Polis Daerah Kanowit

Directions Contact the organization

Polis Daerah Kanowit Page Facebook Rasmi Ibu Pejabat Polis Daerah Kanowit

SELAMAT HARI MALAYSIA 2026 🇲🇾Tanggal 16 September menjadi detik bersejarah yang menyatukan kita sebagai sebuah keluarga ...
15/09/2026

SELAMAT HARI MALAYSIA 2026 🇲🇾

Tanggal 16 September menjadi detik bersejarah yang menyatukan kita sebagai sebuah keluarga besar Malaysia yang berbilang kaum, agama dan budaya.

Marilah kita bersama-sama menyemarakkan semangat perpaduan, menghargai kepelbagaian serta memperkukuh keharmonian demi membina Malaysia yang aman, sejahtera dan terus maju.

Semoga semangat Malaysia MADANI terus menyatukan rakyat dalam membina negara yang lebih makmur, inklusif dan harmoni.

Selamat Hari Malaysia 2026!

🇲🇾 Malaysia MADANI, Rakyat Disantuni.

Ikhlas daripada

DSP JUNICAL UJAL
Ketua Polis Daerah Kanowit
serta Puan Bibi anak Tutong
Pengerusi Perkep Daerah Kanowit
dan seluruh warga IPD Kanowit

SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN UCAPAN TAHNIAHKetua Polis Daerah Kanowit, DSP Junical Ujal, serta seluruh warga IPD Kano...
15/09/2026

SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN UCAPAN TAHNIAH

Ketua Polis Daerah Kanowit, DSP Junical Ujal, serta seluruh warga IPD Kanowit merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah kepada:

YDH DIG DATO’ SRI ABDUL AZIZ BIN ABDUL MAJID
atas pelantikan sebagai
TIMBALAN KETUA POLIS NEGARA
POLIS DIRAJA MALAYSIA

serta

YDH CP DATUK MOHAMAD ZAINAL BIN HAJI ABDULLAH
atas pelantikan sebagai
PENGARAH JABATAN PENGURUSAN PDRM, BUKIT AMAN.

Semoga pelantikan ini menjadi pemangkin kepada kecemerlangan yang berterusan dalam menerajui kepimpinan dan memperkukuhkan organisasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) demi memastikan keselamatan, ketenteraman awam dan kesejahteraan masyarakat sentiasa terpelihara.

Selamat menjalankan amanah dan tanggungjawab yang baharu. Semoga terus dikurniakan kekuatan dan kejayaan dalam melaksanakan tugas serta memberikan khidmat terbaik kepada agama, bangsa dan negara.

Daripada:
DSP JUNICAL UJAL
Ketua Polis Daerah Kanowit
serta seluruh warga IPD Kanowit

Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada

TAHNIAH ATAS PELANTIKAN SEBAGAI PENGARAH PENGURUSAN, POLIS DIRAJA MALAYSIA
14/09/2026

TAHNIAH ATAS PELANTIKAN SEBAGAI PENGARAH PENGURUSAN, POLIS DIRAJA MALAYSIA

TAHNIAH ATAS PELANTIKAN SEBAGAI PENGARAH PENGURUSAN, POLIS DIRAJA MALAYSIA

Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Sarawak merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada YDH CP Datuk Mohamad Zainal bin Haji Abdullah atas pelantikan sebagai Pengarah Pengurusan, Polis Diraja Malaysia.

Pelantikan ini merupakan satu pengiktirafan yang amat bermakna terhadap kepimpinan, pengalaman luas, integriti serta komitmen dan dedikasi tinggi yang telah dicurahkan oleh YDH CP Datuk sepanjang menabur bakti dalam perkhidmatan kepolisan.

Sepanjang menerajui PDRM Kontinjen Sarawak, kepimpinan YDH CP Datuk sentiasa berteraskan integriti, profesionalisme, kebajikan warga pasukan serta keutamaan terhadap keselamatan dan kesejahteraan masyarakat. Segala jasa, sumbangan dan kepimpinan yang dicurahkan pastinya menjadi sebahagian daripada kenangan serta legasi yang amat dihargai oleh seluruh warga PDRM Sarawak.

YDH DCP Saifullizan bin Ishak, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, bersama seluruh warga PDRM Kontinjen Sarawak mendoakan agar YDH CP Datuk Mohamad Zainal bin Haji Abdullah terus dikurniakan kesihatan yang baik, kekuatan, keteguhan hati dan kebijaksanaan dalam menggalas amanah serta tanggungjawab baharu yang besar ini.

Semoga YDH CP Datuk terus diberi kekuatan untuk memimpin dengan penuh integriti, berpegang teguh kepada prinsip profesionalisme dan menjunjung amanah perkhidmatan, demi memperkukuh kecemerlangan PDRM serta memastikan keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat terus menjadi keutamaan.

Sekalung tahniah atas pelantikan. Selamat menjalankan amanah dan tanggungjawab baharu. Semoga terus cemerlang dalam setiap langkah dan perjuangan.

“POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA”

14/09/2026

TAHNIAH ATAS PELANTIKAN SEBAGAI TIMBALAN KETUA POLIS NEGARA

Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Sarawak merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada YDH DIG Dato’ Sri Abdul Aziz bin Abdul Majid atas pelantikan sebagai Timbalan Ketua Polis Negara, Polis Diraja Malaysia.

Pelantikan ini merupakan satu pengiktirafan terhadap kepimpinan, pengalaman, integriti dan dedikasi YDH DIG Dato’ Sri dalam perkhidmatan kepolisan.

YDH CP Datuk Mohamad Zainal bin Haji Abdullah, Pesuruhjaya Polis Sarawak, bersama YDH DCP Saifullizan bin Ishak, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak serta seluruh warga PDRM Kontinjen Sarawak mendoakan agar YDH DIG Dato’ Sri Abdul Aziz bin Abdul Majid sentiasa dikurniakan kesihatan, kekuatan dan kebijaksanaan dalam menggalas amanah serta tanggungjawab baharu ini.

Semoga YDH DIG Dato’ Sri terus menerajui kepimpinan PDRM dengan penuh iltizam demi kedaulatan undang-undang, keselamatan negara dan kesejahteraan masyarakat.

Sekalung tahniah dan selamat menjalankan amanah.

“POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA”

PDRM SERTAI PROGRAM GEMMA KEMAS DAERAH KANOWIT 2026, PERKUKUH HUBUNGAN BERSAMA KOMUNITIKANOWIT, 12 September 2026 (Sabtu...
12/09/2026

PDRM SERTAI PROGRAM GEMMA KEMAS DAERAH KANOWIT 2026, PERKUKUH HUBUNGAN BERSAMA KOMUNITI

KANOWIT, 12 September 2026 (Sabtu) – Polis Diraja Malaysia (PDRM) Daerah Kanowit telah menyertai Program Gerakan Massa Masyarakat Desa (GEMMA) KEMAS Daerah Kanowit Tahun 2026 yang berlangsung di Rumah Nona, Nanga Tada, Kanowit, hari ini.

Program anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Daerah Kanowit, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) itu turut dihadiri oleh YB Tuan Anyi anak Jana, ADUN N.49 Ngemah dan YB Dr. Stephen anak William, Setiausaha Politik Menteri Perpaduan, selain pemimpin masyarakat, agensi kerajaan serta komuniti setempat.

Penglibatan PDRM menerusi Kepolisan Komuniti, AMANITA dan Talk To Us memberi ruang kepada masyarakat untuk berinteraksi secara terus bersama pihak polis, di samping mendapatkan maklumat berkaitan keselamatan komuniti, pencegahan jenayah dan saluran penyaluran maklumat kepada pihak berkuasa.

Antara pengisian utama ialah Ceramah Scam Awareness dan Trend Terkini Jenayah Komersil yang disampaikan oleh Insp Mohd Marzuki bin Amat@Sabi, serta sesi soal jawab dan interaksi bersama masyarakat bagi mengenal pasti isu keselamatan setempat.

Selain itu, PDRM turut memberi penerangan mengenai kepentingan masyarakat menjadi rakan strategik PDRM dengan menyalurkan maklumat berkaitan jenayah dan sebarang isu keselamatan yang berlaku di kawasan masing-masing.

Program turut diserikan dengan pelbagai aktiviti kemasyarakatan seperti Perarakan Hari Kebangsaan, Program Kesedaran Sivik dan Kenegaraan, pertandingan karaoke serta sukaneka, sekaligus menyemarakkan semangat perpaduan dan kerjasama dalam kalangan masyarakat.

Dalam program tersebut, seramai lapan orang telah mendaftar sebagai ahli AMANITA, manakala seorang telah membuat pendaftaran Volunteer Smartphone Patrol (VSP).

Penyertaan PDRM dalam program ini mencerminkan komitmen berterusan pasukan dalam memperkukuh hubungan dengan pemimpin masyarakat, agensi kerajaan dan komuniti melalui pendekatan Kepolisan Komuniti, selaras dengan usaha mewujudkan persekitaran yang lebih selamat dan harmoni.

Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada.







YBHG. DATIN PENGERUSI PERKEP KONTINJEN SARAWAK ADAKAN LAWATAN KERJA KE RUMAH PERKEP IPD KANOWITKANOWIT, 11 September 202...
11/09/2026

YBHG. DATIN PENGERUSI PERKEP KONTINJEN SARAWAK ADAKAN LAWATAN KERJA KE RUMAH PERKEP IPD KANOWIT

KANOWIT, 11 September 2026 – YBhg. Datin Dr. Nitce Isa Medina binti Machmudi Isa, Pengerusi PERKEP Kontinjen Sarawak, bersama rombongan telah mengadakan lawatan kerja ke Rumah PERKEP IPD Kanowit, hari ini.

Ketibaan YBhg. Datin Pengerusi PERKEP Kontinjen Sarawak bersama rombongan telah disambut oleh YBhg. Puan Bibi anak Datuk Tutong, Pengerusi PERKEP IPD Kanowit, serta ahli-ahli PERKEP IPD Kanowit.

Lawatan kerja yang berlangsung dimulakan dengan sesi menandatangani Buku Lawatan, diikuti ucapan alu-aluan, pembentangan laporan aktiviti PERKEP IPD Kanowit serta sesi suai kenal bersama ahli-ahli PERKEP.

Program turut disusuli dengan sesi soal jawab bersama YBhg. Datin Pengerusi PERKEP Kontinjen Sarawak yang memberi peluang kepada ahli-ahli PERKEP IPD Kanowit untuk berkongsi pandangan, pengalaman dan cadangan berkaitan pengurusan serta aktiviti PERKEP.

Dalam lawatan tersebut, YBhg. Datin Pengerusi bersama rombongan turut berkesempatan meninjau sekitar Rumah PERKEP IPD Kanowit bagi melihat sendiri keadaan serta kemudahan yang disediakan.

Lawatan kerja ini merupakan satu platform dalam usaha mengeratkan hubungan silaturahim serta memperkukuhkan kerjasama antara PERKEP Kontinjen Sarawak dengan PERKEP IPD Kanowit, selain memberi ruang kepada ahli-ahli PERKEP untuk berinteraksi secara lebih dekat bersama kepimpinan PERKEP Kontinjen Sarawak.

Secara keseluruhannya, lawatan kerja tersebut telah mencapai objektif yang ditetapkan serta berlangsung dengan lancar dan jayanya.

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN 2026 🇲🇾Ketua Polis Daerah Kanowit, DSP Junical anak Ujal, serta seluruh warga kerja...
30/08/2026

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN 2026 🇲🇾

Ketua Polis Daerah Kanowit, DSP Junical anak Ujal, serta seluruh warga kerja IPD Kanowit ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan 2026 kepada seluruh rakyat Malaysia.

Sempena sambutan penuh bermakna ini, marilah kita bersama-sama menyemarakkan semangat patriotisme, memperkukuh perpaduan serta menghargai keamanan dan keharmonian yang kita kecapi.

Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni, Negara Dihormati.

Ayuh kita terus berganding bahu, saling menghormati dan bersama-sama memainkan peranan dalam memelihara keamanan demi kemajuan serta kesejahteraan negara tercinta.

🇲🇾 Selamat Hari Kebangsaan 2026!
Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Ikhlas daripada

DSP JUNICAL UJAL
Ketua Polis Daerah Kanowit
serta seluruh warga kerja IPD Kanowit

LAWATAN KEBAJIKAN WARGA IPD KANOWIT KE ATAS KELUARGA MENDIANG ANGGOTA CAWANGAN KHASPAKAN, 30 Ogos 2026 – Ketua Polis Dae...
30/08/2026

LAWATAN KEBAJIKAN WARGA IPD KANOWIT KE ATAS KELUARGA MENDIANG ANGGOTA CAWANGAN KHAS

PAKAN, 30 Ogos 2026 – Ketua Polis Daerah Kanowit, DSP Junical anak Ujal, bersama warga kerja dan PERKEP Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kanowit, serta wakil Cawangan Khas Kontinjen Sarawak telah mengadakan lawatan kebajikan ke atas keluarga mendiang Sarjan Bidat anak Tungo, 56 tahun, anggota Cawangan Khas IPD Kanowit yang telah meninggal dunia pada 28 Ogos 2026.

Mendiang telah mengadu sesak nafas sebelum tidak sedarkan diri di kediamannya di Desa Kemuyang, Sibu dan kemudiannya disahkan meninggal dunia oleh Penolong Pegawai Perubatan Hospital Sibu pada jam 2200hrs.

Lawatan yang disertai kira-kira 31 orang warga PDRM dan PERKEP tersebut merupakan tanda keprihatinan serta sokongan moral warga IPD Kanowit kepada keluarga mendiang dalam menghadapi saat dukacita ini.

Dalam lawatan tersebut, YDH Ketua Polis Daerah Kanowit turut menyampaikan sumbangan kepada waris mendiang bagi membantu meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga.

Jenazah mendiang akan dikebumikan pada 1 September 2026, jam 0530hrs, di Tanah Perkuburan Rh. Nyelang, Nanga Kedup, Wak, Pakan.

Seluruh warga IPD Kanowit merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga mendiang.

Address

Ibu Pejabat Polis Daerah Kanowit, Jalan Kanowit Durin
Kanowit
96700

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Polis Daerah Kanowit posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Polis Daerah Kanowit:

Shortcuts

Share