Majlis Daerah Setiu

Directions Website Contact the organization
πŠπ”π‘π’π”π’ ππ„ππ˜π€πŒππ”ππ†π€π ππ€πˆπ23 September 2026, Rabu – Majlis Daerah Setiu (MDS)telah mengadakan Kursus Penyambungan Paip yan...
23/09/2026

πŠπ”π‘π’π”π’ ππ„ππ˜π€πŒππ”ππ†π€π ππ€πˆπ

23 September 2026, Rabu – Majlis Daerah Setiu (MDS)
telah mengadakan Kursus Penyambungan Paip yang berlangsung pada 22 hingga 23 September 2026 bertempat di GIATMARA Setiu.

Kursus ini diadakan bagi memberikan pendedahan serta meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta dalam aspek penyambungan paip, khususnya berkaitan teknik dan kaedah penyambungan yang betul serta selamat.

Program ini turut menjadi platform bagi memperkukuh kemahiran teknikal warga kerja melalui latihan secara teori dan praktikal, selaras dengan usaha Majlis Daerah Setiu dalam meningkatkan kompetensi serta kualiti penyampaian perkhidmatan.

Semoga ilmu dan kemahiran yang diperoleh sepanjang kursus ini dapat dimanfaatkan serta diaplikasikan dalam melaksanakan tugas dengan lebih cekap, berkesan dan berkualiti.


πŸ“’ 𝐉𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 π‹π„ππ€π’πŠπ€π 𝐏𝐄𝐋𝐔𝐀𝐍𝐆! πƒπˆπ’πŠπ€π”π πŸ“πŸŽ% π”ππ“π”πŠ π’π„πŒπ”π€ πŠπŽπŒππ€π”π πŒπƒπ’!πŸŽ‰Sempena Program FUN WALK 5KM MD Setiu Γ— Bank Rakyat – β€œW...
23/09/2026

πŸ“’ 𝐉𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 π‹π„ππ€π’πŠπ€π 𝐏𝐄𝐋𝐔𝐀𝐍𝐆! πƒπˆπ’πŠπ€π”π πŸ“πŸŽ% π”ππ“π”πŠ π’π„πŒπ”π€ πŠπŽπŒππ€π”π πŒπƒπ’!πŸŽ‰

Sempena Program FUN WALK 5KM MD Setiu Γ— Bank Rakyat – β€œWak Tubik Leloh, Biar Ada Suasano!”, Majlis Daerah Setiu menawarkan pengurangan bayaran sebanyak 50% bagi semua jenis kompaun MDS.

πŸ’° πƒπˆπ’πŠπ€π”π πŸ“πŸŽ% – π’π„πŒπ”π€ πŠπŽπŒππ€π”π πŒπƒπ’

Ayuh manfaatkan peluang ini untuk menyelesaikan kompaun anda dengan kadar bayaran yang lebih rendah!

πŸ“… Tarikh: 24 September 2026 (Khamis)
⏰ Masa: 7.00 pagi – 12.00 tengah hari
πŸ“ Tempat: Dewan Serbaguna MDS, Sungai Tarom

πŸ“Œ Terma & Syarat:
βœ… Terbuka kepada semua jenis kompaun MDS
βœ… Pengurangan hanya boleh dibuat semasa program
βœ… Tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh Majlis Daerah Setiu

πŸ“ž Sebarang pertanyaan:
Majlis Daerah Setiu
09-609 9377

✨ Jangan tunggu lagi!
Manfaatkan peluang diskaun 50% ini dan selesaikan kompaun anda dengan lebih mudah dan menjimatkan.

Jom selesaikan sekarang! πŸ’™πŸ§‘



23/09/2026

π‰πŽπŒ π’π„π‘π“π€πˆ 𝐅𝐔𝐍 π–π€π‹πŠ β€œπ‹π„π‹πŽπ‡ πŠπ€πŠπ‹πŽπ‡β€ πŸ§‘πŸ’™
πŒπƒ π’π„π“πˆπ” Γ— ππ€ππŠ π‘π€πŠπ˜π€π“ | 𝐅𝐔𝐍 π–π€π‹πŠ πŸ“πŠπŒ

πŸ“… 24 September 2026 (Khamis)
⏰ 7.00 pagi
πŸ“ Dewan Serbaguna MDS Sungai Tarom

πŸ‘• TEMA WARNA PAKAIAN: BIRU ATAU OREN πŸ’™πŸ§‘

🎁 Cabutan Bertuah Disediakan!
πŸ›οΈ Pameran Jabatan & Agensi
πŸ›οΈ Jualan Rahmah
πŸ›’ Tapak Lot Jualan Dibuka

πŸ“ž Tempahan Tapak Jualan:
En. Fauzi – 013-538 1858

🌟 β€œWak Tubik Peluh, Biar Ada Suasano!” 🌟

Jom ramai-ramai!
Leloh Kakloh, jalan santai, tubik peluh dan meriahkan suasana bersama komuniti! πŸ’ͺπŸ˜„



πŒπƒπ’ π“π„π‘πˆπŒπ€ πŠπ”ππ‰π”ππ†π€π π‡πŽπ‘πŒπ€π“ π•πˆπ’π“π€ ππ”πŒπˆπ‘πˆπ€22 September 2026, Selasa  – Majlis Daerah Setiu (MDS) menerima kunjungan horma...
22/09/2026

πŒπƒπ’ π“π„π‘πˆπŒπ€ πŠπ”ππ‰π”ππ†π€π π‡πŽπ‘πŒπ€π“ π•πˆπ’π“π€ ππ”πŒπˆπ‘πˆπ€

22 September 2026, Selasa – Majlis Daerah Setiu (MDS) menerima kunjungan hormat daripada Vista Bumiria Sdn. Bhd., anak syarikat EDOTCO Malaysia, bagi membincangkan perkara berkaitan pembangunan dan pengurusan infrastruktur telekomunikasi di Daerah Setiu.

Delegasi kunjungan hormat tersebut disambut oleh YBrs. Encik Ahmad Ridzwan bin Abd Rahman, Yang Dipertua MDS, bersama pegawai-pegawai kanan MDS.

Pertemuan ini menjadi platform untuk memperkukuh kerjasama strategik antara MDS dan pihak industri dalam menyokong pembangunan infrastruktur telekomunikasi serta kemajuan Daerah Setiu.


π†πŽπ“πŽππ†-π‘πŽπ˜πŽππ† ππ„πŒππ„π‘π’πˆπ‡π€π π‹π€πŒπ€π ππ„π‘πŒπ€πˆππ€π πƒπˆ π“π€πŒπ€π π€π–π€πŒ π’π”ππ†π€πˆ π“π€π‘πŽπŒ17 September 2026, Khamis – Satu aktiviti gotong-roy...
17/09/2026

π†πŽπ“πŽππ†-π‘πŽπ˜πŽππ† ππ„πŒππ„π‘π’πˆπ‡π€π π‹π€πŒπ€π ππ„π‘πŒπ€πˆππ€π πƒπˆ π“π€πŒπ€π π€π–π€πŒ π’π”ππ†π€πˆ π“π€π‘πŽπŒ

17 September 2026, Khamis – Satu aktiviti gotong-royong pembersihan laman permainan telah dilaksanakan di Taman Awam Sungai Tarom sebagai usaha memastikan kawasan rekreasi sentiasa berada dalam keadaan bersih, kemas, selamat dan selesa untuk digunakan oleh masyarakat.

YBrs. Encik Ahmad Ridzwan bin Abd Rahman, Yang Dipertua Majlis Daerah Setiu turut serta turun padang bersama warga kerja MDS dalam menjayakan aktiviti gotong-royong tersebut. Penglibatan secara langsung ini mencerminkan komitmen pihak pengurusan dalam memastikan aspek kebersihan, keceriaan dan penyelenggaraan kemudahan awam sentiasa diberi perhatian.

Aktiviti ini turut menjadi wadah dalam memupuk semangat kerjasama dan tanggungjawab bersama dalam menjaga kebersihan serta kemudahan awam demi mewujudkan persekitaran yang lebih kondusif dan selesa untuk dimanfaatkan oleh masyarakat.

Terima kasih kepada semua pihak yang telah bersama-sama menjayakan aktiviti gotong-royong ini. Semoga usaha dan semangat kerjasama sebegini dapat diteruskan dalam memastikan kemudahan awam sentiasa berada dalam keadaan baik, bersih dan selesa.


πŸ‡²πŸ‡Ύ π’π„π‹π€πŒπ€π“ πŒπ„ππ˜π€πŒππ”π“ π‡π€π‘πˆ πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ πŸπŸŽπŸπŸ” πŸ‡²πŸ‡Ύ16 September merupakan tarikh bersejarah yang menyatukan kita sebagai sebuah n...
16/09/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ π’π„π‹π€πŒπ€π“ πŒπ„ππ˜π€πŒππ”π“ π‡π€π‘πˆ πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ πŸπŸŽπŸπŸ” πŸ‡²πŸ‡Ύ

16 September merupakan tarikh bersejarah yang menyatukan kita sebagai sebuah negara yang berdaulat, aman dan harmoni.
Semoga semangat perpaduan, kebersamaan dan rasa cinta terhadap tanah air terus subur dalam sanubari seluruh rakyat Malaysia.

Marilah kita bersama-sama menghargai kepelbagaian, memperkukuh keharmonian dan terus berganding bahu membina Malaysia yang lebih maju dan sejahtera.

πŸ‡²πŸ‡Ύ Selamat Menyambut Hari Malaysia!
Kesejahteraan Dinikmati.

𝑷/𝑺: 𝑷𝒆𝒋𝒂𝒃𝒂𝒕 π‘΄π’‚π’‹π’π’Šπ’” 𝑫𝒂𝒆𝒓𝒂𝒉 π‘Ίπ’†π’•π’Šπ’– π’‚π’Œπ’‚π’ π’…π’Šπ’•π’–π’•π’–π’‘ 𝒑𝒂𝒅𝒂 16 π‘Ίπ’†π’‘π’•π’†π’Žπ’ƒπ’†π’“ 2026 (𝑹𝒂𝒃𝒖) π’”π’†π’Žπ’‘π’†π’π’‚ π’„π’–π’•π’Š π‘―π’‚π’“π’Š π‘΄π’‚π’π’‚π’šπ’”π’Šπ’‚ 𝒅𝒂𝒏 π’‚π’Œπ’‚π’ π’Œπ’†π’Žπ’ƒπ’‚π’π’Š π’ƒπ’†π’“π’π’‘π’†π’“π’‚π’”π’Š π’”π’†π’‘π’†π’“π’•π’Š π’ƒπ’Šπ’‚π’”π’‚ 𝒑𝒂𝒅𝒂 17 π‘Ίπ’†π’‘π’•π’†π’Žπ’ƒπ’†π’“ 2026 (π‘²π’‰π’‚π’Žπ’Šπ’”).

Ikhlas daripada
Yang Dipertua
Setiausaha, Ahli Majlis & Seluruh Warga Kerja
MAJLIS DAERAH SETIU



πŠπ„ππ˜π€π“π€π€π 𝐒𝐄𝐁𝐔𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 πŒπƒπ’
15/09/2026

πŠπ„ππ˜π€π“π€π€π 𝐒𝐄𝐁𝐔𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 πŒπƒπ’


Address

Wisma MDS, Bandar Permaisuri
Kampung Buluh
22100

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 16:00
Sunday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Majlis Daerah Setiu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Majlis Daerah Setiu:

Shortcuts

Share