19/10/2026
PERTANDINGAN PANTUN NEGERI PERLIS (PESANTUN) 2026
Pucuk pauh di atas para,
Bunga melati di tepi t**i;
Pantun berbalas indah bicara,
Warisan bangsa kekal di hati.
Perpustakaan Awam Negeri Perlis dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Perlis serta Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara telah menganjurkan Pertandingan Pantun Negeri Perlis (PESANTUN) 2026 bertempat di Auditorium Perpustakaan Awam Negeri Perlis.
Pusingan pertama dan kedua pertandingan telah berlangsung pada 16 Oktober 2026, melibatkan lima kumpulan, iaitu Kutub Kanah, Habaq Mai, Arjuna Sukma, Taring Singgora dan Nayaneka Swara. Pertandingan akhir yang diadakan pada 19 Oktober 2026 menyaksikan pertembungan sengit antara Habaq Mai dengan Kutub Kanah.
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Dr. Noriman bin Rojulai, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), bersama-sama barisan tetamu kehormat, iaitu Yang Berusaha Encik Shahrizal bin Abdan, Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Perlis; Yang Berusaha Encik Abd Rahim bin Husin, Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis; Yang Berusaha Encik Sharrul Rizal bin Hashim, Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara; serta Yang Berusaha Encik Mohd Fairuz bin Selamat, Penolong Pengarah, Bahagian Pengembangan Seni dan Budaya, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara.
Keputusan Pertandingan PESANTUN 2026
Johan: Habaq Mai (NGO)
Naib Johan: Kutub Kanah (PPANPs)
Tempat Ketiga: Arjuna Sukma (JPN Perlis)
Tempat Keempat: Taring Singgora (IPGM Kampus Kedah)
Tempat Kelima: Nayaneka Swara (IPGM Kampus Kedah)
Pemantun Terbaik: Haizatul Afni Bakhtiar (Kutub Kanah)
Busana Terbaik: Habaq Mai
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan peserta yang telah menghidupkan seni berpantun melalui pertandingan ini. Semoga PESANTUN 2026 terus menjadi wadah untuk menyemarakkan tradisi berpantun, memartabatkan bahasa dan sastera Melayu serta memperkukuh kecintaan generasi terhadap warisan budaya bangsa.
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Perpustakaan Awam Negeri Perlis (PPANPs), khususnya pasukan Kutub Kanah, atas kejayaan meraih Naib Johan serta anugerah Pemantun Terbaik menerusi Haizatul Afni Bakhtiar dalam Pertandingan Pantun Negeri Perlis (PESANTUN) 2026. Syabas juga kepada semua peserta dan warga PPANPs atas komitmen dalam memartabatkan seni pantun serta menyemarakkan warisan bahasa dan sastera Melayu.