06/10/2026
PERJUMPAAN KETUA POLIS DAERAH SETIU BERSAMA PENGERUSI JPKKP DUN PERMAISURI PENTADBIRAN BALAI POLIS PERMAISURI, SETIU, TERENGGANU
06 Oktober 2026 | Bilik Mesyuarat Balai Polis Permaisuri, Setiu
YDH Supt. Zahril Asri bin Mohd Zain, Ketua Polis Daerah Setiu telah mengadakan perjumpaan bersama Pegawai KEMAS Daerah Setiu serta 20 orang Pengerusi JPKKP di bawah pentadbiran Balai Polis Permaisuri.
Turut hadir YDH DSP Ahmad Badrul Hisyam bin Ghazali, Timbalan Ketua Polis Daerah Setiu, Ketua Bahagian Cawangan Khas, KBSJD, KBSJND, KBSPT serta wakil KBSJKD Setiu, Ketua-ketua Polis Balai IPD Setiu, Pegawai Rendah Polis IPD Setiu dan warga Balai Polis Permaisuri.
Perjumpaan ini bertujuan memperkukuh hubungan strategik dan jaringan komunikasi antara PDRM dengan kepimpinan komuniti dalam usaha meningkatkan tahap keselamatan, mencegah jenayah serta memelihara ketenteraman awam di kawasan setempat.
YDH Ketua Polis Daerah Setiu turut menyampaikan amanat dan menyeru masyarakat agar terus memainkan peranan aktif dengan menyalurkan maklumat berkaitan keselamatan serta sebarang aktiviti yang boleh menjejaskan ketenteraman awam kepada pihak PDRM.
Sesi soal jawab turut diadakan bagi membolehkan pihak JPKKP mengemukakan pandangan, cadangan serta isu-isu keselamatan setempat untuk perhatian dan tindakan lanjut pihak PDRM.
Kerjasama erat antara PDRM dan komuniti merupakan elemen penting dalam memastikan kawasan pentadbiran Balai Polis Permaisuri kekal aman, selamat dan terkawal.
βPolis dan Masyarakat Berpisah Tiadaβ