24/09/2026
🌷 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗚𝗔𝗝𝗜 𝗗𝗔𝗡 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜 🌷
Klang Utara, 24 September 2026 - Biro Industri Kecil dan Sederhana PERKEP Klang Utara telah menganjurkan Program Jualan Hari Gaji & Jualan Rahmah Madani yang bertujuan memberi peluang kepada usahawan IKS dalam kalangan PERKEP Klang Utara untuk memasarkan produk serta menjana pendapatan, di samping merancakkan aktiviti ekonomi dan mengeratkan silaturahim sesama warga IPD Klang Utara.
Program ini turut dihadiri oleh ACP Ramsay Embol, Ketua Polis Daerah Klang Utara, YBhg. Puan Peggy Thow Wan Chin, Pengerusi PERKEP Klang Utara, P/DSP Dr. Sharifah binti Mohd Nawani, Naib Pengerusi PERKEP Klang Utara, Ketua-Ketua Bahagian, Ketua-Ketua Polis Balai, Pegawai Kanan dan Pegawai Rendah Polis IPD Klang Utara serta Ahli Jawatankuasa dan Ahli PERKEP Klang Utara.
Program telah berlangsung dengan lancar dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada warga IPD Klang Utara. Pelbagai produk dan barangan yang ditawarkan turut memberi manfaat kepada warga yang hadir, selain menjadi platform untuk menyokong usahawan dalam kalangan PERKEP Klang Utara.