AADK Daerah Setiu

Directions Website Contact the organization

AADK Daerah Setiu Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from AADK Daerah Setiu, Kampung Buluh.

Laman sosial ini adalah merupakan platform kepada masyarakat untuk mengetahui maklumat, program serta aktiviti yang dilaksanakan oleh AADK, juga mengandungi perkongsian mengenai berita dan isu semasa.

Penghargaan tidak semestinya perlu diucapkan dengan kata-kata.Kita boleh berulang kali mengucapkan terima kasih, memuji ...
07/10/2026

Penghargaan tidak semestinya perlu diucapkan dengan kata-kata.

Kita boleh berulang kali mengucapkan terima kasih, memuji dan memberitahu seseorang betapa kita menghargai mereka.

Tetapi semua itu tidak membawa makna jika tindakan kita menunjukkan sebaliknya.

Cara kita melayan seseorang, menghormati masa dan usaha mereka, menjaga perasaan mereka serta tidak mengambil kesempatan atas kebaikan mereka sebenarnya lebih bermakna daripada sekadar ucapan terima kasih.

Lebih-lebih lagi apabila seseorang telah banyak membantu, berkorban dan memberikan yang terbaik tanpa mengharapkan apa-apa balasan.

Penghargaan yang sebenar dapat dilihat melalui tindakan, terutama ketika orang itu tidak lagi mampu memberikan sesuatu kepada kita.

Kerana akhirnya, orang mungkin lupa apa yang kita ucapkan, tetapi mereka akan
ingat bagaimana kita melayan mereka.

Kredit info Public Health Malaysia

Penghargaan tidak semestinya perlu diucapkan dengan kata-kata.

Kita boleh berulang kali mengucapkan terima kasih, memuji dan memberitahu seseorang betapa kita menghargai mereka.

Tetapi semua itu tidak membawa makna jika tindakan kita menunjukkan sebaliknya.

Cara kita melayan seseorang, menghormati masa dan usaha mereka, menjaga perasaan mereka serta tidak mengambil kesempatan atas kebaikan mereka sebenarnya lebih bermakna daripada sekadar ucapan terima kasih.

Lebih-lebih lagi apabila seseorang telah banyak membantu, berkorban dan memberikan yang terbaik tanpa mengharapkan apa-apa balasan.

Penghargaan yang sebenar dapat dilihat melalui tindakan, terutama ketika orang itu tidak lagi mampu memberikan sesuatu kepada kita.

Kerana akhirnya, orang mungkin lupa apa yang kita ucapkan, tetapi mereka akan ingat bagaimana kita melayan mereka.

Hebat sungguh kuasa hujung jari zaman sekarang. Sekali kita 'tekan' dan 'hantar', kita rasa puas dapat menghukum orang y...
07/10/2026

Hebat sungguh kuasa hujung jari zaman sekarang. Sekali kita 'tekan' dan 'hantar', kita rasa puas dapat menghukum orang yang kita rasa bersalah. Kita sangka kita sedang menegakkan kebenaran, tapi sedarkah kita? Kita sebenarnya sedang berkongsi dosa membunuh semangat sesama manusia.

Apabila seseorang tersilap langkah, kita beramai-ramai 'menguburkan' mereka dengan maki hamun. Adakah itu sifat kita sebagai manusia yang beradab?

Ingat, setiap perkataan yang kita taip itu akan dihisab. Jangan sampai satu hari nanti, kita tersedar yang 'hiburan' kita di media sosial telah menyebabkan seseorang kehilangan keinginan untuk hidup. Pulihkanlah komuniti kita bermula dengan lisan dan tulisan yang baik.

Agak-agak anda, adakah anda menggunakan media sosial untuk memberi kekuatan kepada orang lain, atau anda lebih selesa menjadi 'hakim' yang tidak bergaji di ruangan komen?

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.

KESELAMATAN & KEPENTINGAN RAKYAT DIUTAMAKAN 🇲🇾Kerajaan kekal komited dalam menangani isu pelarian dengan tuntas, berhema...
07/10/2026

KESELAMATAN & KEPENTINGAN RAKYAT DIUTAMAKAN 🇲🇾

Kerajaan kekal komited dalam menangani isu pelarian dengan tuntas, berhemah dan berlandaskan undang-undang serta nilai kemanusiaan.

Melalui proses penghantaran p**ang secara sukarela dan berperingkat, fasa pertama menyaksikan seramai 1,476 warga Myanmar telah dihantar p**ang daripada sasaran keseluruhan 5,000 orang.

Langkah ini membuktikan bahawa keselamatan negara serta kesejahteraan rakyat sentiasa menjadi keutamaan tertinggi, tanpa membelakangkan prinsip kemanusiaan.

Anwar Ibrahim
Saifuddin Nasution Ismail
DATO' DR SHAMSUL ANUAR NASARAH

KementerianDalamNegeri

RAWATAN DAN PEMULIHAN TERUS DIPERKASADaripada 130,307 orang penagih dan penyalah guna dadah yang direkodkan sehingga Jun...
07/10/2026

RAWATAN DAN PEMULIHAN TERUS DIPERKASA

Daripada 130,307 orang penagih dan penyalah guna dadah yang direkodkan sehingga Jun 2026, seramai 75,501 orang atau 57.9 peratus telah menerima rawatan dan pemulihan menerusi pendekatan yang dilaksanakan dalam institusi, komuniti serta kerjasama strategik bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Pusat Pemulihan Persendirian (PPP).

Dalam masa yang sama, dadah sintetik atau Amphetamine-Type Stimulants (ATS) mencatatkan peratusan tertinggi iaitu 84 peratus, sekali gus memperlihatkan keperluan untuk memperkukuh intervensi, pendidikan pencegahan dan rawatan yang bersesuaian bagi menangani cabaran penyalahgunaan dadah yang semakin kompleks.

Sehingga September 2026, seramai 2,092 orang tampil mendapatkan rawatan secara sukarela, dengan 1,631 orang menerima rawatan dan pemulihan dalam komuniti melalui RPDK serta 461 orang melalui RPDI, manakala peningkatan purata klien sukarela baharu daripada 75 orang sebulan pada 2025 kepada 232 orang sebulan pada 2026 mencerminkan penerimaan yang semakin positif terhadap pendekatan rawatan dan pemulihan secara sukarela.

Peningkatan penyertaan secara sukarela ini selaras dengan pelaksanaan pindaan Akta Penagih Dadah dan Penyalah Guna Dadah dan Bahan (Rawatan dan Pemulihan) 1983 yang berkuat kuasa pada 22 Ogos 2025, dengan pendekatan yang memberi penekanan kepada pemulihan individu, kesejahteraan keluarga, kesihatan masyarakat dan kemajuan negara melalui rawatan tanpa hukuman atau stigma.

Kementerian Dalam Negeri (KDN)
Saifuddin Nasution Ismail
Shamsul Anuar Nasarah

Sekali terjatuh dalam lubang yang dalam, harganya bukan sekadar rim yang pecah. Tapi, absorber pun boleh rosak. Macam tu...
07/10/2026

Sekali terjatuh dalam lubang yang dalam, harganya bukan sekadar rim yang pecah. Tapi, absorber pun boleh rosak.

Macam tu lah dalam hidup. Kita semua sedang dalam perjalanan. Tapi, adakah kita menuju ke destinasi yang benar? Hidup ini seperti dalam gambar. Ada jalan yang nampak macam jalan pintas, nampak macam boleh buat kita lari dari stres dunia. Tapi sebenarnya itu lorong buntu yang bakal perangkap kita sampai kita hilang arah.

Oleh itu kita kena berhati-hati. Pengaruh negatif ini sangat licik. Dia tidak datang dengan rupa yang menakutkan, dia datang dengan rupa yang menarik, akan tetapi, ia boleh merosakkan masa depan kita dalam diam.

Pastikan haluan kita jelas. Tidak perlu ikut orang kalau jalan tu kita tahu akan membawa ke arah kehancuran. Perkara yang paling menarik adalah apabila kita boleh tidur nyenyak dalam keadaan hati yang lapang dan minda yang jernih tanpa perlu bergantung pada bahan terlarang.

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.

07/10/2026

Episod baharu Podcast Hero Sebenar kini kembali! Kali ini, kita bawakan khas Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Keselamatan AADK, Tuan Mahadzir Elias, bagi merungkai pendedahan eksklusif yang membuka mata kita tentang realiti ancaman dadah di lapangan hari ini.

Menerusi episod ini, beliau berkongsi pelbagai kisah benar daripada taktik licik sindiket yang menjadikan kanak-kanak sebagai marker, perbezaan bahaya dadah jalanan, sehinggalah cabaran sebenar yang dihadapi oleh pegawai AADK.

Pengalaman dan ilmu yang dikongsi ini amat bernilai untuk kita semua sebagai benteng pertahanan utama keluarga dan masyarakat.

🎬 Saksikan Episod Full Podcast Hero Sebenar SEKARANG di YouTube AADK TV!

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.

PULIH ITU MUNGKINSetiap insan berhak diberi peluang untuk berubah, bangkit dan membina semula kehidupan. Masa lalu mungk...
06/10/2026

PULIH ITU MUNGKIN

Setiap insan berhak diberi peluang untuk berubah, bangkit dan membina semula kehidupan. Masa lalu mungkin penuh dengan cabaran dan kesilapan, tetapi ia tidak seharusnya menjadi penentu kepada masa depan.

Proses pemulihan memerlukan masa, kekuatan dan kesabaran. Yang penting, jangan berputus asa untuk mencuba dan jangan takut untuk mendapatkan bantuan serta sokongan daripada keluarga, sahabat dan mereka yang sentiasa prihatin.

Satu langkah kecil hari ini mungkin menjadi permulaan kepada kehidupan yang jauh lebih baik pada masa hadapan.

Ada masalah dadah? Hubungi Talian Hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233, atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari www.aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.

“Tak nak bagi wet food? Baik. Saya makan sayur.”Memang kelakar. Sampai kita teringat pokok dalam rumah sendiri pun ada k...
06/10/2026

“Tak nak bagi wet food? Baik. Saya makan sayur.”

Memang kelakar. Sampai kita teringat pokok dalam rumah sendiri pun ada kesan gigitan.

Selama ini kita marah sebab daun mahal berlubang. Tapi pernah tak kita semak, daun yang masuk mulut dia itu selamat atau tidak?

Kucing sanggup makan sesuatu bukan bermaksud benda itu selamat untuknya.

Ada tumbuhan yang menyebabkan mulut pedih, air liur meleleh dan muntah apabila dikunyah. Ada p**a yang boleh merosakkan organ.

Contoh yang pemilik kucing perlu kenal ialah lili daripada kump**an Lilium dan Hemerocallis. Pendedahan kepada tumbuhan ini boleh menyebabkan kecederaan buah pinggang yang serius.

Bukan makan sekuntum baru bahaya.

Mengunyah sedikit daun, menjilat debunga yang melekat pada bulu atau meminum air pasu bunga berkenaan pun boleh membahayakan kucing.

“Letak atas meja tinggi, dia tak sampai.”

Pemilik kucing sendiri tahu betapa optimistiknya ayat itu.

Daun boleh gugur. Debunga boleh jatuh. Kucing p**a boleh sampai ke tempat yang kita tak sangka.

Kalau nampak kucing termakan tumbuhan yang mungkin beracun:

1. Jauhkan kucing daripada tumbuhan itu. Hentikan pendedahan seterusnya.

2. Ambil gambar pokok, daun, bunga dan label namanya jika ada. Catat bila kejadian berlaku dan bahagian yang dimakan untuk membantu doktor veterinar menilai risiko.

3. Hubungi klinik veterinar dengan segera. Jika disyaki terdedah kepada lili berbahaya, jangan tunggu muntah atau lemah dahulu.

4. Jangan paksa muntah atau cuba petua sendiri. Dapatkan arahan doktor veterinar sebelum memberi apa-apa sebagai “penawar”.

Untuk pencegahan, semak nama sebenar setiap tumbuhan sebelum membawanya masuk ke rumah. Nama seperti “pokok hiasan indoor” belum cukup untuk menentukan keselamatannya.

Bunga hadiah pun kena semak. Cantik dalam jambangan tidak semestinya sesuai dibawa p**ang ke rumah yang ada kucing.

Hari ini, cuba tengok semula pokok di tepi tingkap, atas meja dan sebelah sofa.

Kita pilih pokok itu. Kucing kita tak dapat pilih rumah yang lebih selamat.

Ramai mungkin tertanya-tanya, mengapa operasi penghantaran warga Myanmar semalam tidak dihebohkan secara besar-besaran. ...
06/10/2026

Ramai mungkin tertanya-tanya, mengapa operasi penghantaran warga Myanmar semalam tidak dihebohkan secara besar-besaran.

Tiga kapal Tentera Laut Myanmar masuk ke Lumut. Seramai 1,476 warga Myanmar dihantar p**ang.

Bila tengok bagaimana operasi ini dilaksanakan, mungkin kita boleh faham kenapa.

Ini bukan operasi biasa.

Seramai 850 pegawai dan anggota pelbagai agensi digerakkan. Sebanyak 46 bas digunakan membawa tahanan dari 14 depot imigresen sebelum mereka dipindahkan ke Pangkalan TLDM Lumut.

Operasi bermula seawal jam 4 pagi dengan pemeriksaan kesihatan, semakan identiti, dokumentasi serta kawalan ketat Pasukan Kawalan Khas Jabatan Imigresen.

Tahap kawalannya lebih jelas apabila tiga kapal Tentera Laut Myanmar mula meninggalkan Lumut.

Kapal berkenaan diiringi KD Lekir dan KD Teguh Samudera milik TLDM, selain aset Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Pasukan Polis Marin. Tinjauan dari udara menggunakan helikopter turut dilakukan sepanjang operasi.

Maknanya kawalan bukan setakat di depot atau ketika tahanan dibawa ke Lumut. Ia melibatkan kawalan di darat, laut dan udara sehingga kapal berkenaan keluar ke lokasi yang ditetapkan.

Sebab itu operasi melibatkan hampir 1,500 orang ini bukan perkara yang boleh dibuat sambil lewa atau dijadikan bahan publisiti berlebihan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri menegaskan isu Myanmar yang berlarutan puluhan tahun memberi tekanan kepada Malaysia dari sudut keselamatan, sosial dan pengurusan.

Bagi Anwar, keselamatan dan kepentingan rakyat Malaysia mesti menjadi keutamaan, dalam masa sama proses berkenaan dilaksanakan mengikut undang-undang dan nilai kemanusiaan.

Dan akhirnya, fasa pertama berjaya diselesaikan.

Seramai 1,476 warga Myanmar berjaya dihantar p**ang dengan selamat.

Selepas ini proses akan diteruskan secara berperingkat bagi melaksanakan penghantaran p**ang keseluruhan 5,000 warga Myanmar yang telah dipersetujui.

Jadi kalau ditanya kenapa operasi sebesar ini tidak terlalu diwar-warkan, lihat sahaja skala kawalannya.

Namun selepas selesai urusan penghantaran, KDN ada memuat naik gambar-gambar operasi berkenaan.

Untuk operasi keselamatan sebesar ini, yang penting bukan riuhnya publisiti.

Yang penting operasi terkawal, keselamatan terjamin dan misi berjaya.

Address

Kampung Buluh

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when AADK Daerah Setiu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to AADK Daerah Setiu:

Shortcuts

Share