bertenang kerana perkara ini sedang diuruskan dengan sebaiknya dan PN akan memberikan maklumat dan dokumen berkaitan kepada masyarakat secara telus serta memaklumkan perkembangan dari semasa ke semasa.

Sekaligus dengan ini PN mengeluarkan perintah larangan (gag order) berkuatkuasa serta merta kepada mana mana pihak dari mengeluarkan apa-apa kenyataan bagi pihak PN, kecuali Pengerusi dan Setiausaha Agung PN.

Terima kasih.

*TAKIYUDDIN HASSAN*
Setiausaha Agung PN
24 September 2026

🇲🇾 Selamat Hari Malaysia!Kemerdekaan dan perpaduan adalah amanah yang perlu dipelihara bersama. Marilah kita menyuburkan...
16/09/2026

🇲🇾 Selamat Hari Malaysia!

Kemerdekaan dan perpaduan adalah amanah yang perlu dipelihara bersama. Marilah kita menyuburkan kasih kepada negara, memperkukuh ukhuwah dan menjadikan nilai Islam sebagai panduan dalam membina masyarakat yang adil, harmoni dan sejahtera.

Malaysia milik kita bersama — berbeza latar, bersatu dalam kebaikan.

🇲🇾 Semoga Allah terus memelihara Malaysia dengan keamanan, perpaduan dan keberkatan.

Disediakan oleh:
Lajnah Dakwah PAS Kawasan Selayang

AllahuAkhbar
05/09/2026

AllahuAkhbar

“MASUK PAS, MASUK SYURGA?” — FAHAMI KONTEKS SEBENAR.Jangan ambil satu ayat, kemudian buang keseluruhan konteks.Datuk Ser...
05/09/2026

“MASUK PAS, MASUK SYURGA?” — FAHAMI KONTEKS SEBENAR.

Jangan ambil satu ayat, kemudian buang keseluruhan konteks.

Datuk Seri Takiyuddin Hassan bukan mengatakan kad ahli PAS adalah tiket ke syurga.

❌ Bukan masuk PAS → automatik masuk syurga.
❌ Bukan ahli PAS sahaja → boleh masuk syurga.

Mesejnya mudah:

PAS adalah wadah.
Islam adalah dasar perjuangan.
Redha Allah adalah matlamat.
Syurga adalah ganjaran yang kita harapkan.

Allah SWT berfirman:

“Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang beriman, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.”
— At-Taubah: 111

Kita berjuang bukan kerana kad parti. Kita berjuang kerana mahu mempertahankan Islam, melakukan kebaikan dan mencari keredaan Allah SWT.

Siapa masuk syurga atau neraka tetap hak mutlak Allah SWT.

Jadi jangan diputar:

“PAS jamin syurga.”

Fahamilah:

“Berjuanglah di atas jalan Islam dan berharaplah kepada rahmat serta syurga Allah.”

PAS wadah perjuangan, bukan penjual tiket syurga.




Jom Running
04/09/2026

Jom Running

03/09/2026
Tahniah Selangor..!
27/08/2026

Tahniah Selangor..!

Address

71A, Jalan 2/16, Dataran Templer, Batu Caves
Kampong Selayang
68100

Telephone

+60182921408

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PAS Selayang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to PAS Selayang:

Shortcuts

Share