SgBuloh Baru

SgBuloh Baru

Share

BERTEKAD dan beriltizam untuk menawarkan kepimpinan baharu yang berwibawa, berintegriti dan adil untuk Parti Keadilan Rakyat Cabang Sg Buloh

14/03/2026

TERKINI!
Kuota telah penuh. Permohonan ditutup

**************************************

MENCARI PENGHANTAR MAKANAN e-HAILING DUN PAYA JARAS

Saya menjemput adik2/abang2 yang menjadi penghantar makanan (full time atau part time) untuk mengisi borang bagi menerima bantuan raya RM200, sumbangan dari YAB Dato MB Amirudin Shari, tertakluk kepada syarat berikut:-

1. Menetap dan beralamat kad pengenalan di dalam kawasan dun Paya Jaras (contoh : Matang Pagar, Kg Melayu Sg Buloh, Bukit Rahman Putra, Bandar Baru, Paya Jaras Hulu-Dalam-Tengah-Hilir, Kubu Gajah, Merbau Sempak, Sg Plong);
2. Hanya untuk Pengundi DUN Paya Jaras;
3. Berumur 18 ke ATAS;
4. Mempunyai Nombor ID Penghantar;
5. Ada motorsikal pembawa makanan;
6. Terbuka kepada semua syarikat pembawa makanan;
7. *Tertakluk kepada kuota, syarat dan terma;

Tarikh Tutup :
Selasa, 17 Mac 2026, jam 12.00 tengahari

Cadangan Program Penyerahan :
Rabu, 18 Mac 2026; (masa kita set nanti)

Kalau Ngam.. Sila isi kan Borang di link bawah atau scan sahaja QR code di poster, kalau ada yang ragu2 atau was2 ni scammer… maka tak usah la isi ya…

Dr Mohd Khairuddin Othman
Penyelaras Paya Jaras
14 Mac 2026

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfGs1lorr5SuRWjezv8Ql9gE7ZHbQIaGFLfmD0DDAi-gRCNJQ/viewform?usp=dialog

11/08/2023

Isu tapak Pasar Malam Paya Jaras

Berbuih dah Khairuddin sebut pasal Pasar Malam ni.

Isu pasar malam ni, asalnya yang dibangunkan sekali dengan tapak padang bola. Maknanya, dalam pelan reka bentuk awal, padang bola tu akan dibangunkan sekali dan hanya ada tapak futsal atas roof top kompleks bertingkat itu nanti.

YB tak bersetuju. Jadi pihak MBSA kena datang semula dengan pelan rekabentuk yang baru tanpa menyentuh seincipun padang bola sepak di sebelah tapak pasar malam.

Untuk semua proses ni, memang makan masa yang agak lama. Dari proses reka bentuk sampailah kepada perancangan pembangunan, banyak jabatan yang terlibat. Antaranya, Jabatan Bangunan, Jabatan Perancangan, Jabatan Pelesenan, Jabatan Kewangan, Jabatan Penilaian dan Urus Harta.

Satu lagi, existing peniaga di kedai majlis sekitar tapak pasar p**a kena dipindahkan. Jadi nak cari lokasi satu hal.

Kemudian, MBSA juga kena sediakan satu tapak untuk peniaga pasar malam. Tak boleh main tutup lepastu peniaga putus sumber pendapatan. Kan dah jadi menganiaya peniaga jika tak disediakan tempat baru

Dan sekarang ni, katanya dah diperingkat akhir. Peniaga akan dipindahkan terlebih dahulu dan proses robohkan struktur dilakukan.

Kemudian pasang hording lepastu Insya Allah kerja kerja asas binaan bangunan kompleks pasar akan dilakukan.

*Pendek kata, ini sebahagian proses yang melambatkan. Bukan sengaja lambat atau diabaikan.

Satu lagi, faktor PKP yang lama oleh Abah Sacow jadi penyebab utama projek ini lambat dan bukanmacam telahan manusia manusia yang sengaja buat buat bodoh.

**CnP

11/08/2023

Ya Allah.. Semoga Paya Jaras dilindungi dari kump**an Takfiri, dan Pelampau Agama Pas yang sering menghakimi orang lain tidak Islam selain mereka.

Ya Allah, engkau jauhilah anak-anak kami, generasi sesudah kami dari fahaman takfiri yang jelas telah menyesatkan kerana tidak mengikuti kehendak dan perjuangan mereka

Ya Allah, Semoga Engkau mengurniakan kecerdasan kepada anak-anak muda dan generasi mendatang dengan ilmu yang bermanfaat, serta mampu memahami Islam yang sebenar selain dari kump**an-kump**an itu.

Ameen Ya Rabb


TikTok · Mohd Khairuddin Othman 06/08/2023

TikTok · Mohd Khairuddin Othman 1943 likes, 162 comments. “Kita beri bantuan pada orang, anak anak mereka pasti rasa malu, sebab itu lah jika dilihat dalam f.b saya seperti tidak ada gambar bantuan sedang kan saya sering memberi bantuan.”

Photos from SgBuloh Baru's post 18/05/2022

BINA SEMULA KEADILAN SUNGAI BULOH DAN LAKUKAN PERUBAHAN!

Selamat Pagi dan Salam Reformasi

AWAL pagi tadi, 12.01 pagi telah mula sesi pengundian secara on-line.

Apa yang utama, mengajak kepada semua anggota PKR Sungai Buloh untuk bersama-sama nengundi pasukan untuk dalam kepimpinan cabang.

Kami berikan panduan kepada anda untuk melakukan pengundian supaya kita dapat menikmati kepimpinan baharu yang akan menjaga kebajikan setiap anggota PKR Cabang Sg Buloh.


02/05/2022

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Dengan ingatan tulus ikhlas, Calon Ketua Cabang PKR Sg Buloh, YB Mohd Khairuddin Othman dan angkatan calon Ahli Jawatankuasa (AJK) mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri.

Jadikanlah sambutan hari raya ini untuk meningkatkan persaudaraan dan memacu dalam diri, keluarga dan masyarakat agar kita bersama-sama menikmati kehidupan yang lebih bahagia dan gembira.



Photos from SgBuloh Baru's post 21/04/2022

PAYA JARAS HULU SOKONG !

"SEBAGAI parti yang menjadi tulang belakang pemerintahan kerajaan negeri Selangor sejak tahun 2008, apakah manfaat yang diterima ahli sepanjang tempoh tersebut?"- YB Mohd Khairuddin Othman.

Inilah sebahagian ingatan yang diluahkan oleh Calon Ketua Cabang PKR Sg Buloh, YB Mohd Khairuddin Othman dalam pertemuan bersama-sama lebih 30 anggota PKR di Paya Jaras Hulu.

Tidak mahu menyalahkan sesiapa, Mohd Khairuddin dan pasukan bersemangat untuk demi kesinambungan Reformasi di dalam PKR Cabang Sg. Buloh.

Dalam majlis tersebut, sebahagian besar anggota PKR Paya Jaras Hulu dalam sesi pertemuan dan dialog itu menyatakan sokongan dan mendukung penuh agenda perubahan yang menjadi tonggak pasukan dalam pemilihan Mei ini malah berjanji untuk mendapatkan seramai mungkin anggota untuk pengundian Mei depan.


Photos from SgBuloh Baru's post 18/04/2022

LAUNGAN HIDUP MK AKHIRI PROGRAM SANTUNI ANGGOTA PKR SAUJANA UTAMA

HIDUP MK! (Mohd Khairuddin)..

Laungan yang disambut hampir 60 anggota PKR Saujana Utama membuktikan bahawa mereka menaruh harapan yang amat tinggi untuk melihat perubahan berlaku dalam kepimpinan Cabang Sg. Buloh.

Ini juga menandakan perubahan sememangnya amat di tagih menjelang pemilihan parti yang dijadual pada Mei depan sekali gus memperlihatkan anggota PKR Saujana Utama bersedia mengikuti arus dalam .

Dalam pertemuan itu, calon Ketua Cabang, YB Mohd Khairuddin menyatakan kesanggupan untuk bertanding bagi memastikan setiap peringkat parti dapat diperkukuhkan serta berikrar untuk menjaga kebajikan setiap anggota parti.

Beliau turut mengambil peluang memperkenalkan capon kepimpinan cabang yang terdiri dari pelbagai latar belakang serta kaum yang membentuk pasukan demi memastikan parti kembali ke dalam landasan menjelang Pilihanraya Umum (PRU) ke-15 yang akan datang.



Photos from SgBuloh Baru's post 18/04/2022

GILIRAN ANGGOTA PKR KUBU GAJAH ZAHIR DOKONGAN PENUH PASUKAN

UBAH!

inilah mesej jelas anggota PKR yang berada di Kg Kubu Gajah ketika pertemuan Calon Ketua Cabang Sg Buloh, YB Mohd Khairuddin Othman dalam majlis ramah mesra dan berbuka puasa bersama anggota perang tadi.

Mesej ringkas tersebut memperlihatkan keazaman anggota PKR Kubu Gajah yang jelas mahukan perubahan pada tampuk kepimpinan parti di peringkat cabang seterusnya dalam Cabang Sg Buloh

Pasukan akan memastikan suara akar umbi PKR dalam cabang ini di dengari sekali gus memenuhi hasrat anggota yang mahu melihat perubahan dan nafas baharu dalam kepimpinan Cabang Sg Buloh.


Want your business to be the top-listed Government Service in Kampong Sungai Buloh?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Website

Address


Kampong Sungai Buloh
47000