26/10/2026
AKTIVITI PENGUATKUASAAN PEJABAT KPDN PERLIS
PERLIS | 25 Oktober 2026 - Anggota Penguat Kuasa Pejabat KPDN Perlis pada hari ini telah menjalankan pemeriksaan di kawasan sempadan negara Malaysia-Thailand iaitu di ICQS Padang Besar dan ICQS Wang Kelian, Perlis. Tugasan ini bagi memastikan tidak berlaku penyelewengan dan penyeludupan barang kawalan seperti minyak petrol, minyak diesel, gula, tepung gandum, minyak masak paket polibeg 1kg dan gas petroleum cecair (LPG) ke negara jiran yang akan merugikan rakyat dan negara.
Hasil pemeriksaan di lokasi berkenaan mendapati terdapat kenderaan persendirian dan kenderaan perdagangan keluar masuk melalui pintu sempadan tersebut. Pemeriksaan telah dijalankan ke atas kenderaan yang keluar dari Malaysia ke Thailand bagi mengekang penyelewengan atau penyeludupan barang kawalan.
Pengguna boleh melaporkan sebarang aduan yang berkaitan dengan bidang kuasa di bawah KPDN melalui saluran yang disediakan oleh pihak kementerian;
i. WhatsApp 019-848 8000 / 012-6654292
ii. Aplikasi EZ ADU KPDN
iii. Talian Hotline KPDN 1-800-886-800
iv. Portal e-aduan.kpdn http://eaduan.kpdn.gov.my
v. KPDN Perlis 04-9795000/503 (9.00 pagi - 6.00 petang)
Tiris 4.0