Majlis Sukan Negeri Perlis

Directions Website

Majlis Sukan Negeri Perlis Home of Northern Star

TERBANG LATIF, TERBANG! Seluruh warga Majlis Sukan Negeri Perlis menitipkan doa dan sokongan buat Datuk Abdul Latif Roml...
17/10/2026

TERBANG LATIF, TERBANG!

Seluruh warga Majlis Sukan Negeri Perlis menitipkan doa dan sokongan buat Datuk Abdul Latif Romly yang bakal membawa cabaran negara dalam acara lompat jauh T20 di Sukan Para Asia Aichi-Nagoya 2026.

Semoga segala persiapan, usaha dan latihan yang dicurahkan membuahkan kejayaan serta memberikan persembahan terbaik demi mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa. Terus melompat lebih jauh, terus melakar sejarah. Seluruh rakyat Malaysia bersama-sama memberikan sokongan dan doa buat wira negara.

SATU LOMPATAN, SEJUTA HARAPAN! TERBANG LATIF, TERBANG!

TAHNIAH ZAIMAN MEGAT ABU & SHAHRUL AZMER AZMAN! πŸ‡²πŸ‡ΎSeluruh warga Majlis Sukan Negeri Perlis mengucapkan setinggi-tinggi t...
17/10/2026

TAHNIAH ZAIMAN MEGAT ABU & SHAHRUL AZMER AZMAN! πŸ‡²πŸ‡Ύ

Seluruh warga Majlis Sukan Negeri Perlis mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Zaiman Megat bin Abu atas kejayaan meraih pingat EMAS dalam acara Lompat Kijang Lelaki dan pingat PERAK dalam acara 4x100 meter berganti-ganti lelaki, serta Shahrul Azmer bin Azman atas kejayaan meraih pingat GANGSA dalam acara 400 meter berpagar lelaki di Asia Pacific Deaf Multi-Sport Championships 2026, yang berlangsung pada 3 hingga 10 Oktober 2026 di Pulau Pinang.

Kejayaan ini membuktikan semangat juang, komitmen dan dedikasi tinggi atlet dalam mengharumkan nama negeri Perlis di persada sukan antarabangsa.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi untuk terus melakar kecemerlangan dan menggapai lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.

PENGHARGAAN DAN UCAPAN TERIMA KASIH SERTA SEKALUNG TAHNIAH ATAS PELANTIKAN KETUA PENGARAH MAJLIS SUKAN NEGARASeluruh war...
15/10/2026

PENGHARGAAN DAN UCAPAN TERIMA KASIH SERTA SEKALUNG TAHNIAH ATAS PELANTIKAN KETUA PENGARAH MAJLIS SUKAN NEGARA

Seluruh warga Majlis Sukan Negeri Perlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YBrs. En. Jefri Ngadirin atas segala jasa, sumbangan, khidmat bakti serta kepimpinan sepanjang menyandang jawatan sebagai Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN).

Segala komitmen, dedikasi dan usaha beliau dalam menerajui pembangunan serta pemerkasaan sukan negara amat dihargai dan akan terus dikenang. Semoga YBrs. En. Jefri Ngadirin sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kesejahteraan berpanjangan serta kejayaan dalam segala urusan dan tanggungjawab yang mendatang.

Dalam pada itu, seluruh warga MSN Perlis turut merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBrs. En. Arrifin Mohd Ghani atas pelantikan sebagai Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), berkuat kuasa 15 Oktober 2026.

Seluruh warga MSN Perlis mengucapkan selamat menjalankan amanah dan tanggungjawab serta mendoakan agar kepimpinan beliau dapat meneruskan kesinambungan kecemerlangan MSN, memperkukuh pembangunan sukan negara dan memacu pencapaian sukan Malaysia ke tahap yang lebih gemilang.

Semoga segala usaha dan komitmen yang dicurahkan mendapat keberkatan serta memberikan manfaat yang berterusan kepada pembangunan sukan negara.

Terima kasih atas segala jasa dan bakti. Sekalung tahniah serta selamat menjalankan amanah.

Ikhlas daripada,

SELURUH WARGA CEMERLANG
MAJLIS SUKAN NEGERI PERLIS

PROGRAM PEMILIHAN BAKAT BAHARU SUKAN MENEMBAK PERLIS! MINAT MENEMBAK? JOM SERTAI KAMI! πŸ”₯Perlis Shooting Team membuka pel...
12/10/2026

PROGRAM PEMILIHAN BAKAT BAHARU SUKAN MENEMBAK PERLIS!

MINAT MENEMBAK? JOM SERTAI KAMI! πŸ”₯

Perlis Shooting Team membuka peluang kepada bakat-bakat baharu untuk menyertai Skuad Simba Perlis.

Jika anda mempunyai minat dalam sukan menembak, berdisiplin dan bersemangat untuk menjadi atlet berprestasi tinggi, inilah peluang anda untuk melangkah lebih jauh dalam dunia sukan.

πŸ“… TARIKH: 17 Oktober 2026 (Sabtu)
⏰ MASA: 8.00 pagi
πŸ“ LOKASI: Kompleks Sukan Menembak, Genting Kabu, Sungai Batu Pahat, Perlis

βœ… SYARAT KELAYAKAN:
πŸ”Ή Lelaki dan perempuan berumur 13–15 tahun
πŸ”Ή Terbuka kepada pelajar sekolah sekitar kawasan Kangar
πŸ”Ή Dominan tangan kanan dan mata kanan
πŸ”Ή Sihat tubuh badan dari segi fizikal dan mental
πŸ”Ή Mempunyai disiplin tinggi serta komitmen berterusan
πŸ”Ή Berpakaian sukan yang lengkap dan bersesuaian

πŸ“² BERMINAT? HUBUNGI KAMI SEKARANG!

πŸ“ž Coach Wandy: 011-26468406
πŸ“ž En. Hazim (MSN): 010-390 8155
πŸ“ž Coach Naz: 017-242 4928

Jangan lepaskan peluang untuk mengembangkan bakat dan membina kerjaya sebagai atlet!

SERTAI PASUKAN & BINA KERJAYA ATLET PRESTASI TINGGI ANDA.

POST-MORTEM SUKMA SELANGOR 2026 | MENILAI PENCAPAIAN, MEMPERKASA MASA HADAPANMajlis Sukan Negeri Perlis bersama barisan ...
10/10/2026

POST-MORTEM SUKMA SELANGOR 2026 | MENILAI PENCAPAIAN, MEMPERKASA MASA HADAPAN

Majlis Sukan Negeri Perlis bersama barisan pengurus sukan telah mengadakan sesi post-mortem bagi menilai prestasi dan pencapaian Kontinjen Perlis sepanjang temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026.

Sesi ini dipengerusikan oleh YB Wan Zikri Afthar Ishak, Exco Belia dan Sukan Negeri Perlis merangkap Pengerusi Majlis Sukan Negeri Perlis dan Ketua Kontinjen Perlis ke SUKMA Selangor 2026.

Kontinjen Perlis berjaya meraih 17 pingat emas, 7 pingat perak dan 18 pingat gangsa, sekali gus mencatatkan pencapaian terbaik sepanjang penyertaan Perlis dalam temasya SUKMA. Perlis turut menduduki tangga ke-11 dalam carta kutipan pingat keseluruhan.

Sesi post-mortem ini menjadi platform untuk menilai prestasi setiap sukan, mengenal pasti kekuatan dan kelemahan serta membincangkan langkah penambahbaikan bagi memperkukuh persiapan dan meningkatkan pencapaian atlet pada temasya akan datang.

Pencapaian bersejarah ini merupakan hasil komitmen dan kerja keras atlet, jurulatih, pengurus sukan serta seluruh pasukan sokongan yang telah bersama-sama membawa cabaran negeri Perlis ke pentas kebangsaan.

Semoga segala dapatan dan cadangan daripada sesi ini menjadi asas kepada perancangan yang lebih strategik demi memastikan sukan Perlis terus berkembang dan mampu mencipta lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.

17 EMAS. SATU SEJARAH. PERLIS TERUS MELANGKAH!

LENSA KEMERIAHAN PAMERAN MAJLIS SUKAN NEGERI PERLIS DI HARI SUKAN NEGARA 10 OKTOBER 2026 (SABTU) | KANGAR JAYA MALL, KAN...
10/10/2026

LENSA KEMERIAHAN PAMERAN MAJLIS SUKAN NEGERI PERLIS DI HARI SUKAN NEGARA

10 OKTOBER 2026 (SABTU) | KANGAR JAYA MALL, KANGAR, PERLIS

RAHSIA PRESTASI: ASAS SAINS SUKANMajlis Sukan Negeri Perlis (MSN Perlis) melalui Unit Sains Sukan telah mengadakan ceram...
10/10/2026

RAHSIA PRESTASI: ASAS SAINS SUKAN

Majlis Sukan Negeri Perlis (MSN Perlis) melalui Unit Sains Sukan telah mengadakan ceramah bertajuk β€œRahsia Prestasi: Asas Sains Sukan” sempena Program Hari Sukan Negara Peringkat Sekolah di SMK Syed Hussein.

Ceramah ini disampaikan oleh Muhamad Hafiz bin Rosli, Terapi Sukan MSN Perlis, dengan perkongsian ilmu berkaitan asas sains sukan serta kepentingannya dalam meningkatkan prestasi atlet dan membentuk amalan sukan yang lebih berkesan.

Diharapkan perkongsian ini dapat memberikan pendedahan kepada para pelajar tentang kepentingan kecergasan fizikal, penjagaan tubuh badan dan persediaan yang betul dalam aktiviti sukan bagi melahirkan generasi yang aktif, sihat dan berdaya saing.

Terima kasih kepada pihak SMK Syed Hussein atas jemputan dan kerjasama yang diberikan.

IT’S TIME TO ROAR!

JOM MERIAHKAN PAMERAN BOOTH MSN PERLIS! HARI SUKAN NEGARA 2026Ayuh orang ramai, jangan lepaskan peluang untuk mengunjung...
09/10/2026

JOM MERIAHKAN PAMERAN BOOTH MSN PERLIS!
HARI SUKAN NEGARA 2026

Ayuh orang ramai, jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi Booth Majlis Sukan Negeri Perlis (MSNPs) sempena sambutan Hari Sukan Negara pada 10 Oktober 2026.

Pelbagai aktiviti menarik berasaskan sains sukan menanti anda untuk mengenali dan mencuba sendiri kaedah pengukuran prestasi fizikal serta menguji kemampuan diri.

πŸ”¬ ANTARA AKTIVITI MENARIK:

πŸ”Ή PowerCube – Pengukuran prestasi fizikal
πŸ”Ή Back Strength – Ujian kekuatan otot belakang
πŸ”Ή Countermovement Jump (CMJ) – Ujian kuasa eksplosif kaki melalui lompatan menegak
πŸ”Ή BlazeSport – Ujian masa reaksi, kelajuan dan ketangkasan

Jadikan Hari Sukan Negara kali ini lebih bermakna dengan meneroka dunia sains sukan bersama MSN Perlis. Bukan sekadar bersukan, tetapi kenali juga potensi dan keupayaan fizikal anda!

πŸ“… Tarikh: 10 Oktober 2026
πŸ“ Lokasi: Booth MSN Perlis sempena Hari Sukan Negara 2026

JOM SINGGAH, JOM CUBA, JOM UJI PRESTASI ANDA!

TAHNIAH ATLET PERLIS DI KEJOHANAN MSSM!Syabas dan tahniah diucapkan kepada barisan atlet Perlis yang telah mencipta keja...
08/10/2026

TAHNIAH ATLET PERLIS DI KEJOHANAN MSSM!

Syabas dan tahniah diucapkan kepada barisan atlet Perlis yang telah mencipta kejayaan membanggakan pada Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM).

Kejayaan ini membuktikan bahawa bakat muda Perlis terus menyerlah dalam pelbagai cabang sukan dan mampu bersaing di peringkat kebangsaan.

MEMANAH

Nur Qaireen Umairah binti Norazlizal, SMK Derma
β€’ EMAS – Individu Keseluruhan P18
β€’ EMAS – Individu 60M P18
β€’ EMAS – Individu 50M P18
β€’ EMAS – Pusingan Penyingkiran Individu P18
β€’ PERAK – Individu 70M P18
β€’ PERAK – Individu 40M P18
β€’ EMAS – Pusingan Penyingkiran Campuran B18
β€’ PERAK – Kelayakan Berpasukan

Nur Qaireen Umairah Binti Norazlizal, SMK Derma
Nur Umairah Husna Binti Muhamad Rifaie, Sa Al Islahiyah Menengah
Nurul Huda Binti Nawawi, KV Kangar
Nur Anisa Qistina binti Mazelan, Sa Al Islahiyah Menengah
β€’ EMAS – Berpasukan P18

Muhammad Riyyad Zaufal bin Mohd Rashidi, SMK Syed Alwi
β€’ GANGSA – Tempat Keempat

Umair Kholid bin Muhamad Khalis, SMK Dato' Sheikh Ahmad
β€’ EMAS – Pusingan Penyingkiran Campuran B18

Nurul Huda binti Nawawi, KV Kangar
β€’ EMAS – Penyingkiran Berpasukan
β€’ PERAK – Kelayakan Berpasukan

SKUASY

Armann Merzha bin Ashraf, SSBJ
β€’ EMAS – Individu L15
β€’ EMAS – Berpasukan L15

Muhammad Ifwat bin Zulkifli, SSBJ
β€’ PERAK – Individu L15
β€’ EMAS – Berpasukan L15

Ooi Wen Min, SSBJ
β€’ EMAS – Individu P18
β€’ GANGSA – Berpasukan P18

Iman Thaqif bin Mohd Redza, SMK Tuanku Lailatul Shahreen
β€’ EMAS – Berpasukan L15

Syamie Raeesz bin Syahrul Anuar, SK Seri Indera
β€’ EMAS – Berpasukan L15

Wan Zara Fakhira binti Azmeer, SMK Derma
β€’ GANGSA – Berpasukan P18

Nur Hanisah Auni binti Mohamad Hafiz, SMK Derma
β€’ GANGSA – Berpasukan P18

Safiyya Ranea binti Syahrul Anuar, SMK Derma
β€’ GANGSA – Berpasukan P18

TENIS

Reefa Amani binti Ruhil Amal, Harvest International Education
β€’ PERAK – Single P12

GIMNASTIK ARTISTIK

Eliza binti Adlan, SSBJ
β€’ EMAS – Palang Bertingkat P18
β€’ EMAS – Melombol P18
β€’ EMAS – Batang Titian P18
β€’ EMAS – Senam Lantai P18
β€’ EMAS – Individu Keseluruhan P18

Ezra bin Adlan, SMK Perlis
β€’ EMAS – Palang Tunggal L18
β€’ EMAS – Gelang L18
β€’ GANGSA – Individu Keseluruhan L18

Amir Hamzah bin Hazlee, KV Kangar
β€’ EMAS – Melombol L18
β€’ GANGSA – Kekuda Berpelana L18
β€’ GANGSA – Palang Tunggal L18
β€’ GANGSA – Individu Keseluruhan L18

Adam Mikail bin Mohd Al Hafiz, SSBJ
β€’ GANGSA – Melombol L15
β€’ GANGSA – Palang Tunggal L15
β€’ GANGSA – Individu Keseluruhan L15

Aliya Batrisya binti Zaharul Amin, SSBJ
β€’ PERAK – Melombol P15

Nurul Keisha Qaisara binti Khairul Anuar, SSBJ
β€’ EMAS – Batang Titian P15

Amer bin Adlan, SSBJ
β€’ GANGSA – Senam Lantai L15

Nur Afrina Naila binti Mohd Al Hafiz, SK Seri Perlis
β€’ PERAK – Senam Lantai P12

GIMNASTIK BERIRAMA

Aroosa Tihani binti Zulkiflee, Wafiyya Ammar Aisya binti Harfaizal, Nur Haisha Hanania binti Nor Haizar, Nia Irdina Marissa binti Khairil Anuar & Maryam Aisha binti Shafiq
β€’ GANGSA – Pre-Junior B12 Latihan Berkumpulan (Alatan Tali)

PELAYARAN

Muhammad Anas A***n bin Mohd Noor Ridzuan, SK Sungai Menghulu
β€’ EMAS – Penaja Optimist B12L
β€’ EMAS – Individu Optimist B12L

Muhammad Nawfal bin Norhisam, SK Tengku Budriah
β€’ PERAK – Penaja Optimist B12L

Lydia Hannah Jasmine bin Lukman, SMK Kelibang
β€’ EMAS – Optimist B15P

Muhammad Hadif Nabihan bin Rashidi, SMK Syed Hassan
β€’ PERAK – ILCA 6 B18L

Aina Qasrina binti Yuslizam, SMK Raja Puan Muda Tengku Fauziah
β€’ GANGSA – ILCA 6 B18P

TENPING BOLING

Muhammad Izzul Fawwaz bin Mohd Zul Fauzi, SMK Derma
β€’ PERAK – Individu L18
β€’ EMAS – Berpasukan L18

Iris Marissa binti Rosli, SMK Syed Hassan
β€’ GANGSA – Master P18

Amsyar Zahin bin Mohd Hafiz, SMK Derma, Ku Mohd Adam Mikhail bin Ku Zulkifli, SMK Syed Hussein & Syafiq Zafuan Khan bin Mohd Abd Karim Khan, SMK Tuanku Lailatul Shahreen
β€’ EMAS – Berpasukan L18

OLAHRAGA

Nur Alya Qaisara binti Yusrieazmier, SMK Syed Hassan
β€’ EMAS – Lempar Cakera P15

Muhammad Firdaus bin Abdul Rahman, SMK Syed Hassan
β€’ EMAS – Lempar Cakera L18

Muhammad Dzul Fikri bin Abu Dzarda, SMK Syed Hassan
β€’ EMAS – Tukul Besi L18

Muhammad Aiedil Ashraff bin Mohamad Nor, SMK Syed Hassan
β€’ GANGSA – Tukul Besi L18

Nur Alya Safiah binti Zulhelmy, SMK Syed Hassan
β€’ EMAS – Tukul Besi P18

Nur Nabilah Fiqqhriyah binti Hasrol Rizal, SMK Syed Hassan
β€’ PERAK – Tukul Besi P18

Tahniah dan syabas kepada semua atlet, jurulatih, guru pengiring serta semua pihak yang telah memberikan sokongan dalam mengharumkan nama Perlis di pentas MSSM. Teruskan melakar kejayaan dan menjadi inspirasi kepada generasi atlet muda Perlis.

TAHNIAH SHAHALRIL AIMAN HALIM!Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada Shahalril Aiman Halim atas kejayaan me...
07/10/2026

TAHNIAH SHAHALRIL AIMAN HALIM!

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada Shahalril Aiman Halim atas kejayaan membantu skuad Sepak Takraw Men’s Team Regu Malaysia meraih pingat emas di 20th Asian Games Aichi-Nagoya 2026, yang berlangsung dari 19 September hingga 4 Oktober 2026.

Tahniah juga buat seluruh pasukan Sepak Takraw Malaysia atas aksi, semangat juang dan kerjasama luar biasa dalam mengharumkan nama negara di pentas Asia.

Kejayaan ini bukan sekadar sebuah kemenangan, tetapi lambang kebanggaan buat seluruh rakyat Malaysia β€” khususnya Perlis yang pastinya bangga melihat anak negeri mengukir nama bersama wira-wira negara.

TAHNIAH SHAHAHRIL AIMAN!
TAHNIAH SKUAD SEPAK TAKRAW MALAYSIA!
TAHNIAH MALAYSIA!

Address

Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra
Kangar
01000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Majlis Sukan Negeri Perlis posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share