Pejuanita Sungai Buloh

Pejuanita Sungai Buloh

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pejuanita Sungai Buloh, Political organisation, Kampong Sungai Buloh.

PEJUANG TANAHAIR - Kekal Berprinsip - Parti Pejuang Tanahair adalah satu-satunya parti Melayu yang konsisten menolak kerjasama dengan pengamal rasuah dan salah guna kuasa dan beriltizam untuk membina negara yang lebih baik demi masa depan anak bangsa.

26/07/2022

Aktiviti-aktiviti dan program Pejuanita Parlimen Sg Buloh dan DUN Kota Damansara
Jun 2022 - Julai 2022




Pejuang Sg Buloh

Photos from Pejuanita Sungai Buloh's post 30/06/2022

Syukur Alhamdulillah..

Konvensyen Pejuangnita Negeri Selangor 2022 berjalan dengan jayanya.

💙Terbaik....

Tahniah diucapkan kepada Puan Hafiza Jusoh selaku penganjur dan pengarah Program Konvensyen Pejuangnita Negeri Selangor 2022 atas kejayaan beliau dan tekad usaha bagi menjayakan Konvensyen Pejuangnita yang julung kali diadakan di Selangor pada 25.6.2022 bertempat di Yayasan Kepimpinan Perdana...

💙Tahniah.....

Photos from Pejuanita Sungai Buloh's post 31/05/2022

MAJLIS RUMAH TERBUKA AIDILTRI – PEJUANG SG BULOH

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1443H. Pada 29hb Mei 2022, Pejuang Sg Buloh telah mengadakan Rumah Terbuka Aidilfitri bertempat di kediaman Penyelaras Parlimen Sg Buloh, Tuan Saharum Ahmad.

Majlis berlangsung dari jam 5 petang sehingga 9 malam. Majlis meriah dengan acara cabutan bertuah untuk tetamu yang hadir. Menu-menu jamuan p**a telah disediakan sendiri oleh Chef Kak Midah (Pejuanita Sg Buloh) dan tim beliau.

Jutaan terima kasih kepada Ahli MEP, Pemimpin Utama Pejuang Selangor, temasuk Pimpinan Utama Sayap Pejuang Negeri Selangor serta sahabat- sahabat Pejuang yang telah hadir memeriahkan majlis kami.

Sekalung penghargaan kepada semua tim Pejuang Sg Buloh yang terlibat bagi menjayakan majlis ini. Tahniah buat semua! Semoga majlis ini menjadi asbab kekuatan ukhwah sesama kita.

Photos from Pejuanita Sungai Buloh's post 31/05/2022

MAJLIS RUMAH TERBUKA AIDILTRI – DUN BATANG KALI

Majlis berlangsung di Pejabat DUN Batang Kali, Bukit Beruntung pada 28hb Mei 2022. Majlis tersebut sangat meriah dihadiri bersama penduduk setempat serta sahabat Pejuang.

Dengan majlis sebegini, ianya dapat mengenali satu sama lain dan juga mengukuhkan silaturahim antara semua.

Terima kasih Y.B kerana menjemput Pejuanita Sg Buloh.

Pejuang Sg Buloh

Photos from Pejuanita Sungai Buloh's post 31/05/2022

JAMUAN RAYA – KEDIAMAN Y.B. TUAN HARUMAINI BIN HAJI OMAR DAN KEDIAMAN SDR. RAHMAT HAMDAN

Raya kan sebulan! - Pada 15 Mei 2022 yang lalu, Pejuanita Sungai Buloh menerima jemputan ke jamuan Rumah Terbuka Aidilfitri di kediaman Y.B. Tuan Harumaini serta kediaman Sdr. Rahmat Hamdan (Ketua Pejuang Muda Selangor)

Alhamdullilah. Terima kasih atas jemputan.

Pejuang Sg Buloh

Photos from Pejuanita Sungai Buloh's post 31/05/2022

BENGKEL PENGUCAPAN AWAM (PUBLIC SPEAKING)

Bertempat di Bilik Latihan Pejabat Pejuang Tanahair Conexion Putrajaya, Pada 14hb Mei 2022, Program tersebut dikendalikan oleh Ketua Penerangan Pejuang Malaysia, Tuan Ulya serta tim beliau. Semua peserta berpeluang menimba ilmu dan menambah keyakinan diri sebagai persiapan untuk PRU 15 yang akan datang.

Terima kasih atas jemputan dan tahniah kepada Pejuang Selangor dan Penerangan Pejuang Malaysia dalam kolaborasi menjayakan program tersebut.

Pejuang Sg Buloh

Photos from Pejuanita Sungai Buloh's post 31/05/2022

KUNJUGAN HORMAT EXCO PEJUANITA DAN PENYELARAS PEJUANITA PARLIMEN SELANGOR BERSAMA YBHG TUN DR MAHATHIR MOHAMAD

Pada 10 Mei 2022 bertempat di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya. Exco Pejuanita Selangor dan Penyelaras Pejuanita Selangor berpeluang bertemu YBhg Pengerusi Pejuang Tanahair Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dalam perjumpaan itu, Tun M sedikit sebanyak telah memberikan nasihat serta amanat yang dapat dikongsikan bersama. Pejuanita Selangor juga merupakan pimpinan sayap yang pertama yang telah mengambil ujian psikometrik, selepas ujian yang sama diduduki oleh MEP dan calon PRN, Johor.

Pejuang Sg Buloh

01/05/2022

SALAM AIDILFITRI 1443H/2022M

Indahnya Langit Kerana Awan,
Indahnya Laut Kerana Kebiruan,
Indahnya Ramadhan kerana Keinsafan,
Indahnya Syawal kerana Kemaafan.

PEJUANITA SG BULOH mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir dan Batin. Semoga Syawal ini menjadikan kita hamba Allah yang lebih bertakwa dan lebih kuat melaksanakan tanggungjawab agama.

Pejuang Sg Buloh

Photos from Pejuanita Sungai Buloh's post 30/04/2022

INFAQ AL QURAN

Di akhir Ramadhan tahun ini, Pejuanita Sg Buloh mengambil kesempatan untuk menginfaq sebanyak 65 naskah Al Quran. Penerima terdiri daripada wakil Sekolah Tahfiz, Muaalaf, Masjid, Surau serta individu yang layak. Majlis berlangsung di kawasan kariah Subang Perdana pada 30hb April 2022. Terima Kasih Ayahanda Hj. Shukri, Ayahanda Sabri dan SUP Pejuang Sg Buloh, Tuan Syam yang turut serta bersama menjayakan program.

Photos from Pejuanita Sungai Buloh's post 30/04/2022

BAKUL MAKANAN AIDILFITRI

Alhamdullilah, dapat menyantuni dan menziarahi 4 keluarga pada 30hb April 2022 dikawasan sekitar Paya Jaras - sumbangan dari Pejuanita Sg Buloh. Terima kasih kepada PDM Paya Jaras yang sudi membantu mengaturkan program ini dan SUP Pejuang Sg Buloh, Tuan Syam yang turut serta.

Semoga dengan sumbangan ini dapat membantu semua hendakNya dan dilimpahkan kebahagiaan dan keberkatan pada Aidilftri yang akan datang.

Want your business to be the top-listed Government Service in Kampong Sungai Buloh?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Website

Address


Kampong Sungai Buloh
47000