Muslimat PAS DUN Kota Putera Official

Directions

Muslimat PAS DUN Kota Putera Official Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Muslimat PAS DUN Kota Putera Official, Political Party, kampung gong bayor, Kampung Raja.

18/09/2026
12/09/2026
10/09/2026

Alhamdulillah, satu lagi sejarah baharu tercipta buat Terengganu.

Kutipan hasil negeri kini sudah melepasi RM450 juta, meningkat 84.8 peratus berbanding 2017. Pencapaian ini bukan kecil, lebih-lebih lagi dalam keadaan negeri berdepan pelbagai kekangan dan tekanan.

Namun masih ada yang cuba memperlekeh.

β€œRM450 juta pun nak bangga? Negeri lain dah RM800 juta, malah ada yang cecah berbilion.”

Mudah benar membuat perbandingan kalau angka permulaan langsung tidak diambil kira.

Terengganu bukannya bermula dengan hasil RM800 juta. Pada 2017, kutipan hasil negeri masih belum pun mencecah RM300 juta. Asasnya sekitar RM200 juta lebih.

Jadi apabila angka itu berjaya ditingkatkan sehingga melepasi RM450 juta, yang perlu dilihat ialah sejauh mana pertumbuhan itu berlaku.

Takkan daripada RM200 juta hari ini, esok terus mahu bilion?

Setiap negeri mempunyai asas ekonomi, sumber hasil dan kapasiti yang berbeza. Negeri yang memang sudah mempunyai asas hasil yang besar sudah tentu mencatat angka yang lebih tinggi.

Yang penting, Terengganu sedang bergerak ke hadapan dan hasil negeri terus berkembang.

Semoga pencapaian ini menjadi langkah kepada kejayaan yang lebih besar selepas ini.

07/09/2026

🌾 SABTU NI NOK BUAT GAPO? JOM KITA BRISKWALK D'BARUH! πŸƒβ€β™‚οΈ

Sambil menikmati keindahan alam dan suasana sawah padi menghijau di Kampung Pinang, kita rasai suasana kampung sebenar dengan kopi O d'baruh, kuih-muih tradisi, dan buah-buahan tempatan.

Bukan itu saja, kalau anda cukup bertuah, boleh bawa pulang Gold Bar! Selain gold bar, banyak lagi hadiah menarik macam barangan elektrik, hamper, beras, dan bakul makanan yang bakal dimenangi. Jom daftar cepat!

Link Pendaftaran:
https://forms.gle/dNVLzjmtzF8oofwH9

πŸ“Œ BUTIRAN PROGRAM:
πŸ“… Tarikh: 12 September 2026 (Sabtu)
⏰ Masa: 7:30 Pagi – 11:00 Pagi
πŸ“ Lokasi: Sawah Padi Kampung Pinang
πŸ“ Jarak perjalanan: 4km
πŸ‘— Tema Pakaian: Tradisional Petani Kampung

πŸ† PERTANDINGAN PAKAIAN PALING KREATIF:
πŸ‘© Kategori Wanita: Set Periuk Dessini
πŸ₯‡ Johan
πŸ₯ˆ Naib Johan
πŸ₯‰ Tempat Ke-3

πŸ‘¨ Kategori Lelaki: Set Eksklusif Lelaki
πŸ₯‡ Johan
πŸ₯ˆ Naib Johan
πŸ₯‰ Tempat Ke-3
πŸ† PERTANDINGAN GAMBAR MENARIK:
🎁 Hadiah Misteri

🎁 HADIAH CABUTAN BERTUAH:
πŸͺ™ Gold Bar 1g (Hadiah Utama)
πŸ“Ί Pelbagai Barangan Elektrik
🧺 Hamper Eksklusif
🌾 Beras & Bakul Makanan

Jangan lupa deh, kita pakat Meriahkan Merdeka Fest Dun Kota Putera! Sediakan pakaian tradisi petani kreatif dan hadir untuk beriadah sambil menikmati suasana alam!

27/08/2026

𝐏𝐀𝐒𝐀𝐑 ππ„π‘πŠπ€π“ πŒπ„π†π€ πŒπ„π‘πƒπ„πŠπ€ 𝐃𝐔𝐍 πŠπŽπ“π€ 𝐏𝐔𝐓𝐄𝐑𝐀 | πŒπ”πŠπˆπŒ πŠπ„π‹π”π€ππ†

Peluang terbaik untuk warga Kota Putera, Pasar Berkat kali ini akan diadakan di Mukim Keluang! Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan barangan keperluan asas pada HARGA TERENDAH di pasaran!

Sebarkan maklumat ini kepada ahli keluarga, jiran-jiran, dan sahabat handai di sekitar dan DUN Kota Putera.

Daging & Tulang lembu digalakkan untuk membuat tempahan awal secara online bagi mengelakkan beratur panjang.

Link tempahan Daging & Tulang
https://forms.gle/MGdEPapfoUWrBFkHA

πŸ“… Tarikh: 29 Ogos 2026 (Sabtu)
⏰ Masa: 8:00 Pagi sehingga habis
πŸ“ Lokasi: Dataran Limbongan, Kg Raja

‼️Semua pembelian & bayaran secara TUNAI sahaja‼️

Ppakat Maghi Belako..
Harga Berkat, Rakyat Sejahtera!!




22/8/2026SabtuDataran Limbongan
22/08/2026

22/8/2026
Sabtu
Dataran Limbongan

Address

Kampung Gong Bayor
Kampung Raja
22000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Muslimat PAS DUN Kota Putera Official posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share