SWCorp Cawangan Bera

Call Directions Website Contact the organization

SWCorp Cawangan Bera Laman Interaktif Media Sosial SWCorp Cawangan Bera

SETINGGI-TINGGI TAHNIAH ATAS PELANTIKAN SEBAGAI KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF SWCorpSeluruh warga Perbadanan Pengurusan Sisa P...
16/10/2026

SETINGGI-TINGGI TAHNIAH ATAS PELANTIKAN SEBAGAI KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF SWCorp

Seluruh warga Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan mengalu-alukan pelantikan YBhg. Dato’ Ir. Ts. Gs. Dr. Mohd Azhar bin Abd Hamid sebagai Ketua Pegawai Eksekutif SWCorp berkuat kuasa pada 16 Oktober 2026.

Dengan pengalaman dan kepakaran luas dalam bidang pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam, semoga kepimpinan YBhg. Dato’ menjadi pemangkin kepada transformasi organisasi, memperkukuh kecemerlangan penyampaian perkhidmatan serta memacu SWCorp ke arah pencapaian yang lebih gemilang.

Bersih persekitaran indah suasana,
Sisa diurus penuh berhemah;
Kepimpinan berwibawa mencetus inspirasi bersama,
SWCorp terus maju menggalas amanah.

Selamat menerajui SWCorp ke arah kecemerlangan yang berterusan!

SALAM TAKZIAHWarga SWCorp merakamkan ucapan takziah kepada YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad serta seluruh ahli keluarga a...
28/09/2026

SALAM TAKZIAH

Warga SWCorp merakamkan ucapan takziah kepada YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad serta seluruh ahli keluarga atas pemergian Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali yang telah kembali ke rahmatullah pada 28 September 2026.

Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat Allah SWT, diampunkan segala dosa dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Semoga seluruh ahli keluarga diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi kehilangan insan tersayang.

Al-Fatihah. 🤲🏻

PROGRAM PENGUMPULAN BARANG KITAR SEMULA SEMPENA HARI CUCI MALAYSIA 202626 September 2026 – Program Pengumpulan Barangan ...
28/09/2026

PROGRAM PENGUMPULAN BARANG KITAR SEMULA SEMPENA HARI CUCI MALAYSIA 2026

26 September 2026 – Program Pengumpulan Barangan Kitar Semula sempena Hari Cuci Malaysia 2026 telah berlangsung dengan jayanya pada 26 September 2026, bermula jam 7.00 pagi hingga 2.00 petang bertempat di Taman Kerayong Indah Bera.

Program ini merupakan antara inisiatif dalam menyemarakkan budaya kitar semula serta meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan pengurusan sisa pepejal yang lebih lestari.
Dengan sasaran pengumpulan sebanyak 28,000 kilogram, program ini mencatatkan pencapaian membanggakan apabila sebanyak 89,221.22 kilogram barangan kitar semula berjaya dikumpulkan di seluruh Malaysia.

Pencapaian tersebut sekali gus berjaya mencipta rekod Malaysia Book of Records (MBOR), mencerminkan komitmen dan sokongan padu masyarakat Malaysia dalam menjayakan usaha kelestarian alam sekitar.

Antara barangan kitar semula yang diterima sepanjang program adalah plastik, kertas, kotak, besi, aluminium dan minyak masak terpakai.

Kejayaan ini membuktikan bahawa penglibatan masyarakat secara bersama mampu memberikan impak besar terhadap usaha mengurangkan sisa pepejal dan memupuk amalan 3R (Reduce, Reuse, Recycle) dalam kehidupan seharian.

Tahniah dan syabas kepada semua pihak serta masyarakat yang telah bersama-sama menjayakan Hari Cuci Malaysia 2026.



Program Trash To Cash di Sekolah Kebangsaan Kuala Triang♻♻♻♻♻♻♻♻♻♻♻♻♻♻♻♻📆 Tarikh : 23 September 2026 (Rabu)🕘 Masa : 09.3...
23/09/2026

Program Trash To Cash di Sekolah Kebangsaan Kuala Triang
♻♻♻♻♻♻♻♻♻♻♻♻♻♻♻♻

📆 Tarikh : 23 September 2026 (Rabu)
🕘 Masa : 09.30 pagi

Program ini bertujuan untuk mendedahkan kepada pelajar mengenai dunia pengurusan sisa pepejal, daripada barang kitar semula dapat menjana wang.

Tahniah & ribuan terima kasih kami ucapkan diatas kerjasama pihak sekolah dan para pelajar yang sentiasa menyokong usaha dalam menggiatkan aktiviti kitar semula demi melestarikan alam sekitar.

Semoga segala usaha pihak sekolah dalam mendidik anak bangsa dipermudahkan.









22/09/2026
22/09/2026
22/09/2026
22/09/2026

Address

No 5, Jalan Dagangan 1, Pusat Dagangan Triang
Kampong Triang
28200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6092553097

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SWCorp Cawangan Bera posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to SWCorp Cawangan Bera:

Shortcuts

Share