Klinik Kesihatan Paya Jaras,Sg Buloh

Klinik Kesihatan Paya Jaras,Sg Buloh

Share

Kami memberi perkhidmatan pemeriksaan kesihatan untuk ibu hamil,ibu postnatal,bayi baru lahir sehingga berusia 6 tahun,bayi jaundis dan Pesakit luar.

23/12/2025
23/12/2025

Asalamualaikum Dan Selamat Sejahtera Ibu Bapa/penjaga semua, unit Terapi Carakerja Klinik Kesihatan Paya jaras akan mengadakan perkongsian ilmu secara google meet tarikh berikut :

🗓️ Hari : Jumaat
Tarikh : 26 December 2025
🕘 Masa : 9.00 Pagi - 11.00 Pagi
Platform : Google meet

Kami menjemput semua ibu bapa/penjaga untuk menyertai sesi Google meet pada tarikh tersebut, diharapkan semua boleh memberikan kerjasama Dan masa untuk sama-sama berkongsi ilmu☺️.Jangan segan untuk mengajukan apa apa soalan yang berkaitan,

*Dibawah merupakan link group untuk google meet, Sila klik untuk sertai group*👇

https://chat.whatsapp.com/BvnVs5gyAZG15FE7Ip4SId

*Di bawah merupakan link kehadiran*👇

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSe0ptiyI-hb-k1aI7iTTRhzTCDVLxnFxL-zTUKsuN2lXeZvlg/viewform?usp=publish-editor

*Di bawah merupakan link Google meet, link akan dibuka 15 minit Sebelum bermula*👇

https://meet.google.com/exc-xhsa-sea

Sekian, Terima Kasih semua🌟

14/09/2025

Umur baru 3 tahun. Seorang kanak-kanak dibawa ke klinik dengan gigi yang reput, hitam, dan gusinya bernanah. Bau busuk keluar setiap kali dia buka mulut.

Doktor periksa satu persatu tiada gigi yang boleh diselamatkan. Akhirnya, hampir semua gigi susu terpaksa dicabut serentak. Anak perlu dibiuskan sebab tak mungkin boleh cabut semua gigi hidup hidup.


Tetapi derita tak habis di situ. Jangkitan dari gusi merebak ke rahang, menyebabkan bengkak muka. Komplikasi serius lain yang boleh berlaku bila jangkitan boleh merebak ke saluran darah → risiko sepsis (jangkitan dalam darah yang mengancam nyawa).

Selain itu ada juga risiko…

• Gigi kekal tumbuh senget kerana ruang hilang terlalu awal. Gigi kekal tumbuh bersepah bagai bergusti antara satu sama lain.

• Susah makan, hanya mampu kunyah lembut.

• Pertuturan terganggu kerana gigi hadapan tiada.

• Keyakinan diri hilang sejak kecil.

Semua ini bermula dengan satu tabiat kecil yang konon nampak comel, tidur sambil hisap botol susu.

❤️ Kalau kita benar-benar sayangkan senyuman anak, hentikan sebelum terlambat. Biar dia menangis sekarang dari menangis kemudian hari.

14/09/2025

Alhamdulillah. Selesai mobile clinic pertama yang kami jalankan di kg paya jaras hulu dan paya jaras dalam.

Terima kasih kepada semua parent yang memberi kerjasama amat baik.

Next kemana p**a kita ??



Photos from Klinik Kesihatan Paya Jaras,Sg Buloh's post 12/09/2025

Lepak together selepas selesai program semalam.

Kami tak ramai tapi kami ada

Sayanggg semua.


12/09/2025

Program penyusuan susu ibu yang berlangsung pada 11 sept 2025 telah melabuhkan tirainya dengan jaya.

Terima kasih untuk semua yang terlibat secara langsung atau tidak.

12/09/2025

🌸🤱 Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu 2025 🤱🌸
📅 11 September 2025
📍 Klinik Kesihatan Paya Jaras

Wow! Meriah sangat sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu kali ini 😍 Dengan tema “Prioritise Breastfeeding, Create Sustainable Support System”, program penuh dengan aktiviti menarik – dari ceramah santai, senaman relaksasi untuk ibu menyusu,perkongsian pengalaman ibu menyusu,demo masakan & cabutan bertuah 💬✨

Ramai ibu, bapa & keluarga hadir beri sokongan 💙 Terima kasih kerana bersama-sama jadikan acara ini sangat berjaya!

Jom kita terus kuatkan sokongan untuk penyusuan susu ibu demi kesihatan & masa depan si manja 💕




10/09/2025

Khas buat Ibubapa/penjaga yg mempunyai anakx kecil yg berumur dari 6 bulan hingga ke 5 Tahun.
Pgrme:Vaksin Tambahan untuk cegah wabak Campak/Rubella.
(Vaksin Percuma).

Tarikh...14/09/2025
Ahad.
Tempt....Sek.Kafa Ikhwan BBSB .
Masa....08.30 pgi -2.00 ptng.
Keperluan...Sila bawa Buku kesihatan Anak/Surat Beranak.

10/09/2025

🚨 “Barcode Injury” Luka Halus, Kisah Berat

Dalam prosiding inkues kes Zara Qairina semalam, saksi perubatan ditanya:

“Doktor, adakah anda menemukan sebarang kecederaan berbentuk kod bar pada tubuhnya?”

Jawapan doktor jelas: TIADA.

Pemeriksaan hanya mendapati kelainan pada tangan kiri yang patah, tetapi tiada tanda luka berbentuk jalur selari seperti kod bar direkodkan.



Apa sebenarnya maksud “barcode injury”?

Ia merujuk kepada kecederaan jalur selari di kulit, menyerupai corak kod bar.

Ia boleh merujuk kepada Self-harm (kecederaan sendiri) potongan halus berulang, selalunya di lengan atau paha. Ia tanda tekanan emosi yang cuba dilepaskan melalui kesakitan fizikal.


Kenapa individu melakukan self-harm dalam bentuk “barcode” (garisan selari)?

Ia biasanya tanda jiwa yang sedang rapuh. Sesetengah remaja memilih garisan selari kerana ia kelihatan konsisten, dan mereka fikir ia cara untuk melepaskan tekanan.

Namun hakikatnya, self-harm tidak menyelesaikan kesakitan emosi ia hanya meninggalkan luka di tubuh, sedangkan luka di hati masih belum terubat.


Adakah ini trend ikut ikutan remaja?

Dalam kes self-harm berbentuk “barcode”, memang wujud unsur ikut-ikutan (copycat / contagion effect) terutama di kalangan remaja.

Ada remaja yang berkongsi gambar luka mereka di platform tertentu. Bila rakan sebaya nampak, ada yang terikut untuk cuba “meluahkan” rasa sakit dengan cara sama.

Sebahagian buat kerana rasa ingin tahu atau ingin mencuba selepas melihat kawan melakukannya.


Apa yang ibu bapa & guru perlu buat jika ternampak luka begini?

1. Jangan marah atau menghukum ,itu hanya buat mereka lebih menyorok.

2. Tanya dengan lembut , tunjukkan anda peduli, bukan menghakimi.

3. Dengar tanpa cepat memberi ceramah, kadang-kadang mereka hanya mahu didengari.

4. Dapatkan bantuan profesional , bawa jumpa doktor, kaunselor atau psikologis.


👉 Luka berbentuk “barcode” bukan sekadar garisan di kulit. Ia adalah jeritan senyap daripada jiwa yang sedang menderita..

💔 Kanak-kanak dan remaja tidak sepatutnya menanggung derita seorang diri. Kitalah mata, telinga, dan suara mereka.

📞 Jika anda atau orang terdekat sedang berdepan tekanan emosi, hubungi Talian HEAL 15555 untuk bantuan dan sokongan


10/09/2025

Hi semua.

Kami akan buat outreach MEASLES di sekolah kafa Al-ikhwan bandar baru sg buloh pada tarikh yg tertera.

Semua anak yang layak dijemput hadir.

Jumpa anda disana ye.

10/09/2025

Hai ibu semua.☺️

Klinik Kesihatan Paya Jaras. Sg. Buluh akan mengadakan HARI SAMBUTAN PENYUSUAN SUSU IBU PADA 11 SEPT 2025.

Semua pelanggan Klinik Kesihatan Paya Jaras,Sg Buloh dijemput hadir bagi memeriahkan majlis ini. Kehadiran anda semua sangat kami hargai.

Jumpa anda disana ye. ❤️

Want your business to be the top-listed Government Service in Kampong Sungai Buloh?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Website

Address


Kg Paya Jaras Tengah
Kampong Sungai Buloh
47000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00