Dewan Pemuda PAS Kawasan Kangar

Directions

Dewan Pemuda PAS Kawasan Kangar Dewan Pemuda PAS Kawasan Kangar (DPPKK) bersama-sama mengembeling tenaga bagi melihat rakyat Perlis membangun bersama Islam insyaAllah.

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ SELAMAT HARI MALAYSIA 2026 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ16 September 2026Dewan Pemuda PAS Kawasan Kangar mengucapkan Selamat Hari Malaysia kepad...
16/09/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ SELAMAT HARI MALAYSIA 2026 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

16 September 2026

Dewan Pemuda PAS Kawasan Kangar mengucapkan Selamat Hari Malaysia kepada seluruh rakyat Malaysia.

Hari ini menjadi peringatan tentang sejarah pembentukan Malaysia serta pentingnya kita terus memelihara perpaduan, keharmonian dan keamanan yang dinikmati bersama.

Marilah kita bersama-sama menyemarakkan semangat kecintaan kepada tanah air, memperkukuh ukhuwah sesama rakyat dan terus berbakti kepada masyarakat demi Malaysia yang lebih baik.

Malaysia Milik Kita Bersama. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

๐ŸŒฟ Berbakti Untuk Ummah, Membina Generasi

Ikhlas Daripada :
Dewan Pemuda PAS Kawasan Kangar

Dewan Pemuda PAS Kawasan Kangar merakamkan ucapan takziah dan salam simpati kepada seluruh ahli keluarga mangsa tragedi ...
09/09/2026

Dewan Pemuda PAS Kawasan Kangar merakamkan ucapan takziah dan salam simpati kepada seluruh ahli keluarga mangsa tragedi helikopter yang terhempas di Ulu Baram, Sarawak.

Semoga seluruh keluarga mangsa diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi ujian yang amat berat ini.

Marilah kita bersama-sama menghadiahkan doa agar segala urusan dipermudahkan, serta mendoakan agar mereka yang terlibat mendapat rahmat dan keampunan Allah SWT.

ุฅูู†ูŽู‘ุง ู„ูู„ูŽู‘ู‡ู ูˆูŽุฅูู†ูŽู‘ุง ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนููˆู†ูŽ

โ€œSesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nya kami kembali.โ€

Ikhlas daripada,
Dewan Pemuda PAS Kawasan Kangar
26 Rabiulawal 1448H | 8 September 2026

3 September 2026 | KhamisAlhamdulillah, Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) Kali Ke-67 yang berlangsung di Grand R...
03/09/2026

3 September 2026 | Khamis

Alhamdulillah, Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) Kali Ke-67 yang berlangsung di Grand Riverview Hotel, Kota Bharu telah selesai dengan jayanya.

Dewan Pemuda PAS Kawasan Kangar merakamkan penghargaan dan tahniah kepada seluruh pimpinan, perwakilan serta urusetia yang telah menjayakan muktamar kali ini.

Semoga segala keputusan dan usul yang dipersetujui menjadi pedoman untuk memperkukuh gerak kerja Pemuda PAS, khususnya dalam mendekati serta membimbing generasi anak muda.

Pemuda hari ini, pemimpin masa hadapan.

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พMarilah kita bersama-sama mensyukuri nikmat kemerdekaan dan keamanan yang d...
30/08/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Marilah kita bersama-sama mensyukuri nikmat kemerdekaan dan keamanan yang dikurniakan Allah SWT kepada negara tercinta.

Semoga Allah SWT terus memelihara Malaysia, mengurniakan keamanan, kestabilan dan kesejahteraan kepada seluruh rakyat, serta membimbing kita untuk membina negara yang diredai dan diberkati-Nya.

Semoga semangat cintakan tanah air terus subur dalam jiwa kita.

Merdeka! Merdeka! Merdeka! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Dewan Pemuda PAS Kawasan Kangar

27 Ogos 2026 | KhamisDewan Pemuda PAS Kawasan Kangar hari ini berkesempatan hadir menunaikan solat jenazah Allahyarham M...
27/08/2026

27 Ogos 2026 | Khamis

Dewan Pemuda PAS Kawasan Kangar hari ini berkesempatan hadir menunaikan solat jenazah Allahyarham Muhammad Raffiq Syakirin bin Mohamad Raffizal di Masjid Darul Ulum, Wang Ulu, Bintong.

Allahyarham telah kembali ke rahmatullah pada 27 Ogos 2026 dan merupakan anak saudara kepada AJK Dewan Pemuda PAS Kawasan Kangar, Saudara Raffisyam Rahmat.

Dewan Pemuda PAS Kawasan Kangar merakamkan ucapan takziah buat seluruh keluarga Allahyarham.

Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa dan kesalahan Allahyarham, menerima segala amal solehnya serta menempatkan roh beliau dalam kalangan hamba-Nya yang beriman.

Semoga seluruh ahli keluarga diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi ujian ini.

ุฅู†ุง ู„ู„ู‡ ูˆุฅู†ุง ุฅู„ูŠู‡ ุฑุงุฌุนูˆู†

Al-Fatihah.

26 Ogos 2026 | RabuKetua Dewan Pemuda PAS Kawasan Kangar, Ustaz Suhairi Ghazali bersama barisan AJK meneruskan gerak ker...
26/08/2026

26 Ogos 2026 | Rabu

Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Kangar, Ustaz Suhairi Ghazali bersama barisan AJK meneruskan gerak kerja turun padang dengan mengadakan kunjungan ke 13 buah PASTI dalam kawasan Kangar.

Kunjungan ini menjadi ruang untuk bertemu secara dekat dengan warga PASTI, bertanya khabar serta mendengar sendiri perkembangan, permasalahan dan keperluan yang dihadapi.

Dalam kunjungan yang sama, DPPK Kangar turut menyerahkan bendera Malaysia kepada setiap PASTI sempena bulan kemerdekaan bagi menyemarakkan lagi suasana patriotik dan semangat cintakan negara.

InsyaAllah, kita terus turun, kita dengar dan kita bersama.

Dewan Pemuda PAS Kawasan Kangar terus berkhidmat untuk ummah. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ’š

Sempena sambutan Maulidur Rasul ๏ทบ, marilah kita sama-sama menghayati perjalanan hidup junjungan besar Nabi Muhammad ๏ทบ  d...
24/08/2026

Sempena sambutan Maulidur Rasul ๏ทบ, marilah kita sama-sama menghayati perjalanan hidup junjungan besar Nabi Muhammad ๏ทบ daripada kelahiran Baginda, zaman kanak-kanak, menerima wahyu, perjuangan dakwah, hijrah, pembukaan Makkah sehinggalah kewafatan Baginda pada usia 63 tahun.

Setiap fasa kehidupan Rasulullah ๏ทบ sarat dengan pengajaran, ketabahan, kebijaksanaan dan akhlak yang mulia untuk kita jadikan pedoman dalam kehidupan.

๐Ÿ“– Kenalilah sirah Baginda.
โค๏ธ Semarakkan kecintaan kepada Rasulullah ๏ทบ.
๐ŸŒฟ Jadikan Rasulullah ๏ทบ sebagai Uswatun Hasanah sepanjang zaman.

โ€œSesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu contoh teladan yang baik bagi kamu.โ€
โ€” Surah Al-Ahzab: 21

23 Ogos | AhadAlhamdulillah, selesai dengan jayanya Pertandingan Bowling Merdeka Terbuka Kawasan Kangar Tahun 2026 yang ...
23/08/2026

23 Ogos | Ahad

Alhamdulillah, selesai dengan jayanya Pertandingan Bowling Merdeka Terbuka Kawasan Kangar Tahun 2026 yang berlangsung petang tadi di Lite Superbowl JB Perlis, The Store Kangar.

Pertandingan yang menghimpunkan seramai 80 orang peserta ini berlangsung dalam suasana meriah, penuh semangat kesukanan dan ukhuwah.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua peserta yang telah menyertai pertandingan ini serta memberikan komitmen dan sokongan sehingga program dapat berlangsung dengan lancar.

๐ŸŽ‰ Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pemenang!
Buat yang belum berjaya, jangan berputus asa. Insya-Allah, cuba lagi pada pertandingan akan datang. ๐Ÿ’ช๐ŸŽณ

Penghargaan juga buat seluruh urusetia kejohanan yang telah bertungkus-lumus sebelum, semasa dan selepas program bagi memastikan segala urusan berjalan dengan baik.

Semoga usaha kecil ini terus mengeratkan silaturahim, memperkukuh ukhuwah serta menyemarakkan semangat patriotik sempena Bulan Kemerdekaan. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโค๏ธ

Terima kasih semua! Jumpa lagi di program yang akan datang, insya-Allah.





๐Ÿ”ฅ๐ŸŽณ TINGGAL BEBERAPA HARI SAHAJA LAGI! ๐ŸŽณ๐Ÿ”ฅJangan lepaskan peluang untuk sertai PERTANDINGAN BOWLING MERDEKA TERBUKA KAWASA...
16/08/2026

๐Ÿ”ฅ๐ŸŽณ TINGGAL BEBERAPA HARI SAHAJA LAGI! ๐ŸŽณ๐Ÿ”ฅ

Jangan lepaskan peluang untuk sertai PERTANDINGAN BOWLING MERDEKA TERBUKA KAWASAN KANGAR TAHUN 2026! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

๐Ÿ“… 23 Ogos 2026 (Ahad)
โฐ 2.00 Petang
๐Ÿ“ Lite Superbowl JB Perlis, The Store Kangar
๐Ÿ’ฐ Yuran: RM35 (2 Games)

๐ŸŽณ TERBUKA KEPADA LELAKI & PEREMPUAN
๐Ÿ‘จโ€๐Ÿ‘ฉโ€๐Ÿ‘งโ€๐Ÿ‘ฆ Nak datang bersama keluarga pun BOLEH! Jadikan hujung minggu ini lebih meriah dengan aktiviti riadah bersama keluarga sambil memeriahkan sambutan Bulan Kemerdekaan. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโค๏ธ

๐Ÿ† HADIAH MENARIK MENANTI!
๐Ÿฅ‡ Johan: RM300 + Trofi
๐Ÿฅˆ Naib Johan: RM200 + Trofi
๐Ÿฅ‰ Ketiga: RM100 + Trofi
๐Ÿ… Ke-4: RM50
๐Ÿ… Ke-5: RM50

๐Ÿ“Œ Tarikh tutup pendaftaran: 22 Ogos 2026 (Sabtu)

๐Ÿ“ฒ Jom daftar sekarang!
https://forms.gle/kAAGxcED4zYDxsTeA

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐ŸŽณ BOWLING MERDEKA RIADAH, UKHUWAH & SEMANGAT MERDEKA!

12 Ogos 2026 | RabuPagi tadi, Dewan Pemuda PAS Kawasan Kangar berkesempatan menziarahi Ustaz Rosmadi di kediaman beliau ...
12/08/2026

12 Ogos 2026 | Rabu

Pagi tadi, Dewan Pemuda PAS Kawasan Kangar berkesempatan menziarahi Ustaz Rosmadi di kediaman beliau di Kampung Madi yang kini sedang diuji dengan masalah kesihatan.

Ustaz Rosmadi merupakan mantan Pengarah Jabatan Amal Negeri Perlis. Semoga kunjungan kecil ini menjadi tanda ingatan dan kasih sayang sesama sahabat seperjuangan.

Kami mendoakan agar Allah SWT mengurniakan kesembuhan buat Ustaz Rosmadi, mengangkat segala kesakitan, memberikan kekuatan dan ketabahan serta mempermudahkan setiap urusan beliau.

Semoga ujian ini menjadi asbab gugurnya dosa-dosa dan bertambahnya pahala serta mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Semoga Ustaz Rosmadi terus kuat dan diberikan kesihatan seperti sediakala. Amin Ya Rabbal โ€˜Alamin.

Address

Jalan Abi Batas Paip
Kangar
01000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dewan Pemuda PAS Kawasan Kangar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share