LPPKN Negeri Perlis

Call Directions Website Contact the organization

LPPKN Negeri Perlis Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Negeri Perlis Akta 352 ini telah diwartakan pada 8 Februari 2007.

Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara, LPPKN, telah ditubuhkan di bawah Akta Penduduk dan Pembangunan Keluarga 1966 [Akta 352] dan diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri. Pada peringkat awal penubuhannya fokus utama LPPKN adalah melaksanakan program dan aktiviti perancangan keluarga di negara ini. Akta Penduduk dan Pembangunan Keluarga 1966 (Akta 352) yang dahulunya dikenali sebagai Akta Perancang Keluarga 1966 (Akta 42) telah mengalami beberapa pindaan dan semakan sejak ia diwartakan pada tahun 1966. Pindaan pertama telah dibuat pada tahun 1976 manakala pindaan kedua dibuat pada tahun 1984. Pindaan kedua ini melibatkan pertukaran nama akta daripada Akta Perancang Keluarga kepada Akta Penduduk dan Keluarga. Sejajar dengan perubahan ini, nama LPPKN yang dahulunya dikenali sebagai Lembaga Perancang Keluarga Negara telah ditukar menjadi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara. Dengan pertukaran nama ini, peranan LPPKN telah diperluaskan daripada semata-mata penyampaian perkhidmatan perancangan keluarga kepada perspektif penduduk dan pembangunan sosioekonomi yang lebih luas. Pada tahun 1994 dan sejajar dengan Program Tindakan Persidangan Antarabangsa Mengenai Penduduk dan Pembangunan (ICPD-PoA), program LPPKN telah diubahsuai meliputi tiga bidang utama iaitu kependudukan, pembangunan keluarga dan reproduksi manusia. Pada 13 Jun 2001, Jemaah Menteri telah bersetuju dengan hala tuju dan pendekatan baru dan LPPKN sebagai agensi utama dalam bidang kependudukan, pembangunan dan reproduksi manusia. Pada tahun yang sama, LPPKN telah diletakan di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Akta 352 sekali lagi dipinda pada tahun 2006 sejajar dengan matlamat, peranan, fungsi dan tanggungjawab baru LPPKN. Pindaan dibuat bagi membolehkan fungsi, kuasa dan tanggungjawab yang sedia ada diperjelaskan dan diperkukuhkan. Peruntukan-peruntukan baru juga ditambah meliputi skop pelaksanaan dan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada LPPKN. Visi LPPKN mewujudkan keluarga yang kukuh ke arah melahirkan masyarakat penyayang, penduduk berkualiti dan bangsa Malaysia yang progresif cukup mencabar dan memerlukan komitmen yang padu semua pihak. LPPKN melalui pelbagai inisiatif telah memperkenalkan kaedah dan pendekatan yang dinamik dan efektif untuk mencapai visi tersebut. Fokus juga ditekankan kepada penyelidikan, pembangunan program, latihan dan kerjasama dalam dan luar negara.

Keluarga LPPKN Negeri Perlis mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Puan Majidah Abdul Manaf, Pembantu Ta...
24/06/2026

Keluarga LPPKN Negeri Perlis mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Puan Majidah Abdul Manaf, Pembantu Tadbir (P/O), Unit Pentadbiran dan Perhubungan Awam, LPPKN Negeri Perlis atas penerimaan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2025.
Semoga terus komited, bersemangat dan berprestasi tinggi dalam penyampaian perkhidmatan 💜💚




Address

Tingkat 1, Bangunan Persekutuan Kangar, Persiaran Jubli Emas
Kangar
01000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6049761272

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when LPPKN Negeri Perlis posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to LPPKN Negeri Perlis:

Shortcuts

Share