12/10/2026
πππππππππ ππππππ πππππππππ π
ππππππ ππππππ (πππ
π) ππ-ππ (πππ. π/ππππ)
YAB Tuan Abu Bakar Hamzah, Menteri Besar Perlis telah menghadiri Mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) Ke-51 (Bil. 2/2026) yang berlangsung pada jam 4.00 petang bertempat di Bilik Mesyuarat Perdana, Pejabat Perdana Menteri, Aras 3, Blok Utama, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya.
Dalam mesyuarat tersebut, YAB Menteri Besar Perlis telah membentangkan Laporan Draf Rancangan Struktur Negeri Perlis 2040 (RSN Perlis 2040) (Kajian Semula) bagi mendapatkan arahan dan nasihat MPFN berhubung hala tuju perancangan pembangunan negeri pada masa hadapan.
Draf RSN Perlis 2040 menetapkan aspirasi untuk menjadikan Perlis sebuah βNegeri Progresif, Sejahtera dan Berpendapatan Tinggi menjelang tahun 2040β. Aspirasi ini akan direalisasikan melalui enam (6) teras, 14 hala tuju strategik, 65 strategi perancangan dan 257 inisiatif pelaksanaan yang dirangka secara menyeluruh bagi memacu pembangunan negeri secara terancang, mampan dan berdaya saing.
Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri, Datoβ Seri Anwar Ibrahim. Turut hadir ialah YB Datoβ Noor Azman bin Abdul Rahman, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, serta TPr. Dr. Mohamad Sabri bin Ahmad, Pengarah PLANMalaysia Perlis.
Pembentangan ini mencerminkan komitmen Kerajaan Negeri Perlis dalam memperkukuh perancangan pembangunan negeri secara strategik dan bersepadu, selaras dengan aspirasi untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat, memperkukuh pertumbuhan ekonomi serta menjadikan Perlis sebuah negeri yang progresif, sejahtera dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2040.