Mytradoc

Directions

Mytradoc MyTRADOC adalah singkatan kepada` Malaysian Army Training and Doctrine Command'.
(1)

Ianya diwujudkan supaya warganya mendapat maklumat tepat dan cepat tentang aktiviti yang dilaksanakan.

๐Ÿ”ฅ ๐๐„๐๐ƒ๐€๐…๐“๐€๐‘๐€๐ ๐€๐‘๐Œ๐„๐ƒ ๐…๐Ž๐‘๐‚๐„๐’ ๐‘๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐Š๐ˆ๐๐ˆ ๐ƒ๐ˆ๐๐”๐Š๐€! ๐Ÿ”ฅ๐—ฆ๐—ฎ๐—ฎ๐˜ ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ฑ๐—ถ๐—ป๐—ฎ๐—ป๐˜๐—ถ-๐—ป๐—ฎ๐—ป๐˜๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ธ๐—ถ๐—ป๐—ถ ๐˜๐—ถ๐—ฏ๐—ฎ.๐—๐—ผ๐—บ ๐˜€๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐—ฎ๐—ถ ๐—”๐—ฟ๐—บ๐—ฒ๐—ฑ ๐—™๐—ผ๐—ฟ๐—ฐ๐—ฒ๐˜€ ๐—ฅ๐˜‚๐—ป ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ...
02/10/2026

๐Ÿ”ฅ ๐๐„๐๐ƒ๐€๐…๐“๐€๐‘๐€๐ ๐€๐‘๐Œ๐„๐ƒ ๐…๐Ž๐‘๐‚๐„๐’ ๐‘๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐Š๐ˆ๐๐ˆ ๐ƒ๐ˆ๐๐”๐Š๐€! ๐Ÿ”ฅ

๐—ฆ๐—ฎ๐—ฎ๐˜ ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ฑ๐—ถ๐—ป๐—ฎ๐—ป๐˜๐—ถ-๐—ป๐—ฎ๐—ป๐˜๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ธ๐—ถ๐—ป๐—ถ ๐˜๐—ถ๐—ฏ๐—ฎ.
๐—๐—ผ๐—บ ๐˜€๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐—ฎ๐—ถ ๐—”๐—ฟ๐—บ๐—ฒ๐—ฑ ๐—™๐—ผ๐—ฟ๐—ฐ๐—ฒ๐˜€ ๐—ฅ๐˜‚๐—ป ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ฟ๐—ฎ๐˜€๐—ฎ๐—ถ ๐—ฝ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐—ป ๐—น๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ฎ๐—ป ๐—ฝ๐—ฒ๐—ป๐˜‚๐—ต ๐˜€๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐˜ ๐˜€๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐—ฎ ๐—ฐ๐—ฎ๐—ฏ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ฎ๐—บ๐—ฎ ๐—ธ๐—ผ๐—บ๐˜‚๐—ป๐—ถ๐˜๐—ถ ๐—ฝ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐˜€๐—ฒ๐—น๐˜‚๐—ฟ๐˜‚๐—ต ๐— ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜†๐˜€๐—ถ๐—ฎ.

๐Ÿ“… 20 Disember 2026
๐Ÿ“ Dataran Wawasan, Putrajaya
๐Ÿ•’ 0300H โ€“ 1100H

๐๐ข๐ฅ๐ข๐ก ๐ค๐š๐ญ๐ž๐ ๐จ๐ซ๐ข ๐ฅ๐š๐ซ๐ข๐š๐ง ๐š๐ง๐๐š:

๐€๐ซ๐ฆ๐ž๐ ๐…๐จ๐ซ๐œ๐ž๐ฌ ๐…๐ฎ๐ง ๐‘๐ฎ๐ง ๐Ÿ‘๐Š๐Œ | ๐€๐ซ๐ฆ๐ž๐ ๐…๐จ๐ซ๐œ๐ž๐ฌ ๐‘๐ฎ๐ง ๐Ÿ๐ŸŽ๐Š๐Œ | ๐€๐ซ๐ฆ๐ž๐ ๐…๐จ๐ซ๐œ๐ž๐ฌ ๐‡๐š๐ฅ๐Ÿ ๐Œ๐š๐ซ๐š๐ญ๐ก๐จ๐ง ๐Ÿ๐Ÿ๐Š๐Œ

Pelbagai tarikan menarik menanti para peserta, termasuk merchandise eksklusif, hadiah wang tunai serta peluang memenangi cabutan bertuah bernilai melebihi RM80,000!

โšก Nikmati kadar Early Bird sehingga 14 Oktober 2026.
Daftar awal dan jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada Armed Forces Run 2026!

๐™‡๐‘จ๐˜พ๐‘ฌ ๐‘ผ๐™‹ ๐™ˆ๐‘จ๐™‡๐‘จ๐™”๐‘บ๐™„๐‘จ, ๐™๐‘ผ๐™‰ ๐™’๐‘ฐ๐™๐‘ฏ ๐‘ป๐™ƒ๐‘ฌ ๐‘ญ๐™Š๐‘น๐˜พ๐‘ฌ! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ”ฅ

Markas Pemerintahan Medan Barat Tentera Darat
Markas Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐’๐„๐‘๐€๐‡ ๐“๐„๐‘๐ˆ๐Œ๐€ ๐“๐”๐†๐€๐’ ๐๐„๐๐†๐€๐‘๐€๐‡ ๐Š๐Ž๐‹๐„๐‰ ๐๐„๐†๐€๐–๐€๐ˆ ๐€๐Š๐€๐ƒ๐„๐Œ๐ˆ ๐“๐„๐๐“๐„๐‘๐€ ๐ƒ๐€๐‘๐€๐“๐๐Ž๐‘๐“ ๐ƒ๐ˆ๐‚๐Š๐’๐Ž๐, ๐Ÿ๐Ÿ— ๐’๐ž๐ฉ ๐Ÿ๐Ÿ” โ€“ Brig Jen Datoโ€™ Mohd Sauf...
02/10/2026

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐’๐„๐‘๐€๐‡ ๐“๐„๐‘๐ˆ๐Œ๐€ ๐“๐”๐†๐€๐’ ๐๐„๐๐†๐€๐‘๐€๐‡ ๐Š๐Ž๐‹๐„๐‰ ๐๐„๐†๐€๐–๐€๐ˆ ๐€๐Š๐€๐ƒ๐„๐Œ๐ˆ ๐“๐„๐๐“๐„๐‘๐€ ๐ƒ๐€๐‘๐€๐“

๐๐Ž๐‘๐“ ๐ƒ๐ˆ๐‚๐Š๐’๐Ž๐, ๐Ÿ๐Ÿ— ๐’๐ž๐ฉ ๐Ÿ๐Ÿ” โ€“ Brig Jen Datoโ€™ Mohd Sauffi bin Hj Omar, Komandan Akademi Tentera Darat (ATD) telah menyempurnakan Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Kolej Pegawai yang telah dilaksanakan di Padang Kawad, Kem Segenting.

Majlis dimulakan dengan menyaksikan Pengarah Kolej Pegawai ke-11, Brig Jen Mohd Nizar bin Hj Yusof telah menyerahkan tugas kepada Pengarah Kolej Pegawai ke-12 Kol Mohd Ramzan bin Che Ani dengan menandatangani Nota Serah Terima Tugas Pengarah Kolej Pegawai. Majlis diteruskan dengan upacara pemakaian pangkat kepada 2 anggota LLP Akademi Tentera Darat (ATD).

Seluruh Warga Akademi Tentera Darat (ATD) menzahirkan ucapan Tahniah kepada Kol Mohd Ramzan bin Che Ani selaku Pengarah Kolej Pegawai yang baharu dan sekalung penghargaan terima kasih diucapkan kepada Brig Jen Mohd Nizar bin Hj Yusof diatas jasa dan sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang menggalas jawatan sebagai Pengarah Kolej Pegawai.


๐‰๐ž๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ญ๐š๐ง ๐ค๐ž ๐€๐œ๐š๐ซ๐š ๐๐ž๐ซ๐›๐š๐ซ๐ข๐ฌ๐š๐ง ๐๐š๐ง ๐๐ž๐ซ๐ฃ๐ฎ๐ฆ๐ฉ๐š๐š๐ง ๐๐ž๐ซ๐ฌ๐š๐ฆ๐š ๐Š๐ž๐ฅ๐ฎ๐š๐ซ๐ ๐š ๐’๐ž๐ฆ๐ฉ๐ž๐ง๐š ๐“๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐‹๐š๐ญ๐ข๐ก๐š๐ง ๐๐ž๐ซ๐š๐ฃ๐ฎ๐ซ๐ข๐ญ ๐Œ๐ฎ๐๐š ๐“๐ž๐ง๐ญ๐ž๐ซ๐š ๐ƒ๐š๐ซ๐š๐ญ ๐‹๐ž๐ฅ๐š๐ค๐ข ๐’...
01/10/2026

๐‰๐ž๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ญ๐š๐ง ๐ค๐ž ๐€๐œ๐š๐ซ๐š ๐๐ž๐ซ๐›๐š๐ซ๐ข๐ฌ๐š๐ง ๐๐š๐ง ๐๐ž๐ซ๐ฃ๐ฎ๐ฆ๐ฉ๐š๐š๐ง ๐๐ž๐ซ๐ฌ๐š๐ฆ๐š ๐Š๐ž๐ฅ๐ฎ๐š๐ซ๐ ๐š ๐’๐ž๐ฆ๐ฉ๐ž๐ง๐š ๐“๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐‹๐š๐ญ๐ข๐ก๐š๐ง ๐๐ž๐ซ๐š๐ฃ๐ฎ๐ซ๐ข๐ญ ๐Œ๐ฎ๐๐š ๐“๐ž๐ง๐ญ๐ž๐ซ๐š ๐ƒ๐š๐ซ๐š๐ญ ๐‹๐ž๐ฅ๐š๐ค๐ข ๐’๐ข๐ซ๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ”/๐Ÿ๐Ÿ”

PUSASDA amat berbesar hati menjemput

โšœ๏ธYBhg Tan Sri/ Puan Sri/Dato/Datin/Tuan/Puan ke Acara Perbarisan dan Perjumpaan Bersama Keluarga Sempena Tamat Latihan Perajurit Muda Lelaki Siri 206/26โšœ๏ธ

Sepertimana Ketetapan Berikut:

1. Acara Perbarisan

๐Ÿ—“๏ธ Tarikh: 17 Oktober 2026 (Sabtu).
๐Ÿ• Masa: 8.00 pagi โ€“ 11.00 Pagi.
๐Ÿงฅ Pakaian: Bersesuaian & Sopan
๐Ÿ›๏ธ Lokasi Perbarisan: Padang Kawad Utama (PKU), Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA), Port Dickson, Negeri Sembilan Darul Khusus.

2. Acara Perjumpaan Bersama Keluarga

๐Ÿ—“๏ธ Tarikh: 17 Oktober 2026 (Sabtu).
๐Ÿ• Masa: 12.00 Tengah hari โ€“ 5.00 Petang.
๐ŸงฅPakaian: Bersesuaian & Sopan
๐Ÿ›๏ธ Lokasi Acara: Padang Kawad Cawangan (PKC), Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA), Port Dickson, Negeri Sembilan Darul Khusus.

3. Ahli keluarga digalakkan membawa tikar atau _portable chair_ yang bersesuaian dan mudah dibawa bagi digunakan semasa sesi santai Bersama Perajurit Muda selepas tamat acara perbarisan.

4. Ahli keluarga dibenarkan untuk bersama Perajurit Muda selepas jam 12.00 tengah hari sehingga 5.00 petang khusus di dalam kawasan kem.

5. Pameran Aset Ketenteraan dan Pameran Kerjaya turut disediakan untuk dikunjungi oleh Ahli Keluarga.

6. ๐๐„๐‘๐Š๐€๐‘๐€ ๐‹๐€๐‘๐€๐๐†๐€๐

a. Tidak memberikan apa jua barang dan peralatan larangan kepada Perajurit Muda seperti berikut :
โŒ Telefon bimbit, kamera serta lain-lain peralatan eletronik atau teknologi maklumat
โŒ Ubat-ubatan yang tidak mendapat pengesahan daripada Pegawai Perubatan
โŒ Peralatan berunsur perjudian
โŒ Kad Bank
โŒ Rokok/Vape

b. Keluarga dilarang sama sekali untuk memasuki Blok Penginapan Perajurit Muda.

c. Keluarga dilarang untuk membekalkan makanan kepada Perajurit Muda untuk dibawa pulang ke blok penginapan.




๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—ฆ๐—˜๐—ฆ๐—œ ๐——๐—œ๐—”๐—Ÿ๐—ข๐—š ๐——๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—Ÿ๐—”๐—ช๐—”๐—ก๐—”๐—ก ๐—•๐—ข๐—Ÿ๐—” ๐—ฆ๐—˜๐—ฃ๐—”๐—ž ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐—ฆ๐— ๐—ฅ ๐—ง๐—— ๐——๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—จ๐—ก๐—ง๐—จ๐—ง ๐—ž๐—จ๐—ฅ๐—ฆ๐—จ๐—ฆ ๐—ฃ๐—ง๐—ง๐—ž (๐——๐—˜๐—–) ๐—ฆ๐—œ๐—ฅ๐—œ ๐Ÿณ/๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐—ฃ๐—จ๐—Ÿ๐—”๐— ๐—ข๐—ฅ๐—ฃ๐—ข๐—ฅ๐—ง ๐——๐—œ๐—–๐—ž๐—ฆ...
01/10/2026

๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—ฆ๐—˜๐—ฆ๐—œ ๐——๐—œ๐—”๐—Ÿ๐—ข๐—š ๐——๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—Ÿ๐—”๐—ช๐—”๐—ก๐—”๐—ก ๐—•๐—ข๐—Ÿ๐—” ๐—ฆ๐—˜๐—ฃ๐—”๐—ž ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐—ฆ๐— ๐—ฅ ๐—ง๐—— ๐——๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—จ๐—ก๐—ง๐—จ๐—ง ๐—ž๐—จ๐—ฅ๐—ฆ๐—จ๐—ฆ ๐—ฃ๐—ง๐—ง๐—ž (๐——๐—˜๐—–) ๐—ฆ๐—œ๐—ฅ๐—œ ๐Ÿณ/๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐—ฃ๐—จ๐—Ÿ๐—”๐— ๐—ข๐—ฅ

๐—ฃ๐—ข๐—ฅ๐—ง ๐——๐—œ๐—–๐—ž๐—ฆ๐—ข๐—ก, ๐Ÿฏ๐Ÿฌ ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฝ๐˜๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ: Sarjan Mejar Rejimen Tentera Darat (SMR TD), PW I Mohamad Fauzi bin A. Rahman telah mengadakan sesi perjumpaan dan dialog bersama Jurulatih serta penuntut Kursus Pegawai Tidak Tauliah Kanan (PTTK) (DEC) Siri 7/2026 di Pusat Latihan Kor Armor Diraja (PULAMOR).

Ketibaan SMR TD telah disambut oleh PW I Mohamad Ali Akhbar bin Mat Dam, SMR MPLDTD dan PW I Muhammad Aqbal bin Samludin, SMR PULAMOR.

Sesi perjumpaan ini bertujuan menyampaikan isu-isu semasa berkaitan imej Tentera Darat, nilai-nilai rejimental serta aspek kepimpinan dan tanggungjawab sebagai seorang anggota Tentera Darat, khususnya di peringkat Kor dan Tentera Darat.

Atur cara dimulakan dengan sesi bergambar di Padang Kawad Pasukan, sebelum diteruskan dengan sesi dialog bersama Jurulatih dan penuntut Kursus PTTK (DEC) Siri 7/2026 di Dewan Makan Desatera, PULAMOR.

Sesi dialog berlangsung dalam suasana interaktif dengan penekanan terhadap pemantapan disiplin, jati diri, semangat kekitaan serta penghayatan nilai-nilai rejimental dalam kalangan penuntut kursus.

Majlis turut diserikan dengan penyampaian cenderahati kepada SMR TD dan sesi menandatangani Buku Lawatan sebagai tanda kenang-kenangan atas kunjungan ke PULAMOR.

Sebagai pengisian santai dan pengukuhan hubungan, SMR TD turut meluangkan masa bersama para penuntut kursus dalam perlawanan bola sepak yang berlangsung di Padang Bola San Siro Sport Park, Port Dickson.

Aktiviti ini bukan sahaja mencerminkan hubungan erat antara kepimpinan dan warga kursus, malah turut menyemarakkan semangat setiakawan, kerjasama, esprit de corps dan kecergasan fizikal dalam kalangan warga Tentera Darat.

Sumber:
๐Œ๐ž๐๐ข๐š ๐๐ฎ๐ฌ๐š๐ญ ๐‹๐š๐ญ๐ข๐ก๐š๐ง ๐Š๐จ๐ซ ๐€๐ซ๐ฆ๐จ๐ซ ๐ƒ๐ข๐ซ๐š๐ฃ๐š (๐๐”๐‹๐€๐Œ๐Ž๐‘)

๐”๐๐€๐‚๐€๐‘๐€ ๐๐„๐Œ๐๐”๐Š๐€๐€๐ ๐Š๐”๐‘๐’๐”๐’ ๐๐„๐Œ๐”๐™๐ˆ๐Š ๐Š๐„๐‹๐€๐’ ๐Ÿ ๐’๐ˆ๐‘๐ˆ ๐Ÿ/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐๐”๐’๐€๐“ ๐‹๐€๐“๐ˆ๐‡๐€๐ ๐Œ๐”๐™๐ˆ๐Š ๐“๐„๐๐“๐„๐‘๐€ ๐ƒ๐€๐‘๐€๐“ (๐๐”๐™๐ˆ๐ƒ๐€)๐Š๐”๐€๐‹๐€ ๐‹๐”๐Œ๐๐”๐‘, ๐Ÿ๐Ÿ— ๐’๐ž๐ฉ ๐Ÿ๐Ÿ”  ...
01/10/2026

๐”๐๐€๐‚๐€๐‘๐€ ๐๐„๐Œ๐๐”๐Š๐€๐€๐ ๐Š๐”๐‘๐’๐”๐’ ๐๐„๐Œ๐”๐™๐ˆ๐Š ๐Š๐„๐‹๐€๐’ ๐Ÿ ๐’๐ˆ๐‘๐ˆ ๐Ÿ/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐๐”๐’๐€๐“ ๐‹๐€๐“๐ˆ๐‡๐€๐ ๐Œ๐”๐™๐ˆ๐Š ๐“๐„๐๐“๐„๐‘๐€ ๐ƒ๐€๐‘๐€๐“ (๐๐”๐™๐ˆ๐ƒ๐€)

๐Š๐”๐€๐‹๐€ ๐‹๐”๐Œ๐๐”๐‘, ๐Ÿ๐Ÿ— ๐’๐ž๐ฉ ๐Ÿ๐Ÿ” โ€“ Komandan Pusat Latihan Muzik Tentera Darat (PUZIDA), Lt Kol (DOM) Badelisham bin Md Juda telah menyempurnakan Upacara Pembukaan Kursus Pemuzik Kelas 1 Siri 1/2026 yang berlangsung di Dewan Do Re Mi, PUZIDA.

Kursus ini bertujuan untuk melahirkan Ketua Seksyen Muzik yang kompeten serta berkemahiran dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai Ketua Seksyen Muzik dalam sesebuah Pancaragam dan Platun Tambor. Seramai 42 anggota Lain-lain Pangkat (LLP) daripada pelbagai Kor Tentera Darat akan mengikuti kursus ini selama 48 minggu, bermula 21 Sep 2026 hingga 20 Ogos 2027.

Dalam ucapannya, Komandan PUZIDA berpesan kepada para penuntut agar sentiasa berusaha bersungguh-sungguh dalam menimba ilmu dan meningkatkan kemahiran sepanjang tempoh berkursus. Beliau turut mengingatkan para penuntut supaya sentiasa mengamalkan sikap saling hormat-menghormati serta menjauhi sebarang perkara negatif yang bertentangan dengan ketetapan dan peraturan perkhidmatan.

Upacara pembukaan kursus ini selaras dengan prinsip Pembangunan Profesional Anggota yang digariskan dalam Perintah Ulung Panglima Latihan, yang menekankan bahawa setiap anggota Tentera Darat hendaklah melihat latihan bukan semata-mata sebagai suatu keperluan organisasi, tetapi sebagai satu bentuk pelaburan dalam pembangunan diri dan peningkatan profesionalisme.

Berita dan Gambar: Pusat Latihan Muzik Tentera Darat (PUZIDA).

๐—Ÿ๐—”๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—๐—” ๐—•๐—จ๐——๐—š๐—˜๐—ง ๐—ฅ๐—˜๐—ฉ๐—œ๐—˜๐—ช ๐—ข๐—™๐—™๐—œ๐—–๐—˜๐—ฅ (๐—•๐—ฅ๐—ข) ๐—ž๐—˜ ๐—ฃ๐—จ๐—Ÿ๐—”๐— ๐—ข๐—ฅ๐—ฃ๐—ข๐—ฅ๐—ง ๐——๐—œ๐—–๐—ž๐—ฆ๐—ข๐—ก, ๐Ÿฎ๐Ÿด ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฝ๐˜๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ: Budget Review Officer (BRO) daripad...
29/09/2026

๐—Ÿ๐—”๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—๐—” ๐—•๐—จ๐——๐—š๐—˜๐—ง ๐—ฅ๐—˜๐—ฉ๐—œ๐—˜๐—ช ๐—ข๐—™๐—™๐—œ๐—–๐—˜๐—ฅ (๐—•๐—ฅ๐—ข) ๐—ž๐—˜ ๐—ฃ๐—จ๐—Ÿ๐—”๐— ๐—ข๐—ฅ

๐—ฃ๐—ข๐—ฅ๐—ง ๐——๐—œ๐—–๐—ž๐—ฆ๐—ข๐—ก, ๐Ÿฎ๐Ÿด ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฝ๐˜๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ: Budget Review Officer (BRO) daripada Ketua Penolong Pengarah Belanjawan Negara (KPPBN), Encik Shamsol bin Haji Ini telah mengadakan lawatan kerja ke Pusat Latihan Kor Armor Diraja (PULAMOR). Lawatan tersebut turut diiringi oleh Ketua Pengarah Kewangan MK TD G5, Brig Jen Mohd Lutpi Taufik bin Che Mat Min.

Lawatan dimulakan dengan taklimat am dan logistik pasukan yang disampaikan oleh Komandan PULAMOR, Lt Kol Che Hassan bin Che Mohamad, bertempat di Wisma Perwira PULAMOR.

Selesai taklimat, delegasi BRO dibawa melawat sekitar kem dan Bahagian Latih bagi melihat dengan lebih dekat kemudahan serta pelaksanaan latihan di PULAMOR.

Seterusnya, delegasi berpeluang menyertai aktiviti joyride menggunakan kenderaan berperisai 4x4 Lipan Bara dan 8x8 Gempita di sekitar kawasan Bukit Hitam dan Daimler. Aktiviti tersebut diteruskan sehingga ke Lapang Sasar Menyala A, Port Dickson.

Lawatan kerja diakhiri dengan sesi bergambar sebagai kenang-kenangan.

Sumber:
๐Œ๐ž๐๐ข๐š ๐๐ฎ๐ฌ๐š๐ญ ๐‹๐š๐ญ๐ข๐ก๐š๐ง ๐Š๐จ๐ซ ๐€๐ซ๐ฆ๐จ๐ซ ๐ƒ๐ข๐ซ๐š๐ฃ๐š (๐๐”๐‹๐€๐Œ๐Ž๐‘)

๐’๐„๐‘๐€๐‡ ๐“๐„๐‘๐ˆ๐Œ๐€ ๐“๐”๐†๐€๐’ ๐’๐€๐‘๐‰๐€๐ ๐Œ๐„๐‰๐€๐‘ ๐‘๐„๐‰๐ˆ๐Œ๐„๐ (๐’๐Œ๐‘) ๐๐€๐‹๐€๐๐„๐’ ๐”๐๐ˆ๐Œ๐€๐’๐Š๐Ž๐“๐€ ๐’๐€๐Œ๐€๐‘๐€๐‡๐€๐: Pasukan Latihan Pegawai Simpanan Universiti ...
29/09/2026

๐’๐„๐‘๐€๐‡ ๐“๐„๐‘๐ˆ๐Œ๐€ ๐“๐”๐†๐€๐’ ๐’๐€๐‘๐‰๐€๐ ๐Œ๐„๐‰๐€๐‘ ๐‘๐„๐‰๐ˆ๐Œ๐„๐ (๐’๐Œ๐‘) ๐๐€๐‹๐€๐๐„๐’ ๐”๐๐ˆ๐Œ๐€๐’

๐Š๐Ž๐“๐€ ๐’๐€๐Œ๐€๐‘๐€๐‡๐€๐: Pasukan Latihan Pegawai Simpanan Universiti Malaysia Sarawak (PALAPES UNIMAS) telah melaksanakan Perbarisan Serah Terima Tugas Sarjan Mejar Rejimen (SMR) PALAPES UNIMAS pada 25 September 2026 bertempat di Padang Kawad PALAPES UNIMAS. Perbarisan tersebut melibatkan seramai 19 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP).

Acara dimulakan dengan ketibaan SMR PALAPES UNIMAS, PW I Mohamad Fadillah bin Yahya, diikuti ketibaan SMR PALAPES UNIMAS yang baharu, PW I Stewart anak Juan. Ketibaan seterusnya ialah Ketua Jurulatih PALAPES UNIMAS, Mej Muhammad Fairus bin Ahmad, bagi menyaksikan acara serah terima tugas tersebut.

Acara serah terima tugas dilaksanakan dengan PW I Mohamad Fadillah bin Yahya menyerahkan tugas dan tanggungjawab sebagai SMR PALAPES UNIMAS kepada PW I Stewart anak Juan. Serah terima tugas ini dilaksanakan berikutan PW I Mohamad Fadillah bin Yahya akan menamatkan perkhidmatan dalam Angkatan Tentera Malaysia setelah menabur bakti selama 26 tahun.

Acara diteruskan dengan menandatangani Nota Serah Terima Tugas serta penyerahan Tongkat Kuasa kepada SMR PALAPES UNIMAS yang baharu. Upacara tersebut disaksikan oleh Ketua Jurulatih PALAPES UNIMAS, Mej Muhammad Fairus bin Ahmad.

Selesai perbarisan, majlis diteruskan dengan jamuan penghargaan sebagai tanda penghormatan dan penghargaan kepada PW I Mohamad Fadillah bin Yahya atas segala jasa, komitmen dan sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan beliau di PALAPES UNIMAS. Majlis kemudiannya diakhiri dengan acara Street Lining sebagai penghormatan terakhir kepada mantan SMR PALAPES UNIMAS tersebut.

Pelaksanaan Perbarisan Serah Terima Tugas ini merupakan salah satu aktiviti rejimental yang penting dalam mengekalkan Sistem Pemerintahan Rejimental (SPR), di samping menjadi wadah bagi menyampaikan penghargaan dan penghormatan atas jasa serta khidmat bakti yang telah dicurahkan oleh mantan SMR kepada PALAPES UNIMAS khususnya dan Angkatan Tentera Malaysia amnya.

โ€“ Pasukan Latihan Pegawai Simpanan Universiti Malaysia Sarawak (PALAPES UNIMAS)

๐’๐„๐Œ๐ˆ๐๐€๐‘ ๐Š๐„๐’๐„๐ƒ๐€๐‘๐€๐ ๐Š๐„๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“๐€๐ ๐๐„๐‘๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“ ๐๐„๐Œ๐„๐‘๐ˆ๐๐“๐€๐‡๐€๐ ๐‹๐€๐“๐ˆ๐‡๐€๐ ๐ƒ๐€๐ ๐ƒ๐Ž๐Š๐“๐‘๐ˆ๐ ๐“๐„๐๐“๐„๐‘๐€ ๐ƒ๐€๐‘๐€๐“ SIRI 1/26 ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ6GEMAS: MK PLD...
26/09/2026

๐’๐„๐Œ๐ˆ๐๐€๐‘ ๐Š๐„๐’๐„๐ƒ๐€๐‘๐€๐ ๐Š๐„๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“๐€๐ ๐๐„๐‘๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“ ๐๐„๐Œ๐„๐‘๐ˆ๐๐“๐€๐‡๐€๐ ๐‹๐€๐“๐ˆ๐‡๐€๐ ๐ƒ๐€๐ ๐ƒ๐Ž๐Š๐“๐‘๐ˆ๐ ๐“๐„๐๐“๐„๐‘๐€ ๐ƒ๐€๐‘๐€๐“ SIRI 1/26 ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ6

GEMAS: MK PLDTD telah menganjurkan Seminar Kesedaran Keselamatan Peringkat Pemerintahan Latihan dan Doktrin Tentera Darat pada 24 Sep 26 bertempat di Auditorium Pusat Olah Perang Tentera Darat (POP TD). Kesemua Pegawai Keselamatan, Pegawai Tadbir, Ajutan dan Ketua Kerani Pusat Latihan serta PALAPES telah terlibat meliputi seramai 76 pegawai dan anggota LLP di bawah naungan PLDTD. Seminar ini bertujuan memberi kesedaran keselamatan dengan pengisian secara sesi ceramah dan soal jawab mengenai pelbagai aspek keselamatan.

Seminar dimulakan dengan taklimat Pengurusan Keselamatan Pasukan oleh Mej Mohd Yusuf bin Mohd Noh, PS 2 Doktrin Risik, MK PLDTD. Seterusnya sesi ceramah diteruskan dengan taklimat Implikasi Perundangan Aspek Keselamatan oleh Mej Mohd Fadzli bin Rohami, Pegawai Undang-undang MK PLDTD. Sesi seminar turut dilengkapi dengan perkongsian oleh penceramah jemputan dari Sel Keselamatan, MK TD - G2 bagi memberi penerangan yang lebih meluas mengenai dasar dan perkembangan keselamatan semasa yang disampaikan oleh Kapt Saddam bin Ajan, PS 2 Keselamatan. Sesi taklimat terakhir telah disampaikan oleh Kapt Ahmad Ridzuan bin Razali TUDM, PS 3 Malware Threat Research, Direktorat Peperangan Informasi, Malaysian Defence Intelligence Organization (MDIO).

Terdahulu, seminar ini turut dirangkumkan dengan pengisian seminar perkara tadbir yang telah dikoordinasikan oleh Cwg Tadbir MK PLDTD. Sesi seminar turut dihadiri oleh Pengarah POP TD iaitu Kol Mohd Fua'at bin Mohd Yatim, Lt Kol Azrul bin Shamsuddin, Ketua Cwg Latihan Kemahiran selaku Pegawai Keselamatan MK PLDTD dan Lt Kol Farriz bin Ahmad Nawawi, PS 1 Tadbir MK PLDTD.

Majlis Penutupan Seminar telah disempurnakan oleh Kolonel Adam Buqhary bin Amzah, Ketua Staf MK PLDTD dan dalam ucapannya, beliau menekankan peri pentingnya pengurusan keselamatan dalam semua aspek dan tiada kompromi dalam mencegah ancaman keselamatan meliputi ancaman subversif, espionaj, sabotaj, siber, keganasan dan kelemahan manusia. Ketua Staf turut meletakkan harapan yang tinggi agar setiap warga PLDTD mempunyai pemikiran sentiasa berwaspada dan mampu menjangka setiap ancaman yang membawa risiko keselamatan terhadap keselamatan dokumen, anggota dan harta benda.



๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐๐”๐“๐”๐ ๐Š๐”๐‘๐’๐”๐’ ๐๐€๐‡๐€๐†๐ˆ๐€๐ ๐‹๐€๐“๐ˆ๐‡ ๐ˆ๐๐’๐“๐ˆ๐“๐”๐“ ๐Š๐Ž๐Œ๐”๐๐ˆ๐Š๐€๐’๐ˆ ๐ƒ๐€๐ ๐„๐‹๐„๐Š๐“๐‘๐Ž๐๐ˆ๐Š ๐“๐„๐๐“๐„๐‘๐€ ๐ƒ๐€๐‘๐€๐“๐’๐”๐๐†๐€๐ˆ ๐๐„๐’๐ˆ, ๐Ÿ๐Ÿ’ ๐’๐ž๐ฉ ๐Ÿ๐Ÿ”: Institut Ko...
25/09/2026

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐๐”๐“๐”๐ ๐Š๐”๐‘๐’๐”๐’ ๐๐€๐‡๐€๐†๐ˆ๐€๐ ๐‹๐€๐“๐ˆ๐‡ ๐ˆ๐๐’๐“๐ˆ๐“๐”๐“ ๐Š๐Ž๐Œ๐”๐๐ˆ๐Š๐€๐’๐ˆ ๐ƒ๐€๐ ๐„๐‹๐„๐Š๐“๐‘๐Ž๐๐ˆ๐Š ๐“๐„๐๐“๐„๐‘๐€ ๐ƒ๐€๐‘๐€๐“

๐’๐”๐๐†๐€๐ˆ ๐๐„๐’๐ˆ, ๐Ÿ๐Ÿ’ ๐’๐ž๐ฉ ๐Ÿ๐Ÿ”: Institut Komunikasi dan Elektronik Tentera Darat (IKED) telah melaksanakan Majlis Penutup Kursus Peningkatan Jurukomunikasi Kombat Semboyan Kelas 2 Siri JKKS K2/30/26 bertempat di Bilik Malaysia, IKED. Kursus yang berlangsung mulai 24 Mei 26 hingga 25 Sep 26 ini melibatkan seramai 26 penuntut.

Majlis telah disempurnakan oleh Ketua Jurulatih IKED, Lt Kol Ts. Fandi bin Hamid. Atur cara dimulakan dengan penyampaian sijil kepada para penuntut, diikuti penyampaian anugerah kepada penuntut yang menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang kursus.

Anugerah Akademik Terbaik telah disandang oleh 1212437 LKpl Mohamad Luqman Hakim dari 11 SSB, manakala Anugerah Penuntut Terbaik telah disandang oleh 1212425 LKpl Luqman Hafim bin Roslan dari 5 SSB.

Dalam ucapannya, Ketua Jurulatih merakamkan ucapan tahniah kepada semua penuntut atas kejayaan menamatkan kursus. Beliau berharap ilmu, kemahiran dan pengalaman yang diperoleh sepanjang kursus dapat dimanfaatkan sebaiknya apabila kembali ke pasukan. Para penuntut turut diseru agar terus meningkatkan kompetensi sebagai anggota semboyan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab seiring dengan perubahan serta perkembangan teknologi komunikasi semasa.

Turut hadir ialah Ketua-ketua Bahagian dan Cawangan, para pegawai serta barisan staf dan jurulatih IKED.



๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐๐”๐“๐”๐ ๐Š๐”๐‘๐’๐”๐’ ๐๐€๐‡๐€๐†๐ˆ๐€๐ ๐‹๐€๐“๐ˆ๐‡ ๐ˆ๐๐’๐“๐ˆ๐“๐”๐“ ๐Š๐Ž๐Œ๐”๐๐ˆ๐Š๐€๐’๐ˆ ๐ƒ๐€๐ ๐„๐‹๐„๐Š๐“๐‘๐Ž๐๐ˆ๐Š ๐“๐„๐๐“๐„๐‘๐€ ๐ƒ๐€๐‘๐€๐“๐’๐”๐๐†๐€๐ˆ ๐๐„๐’๐ˆ, ๐Ÿ๐Ÿ’ ๐’๐ž๐ฉ ๐Ÿ๐Ÿ”: Institut Ko...
25/09/2026

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐๐”๐“๐”๐ ๐Š๐”๐‘๐’๐”๐’ ๐๐€๐‡๐€๐†๐ˆ๐€๐ ๐‹๐€๐“๐ˆ๐‡ ๐ˆ๐๐’๐“๐ˆ๐“๐”๐“ ๐Š๐Ž๐Œ๐”๐๐ˆ๐Š๐€๐’๐ˆ ๐ƒ๐€๐ ๐„๐‹๐„๐Š๐“๐‘๐Ž๐๐ˆ๐Š ๐“๐„๐๐“๐„๐‘๐€ ๐ƒ๐€๐‘๐€๐“

๐’๐”๐๐†๐€๐ˆ ๐๐„๐’๐ˆ, ๐Ÿ๐Ÿ’ ๐’๐ž๐ฉ ๐Ÿ๐Ÿ”: Institut Komunikasi dan Elektronik Tentera Darat (IKED) telah melaksanakan Majlis Penutup Kursus Pengurusan Sistem Komunikasi dan Informasi Siri 18/26 bertempat di Bilik Malaysia, IKED. Majlis telah disempurnakan oleh Ketua Jurulatih IKED, Lt Kol Ts. Fandi bin Hamid.

Majlis dimulakan dengan penyampaian sijil kepada para penuntut yang telah berjaya menamatkan kursus. Anugerah Penuntut Keseluruhan Terbaik telah disandang oleh 1166290 SSjn (YOS) Khairul Hafis bin Zul Azmi dari IKED atas prestasi cemerlang sepanjang mengikuti kursus.

Dalam ucapannya, Ketua Jurulatih merakamkan ucapan tahniah kepada semua penuntut atas kejayaan menamatkan kursus. Beliau turut menekankan kepentingan meneruskan latihan dan meningkatkan kecekapan dalam pengurusan sistem komunikasi apabila kembali ke pasukan. Para penuntut juga diseru agar sentiasa memperbaiki diri, meningkatkan profesionalisme serta melaksanakan setiap amanah dan tanggungjawab dengan penuh komitmen.

Kursus ini merupakan sebahagian daripada usaha IKED dalam melahirkan warga yang berpengetahuan, berkemahiran dan kompeten dalam pengurusan sistem komunikasi dan informasi bagi menyokong keperluan operasi Tentera Darat.

Turut hadir ialah Ketua-ketua Bahagian dan Cawangan IKED serta barisan staf dan jurulatih.



Address

Kampong Si Rusa

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Mytradoc posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share