Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perlis

Call Directions Website

Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perlis Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perlis, Government Organization, Darul Qada' Tuanku Syed Sirajuddin, Persiaran Jubli Emas, Jalan Pegawai, Kangar.

Melaksanakan perbicaraan, pengurusan Mahkamah dan perkhidmatan sokongan secara professional, berkesan dan sistematik berasaskan Undang-undang dan Hukum Syarak

๐’๐„๐’๐ˆ ๐๐„๐๐˜๐„๐‘๐€๐‡๐€๐ ๐’๐ˆ๐‰๐ˆ๐‹ ๐“๐€๐Œ๐€๐“ ๐๐‘๐€๐Š๐“๐ˆ๐Š๐€๐‹: ๐’๐„๐“๐ˆ๐๐†๐†๐ˆ-๐“๐ˆ๐๐†๐†๐ˆ ๐“๐€๐‡๐๐ˆ๐€๐‡ ๐Š๐„๐๐€๐ƒ๐€ ๐๐„๐‹๐€๐‰๐€๐‘ ๐‹๐€๐“๐ˆ๐‡๐€๐ ๐ˆ๐๐ƒ๐”๐’๐“๐‘๐ˆ ๐”๐๐ˆ๐•๐„๐‘๐’๐ˆ๐“๐ˆ ๐ˆ๐’๐‹๐€๐Œ ๐€๐๐“๐€๐‘๐€๐๐€...
21/08/2026

๐’๐„๐’๐ˆ ๐๐„๐๐˜๐„๐‘๐€๐‡๐€๐ ๐’๐ˆ๐‰๐ˆ๐‹ ๐“๐€๐Œ๐€๐“ ๐๐‘๐€๐Š๐“๐ˆ๐Š๐€๐‹: ๐’๐„๐“๐ˆ๐๐†๐†๐ˆ-๐“๐ˆ๐๐†๐†๐ˆ ๐“๐€๐‡๐๐ˆ๐€๐‡ ๐Š๐„๐๐€๐ƒ๐€ ๐๐„๐‹๐€๐‰๐€๐‘ ๐‹๐€๐“๐ˆ๐‡๐€๐ ๐ˆ๐๐ƒ๐”๐’๐“๐‘๐ˆ ๐”๐๐ˆ๐•๐„๐‘๐’๐ˆ๐“๐ˆ ๐ˆ๐’๐‹๐€๐Œ ๐€๐๐“๐€๐‘๐€๐๐€๐๐†๐’๐€ ๐’๐”๐‹๐“๐€๐ ๐€๐๐ƒ๐”๐‹ ๐‡๐€๐‹๐ˆ๐Œ ๐Œ๐”โ€™๐€๐ƒ๐™๐€๐Œ ๐’๐‡๐€๐‡ (๐”๐ง๐ข๐’๐‡๐€๐Œ๐’)

KANGAR, [Tarikh] โ€“ Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perlis (JKSNPs) telah mengadakan Sesi Penyerahan Sijil Tamat Praktikal bagi meraikan pelajar latihan industri daripada UniSHAMS yang telah berjaya menyempurnakan tempoh latihan mereka di jabatan ini.

Sijil tamat praktikal telah disampaikan secara rasmi oleh YAA Tuan Haji Jaidi bin Ahmad, Ketua Hakim Syarie Perlis.
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada dua orang pelajar jurusan Ijazah Sarjana Muda Syariah UniSHAMS:

Nurul Tasnim Binti Zulkamal
Nur Awni Binti Zulkiflee

Sesi penuh bermakna ini turut disaksikan oleh Tuan Khairul Azwadi bin Mohamed Noor, Ketua Pendaftar Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perlis.

Seluruh warga JKSNPs merakamkan ucapan terima kasih atas komitmen, dedikasi, dan sumbangan tenaga yang diberikan sepanjang menjalani latihan industri di sini. Semoga segala ilmu serta pengalaman yang ditimba sepanjang berada di mahkamah ini menjadi bekal berharga untuk melangkah ke alam kerjaya kelak.

Selamat maju jaya dan semoga sentiasa cemerlang pada masa hadapan!

๐Š๐”๐๐‰๐”๐๐†๐€๐ ๐‡๐Ž๐‘๐Œ๐€๐“ ๐‹๐„๐Œ๐๐€๐†๐€ ๐“๐€๐๐”๐๐† ๐‡๐€๐‰๐ˆ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐๐„๐‘๐‹๐ˆ๐’ ๐Š๐„ ๐‰๐€๐๐€๐“๐€๐ ๐Š๐„๐‡๐€๐Š๐ˆ๐Œ๐€๐ ๐’๐˜๐€๐‘๐ˆ๐€๐‡ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐๐„๐‘๐‹๐ˆ๐’KANGAR, [20 Ogos 2026] โ€“ Ja...
21/08/2026

๐Š๐”๐๐‰๐”๐๐†๐€๐ ๐‡๐Ž๐‘๐Œ๐€๐“ ๐‹๐„๐Œ๐๐€๐†๐€ ๐“๐€๐๐”๐๐† ๐‡๐€๐‰๐ˆ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐๐„๐‘๐‹๐ˆ๐’ ๐Š๐„ ๐‰๐€๐๐€๐“๐€๐ ๐Š๐„๐‡๐€๐Š๐ˆ๐Œ๐€๐ ๐’๐˜๐€๐‘๐ˆ๐€๐‡ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐๐„๐‘๐‹๐ˆ๐’

KANGAR, [20 Ogos 2026] โ€“ Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perlis (JKSNPs) hari ini amat berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada barisan kepimpinan Lembaga Tabung Haji (TH) Negeri Perlis ke jabatan ini.

Delegasi Lembaga Tabung Haji Negeri Perlis telah diketuai oleh:
Tuan Haji Burhan Bin Abd Rahman โ€“ Pengarah Negeri TH Perlis; dan
Encik Mohammad Aimi Bin Mohd Zubir โ€“ Ketua Pemasaran Negeri TH Perlis

Sesi perjumpaan ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim serta membuka ruang kerjasama strategik antara kedua-dua agensi Islam di Negeri Perlis.

Selain berbincang mengenai pelbagai potensi kerjasama demi kemaslahatan ummah, sesi ini juga menjadi platform pertukaran pandangan berasaskan fungsi institusi masing-masing.

Pengurusan JKSNPs merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas sudi hadirnya pihak TH Negeri Perlis. Semoga ukhuwah yang terjalin ini membuahkan keberkatan dan kerjasama yang berpanjangan.

โฐ ๐’๐„๐’๐ˆ ๐‚๐‹๐Ž๐‚๐Š ๐Ž๐”๐“ & ๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐๐„๐‘๐“๐”๐†๐€๐’ ๐ƒ๐ˆ ๐“๐„๐Œ๐๐€๐“ ๐๐€๐‡๐€๐‘๐” ๐Ÿ’"Setiap pertemuan pasti ada perpisahan, namun kenangan dan jasa ya...
31/07/2026

โฐ ๐’๐„๐’๐ˆ ๐‚๐‹๐Ž๐‚๐Š ๐Ž๐”๐“ & ๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐๐„๐‘๐“๐”๐†๐€๐’ ๐ƒ๐ˆ ๐“๐„๐Œ๐๐€๐“ ๐๐€๐‡๐€๐‘๐” ๐Ÿ’

"Setiap pertemuan pasti ada perpisahan, namun kenangan dan jasa yang ditaburkan tetap abadi dalam ingatan."

Hari ini merupakan detik emosi dan bermakna buat seluruh warga Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perlis (JKSNPs) apabila menyempurnakan Sesi Clock Out bagi dua orang wargakerja Unit Teknologi Maklumat yang banyak berjasa kepada jabatan:

๐Ÿ‘จโ€๐Ÿ’ป Encik Norazmi bin Abd Aziz
Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Kanan
Bertukar ke Jabatan Akauntan Negara Negeri Perlis

๐Ÿ‘จโ€๐Ÿ’ป Encik Ishak bin Ismail
Penolong Pegawai Teknologi Maklumat
Bertukar ke Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin

Jutaan terima kasih diucapkan atas segala dedikasi, komitmen, dan sumbangan kepakaran dalam memastikan sistem serta perkhidmatan IT di JKSNPs sentiasa berjalan lancar.

Seluruh warga JKSNPs mendoakan semoga Encik Norazmi dan Encik Ishak terus maju jaya, cemerlang, dan dipermudahkan segala urusan di penempatan baharu kelak. Jangan lupakan kami di JKSNPs!

Selamat Bertugas di Tempat Baharu! ๐ŸŒŸ

๐Œ๐„๐’๐˜๐”๐€๐‘๐€๐“ ๐๐„๐๐†๐”๐‘๐”๐’๐€๐ ๐‰๐€๐๐€๐“๐€๐ ๐Š๐„๐‡๐€๐Š๐ˆ๐Œ๐€๐ ๐’๐˜๐€๐‘๐ˆ๐€๐‡ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐๐„๐‘๐‹๐ˆ๐’ (๐‰๐Š๐’๐๐๐ฌ) ๐๐ˆ๐‹. ๐Ÿ/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”KANGAR, 31 JULAI 2026 โ€“ Mesyuarat Pengu...
31/07/2026

๐Œ๐„๐’๐˜๐”๐€๐‘๐€๐“ ๐๐„๐๐†๐”๐‘๐”๐’๐€๐ ๐‰๐€๐๐€๐“๐€๐ ๐Š๐„๐‡๐€๐Š๐ˆ๐Œ๐€๐ ๐’๐˜๐€๐‘๐ˆ๐€๐‡ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐๐„๐‘๐‹๐ˆ๐’ (๐‰๐Š๐’๐๐๐ฌ) ๐๐ˆ๐‹. ๐Ÿ/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

KANGAR, 31 JULAI 2026 โ€“ Mesyuarat Pengurusan JKSNPs Bilangan 2 Tahun 2026 telah berlangsung dengan lancarnya di Bilik Mesyuarat KHS, Kompleks Darul Qadaโ€™ Tuanku Syed Sirajuddin, JKSNPs hari ini.

Mesyuarat berkala ini dipengerusikan oleh YAA Ketua Hakim Syarie, Tuan Haji Jaidi bin Ahmad dan bertujuan untuk memantau, menyelaraskan serta memantapkan jentera pengurusan dan perkhidmatan kehakiman Syariah di Negeri Perlis agar sentiasa berada pada tahap terbaik.

Mesyuarat turut dihadiri oleh ahli-ahli mesyuarat seperti berikut:

1. YA Tuan Mohd Saifuddin bin Othman
2. Tuan Khairul Azwadi bin Mohamed Noor
3. Tuan Mohd Dhiauddin bin Mohamad Yusoff
4. Tuan Mohamad Al Hafid bin Ismail
5. Tuan Azman bin Rajamin
6. Tuan Mohamad Fahmi bin Mohamad Idris
7. Puan Azyantie binti Noordin
8. Encik Nur Hamizi bin Hassan
9. Puan Siti Fairuz binti Fauzi
10. Encik Mohd Irwan bin Ismail

Semoga segala perancangan dan keputusan yang dicapai dalam mesyuarat ini memberi impak yang positif dalam meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kehakiman Syariah demi kesejahteraan ummah di Negeri Perlis.

๐Ÿ’ ๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐’๐„๐‹๐€๐”๐“ ๐๐”๐ƒ๐ˆ, ๐Ÿ๐ŸŽ๐ŸŽ๐ŸŽ ๐Œ๐„๐Œ๐Ž๐‘๐ˆ ๐‰๐€๐๐€๐“๐€๐ ๐Š๐„๐‡๐€๐Š๐ˆ๐Œ๐€๐ ๐’๐˜๐€๐‘๐ˆ๐€๐‡ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐๐„๐‘๐‹๐ˆ๐’ ๐Ÿ’"Raut wajah dihasratkan duka,Sanjungan budi k...
31/07/2026

๐Ÿ’ ๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐’๐„๐‹๐€๐”๐“ ๐๐”๐ƒ๐ˆ, ๐Ÿ๐ŸŽ๐ŸŽ๐ŸŽ ๐Œ๐„๐Œ๐Ž๐‘๐ˆ ๐‰๐€๐๐€๐“๐€๐ ๐Š๐„๐‡๐€๐Š๐ˆ๐Œ๐€๐ ๐’๐˜๐€๐‘๐ˆ๐€๐‡ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐๐„๐‘๐‹๐ˆ๐’ ๐Ÿ’

"Raut wajah dihasratkan duka,
Sanjungan budi kenangan jua,
Patah tumbuh hilang berganti,
Khidmat bakti disanjung tinggi."

Alhamdulillah, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perlis (JKSNPs) telah menganjurkan Majlis Selaut Budi, 1000 Memori bagi menghargai jasa, pengorbanan, dan sumbangan cemerlang tiga orang wargakerja JKSNPs yang akan melangkah ke fasa baharu dalam perkhidmatan awam.

Seluruh warga JKSNPs merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas khidmat bakti yang telah ditaburkan oleh:

1. Encik Norazmi bin Abd Aziz (FA6)
Pertukaran ke Jabatan Akauntan Negara Negeri Perlis (Mulai 3 Ogos 2026)

2. Encik Ishak bin Ismail (FA5)
Pertukaran ke Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (Mulai 3 Ogos 2026)

3. Cik Sharifah Nur Arina binti Syed Hasan
Pertukaran ke Jabatan Tenaga Kerja Negeri Perlis (Mulai 20 Julai 2026)

4. Cik Nur Najwa Nadia binti Zairi
Menjalani Latihan Industri bermula 1 April 2026 - 31 Julai 2026 di jabatan ini.

Setiap detik perkhidmatan, komitmen, dan kebaikan yang dicurahkan sepanjang berada di JKSNPs amat berharga dan akan sentiasa terpahat dalam ingatan kami semua.

Selamat bertugas di jabatan baharu! Semoga terus cemerlang, dipermudahkan segala urusan, dan sentiasa dalam rahmat Allah SWT. Terima kasih atas segalanya! ๐ŸŒŸ

๐–๐€๐Š๐“๐” ๐Ž๐๐„๐‘๐€๐’๐ˆ ๐Š๐€๐”๐๐“๐„๐‘๐—๐—”๐—•๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—›๐—”๐—ž๐—œ๐— ๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—ฌ๐—”๐—ฅ๐—œ๐—”๐—› ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—Ÿ๐—œ๐—ฆPanduan Waktu Operasi dan Urusan Perkhidmatan berkuatkuasa m...
31/07/2026

๐–๐€๐Š๐“๐” ๐Ž๐๐„๐‘๐€๐’๐ˆ ๐Š๐€๐”๐๐“๐„๐‘

๐—๐—”๐—•๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—›๐—”๐—ž๐—œ๐— ๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—ฌ๐—”๐—ฅ๐—œ๐—”๐—› ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ

Panduan Waktu Operasi dan Urusan Perkhidmatan berkuatkuasa mulai 1 Ogos 2026.

๐Ÿ’ ๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐๐„๐‘๐Š๐‡๐ˆ๐ƒ๐Œ๐€๐“ ๐ƒ๐ˆ ๐“๐„๐Œ๐๐€๐“ ๐๐€๐‡๐€๐‘๐” ๐Ÿ’๐—ฆ๐—ฒ๐˜€๐—ถ ๐—–๐—น๐—ผ๐—ฐ๐—ธ ๐—ข๐˜‚๐˜ ๐—ฃ๐˜‚๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐—ต๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ณ๐—ฎ๐—ต ๐—ก๐˜‚๐—ฟ ๐—”๐—ฟ๐—ถ๐—ป๐—ฎ ๐—ฏ๐—ถ๐—ป๐˜๐—ถ ๐—ฆ๐˜†๐—ฒ๐—ฑ ๐—›๐—ฎ๐˜€๐˜€๐—ฎ๐—ปHari ini merupakan detik ...
24/07/2026

๐Ÿ’ ๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐๐„๐‘๐Š๐‡๐ˆ๐ƒ๐Œ๐€๐“ ๐ƒ๐ˆ ๐“๐„๐Œ๐๐€๐“ ๐๐€๐‡๐€๐‘๐” ๐Ÿ’
๐—ฆ๐—ฒ๐˜€๐—ถ ๐—–๐—น๐—ผ๐—ฐ๐—ธ ๐—ข๐˜‚๐˜ ๐—ฃ๐˜‚๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐—ต๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ณ๐—ฎ๐—ต ๐—ก๐˜‚๐—ฟ ๐—”๐—ฟ๐—ถ๐—ป๐—ฎ ๐—ฏ๐—ถ๐—ป๐˜๐—ถ ๐—ฆ๐˜†๐—ฒ๐—ฑ ๐—›๐—ฎ๐˜€๐˜€๐—ฎ๐—ป

Hari ini merupakan detik sayu buat warga Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perlis (JKSNPs), khususnya di Bahagian Sokongan Keluarga (BSK). Kami bersama-sama menemani Cik Sharifah Nur Arina binti Syed Hassan pada sesi Clock Out terakhir beliau sebagai Pembantu Tadbir (Kewangan) BSK JKSNPs. Beliau akan memulakan tugas baharu di Jabatan Tenaga Kerja Negeri Perlis bermula 27 Julai 2026 ini.

Seluruh warga JKSNPs ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas segala jasa, bakti, serta komitmen cemerlang yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat di jabatan ini. Senyuman, dedikasi dan keramahan beliau pasti akan dirindui oleh rakan-rakan sekerja.

โ€œPohon beringin teguh berdiri,
Tempat berteduh si burung nuri,
Jasa dan bakti tidak terperi,
Akan mekar di sudut memori."

Warga JKSNPs mendoakan semoga Cik Sharifah Nur Arina terus maju jaya, dilimpahi rezeki, dan dipermudahkan segala urusan di jabatan baharu nanti!

Jasamu sentiasa dikenang! ๐ŸŒŸโœจ

๐Œ๐„๐’๐˜๐”๐€๐‘๐€๐“ ๐๐„๐†๐€๐–๐€๐ˆ ๐’๐˜๐€๐‘๐ˆ๐€๐‡ ๐‰๐€๐๐€๐“๐€๐ ๐Š๐„๐‡๐€๐Š๐ˆ๐Œ๐€๐ ๐’๐˜๐€๐‘๐ˆ๐€๐‡ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐๐„๐‘๐‹๐ˆ๐’ (๐‰๐Š๐’๐๐๐ฌ) ๐๐ˆ๐‹๐€๐๐†๐€๐ ๐Ÿ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”KANGAR, 24 Julai 2026 โ€“ ...
24/07/2026

๐Œ๐„๐’๐˜๐”๐€๐‘๐€๐“ ๐๐„๐†๐€๐–๐€๐ˆ ๐’๐˜๐€๐‘๐ˆ๐€๐‡ ๐‰๐€๐๐€๐“๐€๐ ๐Š๐„๐‡๐€๐Š๐ˆ๐Œ๐€๐ ๐’๐˜๐€๐‘๐ˆ๐€๐‡ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐๐„๐‘๐‹๐ˆ๐’ (๐‰๐Š๐’๐๐๐ฌ) ๐๐ˆ๐‹๐€๐๐†๐€๐ ๐Ÿ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

KANGAR, 24 Julai 2026 โ€“ Telah berlangsung Mesyuarat Pegawai Syariah Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perlis (JKSNPs) Bilangan 2 Bagi Tahun 2026 bermula jam 9.00 pagi tadi, bertempat di Bilik Mesyuarat Ketua Hakim Syarie, Aras 6, Bangunan JKSNPs.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YAA Ketua Hakim Syarie Negeri Perlis, Tuan Haji Jaidi bin Ahmad.

Turut hadir dalam mesyuarat ini ialah:
โ€ข YA Puan Wan Aizaa bin Wan Abdullah
โ€ข YA Tuan Mohd Saifuddin bin Othman
โ€ข Tuan Khairul Azwadi bin Mohamed Noor
โ€ข Tuan Mohd Dhiauddin Bin Mohamad Yusoff
โ€ข Tuan Yusof bin Abd Manaf
โ€ข Tuan Mohamad Al Hafid bin Ismail
โ€ข Tuan Mohamad Fahmi bin Mohamad Idris
โ€ข Puan Azyantie binti Noordin

Mesyuarat berkala ini diadakan bertujuan memantapkan lagi tadbir urus, penyelarasan tugas, serta memperkasakan penyampaian perkhidmatan kehakiman dan perundangan Syariah di Negeri Perlis demi kemaslahatan ummah.

Semoga segala perancangan dan keputusan yang dicapai dalam mesyuarat ini berjalan dengan lancar serta mendapat keberkatan-Nya.

Selamat Maju Jaya Pelajar Praktikal UNISIRAJ!Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perlis hari ini merakamkan setinggi-tinggi...
09/07/2026

Selamat Maju Jaya Pelajar Praktikal UNISIRAJ!

Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perlis hari ini merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada para pelajar dari Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin (UNISIRAJ) yang telah berjaya menamatkan tempoh Latihan Praktikal (Internship) mereka di jabatan ini.

Sepanjang berada di sini, mereka telah menunjukkan komitmen, disiplin, dan kesungguhan yang tinggi dalam mempelajari seluk-beluk pengurusan dan perundangan Syariah.

Tahniah diucapkan kepada:

1. Akif Hizmi bin Abd Ghani
(Diploma Pengurusan Harta Islam) (FMKI)

2. Muhammad Saperi Ikmal bin Azhar
(Ijazah Sarjana Muda Perbankan dan Kewangan Islam) (FMKI)

3. Nur Najihah binti Nahib
(Fakulti Pengajian Islam) (Ijazah Sarjana Muda Syariah - Ekonomi
Islam)

Pihak jabatan mendoakan agar segala ilmu, pengalaman, dan kemahiran yang ditimba sepanjang latihan praktikal ini menjadi bekal yang bermanfaat untuk melangkah ke alam kerjaya yang sebenar nanti. Semoga terus cemerlang dan mampu memberi sumbangan bermakna kepada ummah!

โ€œIlmu Dituntut, Amal Disemai, Kecemerlangan Diraih.โ€

[ ๐“๐€๐‡๐๐ˆ๐€๐‡ & ๐’๐˜๐€๐๐€๐’: ๐๐„๐๐„๐‘๐ˆ๐Œ๐€ ๐€๐๐”๐†๐„๐‘๐€๐‡ ๐๐„๐‘๐Š๐‡๐ˆ๐ƒ๐Œ๐€๐“๐€๐ ๐‚๐„๐Œ๐„๐‘๐‹๐€๐๐† (๐€๐๐‚) ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“ ] ๐ŸŒŸ๐Ÿ‘Seluruh warga Jabatan Kehakiman Syariah Nege...
30/06/2026

[ ๐“๐€๐‡๐๐ˆ๐€๐‡ & ๐’๐˜๐€๐๐€๐’: ๐๐„๐๐„๐‘๐ˆ๐Œ๐€ ๐€๐๐”๐†๐„๐‘๐€๐‡ ๐๐„๐‘๐Š๐‡๐ˆ๐ƒ๐Œ๐€๐“๐€๐ ๐‚๐„๐Œ๐„๐‘๐‹๐€๐๐† (๐€๐๐‚) ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“ ] ๐ŸŒŸ๐Ÿ‘

Seluruh warga Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perlis (JKSNPs) ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada dua orang warga kerja JKSNPs yang telah dianugerahkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun 2025:

๐Ÿ† ๐“๐ฎ๐š๐ง ๐Œ๐จ๐ก๐š๐ฆ๐š๐ ๐…๐š๐ก๐ฆ๐ข ๐›๐ข๐ง ๐Œ๐จ๐ก๐š๐ฆ๐š๐ ๐ˆ๐๐ซ๐ข๐ฌ
(๐๐ž๐ ๐š๐ฐ๐š๐ข ๐๐ž๐ง๐ฒ๐ž๐ฅ๐ข๐๐ข๐ค ๐‡๐š๐ค๐ข๐ฆ ๐Œ๐š๐ก๐ค๐š๐ฆ๐š๐ก ๐“๐ข๐ง๐ ๐ ๐ข ๐’๐ฒ๐š๐ซ๐ข๐š๐ก)

๐Ÿ† ๐๐ฎ๐š๐ง ๐๐จ๐ซ๐ฌ๐ฒ๐ฎ๐ก๐š๐๐š ๐›๐ข๐ง๐ญ๐ข ๐’๐š๐š๐
(๐๐ž๐ฆ๐›๐š๐ง๐ญ๐ฎ ๐Ž๐ฉ๐ž๐ซ๐š๐ฌ๐ข)

Anugerah ini merupakan pengiktirafan di atas komitmen tidak berbelah bahagi, usaha gigih, serta mutu kerja cemerlang yang telah dipamerkan oleh mereka sepanjang tahun.

Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin semangat buat Tuan Mohamad Fahmi dan Puan Norsyuhada untuk terus memacu kecemerlangan, serta terus berbakti demi agama, bangsa, dan negeri Perlis yang tercinta.

"๐Š๐ž๐œ๐ž๐ฆ๐ž๐ซ๐ฅ๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐›๐ฎ๐ค๐š๐ง๐ฅ๐š๐ก ๐ฌ๐š๐ญ๐ฎ ๐ญ๐ข๐ง๐๐š๐ค๐š๐ง, ๐ฆ๐ž๐ฅ๐š๐ข๐ง๐ค๐š๐ง ๐ฌ๐š๐ญ๐ฎ ๐ญ๐š๐›๐ข๐š๐ญ."

Tahniah sekali lagi! ๐ŸŽ‰โœจ

Address

Darul Qada' Tuanku Syed Sirajuddin, Persiaran Jubli Emas, Jalan Pegawai
Kangar
01000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6049774846

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perlis posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share