20/10/2026
KENALI AED! ⚡
Kita sering melihat sebuah kotak bertulis AED di pusat membeli-belah, lapangan terbang, pejabat dan kawasan tumpuan orang ramai.
Namun, adakah kita tahu fungsi dan cara menggunakannya?
đź’ˇ Ingat! AED direka untuk membantu orang awam memberikan bantuan awal kecemasan. Jangan takut untuk bertindak, kerana bantuan awal boleh meningkatkan peluang mangsa untuk terus hidup.
📢 JOM AMBIL TAHU, JOM BELAJAR!
Jika anda melihat seseorang rebah dan tidak memberi respons serta tidak bernafas secara normal, segera hubungi 999, minta AED dan mulakan CPR mengikut kemampuan serta panduan yang diberikan.
❤️ Satu tindakan pantas, satu peluang untuk menyelamatkan nyawa!
© 2026 Unit PRO APM Daerah Kota Tinggi
Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Johor