Pemuda PAS Larut

Directions Contact the organization

Pemuda PAS Larut Islam Jalan Penyelesaian | Terus Memimpin | Tekad Memimpin

TIGA TAHUN MEMPERINGATI TAUFAN AL-AQSATiga tahun sudah berlalu sejak Taufan Al-Aqsa.Sepanjang tempoh ini, kita melihat m...
07/10/2026

TIGA TAHUN MEMPERINGATI TAUFAN AL-AQSA

Tiga tahun sudah berlalu sejak Taufan Al-Aqsa.

Sepanjang tempoh ini, kita melihat macam-macam bentuk solidariti untuk Falesteen. Ada yang menyumbang, berboikot, berkongsi di media sosial, hadir ceramah dan terus membawa isu ini kepada masyarakat.

Tapi selepas tiga tahun, satu soalan yang wajar kita tanya pada diri sendiri:

Masih kuatkah kepedulian kita seperti dulu?

Pada awalnya, ramai yang bergerak kerana emosi. Kita marah, sedih dan tersentuh dengan apa yang berlaku. Tetapi kita juga tahu, emosi ada turun naiknya.

Sebab itu perjuangan Palestin tidak boleh bergantung kepada emosi semata-mata.

Kita perlu terus kuatkan tiga perkara:

• Ilmu dan kesedaran — terus belajar dan faham sejarah serta realiti perjuangan Palestin.
• Kekuatan umat — lebih sedar dengan setiap pilihan, tindakan dan keputusan yang kita buat.
• Kesinambungan perjuangan — jangan hanya ingat Palestin apabila tragedi kembali tular.

Mungkin kita rasa apa yang kita buat terlalu kecil. Tapi jangan pandang kecil usaha yang dibuat secara istiqamah.

Perubahan besar selalunya bermula daripada langkah-langkah kecil yang tidak pernah berhenti.

Tiga tahun Taufan Al-Aqsa bukan sekadar untuk kita mengingati apa yang telah berlaku.

Ia juga masa untuk kita bertanya kepada diri sendiri:

Adakah Falessteen masih hidup dalam doa, fikiran dan tindakan kita?

Sumber : Pemuda PAS Malaysia

06/10/2026

PEMBEBASAN BAITULMAQDIS — 2 OKTOBER 1187M

839 tahun lalu, Sultan Salahuddin al-Ayyubi memasuki Baitulmaqdis setelah kemenangan besar tentera Islam dalam Perang Hattin yang telah membuka jalan kepada pembebasan kota suci itu.

Pada 2 Oktober 1187M Baitulmaqdis kembali berada di bawah pemerintahan Islam selepas 88 tahun dikuasai tentera Salib.

Namun yang menjadikan sejarah ini terus dikenang bukan sekadar sebuah kemenangan ketenteraan.

Ketika memiliki kekuatan untuk membalas kekejaman yang pernah berlaku ketika Baitulmaqdis ditawan pada 1099M, Sultan Salahuddin memilih jalan yang jauh berbeza.

Kota itu diserahkan selepas rundingan, penduduk diberikan ruang menebus kebebasan, dan sebahagian mereka turut dibebaskan.

Inilah kekuatan yang dibawa oleh Sultan Salahuddin: tegas ketika berjuang, tetapi tetap berakhlak ketika menang.

Pembebasan Baitulmaqdis juga mengingatkan kita bahawa kemenangan besar tidak muncul dalam satu malam. Ia didahului oleh pembinaan kekuatan, kesatuan, kesabaran dan perjuangan yang panjang.

Hari ini, sejarah Sultan Salahuddin terus menjadi ingatan bahawa Baitulmaqdis mempunyai kedudukan yang istimewa dalam hati umat Islam.

Semoga suatu hari nanti, keamanan dan keadilan kembali menaungi bumi Baitulmaqdis dan seluruh Falesteen.

06/10/2026

Tiga Tahun Taufan Al-Aqsa: Titik Kebangkitan Mereka yang Ditindas

Beberapa hari lagi, dunia akan menyambut ulang tahun ketiga Taufan Al-Aqsa pada 7 Oktober 2023. Bagi jutaan manusia di bumi Palestin, tarikh itu menandakan titik penting kebangkitan mereka selepas sekian lama ditindas.

Akar Penindasan

Kisahnya bermula pada 1897. Di Basel, Switzerland, Theodor Herzl dan gerakan Zionis politik menganjurkan Kongres Zionis Pertama dan secara terbuka berusaha untuk mendirikan sebuah tanah air bagi orang Yahudi di Palestin. Pada ketika itu, Palestin sudah berabad-abad didiami penduduk Muslim dan juga Kristian.

Titik kelam datang pada 1917 apabila kerajaan British, melalui Deklarasi Balfour, menyokong "tanah air kebangsaan" untuk orang Yahudi di bumi Palestin. Penduduk yang telah mendiami tanah itu selama berabad-abad tidak pernah ditanya pendapat. Sepanjang tempoh mandat British, penghijrahan besar-besaran dan ketegangan yang kian memuncak membawa kepada pemberontakan rakyat Palestin pada 1936 hingga 1939.

Pada 1947, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meluluskan pelan pembahagian Palestin. Rakyat Palestin menolaknya kerana tanah mereka dibahagikan tanpa persetujuan. Setahun kemudian, peristiwa Nakba meragut segalanya. Sekitar 750,000 rakyat Palestin diusir dan terpaksa meninggalkan rumah. Lebih 400 buah kampung dikosongkan dan dimusnahkan. Pelarian serta keturunan mereka hingga kini tidak dibenarkan p**ang.

Pada 1967, Israel menawan Tebing Barat, Baitulmaqdis Timur dan Gaza. Penjajahan bermula dengan penempatan haram terus dibina di atas tanah Palestin, walaupun tindakan tersebut menyalahi undang-undang antarabangsa PBB dan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ). Pada 1969, Masjid Al-Aqsa dibakar dan peristiwa itu menggerakkan dunia Islam sehingga tertubuhnya Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

Dekad-Dekad Kesakitan

Kesakitan itu berterusan. Pada 1982, ratusan pelarian Palestin dibunuh di kem Sabra dan Shatila di Lubnan oleh militia sekutu Israel, di kawasan yang dikawal tentera Israel. Pada 1987, rakyat Palestin bangkit dalam Intifada Pertama melawan pendudukan dengan batu dan kesabaran. Pada 1994, seorang rakyat Yahudi membunuh 29 jemaah yang sedang bersolat di Masjid Ibrahimi, Hebron.

Perjanjian Oslo pada awal 1990-an menjanjikan jalan menuju kemerdekaan, tetapi hakikatnya penempatan haram terus berkembang, pos pemeriksaan bertambah dan pergerakan rakyat Palestin semakin tersekat. Selepas Intifada Kedua tercetus pada 2000, Israel mula membina tembok pemisah pada 2002. Pada 2004, ICJ memutuskan bahawa tembok itu menyalahi undang-undang antarabangsa.

Sejak 2007, Gaza berada di bawah kepungan. Lebih dua juta penduduk terkurung di jalur sempit selama hampir dua dekad dan perang demi perang pada 2008, 2012, 2014 dan 2021 meragut ribuan nyawa orang awam. Pada 2018, rakyat Gaza berhimpun secara aman di pagar sempadan dalam Perarakan Besar Kep**angan, tetapi ratusan terbunuh dan ribuan cedera akibat tembakan.

Semakin Tersepit

Menjelang 2023, rakyat Palestin berada dalam keadaan yang semakin tersepit. Tanah terus dirampas dan rumah dirobohkan untuk memberi laluan kepada penempatan haram, sementara Gaza masih dikepung. Serbuan tentera dan keganasan pendatang haram Yahudi di Tebing Barat menjadi rutin harian, sementara pencerobohan ke Masjid Al-Aqsa kian kerap.

Dalam masa yang sama, dunia semakin senyap. Melalui Abraham Accords pada 2020, Emiriah Arab Bersatu, Bahrain dan Maghribi menjalin hubungan diplomatik dengan Israel, manakala Sudan turut mengumumkan persetujuan untuk menormalkan hubungan. Perkembangan ini dilihat sebagai tanda bahawa isu Palestin semakin diketepikan, seolah-olah ia boleh dilupakan tanpa penyelesaian.

Dalam keadaan itulah 7 Oktober tercetus. Ia menjadi isyarat yang menyedarkan dunia bahawa rakyat Palestin masih menderita dalam senyap, tanpa keadilan, ttanpa pembelaan.

Palestin adalah isu kemanusiaan

Taufan Al-Aqsa pada 7 Oktober mengajarkan dunia bahawa Palestin bukan isu bangsa Arab atau umat Islam. Rakyat Palestin terdiri daripada Muslim dan Kristian dan ramai yang menyokong mereka datang daripada pelbagai agama dan latar belakang. Yang dipertahankan ialah hak asasi: hak untuk tinggal di tanah sendiri dan hak seorang kanak-kanak untuk membesar tanpa bunyi bom.

Gelombang Sokongan Dunia

Selepas 7 Oktober, sokongan global memuncak. Jutaan orang turun ke jalan di kota-kota dunia. Mahasiswa di universiti ternama Amerika Syarikat dan Eropah bersolidariti. Beberapa negara mengiktiraf Palestin dan kes berkaitan Gaza dibawa ke ICJ dan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).

Kesedaran itu datang dengan harga yang amat tinggi. Kementerian Kesihatan Gaza melaporkan jumlah korban Palestin telah melepasi 74,000 orang, dengan lebih 175,000 cedera. Gencatan senjata yang berkuat kuasa sejak Oktober 2025 p**a masih rapuh. Pas**an Israel kini menguasai lebih separuh wilayah Gaza dan kerja pembinaan semula belum bermula.

Penutup

Tiga tahun berlalu. Penindasan yang berakar lebih seabad tidak akan selesai dengan Taufan Al-Aqsa, namun satu perkara telah berubah: dunia tidak lagi boleh mendakwa tidak tahu. Tugas kita ialah terus membantu rakyat Palestin dan terus menyebut kebenaran, walaupun dunia tidak peduli.

Lajnah Antarabangsa DPPM

05/10/2026
🌿 ALHAMDULILLAH, GOTONG-ROYONG PERDANA SELESAI! 🌿Alhamdulillah, Gotong-Royong Perdana Tapak SRITI Darul Ilmi, Batu 3 Sel...
04/10/2026

🌿 ALHAMDULILLAH, GOTONG-ROYONG PERDANA SELESAI! 🌿

Alhamdulillah, Gotong-Royong Perdana Tapak SRITI Darul Ilmi, Batu 3 Selama telah berjaya dilaksanakan dengan penuh semangat kebersamaan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan jazakumullahu khairan kathira kepada semua yang hadir, menyumbang tenaga, masa dan sokongan.

Semoga segala usaha ini menjadi amal jariah dan dipermudahkan segala urusan pembangunan SRITI Darul Ilmi. 🤲💚

Bersama Membina, Bersama Berbakti.

TUN DR SITI HASMAH: PERGINYA SEORANG TOKOH WANITA NEGARA Dewan Pemuda PAS Malaysia merakamkan ucapan takziah kepada Tun ...
28/09/2026

TUN DR SITI HASMAH: PERGINYA SEORANG TOKOH WANITA NEGARA

Dewan Pemuda PAS Malaysia merakamkan ucapan takziah kepada Tun Dr Mahathir Mohamad serta seluruh ahli keluarga atas pemergian Almarhumah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.

Pemergian Almarhumah merupakan satu kehilangan besar buat negara. Beliau bukan sahaja dikenali sebagai isteri kepada bekas Perdana Menteri Malaysia, bahkan merupakan seorang doktor, tokoh masyarakat dan wanita yang telah mencurahkan jasa serta bakti kepada rakyat dan negara sepanjang kehidupannya.

Dalam perjalanan panjang kehidupan dan perjuangan Tun Dr Mahathir, Almarhumah sentiasa setia berada di sisi, melalui pelbagai fasa s**a dan duka, sama ada ketika memimpin negara mahupun selepasnya. Sebuah perjalanan bersama yang panjang, penuh pengorbanan dan tentunya meninggalkan begitu banyak kenangan buat keluarga.

Dewan Pemuda PAS Malaysia mendoakan semoga Allah SWT mengampuni segala dosa Almarhumah, merahmati rohnya, menerima segala amal kebajikannya serta menempatkan beliau dalam kalangan hamba-Nya yang solehah.

Semoga Tun Dr Mahathir dan seluruh ahli keluarga dikurniakan kekuatan, kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi kehilangan insan yang amat dikasihi.

Al-Fatihah.

Sumber : Pemuda PAS Malaysia

28/09/2026

Address

Kampung Sungai Limau

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pemuda PAS Larut posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pemuda PAS Larut:

Shortcuts

Share