Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Perlis

Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Perlis

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Perlis, Government Organization, BAHAGIAN PERANCANG EKONOMI NEGERI PERLIS, ARAS 3, BLOK A KOMPLEKS PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI PERLIS, PERSIARAN WAWASAN, Kangar.

Photos from Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Perlis's post 18/06/2026

Sesi Kunjung Hormat dan Lawatan Tapak Chuping Valley Industrial Area (CVIA) bersama delegasi Japan External Trade Organization (JETRO)

Tarikh : 18 Jun 2026 (Khamis)
Masa : 2.00 Petang
Tempat : Chuping Valley Industrial Area (CVIA)

Delegasi JETRO yang diketuai oleh Puan Azuki Yamaguchi (Pengarah Jabatan Penyelidikan) bersama Cik Nisa Zahira Binti Mohamad (Pembantu Jabatan Penyelidikan) telah diberikan taklimat serta dibawa melawat kawasan pembangunan CVIA bersama wakil NCER. Turut hadir bersama Puan Suhaila binti Ibrahim, Pegawai Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Perlis.

Lawatan ini memberi peluang kepada pihak delegasi untuk mendapatkan gambaran awal mengenai perancangan pembangunan, kemudahan sedia ada serta potensi kawasan sebagai lokasi pelaburan pada masa hadapan.

Program ini turut memperkukuh jaringan kerjasama serta membuka ruang kepada pertukaran pandangan antara kedua-dua pihak.

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat.





Photos from Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Perlis's post 17/06/2026

MAJLIS SKIM PEMBIAYAAN KEWANGAN USAHAWAN MIKRO NEGERI PERLIS TAHUN 2026

๐Ÿ“… 16 Jun 2026 (Selasa)
๐Ÿ•˜ 9.00 pagi
๐Ÿ“ Dewan Bankuet, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis

Majlis Skim Pembiayaan Kewangan Usahawan Mikro Negeri Perlis Tahun 2026 telah disempurnakan oleh YAB Tuan Abu Bakar bin Hamzah, Menteri Besar Perlis.

Turut hadir ialah YB Tuan Megat Hashirat bin Hassan, merangkap EXCO Keusahawanan dan Koperasi, YB Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim, Ahli Parlimen Arau, YB Tuan Rusele Eizan, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Perlis, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis, YBrs. Encik Rusdi bin Yahya, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (Pembangunan), YBrs. Dr. Noriman bin Rojulai, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (Pengurusan), wakil pengurusan Bank Muamalat Malaysia Berhad, Ketua-Ketua Jabatan serta pegawai-pegawai Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Perlis.

Kerajaan Negeri Perlis melalui Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Perlis terus komited memperkasa usahawan mikro menerusi peningkatan paras siling Skim Pembiayaan Kewangan Usahawan Mikro daripada RM3,000 kepada RM5,000 bagi setiap pemohon yang layak.

Pada tahun 2026, seramai 67 usahawan Negeri Perlis telah menerima manfaat skim pembiayaan ini. Daripada jumlah tersebut, 25 usahawan telah hadir sebagai penerima simbolik sempena majlis pelancaran skim pembiayaan ini.

Tempoh bayaran balik turut dilanjutkan daripada 3 tahun kepada 4 tahun, dengan pembiayaan tanpa faedah dan bayaran balik serendah RM104 sebulan.

Inisiatif ini bertujuan membantu usahawan mikro mengembangkan perniagaan secara lebih mampan, berdaya saing dan berpotensi menembusi pasaran yang lebih luas. Selain itu, usahawan yang menunjukkan prestasi perniagaan cemerlang berpeluang menerima Geran Padanan Perniagaan sehingga RM5,000 daripada Bank Muamalat.

Semoga lebih ramai usahawan Perlis terus maju, berkembang dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negeri.




Photos from Tourism of Perlis Official's post 14/06/2026
Photos from Perlis Geopark's post 14/06/2026
Photos from Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Perlis's post 14/06/2026

LAWATAN TAPAK CADANGAN PROJEK PEMAJUAN KAWASAN (PPK) KAMPUNG WAI, KUALA PERLIS OLEH KEMENTERIAN EKONOMI

Tarikh : 13 Jun 2026 (Sabtu)
Masa : 2.00 petang
Tempat : Kampung Wai, Kuala Perlis

Kerajaan Negeri Perlis melalui Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN) Perlis sentiasa komited dalam memastikan pembangunan dan ekonomi negeri Perlis terus diperkasa terutamanya dalam melibatkan kebajikan rakyat.

Sehubungan dengan itu, lawatan tapak bagi Projek Pemajuan Kawasan (PPK) Kampung Wai telah diadakan melibatkan kerjasama strategik antara Kementerian Ekonomi, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Jabatan Kerja Raya (JKR), Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (PKENPs) serta agensi-agensi berkaitan telah dilakukan bagi memperhalusi keperluan-keperluan teknikal dan penelitian lanjut lanjutan daripada komitmen kerajaan negeri dalam permohonan bajet Rancangan Malaysia ketiga belas (RMK-13).

Turut hadir dalam lawatan tapak tersebut ialah Pengarah Bahagian Pembangunan Wilayah, Kementerian Ekonomi, Datuk Mariam Ilias; Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Wilayah, Puan Noor Atikah Mokhtar dan Puan Murniza Natasya Nasir; Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Wilayah, Cik Amalina Akram dan Puan Norhinnah Abdul Latif.

Hadir sama mewakili Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) ialah Farah Amira binti Mohamed Nasser, Nur Diana binti Mehat dan Nurul Elyana binti Ishak dari Bahagian Penyelarasan dan Pemantauan; Setiausaha Bahagian, Bahagian Kemajuan Tanah dan Wilayah, Dr. Hartini binti Mohd Nasir; Ketua Penolong Setiausaha Bahagian, En. Mazlan bin Mohd Daly; Puan Raihan binti Mokti, Penolong Pengarah PKN Kedah/Perlis/Pulau Pinang serta seorang Penolong Jurutera daripada PKN Kedah/Perlis/Pulau Pinang.

Turut serta mewakili Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, YBRs. Encik Rusdi Bin Yahya, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (Pembangunan), Encik Hasan Hafizi Bin Hanapi, Setiausaha Bahagian, Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Perlis serta pegawai-pegawai Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Perlis.

Lawatan ini memfokuskan kepada cadangan pembinaan kediaman khas bagi memberi berpeluang kepada rakyat tempatan untuk memiliki kediaman yang selesa, kondusif dan selamat. Gandingan bahu bersama agensi Persekutuan dan Negeri ini adalah bukti kesungguhan kita dalam memacu pembangunan inklusif di Perlis.

26/05/2026

๐ŸŒ™ ๐Ÿ•Œ SALAM AIDILADHA ๐ŸŒ™ ๐Ÿ•Œ

Kami warga kerja Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Perlis mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha buat seluruh muslimin dan muslimat.

Daripada Aisyah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

โ€Žู…ูŽุง ุนูŽู…ูู„ูŽ ุขุฏูŽู…ููŠู‘ูŒ ู…ูู†ู’ ุนูŽู…ูŽู„ู ูŠูŽูˆู’ู…ูŽ ุงู„ู†ู‘ูŽุญู’ุฑู ุฃูŽุญูŽุจู‘ูŽ ุฅูู„ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ู…ูู†ู’ ุฅูู‡ู’ุฑูŽุงู‚ู ุงู„ุฏู‘ูŽู…ูุŒ ุฅูู†ู‘ูŽู‡ู ู„ูŽูŠูŽุฃู’ุชููŠ ูŠูŽูˆู’ู…ูŽ ุงู„ู‚ููŠูŽุงู…ูŽุฉู ุจูู‚ูุฑููˆู†ูู‡ูŽุง ูˆูŽุฃูŽุดู’ุนูŽุงุฑูู‡ูŽุง ูˆูŽุฃูŽุธู’ู„ูŽุงููู‡ูŽุงุŒ ูˆูŽุฃูŽู†ู‘ูŽ ุงู„ุฏู‘ูŽู…ูŽ ู„ูŽูŠูŽู‚ูŽุนู ู…ูู†ูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุจูู…ูŽูƒูŽุงู†ู ู‚ูŽุจู’ู„ูŽ ุฃูŽู†ู’ ูŠูŽู‚ูŽุนูŽ ู…ูู†ูŽ ุงู„ุฃูŽุฑู’ุถูุŒ ููŽุทููŠุจููˆุง ุจูู‡ูŽุง ู†ูŽูู’ุณู‹ุง

Maksudnya: โ€œTidak ada amalan yang dilakukan oleh anak adam pada hari al-Nahr (Raya Aidiladha) yang lebih dicintai oleh Allah selain daripada menumpahkan darah (binatang korban). Sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat dengan tanduknya, bulunya dan kukunya dan sesungguhnya darah tersebut akan sampai kepada redha Allah SWT sebelum ia jatuh ke bumi. Maka, bersihkanlah jiwa kamu (dengan berkorban).โ€ - Riwayat al-Tirmizi.



๐ŸŒ™

26/05/2026

Salam Aidiladha 1447H ๐Ÿ•‹

Sempena sambutan Hari Raya Aidiladha yang penuh keberkatan ini, marilah kita bersama-sama menghayati erti sebenar pengorbanan, keikhlasan dan ketaatan dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab yang dipikul.

Semoga Aidiladha pada tahun 2026 ini membawa rahmat, kesejahteraan dan kebahagiaan kepada seluruh rakyat Negeri Perlis, di samping terus memperkukuhkan semangat perpaduan, kasih sayang dan kebersamaan dalam masyarakat.

Selamat Hari Raya Aidiladha.
Maaf Zahir dan Batin.

Ingatan Tulus Ikhlas Daripada :

YB Datoโ€™ Noor Azman Bin Abdul Rahman
Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis
Dan Seluruh Warga Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis




Photos from Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Perlis's post 25/04/2026

25 April 2026 | Lensa sekitar Hari kedua Perlis Agrofest 2026 terus berlangsung dengan suasana yang penuh meriah dan sambutan yang amat memberangsangkan daripada para pengunjung.

Pelbagai pengisian menarik diteruskan termasuk aktiviti jualan produk tempatan, pameran agensi, serta demonstrasi berkaitan sektor pertanian dan agromakanan. Kehadiran pengunjung yang berterusan jelas menunjukkan minat dan sokongan padu terhadap usaha memperkasa industri agropelancongan negeri.
Program ini bukan sahaja menjadi platform kepada usahawan tempatan untuk mengetengahkan produk masing-masing, malah turut mengukuhkan jaringan kerjasama antara agensi serta komuniti setempat.

Orang ramai dijemput untuk terus hadir memeriahkan Perlis Agrofest 2026 sebelum tirai melabuh pada 26 April 2026.













Photos from Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Perlis's post 25/04/2026

24 April 2026 | Lensa sekitar Hari Pertama Perlis Agro Fest 2026 yang telah membuka tirai dengan penuh meriah dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada pengunjung pelbagai lapisan masyarakat. Orang ramai dijemput untuk terus hadir bagi memeriahkan Perlis Agrofest 2026 yang akan berlangsung sehingga 26 April 2026 (Ahad)












Want your business to be the top-listed Government Service in Kangar?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Website

Address


BAHAGIAN PERANCANG EKONOMI NEGERI PERLIS, ARAS 3, BLOK A KOMPLEKS PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI PERLIS, PERSIARAN WAWASAN
Kangar
01000

Opening Hours

Monday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Friday 08:00 - 12:15
14:45 - 17:00