31/08/2026
๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐-๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐
KANGAR, 30 Ogos 2026 โ Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 Peringkat Negeri Perlis Tahun 2026 telah berlangsung dengan penuh gemilang dan meriah di Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra, Kangar, Perlis.
Majlis bersejarah ini diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, Raja Perlis bersama Duli Yang Maha Mulia Tuanku Tengku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid, Raja Perempuan Perlis yang berkenan hadir menyempurnakan sambutan tersebut.
Turut berangkat bersama ialah Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil, Raja Puan Muda Perlis serta Yang Amat Mulia Hajah Sharifah Farah Adriana Jamalullail.
Hadir sama memeriahkan acara ialah Yang Amat Berhormat Tuan Abu Bakar bin Hamzah, Menteri Besar Perlis, bersama barisan kepimpinan kerajaan negeri, Ahli-ahli Parlimen, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, ketua-ketua jabatan negeri dan Persekutuan serta para tetamu kehormat.
Bertemakan โMalaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmatiโ, sambutan pada tahun ini membawa mesej penting mengenai usaha memperkukuhkan perpaduan rakyat, meningkatkan kesejahteraan masyarakat serta memastikan pembangunan negara dapat dinikmati secara menyeluruh. Tema tersebut turut menggambarkan aspirasi negara dalam membina Malaysia yang lebih maju, harmoni, inklusif dan berdaya tahan melalui tadbir urus yang baik serta kerjasama erat antara kerajaan dan rakyat.
Pelbagai pengisian menarik telah disusun bagi memeriahkan sambutan, termasuk pertandingan pakaian bertemakan Hari Kebangsaan, persembahan kebudayaan, pertunjukan bunga api, persembahan pantomim Polis Diraja Malaysia (PDRM), persembahan khas seni bela diri, Rentak Anak Malaysia, persembahan Pancaragam Gabungan 30 Briged Infantri Malaysia serta persembahan Rockestra Gitar.
Antara persembahan yang paling mencuri perhatian ialah aksi daripada Pancaragam Gabungan 30 Briged Infantri Malaysia yang tampil dengan persembahan penuh bertenaga menerusi gabungan muzik, elemen pertunjukan khas, semburan api serta tarian yang berjaya memukau para hadirin sepanjang acara berlangsung.
Selain itu, suasana sambutan turut disemarakkan dengan persembahan hiburan daripada artis jemputan yang membawa lagu-lagu berunsurkan patriotik dan semangat cintakan negara, sekali gus mewujudkan suasana penuh keceriaan bersama para pengunjung.
Bagi acara perbarisan dan perarakan, sebanyak 70 kontinjen melibatkan seramai 5,017 peserta telah mengambil bahagian yang terdiri daripada pelbagai agensi kerajaan, pasukan keselamatan, institusi pendidikan serta organisasi negeri. Penyertaan turut melibatkan 1,800 anggota Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) daripada universiti awam seluruh negara, memperlihatkan semangat generasi muda dalam menghargai sejarah kemerdekaan serta mempertahankan kedaulatan negara.
Sambutan pada tahun ini mendapat sambutan amat menggalakkan apabila lebih 40,000 pengunjung hadir memenuhi kawasan acara. Kehadiran masyarakat daripada pelbagai latar belakang membuktikan semangat patriotisme, perpaduan dan rasa cinta yang tinggi terhadap Malaysia masih kukuh dalam kalangan rakyat.
Kemuncak sambutan berlangsung tepat jam 12.00 tengah malam dengan laungan keramat โMerdeka!โ sebanyak tujuh kali, diikuti upacara menaikkan Jalur Gemilang serta nyanyian lagu kebangsaan Negaraku sebagai simbolik menyambut ulang tahun kemerdekaan negara dengan penuh semangat dan rasa bangga.
Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 Peringkat Negeri Perlis Tahun 2026 bukan sahaja menjadi medan meraikan kemerdekaan, malah menjadi wadah untuk menyatukan rakyat, memperkukuhkan semangat kenegaraan serta menghargai jasa dan pengorbanan generasi terdahulu dalam membentuk Malaysia yang aman dan berdaulat.
๐๐๐ฅ๐๐ฆ๐๐ญ ๐๐๐ง๐ฒ๐๐ฆ๐๐ฎ๐ญ ๐๐๐ซ๐ข ๐๐๐๐๐ง๐ ๐ฌ๐๐๐ง ๐๐-๐๐ ๐ฒ๐พ