19/06/2026
๐ฝ๏ธโจ ๐ฃ๐ฟ๐ผ๐ด๐ฟ๐ฎ๐บ ๐ข๐๐๐ฟ๐ฒ๐ฎ๐ฐ๐ต ๐ฃ๐ฒ๐ป๐ด๐ถ๐ธ๐๐ถ๐ฟ๐ฎ๐ณ๐ฎ๐ป ๐๐ฒ๐ฟ๐๐ถ๐ต ๐ฑ๐ฎ๐ป ๐ฆ๐ฒ๐น๐ฎ๐บ๐ฎ๐ (๐๐ฒ๐ฆ๐ฆ) ๐ฑ๐ถ ๐ช๐ฎ๐ฟ๐๐ป๐ด ๐ง๐ฒ๐ฝ๐ถ ๐ฆ๐ฎ๐๐ฎ๐ต & ๐ ๐๐ฑ๐ป๐ฎ ๐๐ฎ๐ธ๐๐ฎ ๐๐ผ๐๐๐ฒ โจ๐ฝ๏ธ
๐๐ ๐๐ฎ๐ง ๐๐๐๐ - Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) Negeri Perlis telah melaksanakan program turun padang kepada pengusaha tempatan bagi memberi bimbingan serta sokongan kepada pengusaha premis makanan dalam usaha mendapatkan pengiktirafan BeSS. Program ini melibatkan seramai 12 peserta yang terdiri daripada pengusaha premis makanan.
Program ini memberi fokus kepada bimbingan permohonan Pengiktirafan BeSS melalui sistem FoSIM, pendaftaran premis, serta pendidikan kesihatan berkaitan Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.
Usaha ini bertujuan membantu pengusaha meningkatkan tahap kebersihan dan pematuhan, seterusnya memastikan makanan yang disediakan adalah bersih dan selamat untuk pengguna.
๐ ๐ผ๐๐ ๐ฝ๐๐๐ ๐ฝ๐๐ง๐ช๐ก๐๐ ๐ฝ๐๐จ๐ฉ !
19/06/2026
๐โจ ๐ ๐ฒ๐น๐ฎ๐ต๐ถ๐ฟ๐ธ๐ฎ๐ป ๐๐ฒ๐ป๐ฒ๐ฟ๐ฎ๐๐ถ ๐๐ฒ๐น๐ถ๐ธ ๐๐ฒ๐๐ฒ๐น๐ฎ๐บ๐ฎ๐๐ฎ๐ป ๐ ๐ฎ๐ธ๐ฎ๐ป๐ฎ๐ป ๐ฆ๐ฒ๐ท๐ฎ๐ธ ๐๐ถ ๐๐๐ฎ๐น ๐จ๐๐ถ๐ฎ! โจ๐
๐๐ ๐๐ฎ๐ง ๐๐๐๐ - Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) Negeri Perlis telah melaksanakan ๐ฃ๐ฟ๐ผ๐ด๐ฟ๐ฎ๐บ ๐๐ฎ๐๐ถ๐ต๐ฎ๐ป ๐๐๐ฟ๐ ๐ฃ๐ฒ๐บ๐ฏ๐ถ๐บ๐ฏ๐ถ๐ป๐ด/๐ฃ๐ฒ๐ป๐ฑ๐ถ๐ฑ๐ถ๐ธ ๐ ๐ฎ๐๐๐ฎ๐ฟ๐ฎ๐ธ๐ฎ๐ ๐ฃ๐ฟ๐ผ๐ด๐ฟ๐ฎ๐บ ๐ง๐๐ป๐ฎ๐ ๐๐ฒ๐ฃ๐ถ๐๐ ๐ง๐ฎ๐ฏ๐ถ๐ธ๐ฎ ๐๐๐ ๐๐ฆ ๐ฑ๐ฎ๐ป ๐ฃ๐ฟ๐ฎ๐๐ฒ๐ธ๐ผ๐น๐ฎ๐ต ๐ก๐ฒ๐ด๐ฒ๐ฟ๐ถ ๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐น๐ถ๐ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ bertempat di Dewan Dahlia, Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Perlis.
Seramai 31 orang guru dan pendidik telah menyertai program ini yang bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan berkaitan keselamatan makanan serta memperkenalkan aktiviti-aktiviti menarik yang boleh dilaksanakan bersama murid dan ibu bapa bagi memupuk amalan pengendalian makanan yang selamat.
Pengisian aktiviti turut diserikan dengan Ceramah Program Perpaduan dan Keselamatan Makanan (PADUKA) yang telah disampaikan oleh Pn. Siti Hanim binti Naim, Pegawai Teknologi Makanan yang turut berkongsi pelbagai maklumat berkaitan kepentingan keselamatan makanan, amalan pengendalian makanan yang betul serta peranan pendidik dalam menyampaikan mesej keselamatan makanan kepada generasi muda.
๐ ๐๐๐จ๐๐ก๐๐ข๐๐ฉ๐๐ฃ ๐ข๐๐ ๐๐ฃ๐๐ฃ ๐๐๐ง๐ข๐ช๐ก๐ ๐๐๐ฃ๐๐๐ฃ ๐ฅ๐๐ฃ๐๐๐๐๐ ๐๐ฃ, ๐๐๐ฃ ๐ฅ๐๐ฃ๐๐๐๐๐ ๐๐ฃ ๐๐๐ง๐ข๐ช๐ก๐ ๐๐๐ง๐๐ฅ๐๐๐ ๐ ๐๐ฉ๐ ๐จ๐๐ข๐ช๐!
15/06/2026
๐ข ๐๐ฌ๐จ๐ ๐ฆ๐๐ฅ๐ง๐๐ ๐ฆ๐๐ฆ๐ ๐๐๐๐๐๐ข๐ข๐ ๐๐๐ฉ๐ ๐๐๐ ๐! ๐ข
Salam Sejahtera warga Perlis! Bersempena ๐๐๐ซ๐ข ๐๐๐ฌ๐๐ฅ๐๐ฆ๐๐ญ๐๐ง ๐๐๐ค๐๐ง๐๐ง ๐๐๐๐ฎ๐ง๐ข๐ ๐๐๐๐, Jabatan Kesihatan Negeri Perlis ingin menjemput anda semua ke sesi perkongsian ilmu yang sangat informatif ini.
Mari bersama-sama kita selami tema pada tahun ini,
"๐๐๐ซ๐ข๐ฉ๐๐๐ ๐๐๐๐๐ง๐๐ง ๐๐๐ฉ๐๐๐ ๐๐๐ง๐ฒ๐๐ฅ๐๐ฌ๐๐ข๐๐ง - ๐๐๐ค๐๐ง๐๐ง ๐๐๐ฅ๐๐ฆ๐๐ญ ๐๐ข ๐๐๐ง๐ ๐๐ฎ๐" demi memastikan akses kepada makanan yang selamat sentiasa terjamin untuk semua.
Jangan lepaskan peluang untuk menimba ilmu secara langsung daripada panel jemputan kami yang berpengalaman!
๐
16 Jun 2026 (Selasa)
๐ 3:30 Petang
๐ฅ page JKN Perlis & Wellness Hub Perlis
Ayuh bersama-sama menjadi sebahagian daripada penyelesaian dalam memastikan makanan yang selamat untuk semua!
15/06/2026
๐ ๐๐๐ฟ๐๐๐ ๐๐ฒ๐๐ฒ๐น๐ฎ๐บ๐ฎ๐๐ฎ๐ป ๐๐ฒ๐ฏ๐ฎ๐ธ๐ฎ๐ฟ๐ฎ๐ป (๐๐ฅ๐ง) ๐๐๐๐ ๐ก๐ฒ๐ด๐ฒ๐ฟ๐ถ ๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐น๐ถ๐ ๐
๐๐ ๐๐ฎ๐ง ๐๐๐๐ (๐๐ก๐๐ฆ๐ข๐ฌ) - Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) Negeri Perlis dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Perlis telah mengadakan Kursus Keselamatan Kebakaran (ERT) bertempat di Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Perlis.
๐จKursus ini bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kefahaman peserta berkaitan aspek keselamatan kebakaran di tempat kerja, penggunaan peralatan kebombaan dan sistem perlindungan kebakaran, di samping memperkukuh kesedaran terhadap peranan serta tanggungjawab individu dalam usaha pencegahan kebakaran dan pengurusan kecemasan.
๐จSepanjang kursus berlangsung, para peserta telah didedahkan dengan pengawasan dan perlindungan kebakaran serta menjalani latihan amali melibatkan kawad kebombaan dan penggunaan alat pemadam api. Pendedahan teori dan praktikal ini dapat membantu meningkatkan tahap kesiapsiagaan peserta dalam menghadapi sebarang insiden kebakaran di premis masing-masing.
๐งโ๐Kursus ini telah dikendalikan oleh pegawai dan anggota JBPM Negeri Perlis iaitu ๐ท๐ฒ๐ท๐๐ฉ ๐ด๐
๐จ๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐ฑ๐๐๐๐๐๐
๐๐, ๐ท๐ฒ๐ท ๐ฐ๐ฐ (๐ฒ๐ผ๐ท) ๐ด๐๐๐
๐ญ๐๐๐๐๐ ๐ฌ๐๐๐ ๐๐๐ ๐ด๐๐๐
๐ต๐๐, dan ๐ท๐ฉ ๐ด๐๐๐
๐บ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐บ๐๐๐๐๐
๐๐. Seramai 27 orang peserta telah menyertai kursus ini.
Diharapkan ilmu dan kemahiran yang diperoleh melalui kursus ini dapat diaplikasikan dengan berkesan di tempat kerja serta menyumbang kepada pembudayaan amalan keselamatan kebakaran yang lebih mantap dalam kalangan warga BKKM Negeri Perlis. Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kuala Perlis atas kerjasama dan komitmen yang diberikan sepanjang penganjuran kursus ini.
10/06/2026
๐ ๐ฃ๐๐ฅ๐ง๐๐ก๐๐๐ก๐๐๐ก ๐๐ก๐จ๐๐๐ฅ๐๐ ๐ ๐๐๐๐ก ๐ฆ๐๐๐๐ฅ๐ ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐๐๐ก ๐ฆ๐๐๐๐ ๐๐ง ๐ฃ๐๐ฅ๐๐ก๐๐๐๐ง ๐๐๐๐๐ก๐๐ฆ๐๐๐ก ๐ง๐๐๐จ๐ก ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ ๐
๐ ๐๐ฎ๐ง ๐๐๐๐ (๐๐๐ฅ๐๐ฌ๐) - Penjurian Pertandingan Anugerah Medan Selera Bersih dan Selamat Tahun 2026 telah berlangsung di Medan Selera D' Rasa, Kangar Jaya Mall, Perlis bagi pencalonan penyertaan wakil negeri Perlis ke Peringkat Kebangsaan bagi Kategori C iaitu Medan Selera Swasta yang beroperasi di dalam kompleks membeli belah.
๐ Penilaian telah diketuai oleh Puan Aida Farihah binti Mansor, Pegawai Teknologi Makanan, Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), Jabatan Kesihatan Negeri Perlis selaku Ketua Juri, bersama-sama barisan juri yang terdiri daripada En. Abdul Azis bin Razak (Pegawai Kesihatan Persekitaran, BKKM JKN Perlis), En. Mohd Helmi bin Othman (Setiausaha Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis), Puan Zuraida binti Zubir (Pegawai Pendidikan Kesihatan, PKD Kangar) dan En. Muslim bin Nayan (Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran, Majlis Perbandaran Kangar).
โ
Antara aspek yang dinilai termasuk tahap kebersihan premis makanan, penggunaan bahan promosi kesihatan, elemen inovasi dan kreativiti serta tahap keceriaan dan keselamatan medan selera bagi memastikan keselesaan dan kesejahteraan kepada para pengunjung.
Pertandingan ini merupakan salah satu inisiatif bagi menggalakkan pengusaha makanan mematuhi standard kebersihan dan keselamatan makanan serta mewujudkan persekitaran makan yang bersih, selamat dan kondusif untuk masyarakat.
10/06/2026
๐จ ๐๐ก๐๐ ๐ง๐๐ฅ๐๐๐๐๐ง ๐๐๐๐๐ ๐๐ก๐๐จ๐ฆ๐ง๐ฅ๐ ๐ ๐๐๐๐ก๐๐ก? ๐๐๐ก๐๐๐ก ๐๐๐ฃ๐๐ฆ๐๐๐ก ๐ฃ๐๐๐จ๐๐ก๐ ๐๐ก๐! ๐จ
Pernahkah anda tertanya-tanya sama ada label produk makanan anda benar-benar mematuhi perundangan? ๐ค
Kesilapan kecil pada label boleh menyebabkan produk anda ditarik balik, boleh dikenakan tindakan penguatkuasaan, malah juga boleh mengelirukan serta menjejaskan kepercayaan pengguna. Kini masanya untuk anda tingkatkan pengetahuan dan kemahiran anda melalui:
๐ญ๐ถ๐ถ๐ซ ๐ท๐น๐ถ๐ซ๐ผ๐ช๐ป ๐ณ๐จ๐ฉ๐ฌ๐ณ๐ณ๐ฐ๐ต๐ฎ & ๐ฏ๐จ๐ต๐ซ๐บ-๐ถ๐ต
๐
23 โ 25 Jun 2026
๐ Ipoh, Perak
๐ HRD Corp Claimable
๐ Tempat adalah terhad โ First Come, First Serve Basis
๐ฒ Imbas kod QR pada poster untuk pendaftaran sekarang!
09/06/2026
๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ & ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ (๐๐๐๐) ๐
๐๐๐ ๐.๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
๐ ๐๐ฎ๐ง ๐๐๐๐ - Pelaksanaan Rintis Pensijilan Program Keselamatan & Kualiti Makanan (PKKM) sebagai ๐ฃ๐ฟ๐ฎ-๐ฆ๐๐ฎ๐ฟ๐ฎ๐ ๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐ผ๐น๐ฒ๐ต๐ฎ๐ป ๐ฃ๐ฒ๐บ๐ฏ๐ฒ๐ธ๐ฎ๐น๐ฎ๐ป ๐ ๐ฎ๐ธ๐ฎ๐ป๐ฎ๐ป ๐๐ฒ๐ฟ๐บ๐ฎ๐๐ฎ๐ธ/๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐ธ๐ต๐ถ๐ฑ๐บ๐ฎ๐๐ฎ๐ป ๐ฃ๐ฒ๐ป๐๐ฒ๐ฑ๐ถ๐ฎ ๐ ๐ฎ๐ธ๐ฎ๐ป๐ฎ๐ป ๐ฑ๐ฎ๐น๐ฎ๐บ ๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐ผ๐น๐ฒ๐ต๐ฎ๐ป ๐๐ฒ๐ฟ๐ฎ๐ท๐ฎ๐ฎ๐ป (๐๐ฎ๐๐ฎ ๐ฎ.๐ฌ) telah dibentangkan dalam Mesyuarat Pengurusan Tertinggi Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis Bil. 3/2026 di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri. Pembentangan tersebut telah disampaikan oleh Dr Ghazali bin Chik, Pengarah Kesihatan Negeri Perlis.
Mesyuarat dipengerusikan YB Dato' Noor Azman bin Abdul Rahman, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, dan dihadiri oleh Ketua-Ketua Jabatan Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan, Badan Berkanun Negeri, syarikat milik kerajaan dan jabatan-jabatan di bawah Kerajaan Persekutuan.
Pembentangan ini bertujuan memberikan penerangan dan makluman berhubung pelaksanaan Rintis PKKM Fasa 2.0 yang telah berkuat kuasa mulai 1 Februari 2026 hingga 30 Januari 2027. Pelaksanaan fasa ini melibatkan institusi dan jabatan daripada sembilan (9) Kementerian di Negeri Perlis sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh keselamatan dan kualiti makanan dalam perolehan kerajaan.
Semoga pelaksanaan inisiatif ini dapat meningkatkan tahap pematuhan terhadap amalan keselamatan makanan serta memperkukuh keyakinan terhadap kualiti perkhidmatan penyediaan makanan dalam sektor awam.
.0