09/10/2023
Siapa yang sudi bantu kami?
Anak-anak tahfiz Maahad Tahfiz At-Taqwa, yang terletak di Sg. Buloh, telah mengalami masalah ini sejak 2015.
Setiap kali hujan lebat air akan mula melimpah masuk ke dalam bangunan.
Hal ini terjadi sejak pembangunan pesat yang berlaku di sekitar kawasan Maahad.
Maahad Tahfiz At-Taqwa adalah maahad yang dibangunkan atas rasa tanggungjawab.
Tiada bantuan kerajaan atau mana-mana pihak.
Ia dibangunkan oleh insan-insan yang sanggup menginfakkan sebahagian harta mereka untuk jalan Allah.
Maahad tidak mempunyai kewangan yang banyak untuk memperbaiki kerosakan tersebut.
Masalah ini bukan sahaja menjejaskan aktiviti pembelajaran tapi juga menyebabkan kemusnahan perabot dalam bangunan.
Bayangkan sewaktu sibuk belajar, pelajar terpaksa berhenti kerana bergotong-royong menyelamatkan perabot dan sebagainya.
Oleh sebab itu mereka melancarkan Tabung Projek Pembinaan Maahad Tahfiz At-Taqwa.
Kutipan diadakan untuk membina bangunan yang lebih sempurna bagi mengelakkan kejadian sama berulang.
Pihak maahad bercadang ingin membina sebuah bangunan 3 tingkat yang mampu mengekang air banjir masuk ke dalam bangunan.
Bangunan ini akan menempatkan surau, kelas pengajian, asrama pelajar dan kantin.
Jumlah yang diperlukan RM995,000.
Anda boleh menyumbang seikhlas hati.
Mudah-mudahan sumbangan anda semua akan menjadi pahala jariah yang berterusan sampai jadi bekalan akhirat nanti.
Sumbangan boleh disalurkan melalui:
MAYBANK ISLAMIC
Maahad Tahfiz Al-Quran At-Taqwa
562740162970
Atau . .
Infaq secara online melalui link FPX berikut:
https://app.herepay.org/aqwa/infaq-bina-bangunan-sekolah
Bantu kami untuk membina masa depan yang lebih cerah dan menjamin kesejahteraan anak-anak tahfiz kita.
Sumbanglah dengan sepenuh hati, kerana setiap sen yang anda berikan pasti memberi kebaikan pada kita semua, amal jariah berpanjangan, anak-anak tahfiz terjaga.
Jazakallah Khairan Kathira.
Anda Sumbang, Kita Bina, Anak-Anak Tahfiz Terjaga !
InsyaAllah.
Kutipan Dana Infaq Pembinaan Bangunan Maahad Tahfiz Al-Quran At-Taqwa - Maahad Tahfiz At-Taqwa - HerePay Kutipan Dana Infaq Pembinaan Bangunan Maahad Tahfiz Al-Quran At-Taqwa Please fill in all required details Payment Details RM500 Price : Quantity : Please Input any amount here. Max : 99 Subtotal : RM100 Price : Quantity : Please Input any amount here. Max : 99 Subtotal : RM50 Price : Quantity : Plea...

24/09/2023
05/09/2023