Armada Bersatu Bahagian Kangar - Rasmi

Directions

Armada Bersatu Bahagian Kangar - Rasmi Angkatan Bersatu Anak Muda atau nama singkatnya ARMADA BERSATU adalah sayap belia bagi Parti BERSATU

l
22/06/2026

l

Tahniah Dan Selamat Menjalankan Tugas
22/06/2026

Tahniah Dan Selamat Menjalankan Tugas

Wakil PAS Aziz Ahmad, Jamil Kamis dan Ahmad Adnan Fadzil masing-masing dilantik penyelaras DUN Chuping, Bintong dan Guar Sanji.

08/06/2026

Armada gesa siasat dakwaan ADUN jual lembu korban, Haziq nafi dan anggap fitnah

. (Surah Al-Baqarah, ayat 153) yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (kepada Allah) deng...
07/06/2026

. (Surah Al-Baqarah, ayat 153) yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar."

Terus melangkah membina masa depan Negeri Perlis dengan lebih cemerlang & berjaya
YAB MB Tuan Abu Bakar Hamzah

06/06/2026

Kubah bertengkolok pertama di Perlis

Tengkolok “ Putra Julang Darjat” dinaikkan di Masjid Sirajuddin Kampung Padang Pauh, Kangar.

Sumber : , 📸FB MAIPs

KENYATAAN MEDIAARMADA BERSATU BAHAGIAN KANGARTAHNIAH ATAS PELANTIKAN PENYELARAS DUN DAN SETIAUSAHA AKHBAR MENTERI BESAR ...
05/06/2026

KENYATAAN MEDIA
ARMADA BERSATU BAHAGIAN KANGAR

TAHNIAH ATAS PELANTIKAN PENYELARAS DUN DAN SETIAUSAHA AKHBAR MENTERI BESAR PERLIS

ARMADA BERSATU Bahagian Kangar merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada individu-individu yang telah diberikan kepercayaan untuk menggalas amanah dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis.

Ucapan tahniah diucapkan kepada Ustaz Ahmad Adnan Fadzil atas pelantikan sebagai Penyelaras DUN Guar Sanji, Tuan Jamil Kamis sebagai Penyelaras DUN Bintong, Tuan Abdul Aziz Ahmad sebagai Penyelaras DUN Chuping serta Puan Husna Hashim atas pelantikan sebagai Setiausaha Akhbar Menteri Besar Perlis.

ARMADA BERSATU Bahagian Kangar berpandangan bahawa pelantikan ini membuktikan Kerajaan Negeri Perlis di bawah kepimpinan YAB Menteri Besar, Abu Bakar Hamzah, sentiasa mengamalkan pendekatan matang, profesional dan terbuka dalam pentadbiran negeri.

Pelantikan tokoh-tokoh yang mempunyai latar belakang kepimpinan PAS dalam jawatan-jawatan penting ini jelas menunjukkan bahawa kerajaan negeri mengutamakan kestabilan pentadbiran, kebajikan rakyat serta memperkukuhkan hubungan dalam kalangan parti-parti komponen Perikatan Nasional.

Pendekatan yang ditunjukkan oleh YAB Menteri Besar ini wajar diberikan penghargaan kerana mencerminkan semangat muafakat dan kerjasama yang menjadi asas kekuatan Perikatan Nasional. Dalam suasana politik yang mencabar, keutamaan sewajarnya diberikan kepada agenda pembangunan negeri dan kesejahteraan rakyat berbanding perbezaan pandangan politik.

ARMADA BERSATU Bahagian Kangar yakin bahawa pelantikan ini akan menjadi pemangkin kepada hubungan yang lebih erat antara parti-parti komponen Perikatan Nasional di Perlis serta memperkukuhkan usaha untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Semoga semua yang dilantik diberikan kekuatan, kebijaksanaan dan keikhlasan dalam melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan demi agama, bangsa, negeri dan negara.

"BERSATU, BERAMANAH, BERMARUAH "

MUHAMMAD FADZIL NOR BIN ABD MANAN
Ketua Penerangan
ARMADA BERSATU Bahagian Kangar
5 Jun 2026

04/06/2026

Pemuda Pas Perlis dakwa wujud SD, Armada Bersatu minta kemuka bukti

Hentikan spekulasi,Fokus pentadbiran rakyat dan PRU 16
04/06/2026

Hentikan spekulasi,
Fokus pentadbiran rakyat dan PRU 16

Pemuda Bersatu Kangar menggesa Pemuda PAS Perlis membuktikan dakwaan bahawa Adun parti itu terlibat menjatuhkan Shukri Ramli.

Address

Kangar

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Armada Bersatu Bahagian Kangar - Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share