15/09/2026
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐
AKADEMI KENEGARAAN MALAYSIA, 9 September 2026 โ Seramai 140 orang Setiausaha Komuniti Kampung Daerah Besut telah menyertai Kursus Kenegaraan Malaysia yang berlangsung selama tiga hari, bermula 7 hingga 9 September 2026 di Akademi Kenegaraan Malaysia.
Kursus tersebut bertujuan meningkatkan kefahaman dan penghayatan peserta terhadap aspek kenegaraan, patriotisme, jati diri serta tanggungjawab sebagai pemimpin dan penggerak komuniti di peringkat akar umbi.
Majlis perasmian kursus telah disempurnakan oleh Pengarah KEMAS Negeri Terengganu, Tuan Haji Anuar bin Mat Zin.
Dalam ucapan perasmian, beliau menekankan kepentingan penghayatan nilai-nilai kenegaraan dalam kalangan pemimpin komuniti agar dapat diterapkan dalam kehidupan bermasyarakat serta menjadi asas kepada pembentukan komuniti yang bersatu padu, harmoni dan bertanggungjawab.
Turut Hadir dalam majlis ini ialah En.Mohd Zuhairi bin Mohd Kamal, Penolong Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) Negeri Terengganu, En.Azman bin Ngadiron, Pegawai KEMAS Daerah Besut.
Penyertaan seramai 140 peserta dalam kursus ini mencerminkan komitmen Setiausaha Komuniti Kampung dalam meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kefahaman bagi melaksanakan peranan dengan lebih berkesan dalam komuniti masing-masing.
Sepanjang kursus, peserta turut terlibat dalam pelbagai pengisian dan aktiviti yang memberi penekanan kepada semangat patriotisme, perpaduan, kepimpinan, nilai murni serta tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara.
Program selama tiga hari ini bukan sahaja menjadi medan perkongsian ilmu, malah turut membuka ruang kepada peserta untuk mengeratkan hubungan silaturahim dan memperkukuhkan jaringan kerjasama sesama Setiausaha Komuniti Kampung Persekutuan Daerah Besut.
Diharapkan segala ilmu dan pengalaman yang diperoleh sepanjang kursus dapat dimanfaatkan dan diterjemahkan dalam pelaksanaan tugas serta tanggungjawab di peringkat komuniti, seterusnya menyumbang kepada pembentukan masyarakat yang lebih berdaya tahan, bersatu padu dan cintakan negara.
โJati Diri Diperkasa, Komuniti Sejahtera, Negara Berdaulat.โ