APM Kanowit

Directions

APM Kanowit 📞 013-8150312

KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA (APM) NEGERI SARAWAKSukacita dimaklumkan bahawa Angkatan...
02/10/2026

KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA (APM) NEGERI SARAWAK

Sukacita dimaklumkan bahawa Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Sarawak mempelawa kontraktor yang layak dan berdaftar untuk menyertai sebut harga bagi perolehan kerja-kerja berikut:

No. / Tajuk Sebut Harga:
PA.Q(S).400-16/5/5(S10) – Perolehan Kerja-Kerja Menaiktaraf dan Membaik Pulih Bangunan di Pusat Pertahanan Awam Sarawak (PUSPA).

Kategori & Pengkhususan:
Kontraktor Gred G1 berdaftar dengan CIDB (Kategori B, Pengkhususan B24) serta mempunyai PPK dan SPKK, atau Sijil UPKJ (Kelas F, Kepala 1, Sub Kepala 1).

Lokasi Projek:
Sarawak (Kuching)

MAKLUMAT PENTING & TARIKH TUTUP

Taklimat & Lawatan Tapak (Wajib)
Tarikh: 06 Oktober 2026 (Selasa)
Masa: 10.00 pagi
Tempat: Pusat Pertahanan Awam Sarawak (PUSPA), Jalan Diplomatik, Off Jalan Bako, 93050 Kuching, Sarawak.

Nota: Hanya penama yang disenaraikan dalam SSM, PPK dan SPKK dibenarkan hadir dan tidak boleh diwakili. Peserta wajib membawa dokumen asal dan salinan berserta cop syarikat.

Tarikh Mula Dokumen Diambil:
06 Oktober 2026 (Selasa)

Tarikh Tutup Sebut Harga:
14 Oktober 2026 (Rabu), sebelum atau pada jam 12.00 tengah hari.

Tempat Penghantaran Dokumen:
Pejabat Negeri Pertahanan Awam Sarawak, Tingkat 11, Bangunan Sultan Iskandar, Jalan Simpang Tiga, 93300 Kuching, Sarawak.

Maklumat lanjut dan paparan iklan rasmi boleh dirujuk melalui Portal Rasmi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia serta MyProcurement mulai 02 Oktober 2026 (Jumaat).




BANTUAN KUNCI TERTINGGAL DI DALAM KERETA DI PASAR KANOWIT1 Oktober 2026 | Pasar KanowitAPM Kanowit menerima panggilan da...
01/10/2026

BANTUAN KUNCI TERTINGGAL DI DALAM KERETA DI PASAR KANOWIT

1 Oktober 2026 | Pasar Kanowit

APM Kanowit menerima panggilan daripada orang awam berhubung kunci kereta yang tertinggal di dalam kenderaan di hadapan Kedai Nam Leong. Skuad bertugas menggunakan peralatan khas untuk membuka kenderaan dan berjaya mengeluarkan kunci tersebut. Keadaan di lokasi terkawal.

Sebarang kecemasan atau memerlukan bantuan, sila hubungi APM Kanowit di talian 013-815 0312.







OPERASI BANTUAN KES SAKIT DI KM 2 JALAN KANOWIT/DURIN, KANOWIT29 September 2026 | Durin, KanowitAngkatan Pertahanan Awam...
29/09/2026

OPERASI BANTUAN KES SAKIT DI KM 2 JALAN KANOWIT/DURIN, KANOWIT

29 September 2026 | Durin, Kanowit

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kanowit telah menerima panggilan daripada orang awam berhubung seorang mangsa yang mengalami kelemahan anggota badan dan memerlukan bantuan untuk dihantar ke Hospital Kanowit.

Setibanya di lokasi, skuad bertugas mendapati mangsa berada dalam keadaan duduk di atas katil. Hasil penilaian awal mendapati mangsa mengalami kelemahan anggota badan.

Mangsa kemudiannya diangkat menggunakan canvas sebagai alat ganti untuk diusung dan dibawa ke kenderaan milik ahli keluarga bagi mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Kanowit,
Keadaan di lokasi kejadian terkawal.







PENUGASAN SIAP SEDIA KECEMASAN - KANOWIT POWERBOAT RACE 2026 SEMPENA PESTA KANOWIT 2026KANOWIT, 25 September 2026 - Angk...
25/09/2026

PENUGASAN SIAP SEDIA KECEMASAN - KANOWIT POWERBOAT RACE 2026 SEMPENA PESTA KANOWIT 2026

KANOWIT, 25 September 2026 - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Sibu dan APM Daerah Kanowit telah diatur gerak bagi penugasan Siap Sedia Kecemasan sempena Kejohanan Kanowit Powerboat Race 2026 bersempena Pesta Kanowit 2026 yang akan berlangsung selama 3 hari bermula 25 hingga 27 September 2026 bertempat di Tebingan Sungai Kanowit.

Penugasan melibatkan pegawai dan anggota APM Sibu dan APM Kanowit dengan kekuatan logistik bot penyelamat dan ambulans bagi memastikan aspek keselamatan peserta dan pengunjung sentiasa terkawal sepanjang penganjuran berlangsung.

APM turut melaksanakan pemantauan keselamatan di darat dan di permukaan air serta bersiap sedia untuk sebarang kemungkinan kecemasan.

OPERASI PEMBERSIHAN POKOK TUMBANG DI JALAN KAMPUNG HILIR, KANOWIT23 September 2026 | Jalan Kampung Hilir, KanowitAngkata...
23/09/2026

OPERASI PEMBERSIHAN POKOK TUMBANG DI JALAN KAMPUNG HILIR, KANOWIT

23 September 2026 | Jalan Kampung Hilir, Kanowit

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kanowit telah menerima panggilan daripada orang awam berhubung kejadian pokok tumbang yang menghalang laluan utama di Jalan Kampung Hilir, Kanowit, dipercayai akibat sambaran kilat pada pagi tadi.

Setibanya di lokasi, skuad bertugas mendapati sebatang pokok tumbang telah menghalang laluan utama. Skuad kemudiannya menjalankan kerja-kerja pemotongan dan pembersihan pokok tumbang bagi memastikan laluan dapat digunakan semula.

Kerja-kerja pembersihan telah selesai dilaksanakan dan laluan tersebut kembali boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan.

Keadaan di lokasi kejadian terkawal dan tiada sebarang kejadian tidak diingini dilaporkan.





BANTUAN MEMBUKA KUNCI KERETA DI DEPAN MR DIY KANOWIT18 September 2026 | KanowitAngkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) K...
18/09/2026

BANTUAN MEMBUKA KUNCI KERETA DI DEPAN MR DIY KANOWIT

18 September 2026 | Kanowit

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kanowit telah menerima panggilan daripada orang awam berhubung kunci kereta yang tertinggal di dalam kereta selepas pengadu meletakkan kereta di depan kedai serbaneka MR DIY Kanowit.

Setibanya di lokasi kejadian, pengadu memaklumkan bahawa kunci kereta masih berada di dalam kereta. Kunci kereta tersebut berjaya diambil dengan menggunakan peralatan khas.

Keadaan di lokasi kejadian dalam keadaan baik dan terkawal.

Hubungi APM Kanowit untuk sebarang kecemasan di talian 999 atau Hotline APM Kanowit di 013-8150312 (24 jam).

"WIRA BIRU"
"SENTIASA BERSAMA PERTAHANAN AWAM"
"APM SELAMANYA"










OPERASI MENANGKAP ULAR CINCIN DI KAMPUNG PISANG, KANOWIT15 September 2026 | Kampung Pisang, KanowitAngkatan Pertahanan A...
15/09/2026

OPERASI MENANGKAP ULAR CINCIN DI KAMPUNG PISANG, KANOWIT

15 September 2026 | Kampung Pisang, Kanowit

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kanowit telah menerima panggilan daripada orang awam berhubung kehadiran seekor ular cincin di atas pokok.

Setibanya di lokasi kejadian, skuad bertugas mendapati seekor ular cincin berada di atas pokok di belakang rumah milik pengadu. Ular tersebut berjaya ditangkap menggunakan penyepit.

Keadaan di lokasi kejadian dalam keadaan baik dan terkawal.







OPERASI BANTUAN KES SAKIT DI RH CHUA NG MAM, KANOWIT11 September 2026 | RH Chua Ng Mam, KanowitAngkatan Pertahanan Awam ...
11/09/2026

OPERASI BANTUAN KES SAKIT DI RH CHUA NG MAM, KANOWIT

11 September 2026 | RH Chua Ng Mam, Kanowit

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kanowit telah menerima panggilan daripada pihak Hospital Kanowit berhubung seorang mangsa yang tidak dapat bergerak dalam keadaan terbaring dan mengalami kelemahan anggota badan.

Setibanya di lokasi, skuad bertugas mendapati seorang mangsa berada dalam keadaan terbaring di atas katil. Hasil penilaian awal mendapati mangsa tidak dapat bergerak dan mengalami kelemahan anggota badan.

Mangsa telah diangkat menggunakan spinal board dan dibawa masuk ke dalam ambulans APM untuk dihantar ke Hospital Kanowit serta diawasi sepanjang perjalanan. Mangsa kemudiannya telah diserahkan kepada pihak Hospital Kanowit untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Keadaan di lokasi kejadian terkawal.







OPERASI MENANGKAP ULAR SAWA DI TAMAN MUHIBAH, KANOWIT7 September 2026 | Taman Muhibah, KanowitAngkatan Pertahanan Awam M...
07/09/2026

OPERASI MENANGKAP ULAR SAWA DI TAMAN MUHIBAH, KANOWIT

7 September 2026 | Taman Muhibah, Kanowit

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kanowit telah menerima panggilan daripada orang awam berhubung kehadiran seekor ular sawa di dalam reban ayam milik pengadu di Taman Muhibah Kanowit.

Setibanya di lokasi kejadian, skuad bertugas mendapati seekor ular sawa berada di dalam reban ayam milik pengadu. Ular tersebut berjaya ditangkap menggunakan penyepit.

Keadaan di lokasi kejadian dalam keadaan baik dan terkawal.







Sebarang kecemasan hubungi 999 atau hotline Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Kanowit 013-8150312
01/09/2026

Sebarang kecemasan hubungi 999 atau hotline Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Kanowit 013-8150312

Address

Govt. Barrack, No. 3, Jalan Cinema
Kanowit
96700

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when APM Kanowit posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share