Hospital Tuanku Fauziah

Call Directions Website Contact the organization

Hospital Tuanku Fauziah sentiasa di hati Hospital Tuanku Fauziah (HTF), telah ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1909 dan menawarkan perkhidmatan berpakar bagi negeri Perlis.
(1603)

HTF adalah sebuah hospital kerajaan yang menampung perkhidmatan kesihatan bagi penduduk perlis yang berjumlah seramai 260,000 ribu orang. HTF menawarkan perkhidmatan sekunder dan juga tertiari yang terdiri daripada perkhidmatan pesakit luar, pesakit dalam dan rawatan sokongan
menggunakan teknologi yang canggih dan terbaru. Perkhidmatan yang ditawarkan untuk rawatan pesakit luar terdiri daripada 10 buah klinik pakar iaitu Klinik Surgical Out Patient Department (SOPD),
Klinik Medical Out Patient Department (MOPD), Klinik Ear, Nose and Throat (ENT), Klinik Obstetrics dan Gynaecology (O & G),
Klinik Dermatologi, Klinik Kardiologi, Klinik Ortopedik, Klinik Psikiatrik dan Klinik Oftalmologi. Perlaksanaan temujanji pesakit luar adalah mengikut sistem berkala dan sistem blok. Pada tahun 2012 terdapat seramai hampir 200,000 pesakit luar telah menerima rawatan di klinik-klinik ini.

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 πŠπ„π‘π‰π€ π‘π€π’πŒπˆ πŠπ„π“π”π€ ππ„π†π€π–π€πˆ π„πŠπ’π„πŠπ”π“πˆπ… π‚π‹πˆππˆπ‚π€π‹ 𝐑𝐄𝐒𝐄𝐀𝐑𝐂𝐇 πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ (π‚π‘πŒ) πŠπ„ π‡πŽπ’ππˆπ“π€π‹ π“π”π€ππŠπ” π…π€π”π™πˆπ€π‡Hospital Tuanku F...
16/10/2026

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 πŠπ„π‘π‰π€ π‘π€π’πŒπˆ πŠπ„π“π”π€ ππ„π†π€π–π€πˆ π„πŠπ’π„πŠπ”π“πˆπ… π‚π‹πˆππˆπ‚π€π‹ 𝐑𝐄𝐒𝐄𝐀𝐑𝐂𝐇 πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ (π‚π‘πŒ) πŠπ„ π‡πŽπ’ππˆπ“π€π‹ π“π”π€ππŠπ” π…π€π”π™πˆπ€π‡

Hospital Tuanku Fauziah (HTF) berbesar hati menerima lawatan kerja rasmi YBrs. Dr Akhmal Yusof, Ketua Pegawai Eksekutif Clinical Research Malaysia (CRM) bersama barisan pengurusan CRM ke Pusat Penyelidikan Klinikal (CRC) HTF pada 14 Oktober 2026.

Lawatan ini merupakan platform penting dalam memperkukuh kerjasama antara CRM, HTF dan negeri Perlis, khususnya dalam memperkasakan pelaksanaan penyelidikan klinikal tajaan industri serta memperluas peluang penyertaan pesakit dalam kajian klinikal di HTF dan negeri Perlis.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Pengarah Hospital Tuanku Fauziah, YBrs. Dr. Hj. Amin Sah bin Hj. Ahmad, dan Timbalan Pengarah Hospital II, Dr. Haslizawati binti Hashim yang menghadiri sesi lawatan rasmi ini.

Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah diucapkan kepada semua Principal Investigator (PI), iaitu YBhg. Datuk Seri Dr Paras Doshi, Dr. Ruzita binti Jamaluddin, Dr. Siti Akma binti Ishak, Dr. Suhaila binti Ab Wahab, Dr. Noorhafini binti Abdul Sukur, Dr. Nor Hashimah binti Abu Mansor Matardiah, dan Dr. Suhairul Sazali, serta seluruh pasukan penyelidik di HTF dan klinik kesihatan di negeri Perlis atas komitmen dan usaha berterusan dalam menjayakan penyelidikan klinikal.

Dedikasi dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh para penyelidik klinikal merupakan pemangkin utama dalam memacu perkembangan penyelidikan klinikal di Perlis, sekali gus membuka lebih banyak peluang kepada pesakit untuk mendapat akses kepada rawatan baharu melalui penyertaan dalam kajian klinikal.

Syabas dan tahniah kepada seluruh pasukan penyelidikan klinikal HTF dan klinik kesihatan di negeri Perlis!

β€œπ‘Ήπ’†π’”π’†π’‚π’“π’„π’‰ 𝑻𝒉𝒂𝒕 𝑴𝒂𝒕𝒕𝒆𝒓𝒔 𝒕𝒐 π‘·π’‚π’•π’Šπ’†π’π’•π’”β€

πŸ’™ SAMBUTAN HARI ANESTESIOLOGI KEBANGSAAN 2026 πŸ’™βœ¨ β€œAnaesthesiology Along the Patient Pathway” ✨Tahukah anda bahawa perana...
15/10/2026

πŸ’™ SAMBUTAN HARI ANESTESIOLOGI KEBANGSAAN 2026 πŸ’™

✨ β€œAnaesthesiology Along the Patient Pathway” ✨

Tahukah anda bahawa peranan anestesiologi bukan sekadar di dewan bedah? Pakar anestesiologi memainkan peranan penting dalam memastikan keselamatan, keselesaan dan kesejahteraan pesakit sepanjang perjalanan rawatan, daripada persediaan sebelum pembedahan hingga ke peringkat pemulihan.

Jom esok kita bersama-sama memeriahkan Sambutan Hari Anestesiologi Kebangsaan 2026 di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar!πŸ©ΊπŸ’™

πŸ“… Tarikh: Jumaat, 16 Oktober 2026
πŸ“ Tempat: Lobi Blok B, Hospital Tuanku Fauziah

πŸŽ‰ Pelbagai aktiviti menarik menanti anda!

🩺 Pemeriksaan kesihatan mini
❀️ Cabaran dan demonstrasi bantuan pernafasan kecemasan (CPR)
πŸ₯ Pameran Dewan Bedah dan Unit Rawatan Rapi
πŸ’™ Pameran kesedaran pengurusan kesakitan dan pendermaan organ
🎁 Hadiah percuma untuk 100 pengunjung terawal!

Ayuh, bersama-sama kita mengenali dengan lebih dekat peranan anestesiologi dalam memastikan penjagaan pesakit yang selamat dan berkualiti.

Jangan lepaskan peluang ini! Ajak keluarga dan rakan-rakan untuk turut serta. Jumpa anda di sana! πŸ’™

--------------------------------------------------------------------------

πŸ’™ NATIONAL ANAESTHESIA DAY 2026 πŸ’™

✨ Anaesthesiology Along the Patient Pathway ✨

From the first step of care to recovery and beyond, anaesthesiology plays a vital role in every patient’s journey.

Join us tomorrow as we celebrate National Anaesthesia Day at Hospital Tuanku Fauziah, Kangar! 🩺

πŸ“… Friday, 16 October 2026
πŸ“ Lobby, Block B, Hospital Tuanku Fauziah

πŸŽ‰ What’s waiting for you?
🩺 Mini Medical Check-Up
❀️ CPR Challenge & Demonstration
πŸ₯ OT & ICU Booths
πŸ’™ Pain-Free Hospital & Organ Donation Awareness
🎁 Free Gifts for the first 100 early birds!

Come learn, explore, and discover how anaesthesiology goes beyond the operating theatre to make every patient’s journey safer.

ππ„π‘π‡πˆπŒππ”ππ€π 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍𝐀𝐍 π‡πŽπ’ππˆπ“π€π‹ π“π”π€ππŠπ” π…π€π”π™πˆπ€π‡ (𝐇𝐓𝐅) ππ€π†πˆ 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍 πŽπŠπ“πŽππ„π‘ πŸπŸŽπŸπŸ”Perhimpunan Bulanan Hospital Tuanku Fauziah (HT...
15/10/2026

ππ„π‘π‡πˆπŒππ”ππ€π 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍𝐀𝐍 π‡πŽπ’ππˆπ“π€π‹ π“π”π€ππŠπ” π…π€π”π™πˆπ€π‡ (𝐇𝐓𝐅) ππ€π†πˆ 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍 πŽπŠπ“πŽππ„π‘ πŸπŸŽπŸπŸ”

Perhimpunan Bulanan Hospital Tuanku Fauziah (HTF) bagi bulan Oktober 2026, yang dianjurkan secara bersama oleh Jabatan Psikiatri & Kesihatan Mental dan Jabatan Farmasi telah disempurnakan dengan jayanya pada 13 Oktober 2026. Majlis ini berlangsung di Perkarangan Pejabat Pengarah, HTF Kangar, Perlis.

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Ketua Jabatan Psikiatri & Kesihatan Mental, Dr. Muhammad Zul Azri Bin Muhammad Yusoff selaku wakil Jawatankuasa Penganjur. Seterusnya, perhimpunan diteruskan dengan penyampaian amanat oleh Pengarah Hospital, YBrs. Dr. Haji Amin Sah bin Haji Ahmad.

Sesi majlis diteruskan dengan penyampaian beberapa anugerah bagi menghargai sumbangan dan kecemerlangan warga kerja HTF. Antara penyampaian anugerah yang diberikan adalah Anugerah Pilihan Ketua Jabatan dan Anugerah Bakti Setia. Pada majlis perhimpunan itu juga turut diadakan aktivit x-break.


🩺✨ NATIONAL ANAESTHESIA DAY 2026 ✨🩺Anaesthesiology Along the Patient Pathway β€”  In conjunction with National Anaesthesia...
12/10/2026

🩺✨ NATIONAL ANAESTHESIA DAY 2026 ✨🩺

Anaesthesiology Along the Patient Pathway β€”

In conjunction with National Anaesthesia Day 2026, the Department of Anaesthesiology & Critical Care, Hospital Tuanku Fauziah, celebrates the dedication, expertise and teamwork of our team in delivering safe, compassionate and high-quality patient care.

From preoperative assessment and safe anaesthesia to critical care, pain management and postoperative recovery, our team remains committed to ensuring the best possible care for every patient. πŸ’™

πŸ“… Date: 16 October 2026 (Friday)
⏰ Time: 9.00 AM
πŸ“ Venue: Block B Lobby, Hospital Tuanku Fauziah

Anaesthesia goes beyond the operating theatre β€” we are with you throughout your patient journey. ❀️

πŸ”΄TEMPAHAN BAJU SAMBUTAN HARI AIDS SEDUNIA 2026 KINI DIBUKA!πŸ”΄Jom tunjukkan sokongan dan kesedaran anda sempena Hari AIDS ...
12/10/2026

πŸ”΄TEMPAHAN BAJU SAMBUTAN HARI AIDS SEDUNIA 2026 KINI DIBUKA!πŸ”΄

Jom tunjukkan sokongan dan kesedaran anda sempena Hari AIDS Sedunia peringkat Hospital Tuanku Fauziah Tahun 2026! ✨

Tempahan baju eksklusif ini TERBUKA KEPADA SEMUA!

Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan baju dengan rekaan yang sangat menarik ini.
πŸ’° HARGA BAJU
πŸ‘¨β€πŸ‘©β€πŸ‘§ Dewasa: RM 39
πŸ‘Ά Kanak-kanak: RM 35

πŸ“… Tarikh Tutup Pembelian: 30 OKTOBER 2026 (Jangan tunggu saat-saat akhir!)

πŸ“² CARA MEMBUAT TEMPAHAN:
1️⃣ Imbas (Scan) QR Code pada gambar di atas.
2️⃣ Isi maklumat dalam Google Form.
3️⃣ Pilih saiz baju dan muat naik bukti pembayaran serta rujukan di dalam Google Form tersebut.
4️⃣ Rujukan semasa membuat pembayaran adalah BAJUAIDS2026 & No. Telefon

Tunjukkan sokongan anda!

Beli dan pakai bersama rakan-rakan serta keluarga ❀️





πŸ“Œ TAKLIMAT PEMANTAPAN KESIHATAN DAN KESELAMATAN PEKERJAAN HOSPITAL TUANKU FAUZIAH (HTF)KANGAR, 8 Oktober 2026 – Unit Kes...
09/10/2026

πŸ“Œ TAKLIMAT PEMANTAPAN KESIHATAN DAN KESELAMATAN PEKERJAAN HOSPITAL TUANKU FAUZIAH (HTF)

KANGAR, 8 Oktober 2026 – Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP) Hospital Tuanku Fauziah telah berjaya menganjurkan Taklimat Pemantapan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan bertempat di Dewan MRI, HTF.

Program ini dianjurkan khas buat warga kerja HTF merangkumi Penolong Pegawai Perubatan (PPP), Pembantu Perawatan Kesehatan (PPK), dan Jururawat.

🎯 Antara fokus utama taklimat ini termasuklah:

βœ… Penerapan Amalan Ergonomik: Meningkatkan kefahaman dan kemahiran anggota mengenai amalan postur serta teknik kerja yang betul dan selamat semasa menjalankan tugas seharian.

βœ… Pengurusan Risiko & Keselamatan (Code Grey): Memantapkan keupayaan warga kerja dalam mencegah, mengurus, dan mendepani risiko kekerasan, ancaman, mahupun tingkah laku agresif di tempat kerja.

Program dimulakan dengan sesi pendaftaran serta Taklimat Ergonomik dan Budaya Kerja Ergonomik yang memberikan pendedahan praktikal buat para peserta.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada UKKP HTF serta seluruh urus setia dan peserta yang memberikan komitmen penuh dalam menjayakan program ini.

Semoga ilmu yang diperoleh dapat diamalkan demi mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif, selamat, dan sihat!

π‡π€π‘πˆ π’π”πŠπ€π 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 πŸπŸŽπŸπŸ” ππ„π‘πˆππ†πŠπ€π“ π‡πŽπ’ππˆπ“π€π‹ π“π”π€ππŠπ” π…π€π”π™πˆπ€π‡Program Senamrobik Warga Hospital Tuanku Fauziah (HTF) sempena s...
09/10/2026

π‡π€π‘πˆ π’π”πŠπ€π 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 πŸπŸŽπŸπŸ” ππ„π‘πˆππ†πŠπ€π“ π‡πŽπ’ππˆπ“π€π‹ π“π”π€ππŠπ” π…π€π”π™πˆπ€π‡

Program Senamrobik Warga Hospital Tuanku Fauziah (HTF) sempena sambutan Hari Sukan Negara 2026 peringkat HTF telah diadakan dengan penuh meriah pada 9 Oktober 2026 bertempat di Perkarangan Pejabat Pengarah HTF.

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih dan penghargaan diucapkan kepada jawatankuasa urusetia yang bertungkus-lumus menjayakan program, instruktur senamrobik yang sangat bertenaga dan pengacara program yang menceriakan suasana serta semua warga HTF yang hadir memberikan sokongan serta semangat yang luar biasa!

Semoga semangat bersukan dan menjaga kesihatan ini terus menjadi budaya kita di HTF!

LATIHAN TABLETOP EXERCISE (TTX) BANJIR MONSUN TIMUR LAUT 2026 HOSPITAL TUANKU FAUZIAHKANGAR – Hospital Tuanku Fauziah (H...
09/10/2026

LATIHAN TABLETOP EXERCISE (TTX) BANJIR MONSUN TIMUR LAUT 2026 HOSPITAL TUANKU FAUZIAH

KANGAR – Hospital Tuanku Fauziah (HTF) telah berjaya menganjurkan Latihan "Tabletop Exercise" (TTX) Banjir Monsun Timur Laut 2026 bermula 6 hingga 8 Oktober 2026 bertempat di Dewan CME, HTF.

Latihan berskala optimum ini dilaksanakan sebagai Dokumen Persediaan Strategik Rasmi HTF bagi menghadapi ancaman Monsun Timur Laut (MTL) 2026. Ia dirangka khusus berpandukan penganalisaan jurang (Gap Analysis) daripada pengalaman insiden banjir pada tahun 2025 bagi memastikan kelemahan operasi dan logistik yang lepas dapat ditangani dengan tuntas.

Program ini melibatkan penyertaan seramai 60 orang peserta yang terdiri daripada barisan Pengurusan Tertinggi, Ketua-ketua Jabatan Klinikal dan Sokongan, Unit Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (KKP), Unit Kejuruteraan, petugas Bilik Gerakan Bencana, serta wakil syarikat konsesi Edgenta. Latihan ini telah dikemudi dengan cemerlang oleh En. Mohd Abdul Rahman Bin Ismail, Timbalan Pengarah Pengurusan HTF, yang bertindak selaku Penyelaras Latihan merangkap Pengarah Program.

Bagi memastikan senario simulasi ini realistik dan komprehensif, HTF turut mendapat kerjasama perkongsian kepakaran daripada wakil agensi luar iaitu Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dengan berkongsi kepakaran mengenai Sistem Amaran Awal cuaca, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Perlis dalam memberi taklimat mengenai risiko lembangan dan Empangan Timah Tasoh serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia(APM) dalam menerangkan tentang Koordinasi Arahan MKN 20.

Sepanjang tiga hari program berlangsung, para peserta telah diuji dengan Modul Senario (Injects) yang mencabar, merangkumi Senario Eskalasi iaitu ujian krisis tenaga kerja apabila kakitangan terkandas, jalan terputus, dan hospital menjadi 'terpulau' dan kegagalan fasiliti kritikal iaitu ujian tindakan pantas (evakuasi pesakit secara manual menggunakan tangga) apabila bilik pencawang elektrik utama (NSS) dimasuki air dan lif gagal berfungsi serta ancaman biologi iaitu persediaan pelan rawatan awal dan keperluan diagnostik jika berlakunya lonjakan wabak Leptospirosis pasca-banjir.

Kemuncak program ini adalah sesi post-mortem mendalam (Hot Wash) dan pembentangan resolusi pindaan Pelan Bencana HTF. Pihak pengurusan yang diterajui oleh Pengarah HTF, YBrs. Dr. Hj. Amin Sah Bin Hj. Ahmad, merakamkan ucapan syabas dan jutaan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa, fasilitator, urusetia Bilik Gerakan Bencana HTF, dan para peserta atas komitmen yang ditunjukkan. Majlis penutupan rasmi bagi TTX Banjir 2026 ini telah disempurnakan dengan jayanya oleh Timbalan Pengarah Kesihatan (Perubatan) Negeri Perlis Dr. Zamri bin Kamis.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua Ahli Jawatankuasa Pelaksana, fasilitator, dan para peserta atas komitmen yang luar biasa! Pelaksanaan TTX 2026 ini merupakan pelaburan ketahanan operasi (Operational Resilience) yang amat kritikal demi memastikan keselamatan nyawa pesakit dan kelangsungan rawatan perubatan di HTF sentiasa terjamin sewaktu krisis melanda.


07/10/2026

Kanak-kanak adalah antara golongan yang rentan dan mudah terjejas akibat keadaan cuaca jerebu. Ibu bapa dinasihatkan untuk memantau tahap kesihatan anak-anak dari semasa ke semasa dan mengambil langkah pencegahan yang proaktif.

Amalkan tindakan berikut untuk melindungi keluarga anda daripada kesan buruk jerebu:

- Kekal di dalam bangunan: Pastikan anak-anak tidak melakukan aktiviti di luar rumah.
- Jaga kebersihan diri: Kerap membasuh muka dan tangan selepas terdedah kepada udara luar.
- Pakai pelitup muka: Gunakan penutup hidung dan mulut yang sesuai sekiranya terpaksa berada di luar bangunan.
- Banyakkan minum air: Tingkatkan pengambilan air kosong bagi mengelakkan dehidrasi.
- Sediakan ubat-ubatan: Pastikan bekalan ubat anak-anak sentiasa mencukupi, terutamanya jika mereka mempunyai sejarah penyakit asma atau alahan.

Persekitaran yang berjerebu boleh memburukkan kesihatan pernafasan. Segera bawa anak anda ke klinik atau hospital berhampiran jika mereka menunjukkan sebarang gejala batuk berterusan, selesema, atau kesukaran bernafas.

πŸŽ‰ π“π€π‡ππˆπ€π‡ ππ€π’π”πŠπ€π πŠπ€π‰πˆπ€π 𝐇𝐓𝐅! πŸŽ‰Pusat Penyelidikan Klinikal (CRC), Hospital Tuanku Fauziah merakamkan setinggi-tinggi tah...
07/10/2026

πŸŽ‰ π“π€π‡ππˆπ€π‡ ππ€π’π”πŠπ€π πŠπ€π‰πˆπ€π 𝐇𝐓𝐅! πŸŽ‰

Pusat Penyelidikan Klinikal (CRC), Hospital Tuanku Fauziah merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Datuk Seri Dr Paras Doshi dari Jabatan Perubatan, HTF, selaku Principal Investigator, bersama seluruh pasukan kajian atas kejayaan melaksanakan proses randomisasi bagi peserta pertama di Malaysia untuk kajian Diabetes Mellitus Type 2 .

Penghargaan khas turut diberikan kepada Puan Siti Ertina Asli, CRM Study Coordinator yang bertugas di Pusat Penyelidikan Klinikal (CRC) HTF, atas komitmen dan dedikasi beliau dalam menyelaras serta memastikan pelaksanaan kajian berjalan lancar.

Pencapaian ini mencerminkan kerjasama berpasukan yang cemerlang dalam memperkukuh penyelidikan klinikal di HTF dan membuka lebih banyak peluang penyelidikan yang memberi manfaat kepada pesakit. Syabas dan tahniah! πŸ‘πŸ»βœ¨

β€œπ‘Ήπ’†π’”π’†π’‚π’“π’„π’‰ 𝑻𝒉𝒂𝒕 𝑴𝒂𝒕𝒕𝒆𝒓𝒔 𝒕𝒐 π‘·π’‚π’•π’Šπ’†π’π’•π’”β€

Congratulations to Dr Paras Doshi and the study team at Tuanku Fauziah Hospital on randomising the first patient in Malaysia for the Type 2 Diabetes Mellitus Study. Kudos to our study coordinators, Siti Ertina Asli and the rest of the team for their valuable contributions. Keep up the great work, team! πŸŽ‰

Address

Hospital Tuanku Fauziah
Kangar
01000

Telephone

049738000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hospital Tuanku Fauziah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Hospital Tuanku Fauziah:

Shortcuts

Share