APM Meradong

Directions

APM Meradong Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from APM Meradong, Government Organization, Kampung Bintangor.

πŸ‡²πŸ‡Ύ PERHIMPUNAN BULANANANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA DAERAH SARIKEISEPTEMBER 2026β€œSedia Berkhidmat, Pantas Bertindak,...
15/09/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ PERHIMPUNAN BULANAN

ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA DAERAH SARIKEI

SEPTEMBER 2026

β€œSedia Berkhidmat, Pantas Bertindak, Teguh Berintegriti”

Perhimpunan Bulanan APM Daerah Sarikei bagi bulan September 2026 menjadi wadah untuk memperkukuh semangat kebersamaan, meningkatkan disiplin serta memantapkan kesiapsiagaan setiap warga APM dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang diberikan.

Sebagai sebuah agensi yang sentiasa berada di barisan hadapan dalam menghadapi pelbagai situasi kecemasan dan bencana, setiap anggota perlu terus mengekalkan tahap kesiapsiagaan yang tinggi, meningkatkan kecekapan dalam melaksanakan tugasan serta mengutamakan kerjasama berpasukan dalam setiap operasi dan aktiviti yang dijalankan.

Dengan semangat β€œSedia Pantas Berintegriti”, marilah kita bersama-sama memperkukuh komitmen, meningkatkan profesionalisme dan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat. Setiap khidmat yang diberikan, walaupun kecil, membawa makna yang besar kepada keselamatan, kesejahteraan dan ketenteraman komuniti.

Teruskan berbakti dengan penuh dedikasi, bertindak dengan pantas dan cekap, serta laksanakan setiap tanggungjawab dengan penuh integriti demi masyarakat, negeri dan negara.

APM DAERAH SARIKEI β€” SENTIASA BERSAMA MASYARAKAT. πŸš¨πŸ‡²πŸ‡Ύ

πŸ‡²πŸ‡Ύ MESYUARAT BERKALA APM SARIKΠ•I – SEPTEMBER 2026 πŸ‡²πŸ‡Ύ7 September 2026 | Bilik Mesyuarat Gunasama, APM Daerah SarikeiAngka...
07/09/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ MESYUARAT BERKALA APM SARIKΠ•I – SEPTEMBER 2026 πŸ‡²πŸ‡Ύ

7 September 2026 | Bilik Mesyuarat Gunasama, APM Daerah Sarikei

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Sarikei telah mengadakan Mesyuarat Berkala APM Sarikei bagi bulan September 2026 yang melibatkan PPAD APM SARIKEI, LT(PA) SHAHROL AZIZI BIN ZAIDI BERSAMA pegawai- pegawai Operasi APM Sarikei dan Meradong kakitangan tetap serta ketua-ketua unit.

Mesyuarat ini diadakan sebagai platform untuk menyelaras, menilai serta memperkukuhkan pelaksanaan tugas dan tanggungjawab APM di peringkat daerah.

Antara perkara yang dibincangkan adalah meliputi:

πŸ”Ή Pembentangan laporan Ketua-Ketua Unit
πŸ”Ή Perkembangan keanggotaan dan pendaftaran anggota baharu
πŸ”Ή Pelaksanaan serta pencapaian latihan
πŸ”Ή Laporan aktiviti dan operasi bencana
πŸ”Ή Pengurusan operasi serta kebajikan anggota
πŸ”Ή Pengurusan sekretariat bencana
πŸ”Ή Laporan dan perancangan media sosial/PRO
πŸ”Ή Cadangan penambahbaikan serta perkara-perkara lain berkaitan pengurusan APM Daerah Sarikei.

Mesyuarat ini turut menjadi ruang bagi memperkukuhkan kerjasama, komunikasi dan koordinasi antara setiap unit, di samping memastikan segala perancangan dan tugasan dapat dilaksanakan dengan lebih teratur, cekap dan berkesan.

Semoga hasil perbincangan dan keputusan yang dicapai dapat terus mempertingkatkan tahap kesiapsiagaan serta keupayaan APM Daerah Sarikei dalam memberikan perkhidmatan kepada masyarakat, khususnya dalam menghadapi situasi kecemasan dan bencana.

β€œMALAYSIA MADANI”
β€œBERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
β€œSedia Pantas Berintegriti”







MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN BENCANA DAERAH MERADONG BIL. 2/2026πŸ“… 26 Ogos 2026πŸ•˜ 0900 pagiπŸ“ Bilik Mesyuarat Pejabat ...
26/08/2026

MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN BENCANA DAERAH MERADONG BIL. 2/2026

πŸ“… 26 Ogos 2026
πŸ•˜ 0900 pagi
πŸ“ Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Meradong

Mesyuarat dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Meradong, DO Wee Teck Min bersama wakil agensi kerajaan dan pasukan keselamatan.

Antara perkara yang dibincangkan ialah pemantauan risiko banjir dan tanah runtuh, keadaan cuaca dan jerebu, kesiapsiagaan anggota serta peralatan operasi, kes kebakaran terbuka dan aspek kesihatan awam.

Semua agensi turut diingatkan agar sentiasa berkoordinasi dan berkongsi maklumat bencana bagi memastikan kesiapsiagaan serta keselamatan masyarakat sentiasa terpelihara.

🀝 Kerjasama dan penyelarasan antara agensi amat penting dalam menghadapi sebarang kemungkinan bencana.

SENTIASA BERSAMA PERTAHANAN AWAM
APM SELAMANYA

084-691 954
PKOD APM MERADONGAPM Sarawak
Mohtar Samat

Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Pusat Pertahanan Awam Negeri Sarawak

FB APM MERADONG :
https://www.facebook.com/share/1GJXwdJdJe/

TikTok APM MERADONG:
https://www.tiktok.com/?_t=ZS-90ApUslqAUB&_r=1

Unit Perhubungan Awam Dan Dokumentasi APM MERADONG













Latihan Harian PKOD Meradong : Teknik Usungan Tingkat Kecekapan AnggotaπŸ“‘πŸ“Œ Latihan harian bertajuk Usungan telah dilaksan...
04/08/2026

Latihan Harian PKOD Meradong : Teknik Usungan Tingkat Kecekapan AnggotaπŸ“‘πŸ“Œ

Latihan harian bertajuk Usungan telah dilaksanakan bagi meningkatkan kemahiran anggota dalam mengangkat dan memindahkan mangsa dengan kaedah yang betul, selamat serta berkesan. Latihan ini turut memupuk kerjasama berpasukan dan meningkatkan tahap kesiapsiagaan anggota dalam menghadapi sebarang situasi kecemasan. Keseluruhan latihan telah berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan.

Malaysia MADANI
"Berkhidmat Untuk Negara"
"Sedia Pantas Berintegriti"
"SENTIASA BERSAMA PERTAHANAN AWAM"
"APM SELAMANYA"
☎️ PKOD APM MERADONG : 084-691954

πŸ”΅ FB APM MERADONG : https://www.facebook.com/share/1DtVUmstps/

⚫ TIKTOK APM MERADONG https://www.tiktok.com/?_r=1&_t=ZS-98B3mB3DTe9

APM Sarawak
Mohtar Samat
Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Pusat Pertahanan Awam Negeri Sarawak
Unit Perhubungan Awam dan Dokumentasi APM Meradong












π€ππ†πŠπ€π“π€π 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 π€π–π€πŒ 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 π’π€π‘πˆπŠπ„πˆπŸ“ SARIKEI | 03 OGOS 2026 | ISNINSKUAD CHARLIE MENAMATKAN SYIF, SKUAD DELTA MENERU...
03/08/2026

π€ππ†πŠπ€π“π€π 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 π€π–π€πŒ 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 π’π€π‘πˆπŠπ„πˆ

πŸ“ SARIKEI | 03 OGOS 2026 | ISNIN

SKUAD CHARLIE MENAMATKAN SYIF, SKUAD DELTA MENERUSKAN TUGAS

SHIFT PAGI ➑️ SHIFT PETANG

Pertukaran syif menandakan kesinambungan komitmen Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Meradong dalam memastikan kesiapsiagaan operasi sentiasa berada pada tahap terbaik. Terima kasih kepada Skuad Charlie atas khidmat bakti yang dicurahkan, dan selamat menjalankan amanah kepada Skuad Delta.

Terus berbakti, terus bersedia, demi keselamatan dan kesejahteraan masyarakat.

"SENTIASA BERSAMA PERTAHANAN AWAM"
"APM SELAMANYA"

Malaysia MADANI
"Berkhidmat Untuk Negara"
"Sedia Pantas Berintegriti"
"SENTIASA BERSAMA PERTAHANAN AWAM"
"APM SELAMANYA"
☎️ PKOD APM MERADONG : 084-691954

πŸ”΅ FB APM MERADONG : https://www.facebook.com/share/1DtVUmstps/

⚫ TIKTOK APM MERADONG https://www.tiktok.com/?_r=1&_t=ZS-98B3mB3DTe9

APM Sarawak
Mohtar Samat
Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Pusat Pertahanan Awam Negeri Sarawak
Unit Perhubungan Awam dan Dokumentasi APM Meradong












🏒 AKTIVITI PENGEMASAN DAN PEMBERSIHAN PKOD MERADONGSemangat kerjasama dan sikap bertanggungjawab terus diterapkan dalam ...
20/07/2026

🏒 AKTIVITI PENGEMASAN DAN PEMBERSIHAN PKOD MERADONG

Semangat kerjasama dan sikap bertanggungjawab terus diterapkan dalam kalangan warga Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) melalui aktiviti gotong-royong membersih dan mengemas kawasan PKOD Meradong.

Aktiviti ini bertujuan memastikan persekitaran pejabat sentiasa bersih, kemas, selesa serta berada dalam keadaan siap siaga bagi menyokong kelancaran urusan pentadbiran dan operasi. Semangat kebersamaan yang dipamerkan mencerminkan komitmen warga APM dalam memupuk budaya kerja yang cemerlang
"Persekitaran yang bersih melahirkan semangat kerja yang positif dan meningkatkan tahap kesiapsiagaan pasukan."



Malaysia MADANI
"Berkhidmat Untuk Negara"
"Sedia Pantas Berintegriti"
"SENTIASA BERSAMA PERTAHANAN AWAM"
"APM SELAMANYA"
☎️ PKOD APM MERADONG : 084-691954

πŸ”΅ FB APM MERADONG : https://www.facebook.com/share/1DtVUmstps/

⚫ TIKTOK APM MERADONG https://www.tiktok.com/?_r=1&_t=ZS-98B3mB3DTe9

APM Sarawak
Mohtar Samat
Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Pusat Pertahanan Awam Negeri Sarawak
Unit Perhubungan Awam dan Dokumentasi APM Meradong












Latihan Gabungan Zon Tengah 2026 APM SarawakAHAD, 5 JULAI 2026SARIKEI | Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah S...
06/07/2026

Latihan Gabungan Zon Tengah 2026 APM Sarawak

AHAD, 5 JULAI 2026

SARIKEI | Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Sarikei telah melaksanakan Latihan Gabungan Zon Tengah 2026 bersama APM Daerah Apm Kanowit ,APM Selangau APM Sibu ,APM Meradong Apm Julau dan Apm Pakan yang berlangsung di Kampung Menyelang, Bintangor, Sarawak pada 4 hingga 5 Julai 2026.

Latihan ini melibatkan penyertaan seramai 16 pegawai dan 140 anggota lain-lain pangkat (LLP) daripada daerah-daerah yang terlibat. Penganjuran latihan ini bertujuan meningkatkan tahap kesiapsiagaan, memperkukuh koordinasi antara pasukan serta menguji kecekapan anggota dalam menghadapi pelbagai situasi kecemasan dan bencana.

Antara pengisian latihan yang dilaksanakan ialah Search and Rescue (SAR) serta Pengendalian Kenderaan 4x4 Light Rescue Vehicle (LRV) yang memberi penekanan kepada aspek kemahiran teknikal, komunikasi, koordinasi operasi dan keselamatan semasa menjalankan tugasan di lapangan.

Turut hadir memantau dan menyempurnakan latihan ialah Mejar (PA) Mohd Reduan bin Aini, selaku Ketua Kem Komandan, bersama pegawai-pegawai kanan APM yang memberikan sokongan serta penilaian terhadap pelaksanaan latihan.

Diharapkan latihan seumpama ini dapat terus memperkukuh kerjasama antara daerah di Zon Tengah, di samping meningkatkan tahap profesionalisme, kompetensi dan kesiapsiagaan anggota APM dalam melaksanakan tugas menyelamat serta memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

Malaysia Madani"
"Berkhidmat Untuk Negara"
"Sedia Pantas Berintegriti"

"SENTIASA BERSAMA PERTAHANAN AWAM"
"APM SELAMANYA"

☎️ 084651300
PKOD APM SARIKEI

πŸ”΄ YOUTUBE APM SARIKEI : https://youtube.com/
πŸ”΅ FB APM SARIKEI : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069217192630...
⚫ TIKTOK APM SARIKEI :www.tiktok.com/
🟣 INSTAGRAM APM SARIKEI :http://www.instagram.com/apmsarikei

APM Sarawak
Mohtar Samat
Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Pusat Pertahanan Awam Negeri Sarawak
Unit Perhubungan Awam Dan Dokumentasi APM Sarikei













🚨 APA ITU APM? 🚨Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) merupakan agensi yang sentiasa bersedia dalam melindungi nyawa, ...
02/07/2026

🚨 APA ITU APM? 🚨

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) merupakan agensi yang sentiasa bersedia dalam melindungi nyawa, harta benda dan kesejahteraan masyarakat. Berlandaskan moto "Sentiasa Siap Sedia", APM memainkan peranan penting dalam pengurusan bencana, operasi mencari dan menyelamat (SAR), perkhidmatan ambulans, bantuan kemanusiaan serta latihan keselamatan kepada komuniti.

Antara perkhidmatan yang disediakan oleh APM ialah:
βœ… Pengurusan bencana dan operasi mencari serta menyelamat (SAR).
βœ… Perkhidmatan ambulans dan rawatan kecemasan pra-hospital.
βœ… Khidmat kemanusiaan serta bantuan keselamatan komuniti.
βœ… Latihan pertolongan cemas, kesiapsiagaan bencana dan kemahiran menyelamat.

Marilah bersama-sama meningkatkan kesedaran tentang peranan APM dan menyokong usaha membina komuniti yang lebih selamat, berdaya tahan serta sentiasa bersedia menghadapi sebarang kecemasan.

πŸ’™ APM – Sentiasa Siap Sedia, Berkhidmat Demi Keselamatan Negara.



"SENTIASA BERSAMA PERTAHANAN AWAM"
"APM SELAMANYA"
084651300
PKOD APM SARIKEI
YOUTUBE APM SARIKEI : https://youtube.com/
FB APM SARIKEI : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069217192630...
TIKTOK APM SARIKEI :
www.tiktok.com/
INSTAGRAM APM SARIKEI :
http://www.instagram.com/apmsarikei
APM Sarawak
Mohtar Samat
Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Pusat Pertahanan Awam Negeri Sarawak
Unit Perhubungan Awam Dan Dokumentasi APM Sarikei












LAWATAN RASMI YS PPAN KE PEJABAT DAERAH PERTAHANAN AWAM (PDPA) MERADONGSARIKEI, 22 JUNE 2026, ISNINPejabat Daerah Pertah...
22/06/2026

LAWATAN RASMI YS PPAN KE PEJABAT DAERAH PERTAHANAN AWAM (PDPA) MERADONG

SARIKEI, 22 JUNE 2026, ISNIN

Pejabat Daerah Pertahanan Awam (PDPA) Julau, Pakan dan Maradong ini bertujuan untuk memperkukuhkan hubungan kerja antara pengurusan dan anggota, menyelaras hala tuju organisasi serta membincangkan perkara berkaitan pengoperasian dan penyampaian perkhidmatan APM di peringkat daerah.

Malaysia Madani"
"Berkhidmat Untuk Negara"
"Sedia Pantas Berintegriti"

"SENTIASA BERSAMA PERTAHANAN AWAM"
"APM SELAMANYA"

☎️ 084651300
PKOD APM SARIKEI

πŸ”΄ YOUTUBE APM SARIKEI : https://youtube.com/
πŸ”΅ FB APM SARIKEI : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069217192630...
⚫ TIKTOK APM SARIKEI :www.tiktok.com/
🟣 INSTAGRAM APM SARIKEI :http://www.instagram.com/apmsarikei

APM Sarawak
Mohtar Samat
Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Pusat Pertahanan Awam Negeri Sarawak
Unit Perhubungan Awam Dan Dokumentasi APM Sarikei













LATIHAN BULANAN BERGABUNG JUNE APM SARIKEI DAN MERADONG πŸ“ŒπŸ“‘Latihan Bulanan Gabungan Sarikei dan APM Meradong telah dilaks...
13/06/2026

LATIHAN BULANAN BERGABUNG JUNE APM SARIKEI DAN MERADONG πŸ“ŒπŸ“‘

Latihan Bulanan Gabungan Sarikei dan APM Meradong telah dilaksanakan pada 13 Jun 2026 di Hutan Jalan Baru, Tanjung Manis dengan penyertaan seramai 39 orang anggota dan pegawai. Sepanjang latihan, peserta telah menjalani beberapa modul seperti pemeriksaan baris dan peralatan, pengenalan peralatan operasi, ikatan dan simpulan, isyarat kecemasan di dalam hutan, latihan mencari dan menyelamat serta latihan praktikal.

Latihan ini bertujuan meningkatkan kemahiran operasi, kecergasan fizikal, ketahanan mental dan semangat kerjasama berpasukan dalam kalangan anggota. Secara keseluruhannya, objektif latihan berjaya dicapai dengan baik dan semua peserta memberikan komitmen serta kerjasama yang memuaskan sepanjang aktiviti dijalankan tanpa sebarang insiden kecemasan.

Malaysia Madani"
"Berkhidmat Untuk Negara"
"Sedia Pantas Berintegriti"

"SENTIASA BERSAMA PERTAHANAN AWAM"
"APM SELAMANYA"

☎️ 084651300
PKOD APM SARIKEI

πŸ”΄ YOUTUBE APM SARIKEI : https://youtube.com/
πŸ”΅ FB APM SARIKEI : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069217192630...
⚫ TIKTOK APM SARIKEI :www.tiktok.com/
🟣 INSTAGRAM APM SARIKEI :http://www.instagram.com/apmsarikei

APM Sarawak
Mohtar Samat
Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Pusat Pertahanan Awam Negeri Sarawak
Unit Perhubungan Awam Dan Dokumentasi APM Sarikei













Address

Kampung Bintangor

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when APM Meradong posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share