25/06/2026
KEMAS Perlis
"Penggerak Kesejahteraan Masyarakat Luar Bandar"
25/06/2026
25/06/2026
๐ข Makluman kepada ibu bapa dan penjaga
Pengambilan kanak-kanak berusia 5-6 tahun (umur pada 2027 nanti) bagi TABIKA Tunas Istimewa (Mild Autisme) sesi 2027 dijangka akan dibuka pada bulan September 2026. Ibu bapa yang berminat dipelawa untuk membuat permohonan secara dalam talian melalui portal EduCeria KEMAS di:
๐ ceria.kemas.gov.my
Bulan september nanti Admin post lagi untuk alert parents yang berminat.
Kat mana tabika tu beroperasi nanti ada alamat dalam link.
23/06/2026
๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐
๐๐๐๐๐๐๐๐, ๐๐ ๐๐ฎ๐ง - Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) kini memberi tumpuan kepada agenda pemerkasaan ekonomi bumiputera dalam setiap program yang dilaksanakan demi memastikan agenda nasional tercapai.
Ketua Pengarah KEMAS, Datuk Mohd Hanafiah Man menegaskan bahawa KEMAS perlu beralih daripada minda sebagai penyedia latihan kemahiran kepada agensi penjana pendapatan rakyat. Tahun 2026 merupakan tahun pengukuhan transformasi pembangunan komuniti KEMAS selaras dengan aspirasi pembangunan negara.
Usaha memperkasakan ekonomi masyarakat ini mendapat sokongan padu YAB Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Datoโ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, yang sentiasa mendukung aspirasi jabatan dalam merancakkan aktiviti masyarakat Bumiputera di luar bandar.
Beliau berkata, KEMAS perlu bergerak daripada sekadar melaksanakan aktiviti kepada sebuah agensi pembangunan komuniti yang mampu menghasilkan impak sebenar kepada masyarakat melalui pendekatan yang lebih strategik, responsif dan berfokuskan outcome.
Fokus kepada Projek Roti Kampung, inisiatif ini bukan sahaja melengkapkan keperluan nutrisi kanak-kanak TABIKA KEMAS, malah turut membuka peluang pendapatan serta melahirkan usahawan baharu di peringkat akar umbi. Sejak bermula pada Oktober 2025, projek ini telah memberi manfaat kepada 12,987 kanak-kanak di 632 buah TABIKA melahirkan 25 usahawan dan mewujudkan 55 peluang pekerjaan baharu.
Selain itu, Projek Jahitan Pukal Pakaian Seragam TABIKA KEMAS terus memperkasa usahawan jahitan bimbingan KEMAS dengan berjaya membekalkan 123,659 pasang tudung kepada kanak-kanak TABIKA KEMAS melibatkan seramai 596 usahawan jahitan di seluruh negara.
Turut diberi perhatian ialah pelaksanaan Inisiatif Barberpreneur KEMAS yang akan dilancarkan tidak lama lagi bagi menyokong usaha menangani kos sara hidup masyarakat di samping memperkukuh ekonomi anak muda dan usahawan mikro. Ia akan ditawarkan kepada 273 orang belia yang mendapat peralatan gunting rambut menerusi program QuickWIns KEMAS.
Bagi memastikan kelancaran setiap perancangan di lapangan, Datuk Mohd Hanafiah menambah, penstrukturan semula perjawatan perlu dilaksanakan bagi memastikan perkhidmatan KEMAS akan lebih bermakna dan memberi impak yang nyata kepada masyarakat.
Penerapan budaya kerja One Ministry Mindset turut diberi penekanan agar seluruh warga KEMAS bergerak sebagai satu pasukan dalam memperkukuh penyampaian perkhidmatan dan pembangunan komuniti yang holistik serta mampan.
Kesemua inisiatif dan rombakan strategik ini akan memastikan kelangsungan ekosistem usahawan komuniti, sekaligus merealisasikan agenda utama. Beliau berkata demikian ketika mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Program Pendidikan Kemahiran dan Pembangunan Komuniti KEMAS di Pusat Kegiatan Masyarakat (PKM) Pantai, di sini, hari ini.
KEMAS... Di sini bermulaโฆ
16/06/2026
๐ซ๐๐๐ ๐๐ฆ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐๐ฆ ๐ฃ๐๐๐จ๐๐
๐ฆ๐๐๐๐ ๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐ฅ๐๐ ๐ญ๐ฐ๐ฐ๐ด๐
Awal Muharram hadir membawa lembaran baharu. Hijrah bukan sekadar perpindahan waktu, tetapi perjalanan jiwa menuju kehidupan yang lebih diredhai Allah. Semoga 1448H membawa keberkatan, ketenangan, kebahagiaan dan rahmat buat kita semua.
"๐ ๐๐๐๐ก๐ ๐๐ถ๐ต๐ฎ๐๐ฎ๐๐ถ, ๐จ๐บ๐บ๐ฎ๐ต ๐๐ถ๐ฏ๐ฒ๐ฟ๐ธ๐ฎ๐๐ถ"
๐๐ธ๐ต๐น๐ฎ๐ ๐๐ฎ๐ฟ๐ถ๐ฝ๐ฎ๐ฑ๐ฎ:
๐ฃ๐ฒ๐ป๐ด๐ฎ๐ฟ๐ฎ๐ต ๐ฑ๐ฎ๐ป ๐ฆ๐ฒ๐น๐๐ฟ๐๐ต ๐ช๐ฎ๐ฟ๐ด๐ฎ
๐๐๐๐๐ง๐๐ก ๐๐๐ ๐๐๐จ๐๐ก ๐ ๐๐ฆ๐ฌ๐๐ฅ๐๐๐๐ง (๐๐๐ ๐๐ฆ)
๐ก๐๐๐๐ฅ๐ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐๐ฆ
"๐ ๐ฒ๐บ๐ฎ๐๐๐ฎ๐ฟ๐ฎ๐ธ๐ฎ๐๐ธ๐ฎ๐ป ๐๐๐ ๐๐ฆ, ๐ ๐ฒ๐ฟ๐ฎ๐ธ๐๐ฎ๐๐ธ๐ฎ๐ป ๐๐๐ฝ๐ถ๐ฟ๐ฎ๐๐ถ ๐ฃ๐ถ๐บ๐ฝ๐ถ๐ป๐ฎ๐ป"
๐๐๐ซ๐๐ง๐ ๐๐๐๐๐... ๐๐ข ๐๐ข๐ง๐ข ๐๐๐ซ๐ฆ๐ฎ๐ฅ๐.
๐ง๐๐ฅ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐ฆ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐๐ฆ โจ
16/06/2026
๐ซ๐๐๐ ๐๐ฆ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐๐ฆ ๐ฃ๐๐๐จ๐๐
๐ญ๐๐๐ฅ๐๐ ๐๐๐ฆ๐๐ ๐ฆ๐๐ฅ๐ง๐ ๐ฃ๐๐ก๐ฌ๐๐ฅ๐๐๐๐ก ๐ฆ๐จ๐ ๐๐๐ก๐๐๐ก ๐๐๐ฆ๐๐ง๐๐ฅ๐๐ ๐๐๐ช๐๐ก๐๐๐ก ๐ก๐๐๐๐ฅ๐ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐๐ฆ
16 Jun 2026 | Selasa - Prihatin terhadap kebajikan warga KEMAS yang sedang diuji dengan masalah kesihatan, kunjungan ๐ญ๐ถ๐ฎ๐ฟ๐ฎ๐ต ๐๐ฎ๐๐ถ๐ต telah diadakan oleh Pengarah KEMAS Negeri Perlis, En. Mohamad Zaki bin Hj. Ismail. Turut sama hadir ialah En. Mahazir bin Ghazali, Pengerusi KESATERIA Negeri Perlis bagi menzahirkan sokongan dan keprihatinan kepada ๐ฃ๐ป. ๐ก๐ผ๐ฟ๐ณ๐ฎ๐๐น๐ถ๐๐ฎ ๐ฏ๐ถ๐ป๐๐ถ ๐๐๐ถ๐, ๐ฃ๐ฒ๐บ๐ฎ๐ท๐ ๐ ๐ฎ๐๐๐ฎ๐ฟ๐ฎ๐ธ๐ฎ๐ ๐ง๐๐ฆ๐๐ ๐๐๐ ๐๐ฆ ๐ฃ๐ฎ๐ฟ๐น๐ถ๐บ๐ฒ๐ป ๐ฃ๐ฎ๐ฑ๐ฎ๐ป๐ด ๐๐ฒ๐๐ฎ๐ฟ. Beliau kini sedang menghadapi ujian penyakit kencing manis yang telah mengakibatkan kehilangan penglihatan pada kedua-dua belah mata sekali gus menjejaskan keupayaan beliau untuk meneruskan tugas seperti biasa.
Sebagai tanda solidariti dan kasih sayang warga KEMAS, KESATERIA Cawangan Negeri Perlis telah menyampaikan sumbangan di bawah kategori ๐๐ช๐ฅ๐ข๐ฌ ๐๐ฐ๐ญ๐ฆ๐ฉ ๐๐ฆ๐ฌ๐ฆ๐ณ๐ซ๐ข ๐๐ฆ๐ญ๐ฆ๐ฃ๐ช๐ฉ๐ช ๐๐ช๐จ๐ข (3) ๐๐ถ๐ญ๐ข๐ฏ ๐๐ฌ๐ช๐ฃ๐ข๐ต ๐๐ฆ๐ฏ๐บ๐ข๐ฌ๐ช๐ต ๐ข๐ต๐ข๐ถ ๐๐ฆ๐ฎ๐ข๐ญ๐ข๐ฏ๐จ๐ข๐ฏ yang berjumlah RM600.00. Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Pengarah KEMAS Negeri Perlis yang juga merupakan Penasihat KESATERIA Cawangan Negeri Perlis.
Sesungguhnya, setiap ujian yang hadir adalah tanda kasih sayang-Nya. Semoga Pn. Norfazliza binti Aziz atau lebih mesra disapa 'Kak Oja' terus dikurniakan kekuatan jiwa, ketabahan hati dan semangat yang tinggi dalam menempuh ujian. Semoga Allah SWT mengurniakan kesembuhan, mempermudahkan segala urusan serta melimpahkan rahmat dan kasih sayang-Nya buat beliau dan keluarga.
"๐ ๐ฒ๐บ๐ฎ๐๐๐ฎ๐ฟ๐ฎ๐ธ๐ฎ๐๐ธ๐ฎ๐ป ๐๐๐ ๐๐ฆ, ๐ ๐ฒ๐ฟ๐ฎ๐ธ๐๐ฎ๐๐ธ๐ฎ๐ป ๐๐๐ฝ๐ถ๐ฟ๐ฎ๐๐ถ ๐ฃ๐ถ๐บ๐ฝ๐ถ๐ป๐ฎ๐ป"
๐ง๐๐ฅ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐ฆ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐๐ฆ โจ
15/06/2026
๐ซ๐๐๐ ๐๐ฆ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐๐ฆ ๐ฃ๐๐๐จ๐๐
๐ ๐๐ฆ๐ฌ๐จ๐๐ฅ๐๐ง ๐ฃ๐๐๐๐ฅ๐๐ฆ๐๐ก ๐๐๐ฅ๐๐ ๐๐๐ง๐จ๐-๐๐๐ง๐จ๐ ๐จ๐ก๐๐ง ๐๐๐๐๐ง๐๐ก ๐๐๐ ๐๐ฆ ๐ก๐๐๐๐ฅ๐ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐๐ฆ ๐ง๐๐๐จ๐ก ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ
15 Jun 2026 | Bertempat di Bilik Mesyuarat KEMAS Negeri Perlis.
Telah berlangsung Mesyuarat Pelarasan Kerja Ketua-Ketua Unit Jabatan KEMAS Negeri Perlis Tahun 2026 yang dipengerusikan oleh Pengarah KEMAS Negeri Perlis, En. Mohamad Zaki bin Hj. Ismail.
Mesyuarat tersebut diadakan sebagai medium penyelarasan dan pemantapan gerak kerja antara ketua-ketua unit dalam memastikan pelaksanaan program serta aktiviti jabatan berjalan dengan lebih sistematik, berkesan dan mencapai sasaran yang ditetapkan.
Pelbagai perkara telah dibincangkan termasuk perancangan strategik, pengukuhan tadbir urus, pemantauan pelaksanaan program serta usaha memperkasakan penyampaian perkhidmatan sejajar dengan aspirasi dan matlamat Jabatan KEMAS.
Diharapkan segala perancangan dan keputusan yang telah dicapai melalui mesyuarat tersebut dapat diterjemahkan dengan berkesan dalam pelaksanaan tugas, seterusnya memperkasakan kecemerlangan organisasi dan mempertingkat mutu perkhidmatan yang diberikan.
"๐ ๐ฒ๐บ๐ฎ๐๐๐ฎ๐ฟ๐ฎ๐ธ๐ฎ๐๐ธ๐ฎ๐ป ๐๐๐ ๐๐ฆ, ๐ ๐ฒ๐ฟ๐ฎ๐ธ๐๐ฎ๐๐ธ๐ฎ๐ป ๐๐๐ฝ๐ถ๐ฟ๐ฎ๐๐ถ ๐ฃ๐ถ๐บ๐ฝ๐ถ๐ป๐ฎ๐ป"
๐๐๐ซ๐๐ง๐ ๐๐๐๐๐... ๐๐ข ๐๐ข๐ง๐ข ๐๐๐ซ๐ฆ๐ฎ๐ฅ๐.
๐ง๐๐ฅ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐ฆ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐๐ฆ โจ
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Telephone
Website
Address
TINGKAT BAWAH BANGUNAN PERSEKUTUAN LAMA
Kangar
01000
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 17:00 |
| Tuesday | 08:00 - 17:00 |
| Wednesday | 08:00 - 17:00 |
| Thursday | 08:00 - 17:00 |
| Friday | 08:00 - 17:00 |
