Hospital Kanowit - Rasmi

Directions Website

Hospital Kanowit - Rasmi Halaman Rasmi Bagi Hebahan Di Hospital Daerah Kanowit, Sarawak

17/09/2026

Kami berbesar hati untuk berkongsi Laporan Tahunan Hospital Kanowit 2025! ๐Ÿฅโœจ

Tahun 2025 merupakan tahun pertumbuhan, daya tahan, dan perkhidmatan yang penuh dedikasi. Daripada menaik taraf perkhidmatan fasiliti kepada memperluas inisiatif kesihatan komuniti, laporan ini merangkumi teras perjuangan kami: mengutamakan pesakit kami.

Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan pencapaian ini. Ketahui lebih lanjut tentang pencapaian kami dan lihat bagaimana kami membentuk masa depan penjagaan kesihatan di Kanowit!

๐Ÿ‘‰ Klik di sini untuk membaca laporan penuh: https://heyzine.com/flip-book/40a5f2a402.html

SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2026 16 September merupakan hari bersejarah yang menyatukan kita sebagai sebuah bangsa d...
15/09/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2026

16 September merupakan hari bersejarah yang menyatukan kita sebagai sebuah bangsa dalam semangat perpaduan, keharmonian dan kebersamaan. โค๏ธ๐Ÿ’™๐Ÿ’›

Marilah kita terus memupuk semangat patriotisme, menghargai kepelbagaian serta bersama-sama membina Malaysia yang lebih sejahtera dan harmoni. โœจ

โ€œBersatu dalam Kepelbagaian, Teguh Demi Malaysia.โ€

๐ŸŒบ Selamat Hari Malaysia 2026!
Malaysia MADANI, Jiwa Merdeka!

Ikhlas daripada,
Pengarah Hospital dan seluruh warga kerja Hospital Kanowit โค๏ธ

๐Ÿ“ธ KURSUS PENGURUSAN TINGKAH LAKU AGRESIF | HOSPITAL KANOWITHospital Kanowit telah mengadakan Kursus Pengurusan Tingkah L...
10/09/2026

๐Ÿ“ธ KURSUS PENGURUSAN TINGKAH LAKU AGRESIF | HOSPITAL KANOWIT

Hospital Kanowit telah mengadakan Kursus Pengurusan Tingkah Laku Agresif pada 7 September 2026 (Isnin) bertempat di Bilik Konferens, Hospital Kanowit.

Kursus ini bertujuan meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kesiapsiagaan anggota hospital dalam mengenal pasti, menangani serta mengurus tingkah laku agresif dengan pendekatan yang selamat dan terkawal.
Sepanjang kursus, para peserta didedahkan dengan sesi perkongsian ilmu serta latihan praktikal, bagi memberi kefahaman dan pengalaman secara langsung dalam menghadapi situasi yang melibatkan tingkah laku agresif di tempat kerja.

Diharapkan ilmu dan kemahiran yang diperoleh dapat diaplikasikan dalam tugasan harian, sekali gus membantu mewujudkan persekitaran kerja dan penyampaian perkhidmatan yang lebih selamat untuk anggota, pesakit serta orang awam.
Terima kasih dan syabas kepada pihak penganjur, fasilitator serta semua peserta yang telah memberikan kerjasama dan komitmen sepanjang kursus.






Hospital Kanowit telah berjaya menganjurkan Kursus Kawalan Infeksi untuk Pembantu Perawatan Kesihatan, Pembantu Khidmat ...
10/09/2026

Hospital Kanowit telah berjaya menganjurkan Kursus Kawalan Infeksi untuk Pembantu Perawatan Kesihatan, Pembantu Khidmat Awam Bilangan 3/2026 yang berlangsung pada 9 September 2026 di Bilik Konferen Hospital Kanowit.

Kursus ini bertujuan meningkatkan pengetahuan, kemahiran serta kesedaran warga Hospital Kanowit terhadap amalan kawalan infeksi yang berkesan bagi memastikan persekitaran hospital yang selamat untuk pesakit, pelawat dan anggota kesihatan.

Sepanjang kursus, para peserta telah didedahkan dengan pelbagai topik penting seperti:
๐Ÿซด๐ŸคHand hygiene
๐Ÿฅฝโ›‘๏ธ๐Ÿฅ‹Alat pelindung diri
๐Ÿ’‰ Pengurusan Needle Stick Injury
serta sesi soal jawab.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua penceramah jemputan, urus setia serta seluruh peserta yang telah memberikan komitmen dan kerjasama sepanjang kursus berlangsung.

Semoga ilmu yang diperoleh dapat dipraktikkan dalam tugasan harian demi memperkukuhkan budaya keselamatan pesakit dan mempertingkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kesihatan di Hospital Kanowit.

10/09/2026

๐’๐ฎ๐ฆ๐›๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐ข๐ค๐ก๐ฅ๐š๐ฌ ๐›๐ฎ๐š๐ญ ๐ฐ๐š๐ซ๐ข๐ฌ ๐ฆ๐š๐ง๐ ๐ฌ๐š ๐ข๐ง๐ฌ๐ข๐๐ž๐ง ๐…๐ƒ๐’.

Dalam kesedihan ini, marilah kita bersama-sama menghulurkan sumbangan ikhlas buat waris mangsa insiden FDS bagi meringankan beban, dan bersama-sama mendoakan agar segala urusan dipermudahkan buat waris yang terkesan.

Sekecil mana pun sumbangan anda, amat besar ertinya buat mereka.

Kutipan sumbangan dibuka sehingga :
๐Ÿ๐Ÿ” ๐’๐ž๐ฉ๐ญ๐ž๐ฆ๐›๐ž๐ซ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

Salam takziah buat seluruh keluarga dan waris mangsa.

LAWATAN YB TIMBALAN MENTERI KESIHATAN MALAYSIA KE HOSPITAL KANOWIT1 September 2026 โ€“ Hospital Kanowit berbesar hati mene...
03/09/2026

LAWATAN YB TIMBALAN MENTERI KESIHATAN MALAYSIA KE HOSPITAL KANOWIT

1 September 2026 โ€“ Hospital Kanowit berbesar hati menerima kunjungan YB Datoโ€™ Hajjah Hanifah Hajar Taib, Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia, sempena Jelajah Kesihatan Borneo (JKB) Siri 4.

Kunjungan beliau bersama rombongan telah disambut oleh Pengarah Hospital Kanowit, YBrs. Dr Bernadette Syonnia binti Jaru Sawat, barisan pengurusan serta warga Hospital Kanowit. Turut hadir ialah YB Encik Anyi anak Jana, ADUN N49 Ngemah dan YB Encik Allan Siden Gramong, ADUN N50 Machan.

Sepanjang lawatan, YB Timbalan Menteri telah diberikan taklimat mengenai perkhidmatan, kemudahan, kedudukan perjawatan serta cabaran dan keperluan semasa dalam penyampaian perkhidmatan kesihatan di Kanowit. Lawatan ini turut memberi ruang kepada pihak hospital untuk berkongsi pandangan serta isu di peringkat lapangan secara langsung bersama beliau.
Hospital Kanowit merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YB Timbalan Menteri atas kesudian berkunjung dan mendengar sendiri keperluan serta cabaran yang dihadapi. Semoga kunjungan ini dapat memperkukuh usaha berterusan dalam meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat Kanowit. ๐Ÿ’™

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-69! Hari Kebangsaan menjadi wadah untuk kita menghayati erti kemerdekaan, menyemara...
30/08/2026

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-69!

Hari Kebangsaan menjadi wadah untuk kita menghayati erti kemerdekaan, menyemarakkan semangat patriotisme serta memperkukuhkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Marilah kita bersama-sama menzahirkan rasa syukur dan bangga menjadi sebahagian daripada sebuah negara yang kaya dengan kepelbagaian budaya, bangsa dan tradisi.

Bersama kita semarakkan semangat Malaysia MADANI, demi kesejahteraan dan masa depan negara yang lebih gemilang. โค๏ธ๐Ÿ’™๐Ÿ’›

Ikhlas daripada Seluruh Warga Kerja Hospital Kanowit

PERHIMPUNAN BULANAN HOSPITAL KANOWIT | OGOS 2026 Pada 27 Ogos 2026 (Khamis), telah berlangsung Perhimpunan Bulanan Hospi...
28/08/2026

PERHIMPUNAN BULANAN HOSPITAL KANOWIT | OGOS 2026

Pada 27 Ogos 2026 (Khamis), telah berlangsung Perhimpunan Bulanan Hospital Kanowit bagi bulan Ogos 2026 bertempat di Bilik Konferens Hospital Kanowit.

Bersempena dengan Sambutan Hari Kebangsaan 2026, perhimpunan kali ini berlangsung dalam suasana penuh semangat patriotik, ceria dan kebersamaan dalam kalangan warga Hospital Kanowit. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโœจ

Perhimpunan pada kali ini telah dianjurkan bersama oleh Unit X-Ray, Unit Makmal dan Tabung Darah, Dewan Bedah/CSSD, Blok Pentadbiran serta Unit Rekod Perubatan. Terima kasih dan tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakan perhimpunan ini. ๐Ÿ‘

Semoga semangat kemerdekaan terus menyatukan kita sebagai satu pasukan, memperkukuh kerjasama dan menyemarakkan iltizam untuk terus memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat.

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Selamat Menyambut Hari Kebangsaan 2026! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ
Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka

๐ŸŒ™ **SALAM MAULIDUR RASUL 1448H** ๐ŸŒ™โœจ **25 Ogos 2026 | Selasa** โœจโ€œSesungguhnya pada diri Rasulullah SAW itu terdapat conto...
24/08/2026

๐ŸŒ™ **SALAM MAULIDUR RASUL 1448H** ๐ŸŒ™

โœจ **25 Ogos 2026 | Selasa** โœจ

โ€œSesungguhnya pada diri Rasulullah SAW itu terdapat contoh teladan yang baik bagi kamu.โ€
โ€” Surah Al-Ahzab: 21

Selamat menyambut **Maulidur Rasul 1448H** kepada seluruh warga **Hospital Kanowit** dan umat Islam di seluruh negara.

Marilah kita bersama-sama menghayati sirah, akhlak dan sunnah junjungan besar **Nabi Muhammad SAW**, serta menjadikan sifat kasih sayang, amanah, kesabaran dan ihsan Baginda sebagai pedoman dalam kehidupan dan perkhidmatan kita.

Semoga sambutan Maulidur Rasul ini menyemarakkan lagi rasa cinta kita kepada Rasulullah SAW dan mendorong kita untuk terus memperkukuhkan ukhuwah serta memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat. ๐Ÿค

**โ€œRasulullah SAW: Uswah Hasanah, Inspirasi Ummah.โ€**

๐ŸŒน **Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1448H** ๐ŸŒน






Hospital Kanowit telah berjaya menganjurkan Kursus Kawalan Infeksi Bilangan 2/2026 untuk Link Nurse Dan Link Personal ya...
20/08/2026

Hospital Kanowit telah berjaya menganjurkan Kursus Kawalan Infeksi Bilangan 2/2026 untuk Link Nurse Dan Link Personal yang berlangsung pada 18 Ogos 2026 di Bilik Konferen Hospital Kanowit.

Kursus ini bertujuan meningkatkan pengetahuan, kemahiran serta kesedaran warga Hospital Kanowit terhadap amalan kawalan infeksi yang berkesan bagi memastikan persekitaran hospital yang selamat untuk pesakit, pelawat dan anggota kesihatan.

Sepanjang kursus, para peserta telah didedahkan dengan pelbagai topik penting seperti:
๐Ÿ“‘Audit persekitaran
๐Ÿง‘โ€๐Ÿง‘โ€๐Ÿง’โ€๐Ÿง’Pembentangan audit
๐Ÿ‘”Linen and laundry services (LLS)
โ˜ฃ๏ธHealth care waste services (HCWS)
๐ŸงนCleansing (CLS)
๐Ÿ’‰ Pengurusan Needle Stick Injury
๐Ÿ’Š๐Ÿฆ  Taking AMS Off The Ground (Antimicrobial Stewardship)
๐Ÿฅ Outbreak management serta sesi soal jawab.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua penceramah jemputan, urus setia serta seluruh peserta yang telah memberikan komitmen dan kerjasama sepanjang kursus berlangsung.

Semoga ilmu yang diperoleh dapat dipraktikkan dalam tugasan harian demi memperkukuhkan budaya keselamatan pesakit dan mempertingkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kesihatan di Hospital Kanowit.

Address

Hospital Kanowit, Jalan Durin/Kanowit
Kanowit
96700

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hospital Kanowit - Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share