28/09/2026
🪧PROGRAM NARATIF KESELAMATAN NEGARA DAN KEDAULATAN PERLIS
📆27 September 2026 (Ahad)
🔎2.00 petang
📍Dewan Orang Ramai, Kampung Melayu, Padang Besar
Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Perlis dengan kerjasama Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Kampung Melayu dan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Padang Besar Utara telah melaksanakan Program Naratif Keselamatan Negara dan Kedaulatan Perlis pada 27 September 2026, bertempat di Dewan Orang Ramai, Kampung Melayu, Padang Besar. Program memberi penekanan kepada kepentingan keselamatan sempadan, peranan agensi keselamatan dalam menjaga kedaulatan negara serta penglibatan masyarakat sebagai rakan strategik dalam membantu mencegah jenayah, khususnya jenayah rentas sempadan.
Antara yang hadir dalam menjayakan program ini ialah:
1. En. Arif Helmi bin Junid. Timbalan Komander (Pengurusan), AKPS Bukit Kayu Hitam.
2. Insp. Mohd Yasir bin Khairuddin, Penolong Komander Kompeni C, BN 2, Padang Besar
3. Abdul Razak bin Abdul Rahim, Pengerusi JPKKP Kampung Melayu
4. Suhaimi bin Harun, Pengerusi KRT Padang Besar Utara
5. Mohamad Dhiyaul Adib bin Abdul Rahman mewakili Pengarah Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional Negeri Perlis
6. Rakan agensi keselamatan
Program telah dimulai dengan sesi perkongsian ilmu daripada dua penceramah iaitu:
➡️Perkongsian pertama:
Nama: En. Arif Helmi bin Junid. Timbalan Komander (Pengurusan), AKPS Bukit Kayu Hitam.
Tajuk: Peranan AKPS Dalam Pengurusan Sempadan
➡️Perkongsian kedua:
Nama: Insp. Mohd Yasir bin Khairuddin, Penolong Komander Kompeni C, BN 2, Padang Besar
Tajuk: Ancaman Rentas Sempadan dan Peranan Bersama Mempertahankan Kedaulatan Negara
Kemudian program disusuli dengan penyampaian Beg Mini Rahmah kepada 50 orang penerima dari kalangan penduduk Kampung Melayu, Padang Besar. Sumbangan tersebut merupakan salah satu bentuk keprihatinan dan usaha mendekati masyarakat, di samping memperkukuh hubungan antara agensi kerajaan dengan komuniti setempat.
Dilihat pelaksanaan program ini telah menjadi platform untuk meningkatkan kefahaman masyarakat mengenai cabaran keselamatan di kawasan sempadan Malaysia-Thailand serta memperkukuh hubungan dan kerjasama antara agensi kerajaan dengan komuniti setempat.